Sunday, February 28, 2010

Teori Razi berkenaan mimpi seram.

Share

Gambar ada kena mengena tang mayat dan beg plastik hitam jer.

Kalau pun tidak selalu,aku pasti korang mesti pernah mengalami mimpi yang mengerikan semasa tidur.Ceh!Ada plak mimpi masa tengah makan nasi.

Sekarang nie aku baru terjaga dari mimpi yang menakutkan.Tapi takpe,berkat mimpi yang menakutkan itu aku berjaya membuat dua hipotesis berdasarkan keadaan semasa dan sebelum aku tidur.

Pertama sekali biarlah kita selusuri mimpi menakutkan yang aku baru alami.

.......................................................................................................

Keadaannya seperti dirumah kampung.Aku pun tak tahu rumah siapa.

Tiba-tiba datang seorang pakcik bawak mayat dalam beg mayat kaler hitam tue macam bawak seguni kelapa.Eh kurang ajar la pakcik nie.

"Ko tolong aku jap.Nie ko pegi daftarkan mayat sipolan nie." bagitahu pakcik tue sebaik saja dia letakkan mayat tue atas lantai dan bukak beg tue nak tunjuk kat aku mayat siapa.

Gila kau tak cuak kalo ada orang datang rumah kau bawak mayat dalam beg.Bergegas aku pegi hospital untuk daftarkan kematian tersebut.

Lepas balik trus jumpa pakcik seram tue...

"Kau dah daftarkan?" tanya pakcik seram

"Dah...dah" jawab aku yang tengah seram

Lepas itu scene kamera mimpi terus menunjukkan suasana rumah mayat yang sejuk.

Kamera mimpi terus fokus kat satu peti mayat.Nombor tak ingat.Kalo tak dah boleh pegi tbeli hari nie.Menang 1st prize boleh sedekah kat rumah kebajikan anak yatim.

Tetiba peti mayat tue goncang-goncang.

Pintu peti mayat tue macam dah nak terbukak.Macam ada orang tendang-tendang dari dalam.

Dalam hati "Eh cilaka kau mayat nak bangun pulak"

Sebab seram sangat aku pun terus bangunkan diri dari tidur.

......................................................................................................

Lepas bangun dari tidur tue aku perasan yang tangan aku terhimpit bawah bantal sebab aku tidur mengiring.Ikut sunnah gaya tidur tapi waktu tidur ikut gaya masakini.

Jadi untuk hipotesis pertama aku agak 'kita akan mimpi seram jika tangan kita jadi kebas.'

Seterusnya aku juga teringat yang sebelum tidur aku lapar.Niat nak bangun sarapan nasi lemak lauk sotong memang dah diterapkan dalam hati sebelum tidur.

Maka untuk hipotesis kedua pulak dapat aku simpulkan 'semakin lapar kau sebelum tidur maka semakin seramlah kau mimpi'.

Ok aku dah kenyang sekarang.Nak tido balik.Bye!


Saturday, February 27, 2010

Minum Cicak,Makan Tikus

Share

Sejujurnya aku lagi suka makan dirumah dari diluar.

Aku rasa lebih selamat,sedap dan selesa makan dirumah.Sekurang-kurangnya aku tahu mak aku takkan la nak goreng lipas sekali dengan ayam kan?

Benda nie bukan baru.Dah banyak orang lalui.Cuma ada yang jadikan kenangan pahit dengan mendiamkan diri.

Aku juga mestilah tidak terlepas dari mengalami peristiwa berkaitan makanan kotor ini.



Cerita Satu


Peristiwa ini berlaku masa aku sekolah asrama di Kuala Selangor.Nama sekolah biarlah rahsia.

Masa tue aku dalam tingkatan 3.Biasa tingkatan 3 nie memang baru nak berjinak-jinak dengan perkara jahat.Nak belajar hisap rokok la.Nak belajar memanjat pagar la.Nak belajar calarkan kereta cikgu la.

Biasa la.Aku pun tak terlepas dari mengikut gaya hidup masa kini.

Suatu hari tue aku dan rakan-rakan menamatkan waktu prep lebih awal dari masa yang ditetapkan.

Maka berlari-lari anak la kami dalam kumpulan agak-agak 5 orang.

Sampai dewan makan,terus capai cawan pastu bukak baldi besar tempat diorang letak air teh O untuk supper.

Memang best masa tue,bebudak nie tak sampai lagi dewan makan.Biasa nak ambik air mesti kena berebut.Dua-tiga cawan gak la aku minum.Siap isi dalam bekas air buat bekalan kat dorm nanti.

Tiba-tiba member aku terkaut sesuatu berkaler coklat...

"Eh apa nie?"

Member aku selamba tarik ekor cicak keluar dari cawan dia.



Cerita Dua


Yang peristiwa nie plak berlaku masa aku belajar dekat Perlis.

Masa tue waktu malam.Kedai nie pun memang buruk tapi dia punya masak memang sedap dan murah.

Aku malas nak tengok keliling sangat.Nanti susah aku nak hidup kat Perlis nie kalo takleh makan kat tempat-tempat begini.

Aku pun order Nasi Goreng Tomyam dengan Neslo Ais.

Sambil makan tue layan AF Ulangan yang ada siar dekat tv.

Tiba-tiba meja tempat aku makan bergegar...

"Eh apahal nie?"

Aku usha bawah meja.

Tengok ada sekor tikus besar anak kucing terlanggar kaki meja.Bayangkan la besar tak besar tikus tue sampai meja bergegar.

Secara refleksologi,kaki aku dah atas kerusi.Terus loncat ke kaunter bayaran.Dah macam tarian naga pulak lompat dari tiang ke tiang.

Aku bayar dan terus blah.Nasi goreng dengan neslo ais tak sampai separuh aku tinggalkan camtu jer.













Memang susah nak jaga kalo makan kat luar nie.Itu belum masuk bab kuku tukang masak lagi.Korang tahu tak salah satu sebab anak-anak jadi bodoh dan bebal disebabkan kuku panjang mereka yang menyediakan makanan?

Nasihat aku,makan la dekat rumah.Biar la bini korang masak termasin sedikit ker.Maafkan dia.

Yang pompuan,pegi carik laki macam Chef Wan.Senang takyah masak.Hahaha.

Friday, February 26, 2010

Kereta buat pegi pasar dan main golf

Share

Mak aku cakap tak elok mencuri.Ceh! Mak sape plak yang cakap kalo mencuri itu elok kan?

Tapi buat pertama kalinya aku ingkar cakap mak aku.Ecece...pertama kali konon.

Aku dah tercurik gambar-gambar dari sebuah laman web untuk dikongsikan dengan korang.Aku rasa cam rugi jer kalo aku sorang-sorang nikmati gambar tersebut.

So korang boleh lah anggap aku macam Robin Hood yang mencuri untuk membantu orang miskin (yakni korang! miskin pengetahuan).

Berikut adalah beberapa design kereta yang boleh buat korang meleleh air liur.Kalo bawak pegi kedai mamak confirm nak parking depan meja kasi tayang orang ramai.Takleh blah btul orang camtu.



















Nota nak kena kaki:Aku tak tahu nak update apa.Takde idea.Korang layan jer la entri curi nie.

Monday, February 22, 2010

Siapa Saiful Bukhari?

Share

Aku baru lepas update status kat Facebook.

Tup! ada sorang komen.Bekas budak sekolah aku.

Aku pun reply komen dia "Apsal muka ko macam Saiful Bukhari ha?"

Tup! dia reply balik "Saiful Bukhari siapa?Member sekolah kita dulu ker?"

Aku speechless...









Entah-entah korang nie pun mesti ada yang tak kenal Saiful Bukhari.Baik mengaku!

Thursday, February 18, 2010

Mengapa aku kata muka aku macam pelakon?

Share

Bila aku cakap muka aku macam pelakon korang tak percaya.

Kata aku tipu.

Ok takpe! Meh tengok gambar nie...




























Ha!Amacam?Percaya tak?

Tuesday, February 16, 2010

Review : Percy Jackson and The Lightning Thief

Share


Dalam cerita tipu Greek kuno,ada 3 dewa paling berkuasa iaitu Zeus,Poseidon dan Hades.Diorang nie nama jer adik-beradik tapi kuat kelahi mengalahkan UMNO dengan PKR.

Satu hari Zeus punya petir hilang.Mengelabah la mamat nie takut nanti tak dapat jadi dewa lagi.Terpaksa kerja Jabatan Kaji Cuaca ramal hujan ker tak.

So dia pun slow-talk dengan Poseidon "Wei...lu ada ambik tak gua punya petir?"

Poseidon reply "Takde pasal gua nak ambik"

Tak puas hati dengan jawapan Poseidon,dia pun serkap jarang "Gua suspek anak lu ambik la"

Nak dijadikan cite,si Percy Jackson nie lah anak kepada Poseidon.Tapi mamat iras iras rupa aku nie tak tahu pun dia anak kepada Poseidon sehinggalah pada suatu hari dia diserang cikgu sejarah sebab gagal ujian pertengahan tahun...wakaka...mengarut jer aku punya review.Ok...Ok serius!...sebenarnya cikgu sejarah dia adalah makhluk nama Fury muka hodoh yang telah diupah Zeus untuk ambik balik petir itu.

Dari situ bermula lah kisah si Percy Jackson nie...ditemani anak kepada Dewi Athena dan seekor kambing negro dalam epik pencarian petir yang dicuri.

Ok baru tamat sipnosis...sekarang baru nak mula review...

Dari segi efek 3G dan CGI,memang tak dinafikan tidak mengecewakan.Nampak banyak juga unsur-unsur dari cite Harry Potter yang diselitkan dalam filem ini.Antara yang paling ketara ialah kasut terbang si Percy Jackson dengan bola emas Quidittich si Harry Potter.

Jalan cite agak mudah difahami.Standard filem-filem Disney.Namun begitu terdapat kelonggaran plot yang kalo diperbaiki boleh jadi sebest Lord of The Ring tapi kena tambah sejam lagi waktu tayangan.

Penalaan muzik memang hancur.Haram jadah apa guna lagu Lady Gaga.Tak style la macam cite Transformers dan Angels & Demons.

Sinematografi pun takde la seni sangat.

Eh sesedap hati aku jer komen benda yang aku tak tahu kan?Hahaha...

Bagi aku,cite nie tak sampai tahap wajib tonton la.Kalo korang minat cite Harry Potter,High School Musical,Camp Rock...pegi la tengok cite nie.

Aku bagi 3 bintang dari 5 itupun sebab heroin dia boleh tahan mata cantik sampai tak sedar tercakap "Wow!"













Nota kaki:Apsal cite nie dapat status U sedangkan boleh merosakkan akidah?

Sunday, February 14, 2010

Rambut sama hitam,mata tak sama sepet.

Share

Pagi raya kali nie tak macam pagi raya tahun-tahun sudah.

Breakfast pun makan mee bandung jer.Takde ketupat rendang.

Tak meriah langsung.

Pukul 8.15 pegi masjid nak sembahyang raya batang hidung imam pun tak nampak.Teruk sangat ker sekularisme di Malaysia nie sampai sembahyang raya pun dah takde orang?

Tapi apa pun...

'Selamat Tahun Baru Cina'

...aku ucapkan kepada semua bangsa cina tak kira apa agama.













p/s:Mercun lebih takde ker?


Thursday, February 11, 2010

Tag dari Innz

Share

Berbekalkan azam dan kecekalan yang tiada tandingan.Aku sanggup korek-selongkar entri si Innz nie sebab baru teringat dia ada suruh buat maksiat apa ntah.

Dah la dia nie rajin update...memang tertanam jauh ke kerak bumi.Nasib baik aku lebih rela selongkar blog dia dari selongkar jurnal-jurnal...hahaha....

"Nyatakan 4 perkara yang anda suka,2 perkara yang anda tak suka,1 perkara pelik tentang diri anda dan 1 perkara menarik tentang diri anda."

4 perkara yang aku suka

  1. Aku suka gila kalo sampai-sampai UiTM jer awek ramai kat bus stop
  2. Aku suka gak kalo bila lalu tue diorang (awek kat bus stop) usha-usha aku
  3. Tambah suka bila ada yang nak melintas jalan sanggup toleh dua kali sebab aku lalu
  4. Rasa cam nak loncat-loncat plak bila ada yang start tegur aku...
2 perkara yang anda tak suka
  1. Tapi aku tak suka bila orang kata aku perasan...walaupun kenyataan...keh...keh...
  2. Dan aku tak suka nak bagitahu part ada yang tegur tue hanyalah dusta semata...
1 perkara pelik tentang aku
  1. Aku pelik kenapa diorang semua taknak pandang aku?
1 perkara menarik tentang aku
  1. Aku tahu jawapannya! Aku tak menarik...Keh...Keh...












p/s:Korang nie takde keje ker baca aku mengarut?

Monday, February 8, 2010

Pengalaman saya memandu Ferrari

Share


Hujung minggu ini memang antara yang terbosan.Semua sebab sakit tekak dan tonsil bengkak.Nak lepak tak dapat,nak dating cancel,nak hisap rokok pun kena catu.

So aktiviti hanya terbatas kepada baring atas katil macam orang lumpuh sambil habiskan episod Boys Over Flower buat kali ke-3 dan sekali-sekala komen orang kat Facebook.Memang gaya hidup nerd masakini.

Bila dah terbaring jer,mata pun mula la nak tertutup jer.Maka haruslah mimpi-mimpi pelik.

Memang ini antara mimpi terbaik sepanjang hidup.Tak sia-sia aku sakit tekak.

..........................................................................................................................................................................

Bapak aku memang sangat kaya macam taknak mati.Dia ada berpuluh-puluh syarikat daripada pengimport kereta,pengeluar cip sampai la ke bisnes nombor ekor.

Dan masa tue bapak aku dah menjelang umur kubur kata mari,rumah kata pergi.

Pastu aku selaku anak sulung lelaki haruslah jadi pewaris yang akan menguruskan segala harta-benda yang nilainya kalo tujuh keturunan makan tak habis siap tapau lagi.

Keta toksah cite la.Semua model yang limited edition jer.Tapi aku pelik,apsal Satria Neo aku ada lagi dikalangan Ferrari,Lamborghini tue.Hahaha.

Suatu hari,aku dalam perjalanan nak kemana ntah...bawak Ferrari Scuderia sambil pakai spek mata hitam.

Pastu masa berenti kat lampu isyarat,tetiba ada satu BMW Z4 takde bumbung berenti sebelah.

Bila aku usha sekali awek daa.

Sebab aku bawak Ferrari maka bolehlah aku senyum kat awek tue,cuba aku bawak Myvi...hahaha...memang pandang lampu isyarat jerla.

Awek tue pun senyum balik...

Entah bodo apa lampu isyarat tue...lama nak mampus maka aku pun cuba mengayat awek tue...

"Hai Kak Long...nak pegi mana tue?" tanya aku (bawak Ferrari tapi ngorat gaya mat rempit...wakaka)

Awek tue senyum jer.Mesti dia pun nak tergelak sebab aku ngorat style mat rempit.

Tidak berputus asa,aku try lagi mengorat...

"Kak Long...mintak nombor telepon boleh?" (aku malu pada diri sendiri dalam mimpi ini)

Awek tue reply "Kalo awak dapat kejar saya,nanti saya bagi".Time tue jugak la lampu isyarat jadi kaler hijau.Awek tue terus pecut tinggalkan aku.

Gila apa aku nak kejar dia.Aku nak U-turn jer.

Dengan bahagianya aku pun buat U-turn dan terus pandu slow-slow.

..........................................................................................................................................................................

Notakakicagu:

  1. Mimpi ini aku nobatkan sebagai antara yang terbaik sebab aku dapat bawak Ferrari
  2. Mimpi ini juga ada pengaruh cite Boys Over Flower sebab aku tertido masa tengok cite tue lalu terus mimpi nie


Wednesday, February 3, 2010

Mari belajar hisap rokok dari Abang Razi.

Share


Hari nie aku tensen.

Biasa kalo aku tensen,mesti aku hisap rokok.Tapi hari nie aku tak hisap.Aku pegi minum air masak sebab aku sakit tekak.

Tiba-tiba aku teringat zaman aku mula-mula hisap rokok...
..............................................................................................................................................................................

Ketika itu, aku berada didalam tingkatan empat.Aku baru saja berpindah ke sebuah sekolah yang berprestij di Negeri Sembilan.

Suasana pembelajaran yang baru di sekolah itu membuatkan aku tertekan.Mereka budget pandai yang setiap kali cikgu tanya soalan mesti ramai ramai angkat tangan.Gila kau tak psiko.

Pastu dua hari lepas aku masuk ada test addmath.Dah la masa sekolah lama dulu waktu addmath jer aku tido.Basic memang kosong.Ko tanya aku fungsi pun aku tak tahu apa fungsi dia.Aku ingat belajar ABC balik tapi belajar huruf X dengan Y jer.

Memang dah agak,test addmath aku dapat dua.Itu pun sebab tulis balik soalan.Cikgu tue pun tanya "kamu kat sekolah dulu tak belajar lagi ek silibus nie?"

Aku geleng tipu.

Lepas tue tiap-tiap hari kalo ada subjek addmath jer cikgu tue akan tanya aku membuatkan aku tambah tertekan.

Bila waktu prep jer,kelas tue jadi diam.Semua tunduk kepala bukak buku menelaah apa jadahnya ntah.Memang beza gila masa aku sekolah lama,waktu prep tido kat surau.Hahaha.Takpun main alat muzik Bonggo kat bilik budak nasyid.

Masa aku mula-mula masuk tue,salah seorang yang masuk sekali dengan aku ialah Naqqib.Ok! Naqqib salah satu punca aku tertekan jugak.Kalo korang tak kenal dia,mesti ko akan rasa dia nie...macam pelik...kalo cite cite omputih,watak dia nie macam mamat nerd yang kena pinggirkan.Nasib baik la mulut dia longkang gak.Kira leh masuk ngan kepala otak aku.

Pastu aku ingat lagi,dalam kelas tue ada tiga empat orang yang memang mula mula tue aku rasa nak tumbuk laju laju jer kat perut diaorang.KD,Zack,Faiz Hulk ngan Shah.Empat ekor nie memang kuat study pastu kalo study takleh ada bunyi walaupun pen jatuh.Mesti nak sound.Ok,mesti korang dah rasa tertekan kan sekarang?Hahaha...

Kat sekolah nie,ada la dua tiga orang gak yang budget orang putih (Rahman jer budget nigga).Cakap BI memang berabuk abuk serdak bahulu.Aku punya BI plak setakat fuck u bitch muthafucka boleh la.So secara tidak langsung memang ko rasa rendah diri.Ok fine! aku memang rendah.

Atas semua alasan itu,aku jadi sangat tertekan.Sehinggalah pada suatu hari...

Masa itu kelas BI.Teacher bagi kami satu cerita tentang budak sekolah yang merokok.Moral dari cite tue patutnya jangan hisap rokok tapi otak aku proses lain suruh belajar hisap rokok.

So hari jumaat tue aku ngan Azizi pegi masjid nak sembahyang jumaat sama-sama.Masa baru baru masuk sekolah tue memang kalo sampai awal kat masjid wirid dan iktikaf jer la.Tapi sebab dah kenal setan setan tue,Azizi ajak aku pegi Ampangan dulu sebab awal lagi.Tok Imam pun tengah mandi lagi kat rumah kata dia.

Aku pun pegi ikut jalan kemungkaran.

Sampai Ampangan,kitaorang lepak depan 7E (nasib baik SPM aku tak dapat camni).Lepak lepak minum Slurpee pastu tetiba aku tanya Azizi.

"Ko nak hisap rokok tak?"

Azizi pun sengih sengih "Aku ok jer"

Aku terus masuk balik 7E beli Dunhil kotak 7.Pastu kitaorang hisap la.Tapi aku tak tarik pun.Aku hembus hembus bodo jer.

Sehinggalah...

Ada satu malam tue,aku lepak dengan sape ntah.Black kot.Pastu dia tengok aku hisap rokok macam pelik.Dia tanya la

"Ko tarik tak?"

"Tarik apa?"

"Laa....ko tak tarik nie.Cuba ko tarik"

"Camne?"

"Ko sedut asap tue pastu macam ko tarik kedalam"

Aku pun try.Percubaan pertama aku batuk dengan teruknya.Malam tue ada la dua tiga kali aku batuk batuk dengan teruk sampai sakit tekak.

Salah satu sikap aku,aku tak suka kalo benda tue aku tak tahu buat.Aku mesti nak cuba sampai pandai.So secara underground aku berlatih me'narik'.

Dan hasilnya sekarang...aku seorang perokok!

Jadi jika ada mana-mana yang baru nak belajar merokok...bolehlah tuisyen dengan Abang Razi.Hahaha....

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP