Monday, May 16, 2011

I'm sorry!

Share

Malam ini saya mesej awak tanya tengah buat apa.Awak cakap tengah setting Foursquare dekat handphone tapi awak cakap tak reti.

Terus saya teringat masa dalam kereta,masa saya merajuk dengan awak.

Masa itu saya baru downloadkan game baru dekat handphone awak.Lepas itu saya excited sangat nak tunjuk dekat awak tapi mungkin sebab awak penat baru lepas main futsal jadi awak macam malas nak tengok.

Terus saya merajuk.

Perlahan-lahan awak ambik handphone lepas itu awak godek-godek game yang saya downloadkan.Walaupun saya tengah merajuk tapi saya jeling jugak tengok awak tengah buat apa.

Saya tengok sampai senget-senget badan awak main game kereta yang saya downloadkan walaupun sebenarnya saya tahu awak tak minat game macam itu tapi awak main jugak sebab nak jaga hati saya.

Rasa terharu jugak tapi saya cool aje.

.............................................................................................................

Tadi waktu kerja saya tensen sangat sebab ramai customer saya macam pukimak.Lepas itu awak pulak tuduh saya yang bukan-bukan,terus saya rasa marah gila-gila.Nasib baik saya tak karate monitor sampai terbelah dua.

Tapi...

Itulah...

Kalau awak dan saya bergaduh...

Sebelum nak tido mesti saya terfikir balik semua yang terjadi.

Dan

Kebanyakannya berpunca dari saya.




"I'm sorry sayang"






p/s:Saya tahu awak suka Amir Maharaja Lawak cakap macam tue kan pasal dia comel kan?Apa saya tak comel ker?

Sunday, May 15, 2011

Puting

Share

Tadi aku lepak dengan Puyat,rakan daripada gay sampailah kembali ke pangkal jalan.

Rancangan asal nak lepak sekali dengan Israq Hafriz, tapi dia belot bilamana mengetepikan aku dan mengutamakan awek.Takpe aku takde hal punya biasalah lepak dengan aku mana ada ringan-ringan.

Jadi aku dan Puyat pun bergerak ke Shah Alam tanpa tahu tujuan.Memang penyakit ini dari dulu sampai sekarang tak sembuh-sembuh.Asal nak lepak jer mesti tak tahu arah tujuan.

Pusing-pusing Shah Alam dua tiga kali lalu jadi bosan.Sudahnya Puyat cadang lepak dekat seksyen 13 saja nak try kedai-kedai baru disitu.Apa barang lepak Hakim Seksyen 7 tengok MU?

Kedai yang aku lepak itu biasa saja takdelah sehina Warung Pak Jabit.Awek yang hadir pun suam-suam kuku adalah dua tiga orang saiz XXXL.

Scene-scene suap menyuap antara aku dengan Puyat memanglah takde tapi apsal ntah orang keliling pandang hina macam kami pasangan gay paling bahagia.

Tengah syok layan Majalah 3 tiba-tiba Puyat senggol tangan aku berkali-kali.Aku faham yang itu isyarat ada awek hot tapi yang aku tak faham mana ada awek hot nak lalu.Hok adala.

Lepas ada sorang awek badan XXXL lalu terus Puyat bisik dekat aku.

"Kau nampak apa aku nampak?"

"Nampak apa?"

"Pompuan tadi la..."

"Kenapa dengan perempuan tadi?"

"Nampak puting dia timbul!"

Uppp! nasib baik tak tersembur air Nescafe yang aku tengah minum.

Tak pasti itu rezeki atau bala tapi perempuan yang sama pusing balik lalu depan aku.

"A'ah la Puyat" jawab aku sambil tahan gelak.Kalau tak tahan mau guling-guling aku dekat kedai makan itu.

.............................................................................................................

Sumpah aku tak stim!

Wednesday, May 11, 2011

Panas

Share

Aku bangun berpeluh-peluh.Panas gila.


Dua tiga hari ini memang panas betul.

Badan pun dah rasa lain macam.Ada rasa nak demam.Tekak gatal-gatal.


Dia punya panas toksah cite.Bayangkan pagi-pagi rasa macam mandi guna water heater.Kalau tengah buang air besar memang berpeluh-peluh la rasa macam berak dalam sauna.

Sebab tak tahan panas sangat,aku bukak butang baju aku.

Tapi bila pandang sekeliling terus aku pakai balik baju aku.



Gila apa nak tido dekat ofis tak pakai baju?Ingat dekat rumah ke?


Saturday, May 7, 2011

Buli

Share

Tak pasti semua orang pernah lalui atau tidak tapi benda ini memang salah satu kenangan pahit yang kalau boleh aku nak lupakan.

Buli.

Benda yang biasa berlaku dekat sekolah asrama.

Dulu masa sekolah asrama aku selalu dibuli.Aku ingat lagi buli pertama yang dikenakan keatas diri aku.

Waktu itu tingkatan 1, aku dah lambat nak pergi sekolah.Tengah kelam-kabut siap-siap,tiba-tiba sorang senior dorm sebelah datang suruh aku gosok baju dia.

Tak ke pukimak kalau dah lambat nak pergi sekolah,nak kena gosok baju dia pulak?

Sudahnya glamer aku naik atas pentas sama-sama dengan senior sebab datang lambat.Awek-awek semua pandang macam aku baru lepas rogol budak umur 7 tahun.Cilaka!

Sejak hari itu,sebelum pergi solat subuh aku dah siap-siap bawak beg sekali.Itu pun ada cilaka yang suruh bawak naik sarapan dekat dorm.Bestkan minum air teh campur ludah aku?

Nak dijadikan cerita,suatu hari masa aku sedang bawak naik sarapan untuk 'abang kesayangan aku'...ada pulak member dia nampak aku tengah ludah dalam air teh yang dibawa eksklusif untuk 'abang kesayangan aku'.

'Abang kesayangan aku yang cilaka itu' pun naik hantu bila dapat tahu tiap-tiap pagi dia minum teh ludah aku.

Malam itu kira-kira 15 orang abang-abang kesayangan aku dah ready untuk pukul aku beramai-ramai.Setiap penjuru dah di'cover line' oleh junior yang volunteer nak jadi macai senior untuk dapat lesen merokok.

Tapi masalahnya sekarang diorang tak jumpa aku dekat dorm.

Diorang cari aku dekat musolla pun tak jumpa.

Sampai ke sekolah diorang cari aku.

Dalam tandas perempuan pun.

Semua tempat diorang cari aku tapi tak jumpa.



Mana nak jumpa dah aku balik rumah sebab kena 'chicken pox' hari itu.




Cuma kena marah saja dengan 'abang sayang aku yang pukimak itu' lepas balik dari rumah.Selamat aku dari jadi bahan muka depan suratkhabar.Kes buli sampai mati.

Wednesday, May 4, 2011

Segan

Share

Disuatu petang yang hening,kelibat bos mundar-mandir dibelakang aku boleh diperhatikan melalui pantulan cahaya pada monitor komputer.

Aku pura-pura tak nampak saja kengkonon tekun buat kerja padahal tengah kira duit nak beli barang hantaran.

Tiba-tiba aku perasan bos berhenti belakang aku.

Terus aku pusing belakang mana tahu dia nak terkam aku akibat kecomelan melampau yang aku tonjolkan.

Bos tak cakap banyak terus panggil aku masuk ke bilik dia.Aku pun terus membontoti beliau walaupun nama aku bukan Saiful Bukhari.

Dia suruh aku tutup pintu bilik dia rapat-rapat.Nasib baik dia tak suruh kunci sekali kalau tak memang aku dah sepak telo dia.

Bos duduk ditempatnya la takkan atas lantai pulak.Matanya memandang skrin komputer membiarkan keadaan hening seketika.Diatas mejanya ada sekeping surat.Peluh-peluh jantan mulai menitik walaupun penghawa dingin bilik bos terpasang kuat.

"U..." bos aku tak habiskan ayat.

Aku dah mula telan air iur.

"I tengok U masuk internet masa ofis..." bos aku sekali lagi tak habiskan ayat.Saat ini aku dah tak tentu arah.Rasa nak pura-pura pengsan pun ada.





"I tengok U masuk internet masa ofis...U pakai apa?Broadband ek?...Itu barang camne mau register?"





Sudahnya aku bagi dia pinjam broadband aku seminggu.Cilakak! Nak pinjam pun segan-segan.



Tuesday, May 3, 2011

Seluar jeans saiz 30

Share

Hari ini aku keluar dengan cik tunang pergi jalan-jalan.Niat dihati nak beli seluar jeans baru sambil itu boleh dating sekali.

Macam biasa pergi tempat favourite kami dating dari mula-mula kenal sampai sekarang iaitu One Utama.

One Utama ini bagi aku memang best sebab boleh kata semua ada disini.Calon bini pun ada kalau pandai cari.

Lepas parking kereta terus berjalan pantas menuju ke GSC.Cik tunang yang jalan terkedek-kedek pun aku heret suruh berlari.Sian dia pakai kasut baru kaki melecet.Itula siapa suruh tak gigit kasut itu dulu.

Cadang mula-mula nak tengok Fast & Furios 5 tapi sejak dari mula beratur lagi dia dah tunjuk 'Selling Fast'.Jadi terpaksa rancang plan B kami berdua tengok cerita Thor.

Lepas tengok cerita Thor terus ajak cik tunang pergi kedai D.I.Y sebab nak beli tukul besi sebijik.Sambil itu fikir-fikir juga nak simpan jambang dan pakai baju besi pergi ofis besok.Cik tunang kata kalau badan macam papan toksah berangan nak jadi Thor.Aku terpaksa akur walaupun memberontak dari dalam.

Bila urusan makan dan solat dah setel terus pergi kedai Romp.Sebenarnya dari dulu lagi aku syak kedai ini khas untuk mat rempit.Tapi takpe pasal baju dia agak stylo juga baru la ada gaya-gaya Super Junior walaupun muka macam Rajnikhan.Lagi satu harga dia boleh tahan murah sesuai untuk orang miskin harta kaya budi bahasa macam aku.

Aku pun sauk selai seluar saiz 30.Cina yang jaga kedai itu bekalkan aku dengan selai lagi saiz 31.

Aku pun masuk fitting room terus try yang saiz 30 dengan yakin.Sekali nak zip tak lepas.Aku paksakan jugak dengan mengempiskan perut dan akhirnya berjaya.Tapi pakai dia sikit punya seksa.Dah la ketat lepas itu cawat dia pendek rasa senak telo aku bila tertarik.

Try pulak yang saiz 31.Ok skit tapi telo masih sakit.

"I try tengok yang lain dulu" cakap aku pada cina yang jaga kedai Romp.

Nak pergi kedai Levi's jauh,nak pergi Zara tak mampu jadi aku naik satu aras.

Try tengok dekat kedai Pull & Bear.Sebenarnya aku alergik sikit dengan kedai ini pasal dua tiga kali jugak aku nak terpegang kasut kulit babi.Kalau Puyat toksah cite la confiden saja duduk makan satu meja dengan supplier yang order babi.

Masuk kedai itu takde sorang pun layan tahu la muka orang miskin.

Terpaksa aku suruh cik tunang jadi pelayan carikan saiz seluar untuk aku.Aku usha sekeliling nampak ada awek promoter pakai baju hitam tengah kemas-kemas baju tapi nak panggil jauh.Mungkin sebab nampak aku macam ada minat nak membeli,sorang brader pakai baju hitam datang dekat kami terus aku tanya pada dia.

"Bang,yang ini saiz 30 ada tak?"

"Err...saya tak kerja sini"

"Ooo...ingatkan kerja sini sebab baju sama".Muka brader tue terus merah menahan segan dan aku pulak menahan malu.Cik tunang dah gelak-gelak sampai jatuhkan baju.Kurang asam betul.

Aku ambik saiz 30 terus berlari-lari anak ke fitting room.

Bila tiba giliran aku terus cabut seluar jeans yang aku pakai dan gantikan dengan seluar yang nak try.Sekali lagi aku rasa seluar itu ketat.Kalau tadi dekat Romp mungkin sebab seluar itu cawat dia kecik tapi kalau dah dua kali benda sama berlaku ini bukan cobaan.

Keluar fitting room terus aku capai yang saiz 31 pulak lalu try.

Akhirnya aku pilih saiz 31.

Tak sangka aku dah gemuk.

Nasib baik peha aku tak besar macam seseorang...keh! keh!

Monday, May 2, 2011

Warna-warna.

Share

Salah satu benda yang aku paling benci memikir ialah fikir nak pakai baju apa.

Seriously pemilihan pakaian ini penting sebab samada pengakhiran kau sangat gorgeous ataupun badut sarkas.

Bak kata adik aku yang quote kata-kata ini dari Albert Einstein (tak pasti benar atau tidak) "Jangan gunakan portion brain yang ada untuk fikirkan tentang baju".

Berbalik kepada diri aku,biasanya kesusahan memilih pakaian ini terjadi kalau aku terpaksa pergi majlis formal.Kalau dulu,nak pergi dating pun pecah kepala gak fikir nak pakai baju apa tapi sejak dah bertunang nie sarung saja apa yang ada.Kalau dah kahwin mungkin t-shirt pagoda pun kira dah ok ler.

Selain pemilihan baju,pemilihan warna juga sangat penting terutama bagi kaum wanita.

Aku tak pasti korang perasan atau tidak tapi warna-warna yang terang pada baju perempuan mampu menaikkan semangat mengawan kaum lelaki.Ala,'kawan' jer.

Terutama warna pink!

Tapi lelaki pun sesuai gak warna pink.Siapa kata pink itu milik mutlak wanita?

Jangan la beli boxer kaler pink ya wahai lelaki bila aku kata lelaki sesuai gak kaler pink.Tendang telo kang!

Atas sebab-sebab tertentu aku lebih gemar kaler hitam sebab lebih senang matching takyah pecah-pecah kepala.

Kereta kaler hitam,boxer kaler hitam,t-shirt kaler hitam...

Kulit pun dah hitam.

Sebenarnya aku tengah pening kepala fikir kaler untuk tema wedding.

Korang ada idea?

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP