Sunday, December 26, 2010

Rahsia kemenangan aku.

Share

Malam itu suasana sunyi sepi.Rata-rata pelajar asrama yang skema sudah masuk tidur seawal jam 11 malam.Namun begitu aku masih segar gara-gara lapar nak mati.Jadinya pergi dari katil ke katil kawan-kawan satu dorm tapi hampa sebab mereka semua takde.Ini memang ganjil tak mungkin mereka dapat hidu niat aku untuk 'pau' sebungkus megi.

Maka pencarian sebungkus megi diteruskan ke dorm sebelah pula.

Dari luar dorm,aku terdengar suara-suara orang berbual dan bersorak.Tapi lampu dorm dah gelap jadi ada unsur seram disitu.Walaubagaimanapun unsur lapar lebih menekan waktu itu jadi aku dengan selamba buka pintu dorm tersebut.

Kelihatan di dalam dorm itu penuh dengan manusia daripada tingkatan 5 sampai tingkatan 1.Semuanya berkumpul di tepi katil takpun baring-baring atas katil.Di tengah-tengah dorm diaturkan beberapa tilam dan ada dua orang sedang berdiri di atas tilam tersebut.

"Oi Razi ko nak apa?" tegur member aku dari atas katil.

"Gaduh ke?" tanya aku terus lupa tujuan asal nak 'pau' megi.

"Takla,inila sparring.Kira macam main lawan-lawan la" jawab member aku.

Aku pun terus menyelit sebelah member aku baring sama-sama sambil tengok aksi pertarungan diantara dua orang senior tingkatan 4 dan tingkatan 3.Dua-dua tue budak silat jadi aksi balik kuang dan tendangan tanpa bayangan memang selalu nampak.Dah gelap memang la takde bayang.Yer tak?

Keputusan berpihak kepada senior tingkatan 4 dengan tendangan di bahagian perut senior tingkatan 3.

"Ok siapa nak sparring lagi?" tanya ada sorang senior kengkonon dia pengulas dan pengadil perlawanan.

"Nie bang,dia nak sparring" jerit member aku sambil tolak-tolak.Cilaka gila perangai.

"Ha Razi! Meh!..." jawab senior tue.Aku pun dengan langkah longlai pergi ke tengah-tengah dorm.Semua mata sekarang tertumpu pada aku sambil ada dua tiga member yang bagi sokongan moral tapi makin buat aku rasa nak maki saja.

Lawan aku waktu itu sorang senior tingkatan 2 tapi badan besar macam tingkatan 3.Aku yang sekarang berumur 24 tahun pun badan masih kecik jadi korang mesti dapat bayangkan badan aku waktu tingkatan 1 camne.Memang confirm kalah kata member aku.Cis! dah tue buat apa kau tolak aku lahanat?

Perlawanan bermula...

Aku mengambil tindakan defensif dengan berundur ke belakang.Senior tingkatan 2 itu mara perlahan-lahan kehadapan.Jadi aku terus defensif ke belakang sampai dekat pintu loker.

Bangg! perut aku kena terajang dengan senior itu.Badan aku terhempas ke pintu loker.Penonton semua bersorak macam nak rak.

Dia punya senak waktu tue rasa macam tengah datang period.Rasa macam usus dengan tali pusat dah terbelit-belit.

Dalam keadaan senak itu aku cuba mengatur langkah untuk melakukan serangan balas.

Tersilap langkah,kali ini kena tumbuk pula dekat dada.Terus terduduk sebab macam tak boleh bernafas.Airmata dah menitik nasib baik gelap diorang tak perasan.Ada dua tiga member dah mulai tanya "Razi,ko ok tak?".Aku terbagi isyarat ibu jari pula sebenarnya nak bagi isyarat jari tengah.

Kali ini aku bangkit.Senior itu mara kehadapan lalu terus menumbuk tapi sempat ditahan aku.Tumbukan bertubi-tubi dilepaskan.Aku hanya mampu bertahan...

.............................................................................................................

"Woh! hebat gila kau dapat kalahkan Abang XXXXXX (nama dirahsiakan)" puji member aku.

"Biasalah" jawab aku acuh tak acuh sambil kacau megi yang dah kembang.



*** Waktu senior itu tumbuk aku bertubi-tubi,entah camne kaki aku tersadung tilam lalu tersepak telur dia.Terus dia hilang keupayaan bertarung dan aku diisytiharkan pemenang.

10 comments:

Misshy Innz December 26, 2010 at 3:07 AM  

nasib jeh tuhh.
haha~

~Kak AZZ~ December 26, 2010 at 7:07 AM  

Hehehehe....

Bagus citer ni... Buat peringatan utk org pompuan, kalau kena kacau dgn org jahat, sepak je tel** dorang... pastu lari mintak pertolongan...

milah hasan December 26, 2010 at 7:59 AM  

kalau part tu mmg kalah la kan.. heh~

yusuf mujahidin ™ December 26, 2010 at 11:30 AM  

menang nasib bro..
tp menang tetap menang..kehkehkeh~

Ajim December 26, 2010 at 7:39 PM  

Kemudian apa jadi kat senior tu? Keesokan malamnya, dia takde 'kerjakan' ko ke?

NUke_Rude December 26, 2010 at 10:36 PM  

hahhaa..!! aku dah agak dah!!!


tahniah!tahniah!!

cracked bunny December 27, 2010 at 3:51 AM  

ko razi,mesti menang cara kotoq aku dh agak.

ShAwN December 27, 2010 at 8:56 AM  

ape brg terajang2 telor...xmacho tol...haha

Ieqa Swetluv December 27, 2010 at 6:46 PM  

kesian senior tu agaknye terkesan x dalam pale otak dia sejarah kena terajang tang situ huahuhaua

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 28, 2010 at 12:05 AM  

Innz:Janji menang.Keh Keh

Kak Azz:Itu salah satu moral dari cerita ini juga.Hehe

Rasis:Hahaha...kecuali dia dah buang tukar jantina lain cerita.

Yusuf:Oi lama menghilang pegi mana?

Ajim:Macam aku kerjakan kau?Oh takde.hahaha

Nuke Ruke:Hahahaha.Kau selalu buat ek?

Sha:Padahal kau suka kan benda-benda begini?Elele toksah tipu.Habis pesakit lelaki kena noda.Hahaha

Shawn:Tak sengaja la dol.Hahaha

Ieqa:Kalau dia takde zuriat nanti mesti dia tahu sebabnya.Hahaha

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP