Friday, September 24, 2010

Kawan hantu

Share

Lepas makan tengahari memang biasanya aku lepak kejap dekat belakang kilang sebelum masuk sembahyang.Macam tadi,bila aku sampai tempat lepak ada dua tiga orang tukang mesin disitu.Sekadar angkat-angkat kening dengan mereka terus nyalakan sebatang rokok.Topik perbualan mereka tentang hantu.Tajuk yang bolehlah aku join,ini asyik cite pasal kongkek bini jer camne aku nak join? Aku mana kahwin lagi.


"Rumah aku tue memang 'keras'.Asal pukul 12 malam jer dengar ada orang bertukang dekat tingkat atas.Mana ada orang dekat tingkat atas" sorang brader awal 30-an memulakan cerita.

"Dulu ada member aku tak percaya,aku cakap rilek dulu.Kita pegi minum dulu nanti pukul 12 kau dengar.Sekali betul pukul 12 dia bunyi" brader tadi sambung cerita.

"Hari tue anak aku balik pukul 12.Aku tanya pegi mana,dia cakap tolong ada nenek naik tingkat atas.Aras atas tue mana ada orang duduk" sorang lagi brader tambah cerita.

"Umah kau pangsapuri ker?" tanya brader yang mula-mula tadi.

"A'ah"

"Itula pasal.Rumah pangsapuri nie memang berhantu.Agaknya senang kot hantu-hantu tue nak mendarat" brader tadi memberikan komennya.

Setelah habis sebatang rokok,aku meminta diri untuk solat."Bang,surau kat belakang nie katne?" tanya aku pasal malas nak pegi depan.

"Err...kat situ kot.Eh entah...eh Leman (bukan nama sebenar) surau kat belakang nie katne ha?" 

"Entah la.Cuba kau tanya si Harun (juga bukan nama sebenar) tue".

"Takpela bang,saya sembahyang kat depan jerla" balas aku masak dengan respon mereka.











Kalau tak sembahyang memang la hantu suka!


6 comments:

DuniakuAbstrak September 24, 2010 at 4:20 AM  

hahaha, sound depan muka diorang lagi terbaik

ieQa sWetLuv September 24, 2010 at 8:01 AM  

x yah cakap hantu diri sndri pun da rupe cam hantu gak huk3

Miss Shizu September 24, 2010 at 10:05 AM  

hahahah...dorg tuh pown antu upenyer...

milah hasan September 24, 2010 at 3:47 PM  

betollah tu.. member aku cite pasal hantu tenggek2 kat bilik die bagai.. sekali poie bilik, hampeh sejadah pon tarak.. ish3...

~Kak AZZ~ September 24, 2010 at 5:40 PM  

Salam..

Hahaha... Kes ni sama dgn org yg jaga rumah kakak akak la... Dia kata rumah tu ada hantu, padahal dia langsung tak pnh sembahyang masa duduk kt rumah tu... Sejadah kat tiap2 bilik ada, tinggal lagi nak dgn tak nak je sembahyang..

tengku_fir21 September 27, 2010 at 12:02 PM  

ouwhh.........

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP