Tips bergaya untuk lelaki yang hodoh nak mati.
Share
Anda seorang jejaka yang kurang kacak atau dalam erti kata lainnya hodoh nak mati?Takpe jangan risau cinta ditolak berkali-kali kerana hari ini anda adalah orang bertuah yang datang ke blog aku bakal menemui tips-tips terhebat abad ini cara untuk kelihatan bergaya dan menarik.
1)Tips pertama bagi lelaki untuk kelihatan bergaya ialah dengan memakai cermin mata hitam.Pastikan anda pilih cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka.Jika anda tersalah pilih ada kemungkinan anda akan disalah anggap sebagai orang buta.Salah satu pantang larang tips ini yang perlu anda patuhi ialah jangan sesekali pakai cermin mata hitam diwaktu malam. Anda akan kelihatan teramat bangang.
2)Tips pertama tadi secara automatik akan menaikkan peratus hensem anda sebanyak 3% secara purata mana-mana lelaki hodoh nak mati.Jadi tips seterusnya ini akan menaikkan lagi peratus sebanyak 7% yakni dengan pemakaian jaket.Jaket ada banyak material dari jenis kulit babi sampailah ke kain kapas.Seeloknya pemakaian jaket hendaklah disesuaikan dengan keadaan cuaca jangan jadi bangang pegi pakai jaket tebal budget muka macam pelakon Korea.Awek rupa macam KLCC tak siap pun tak lalu nak pandang kalau pakai jaket tebal ada kucing parsi mati dekat tengkuk (jaket yang ada bulu-bulu kat tengkuk).
3)Tips ketiga ialah dengan menambahkan aksesori seperti kamera DSLR tergantung dileher.Tips ketiga ini akan membuatkan peratus hensem meningkat sebanyak 30%.Tak kisah la jika anda hanya tahu menggunakan mode auto semasa mengambil gambar.Pandai guna atau tak itu belakang kira janji ada.Kau ada?
4)Tips keempat ialah dengan gabungan tips pertama dan kedua ditambah sebiji motosikal berkuasa besar.Haruslah diingat hanya motosikal berkuasa besar disarankan.Mana-mana EX5 atau Kriss yang tukar ekzos agar bunyi serupa Ducati tidak tertakluk dalam syarat dan terma.
5)Tips kelima sama seperti tips keempat cuma penggunaan jentera yang berbeza.Sebenarnya anda boleh memilih tips kelima atau keempat ikut suka dan kemampuan.Tips kelima ialah dengan memandu kereta sporty.Kancil lowered atau Myvi SE tidak tergolong sama sekali.Wira SE boleh dikira sporty tapi sebab aku benci Wira maka kelayakan ditarik balik berkuatkuasa serta-merta.Jenama BMW paling disarankan diikuti dengan Mitsubishi dan Honda.
Nah! sekarang cecite gadis mana tak cair sama lu?
Muka cam gini tak perlu semua tips diatas.Keh! Keh! |
11 comments:
hahaha perasan lah pulok kan
XD
tulis ni dapat ilham dari tngok tayar keter sendiri ke bang
haha
ceh!
hahahaha...peras santan betul!
tips ke-3 tampak berkesan pada aku. untung2 boleh dia hadiahkan pada aku. muahahahaha~!!
Sesungguhnya walaupun segunung ker berkawah ker bermangkuk2 tips yang diberikan untuk jejaka2 kurang tampan diluar sana tp lau perangai cam tahikz…kaki pompuan…kaki penipu..kaki pukul…kaki botol…kaki mangkuk..kaki pinggan ker kaki kuku kaki segala kaki lah xpkai jugak…hehehe! Tol x? o..0v
ahah..ko tk perlu sbb ko dh ader awek..
wakakakaka. nasib baik jentera yg di sugest bukan NEO ! kalau tak mmg di tujukan kat diri ko sendiri la tuuuu
hahahahahampeh.
;p
Syazwana:Awak pun perasan saya tak perlukan tips ini?Tq! Tq!
Sylver:Tayar keta aku kenapa?Ok serius yang ini aku tak faham.
Faxxi:Hahaha...
Lea:Untuk santan,kata kerja yang kita gunakan ialah perah ya bukan peras.Peras digunakan untuk mengugut pembaca seperti anda agar percaya penulis memang kacak.
Rasis:Kau lelaki ker?Lempang karang...
Ezora (Dah tahu nama...hehehe):Banyak betul lelaki punya kaki ek...keh keh
Tengku:Bukan awek la.Tunang! Keh Keh
Suria:Apa nama Myvi kau?Lulu ek?Keh Keh...berBULU jer aku dengar.
Annie:Cikgu...
aiseymen...dah kantoi lah plak...hebatnyer.. T..T ahhaha! nah 2 biji gule2 tok kamu sebab dpt cari nama...hohoho!
p/s: laki mmg byk kaki sebab tu otak dy ligat byk trick huhauhahahah!
Post a Comment