Monday, December 6, 2010

Siapa yang curik handphone aku?

Share

Hari ini ahad jadinya kalau kerja juga memang aku bakar saja kilang yahudi tersebut.Gila apa ahad kerja,yahudi pun cuti la pergi gereja.

Tapi cuti hujung minggu kali ini terganggu sedikit aktiviti tidur sampai tengahari sebab terpaksa menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku.Entah siapa nama dia pun aku tak tahu.Banyak sangat sepupu pun masalah juga nak ingat satu-satu.

Lepas balik majlis perkahwinan sepupu yang namanya tidak aku ketahui itu,terus keluar balik nak pergi cuci kereta yang kalernya dah jadi kelabu.Biasalah kerja hari-hari racing dengan lori bawak tanah mana tak jadi gitu.

Dipendekkan cerita,lepas habis basuh terus sambung wax pulak.Ini adalah untuk memastikan warna kereta lebih berkilat dan menyerlah.Kalau tak mampu beli wax boleh juga ganti dengan minyak tanah sebab dia ada reaksi kimia yang sama.Reaksi tau bukan ereksi!

Tengah syok menenyeh wax pada badan kereta tiba-tiba kekasih hati mesej jadi mesti di balas kurang dari 5 minit.Aksi mesej berlarutan dengan sebelah tangan tenyeh wax sebelah lagi reply mesej sampai la siap wax satu body dengan body-body aku sekali.

Sementara menunggu wax kering aku pergi dapur sekejap sebab tekak menunjukkan tanda-tanda kehausan.Bukak peti sejuk ada air soya memang terbaik ah terus teguk dari jug tanpa menggunakan medium perantaraan yang dinamakan cawan.

Bila dah siap minum terus sambung balik lap wax yang dah kering.Time tue dia punya kaler jadi macam baru beli.Serta-merta perasaan nak tayang kereta depan awek-awek membuak.Cuma kalau awek tue pakai BMW buat-buat macam tengok pokok dan angin saja.Eh sejak bila boleh nampak angin?

Dah siap semua terus naik atas masuk bilik sebab pukul 6 karang nak pergi lepak dengan member-member.Bila dah nak pergi baru perasan yang handphone aku dah hilang.

Maka habislah bilik aku digeledah.Carik sampai bawah kereta tapi takde jugak.Call pun tak dengar langsung bunyi ringtone dia.Aku dah mula syak yang ini bukan kerja manusia.Ini mesti ada kaitan dengan makhluk halus macam toyol,mak lampir dan Uncle Seekers.

Tiba-tiba adik aku jerit dari dapur...

"Apsal kau bubuh handphone kau dalam peti sejuk nie,long?"

13 comments:

HM December 6, 2010 at 12:35 AM  

aku tak salahkan ko..
peti sejuk mmg wujud utk simpan hp ko..

mcm haram!

Misshy Innz December 6, 2010 at 12:45 AM  

aku taw . aku taw nape kau letak hp dlm peti ais .
sebab kau nak sejukkan bateri dia kann ?
sebab kau mesej lama sgt , jadi panas ;D

betul x ?

Miss Shizu December 6, 2010 at 12:54 AM  

hahahahha...sengal ko razi...

ok aku taw, mesti ko nk sejuk kan npon ko an...save sket bateri..mlm t ley smbung msg cik awek.....hahhaha

Daisy December 6, 2010 at 1:19 AM  

pastu ko gi bukak peti ais,, ko amek henpon ko minom! hahha ta yah la soya2..

ceksumolek's December 6, 2010 at 10:48 AM  

hahaaa~ boleh pulak jadi camni.. org letak remote tv dalam peti :P adehh~

neesa December 6, 2010 at 1:38 PM  

haha..memang sengal!

linn December 6, 2010 at 4:28 PM  

laaa.. ingtkan kna curik..

nur maisarah December 6, 2010 at 6:07 PM  

lol. huhu

ShAwN December 6, 2010 at 11:28 PM  

sengal taik kude betol!!hak4...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 6, 2010 at 11:35 PM  

Hanna:Mana ada jatuh hukum haram letak hp dalam peti sejuk.Lain la kalau berdua-duaan bukan muhrim dalam peti sejuk...keh keh

Innz:Aku suka cara pemikiran kau yang di luar kotak.Cuba lepas ini kau campak hp kau ke dinding pulak tengok ada tak mesej terbang...hahaha

Miss Shizu:Kalau sejukkan hp boleh save bateri ke?Hahaha

Fyza:Cuba teka air dia rasa apa...keh keh...rasa BlackBerry.

Aisumi:Letak remote dalam peti?Nasib baik tak letak dalam kuali kan.Kalau tak boleh jadi remote goreng...keh keh

Hanisah:Hahaha...saya sengalkan?Hi Hanisah...u single lagi tak?Keh Keh

Lin:Kena curi ler tue...peti sejuk yang curi.Hati-hati ya...lepas ini mungkin hati kamu kena curi pula...keh keh

Azeya:Apa gelak-gelak?Igt buat peace tue comel la? (mmg comel pun)Letak dalam peti sejuk kang...hahaha.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 6, 2010 at 11:38 PM  

Shawn:Ada sorang member aku suka betul cakap "Taik kuda...Taik kuda".Arwah baik dgn aku.Keh Keh.

ShAwN December 7, 2010 at 9:30 AM  

ya ka??huhu...kami sehati berdansa kot...kui3...haha

Hidayah Hanif December 8, 2010 at 1:34 PM  

hahahaaaa...giler la ko razi..dasar tue kutuk..nyanyuk tak sedar diri..hihihiiii..;p

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP