Sunday, December 19, 2010

Siapa bergaduh dia bodoh!

Share

Aku baru baca blog Innz, tak faham aku mengapa nak bergaduh-gaduh dalam dunia maya.Lain ceritanya kalau bergaduh berebut Maya Karin, itu memang patut!


Tapi benda begini memang biasa berlaku pada wanita.Aku rasa kaum lelaki jarang.Adapun mungkin seorang member aku yang namanya Nurul tapi sebenarnya jantan.Tengok! nama pun Nurul ada kaitan dengan wanita.Tapi sekarang dia dah berbaik-baik semula sampai takmo lepak dengan aku dah.Ada aku kisah?

Bagi aku toksah la gaduh-gaduh.Kita nak lepak-lepak di dunia maya ini setelah penat dengan dunia realiti.Dunia maya ini sebenarnya best.Ko boleh jadi jujur pada diri.Tak perlu nak hipokrit macam dunia realiti.Tapi bila aku kata boleh jujur tak perlu hipokrit bukan bermakna boleh langgar perintah Tuhan sebab taknak hipokrit.Itu namanya stupid!

Macam aku,susah nak membenci orang.Bukan sebab aku baik terpelihara dari dosa tapi kalau aku ada sedetik perasaan benci dekat orang itu, nanti mesti orang itu akan jadi rapat atau baik dengan aku.

Macam sekarang, serius aku benci dengan ada seorang eksekutif satu department dengan aku. Pangkat sama saja cuma dia lebih senior dari aku. Yang buat aku benci bila dia marah-marah aku dan kesalahan itu bukan milik aku. Bak kata pepatah,lembu punya susu, Nespray dapat nama.Bukan aku jer yang benci, boleh kata sesiapa yang berurusan dengan dia mesti benci.

Tapi tadi cilaka apa entah, aku dan dia kena pergi tempat supplier untuk tengok barang. Perjalanan ada dalam 45 minit dah tue takkan aku nak diam saja? Maka aku pun cuba-cuba untuk borak. Mulanya cerita pasal kerja, pastu korek-korek sikit ilmu dia, cite pasal family dan last-last dia cerita pasal dia masa kecik-kecik. Nampak tak disini yang sidia yang aku benci itu dah mula mesra dengan aku? Ada ko nak cite yang kau curi buah mangga dekat orang yang kau benci?

Sebenarnya aku boleh tolak untuk pergi sama-sama dengan dia tapi aku ambil peluang ini untuk merapatkan hubungan. Aku taknak benci dia sebab nanti aku juga yang rugi.

Jadinya disini, maafkanlah sesiapa saja yang mungkin ada buat salah dengan kita. Kita pun bukan perfect sangat. Sembahyang tongang tonggek pun kalau hubungan dengan manusia ke laut nak buat apa?


13 comments:

nama.aku.lynn December 19, 2010 at 2:06 AM  

like entri nih!=)

Nurhalawa Md.Yusof December 19, 2010 at 7:08 AM  

bagus entri ni.even blend dengan bahasa kasar tp masih ada moral.good!

~Kak AZZ~ December 19, 2010 at 8:06 AM  

Betol2 tu...

Jangan sampai benci tapi rindu dah la... kehkehkeh...

si kure kure :) December 19, 2010 at 12:49 PM  
This comment has been removed by the author.
DiaUmaiNiNaz December 19, 2010 at 12:50 PM  

salam singgah ..i like dis n3..

si kure kure :) December 19, 2010 at 12:51 PM  

betol tu betol. razi mmg hebat !! ha ha. kite serupe la. org yg kite benci at last jadi membe baik kite. huu . gimme 5

suria December 19, 2010 at 3:41 PM  

bile mase plak gua cr gado?
lu pehal nk tulis entri mcm ni?
nk gado dgn gua ke???












hahahhahaha..mcm ni eh kalau cari gado. aku tak reti nk gado2 ni? lalalala

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 19, 2010 at 10:44 PM  

Lynn:Tq!

Halawa:Tq!

Kak Azz:Erk?Apa maksudnya?Tetiba benci dan rindu nie?

Diaumaininaz:Tq!

Si kura-kura:Jadi member baik ker jadi bf?Hahaha

Suria:Aku tgk muka ko pun rasa nak bergado.Wakakaka.

Misshy Innz December 20, 2010 at 1:54 AM  

aku tak bodoh.
hahaha !



tak pepasal top referral rini , dari blog kau .
history .
wakaka xD

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 20, 2010 at 10:32 PM  

Miss Innz:Huhuhu...ucapkan tima kasih pada aku.Keh Keh.

░♥si lampu neon♥░ January 22, 2011 at 1:05 AM  

entah laa dorang ni suke buang maasaaaa


Check it out Entri Paling Best !
# Cinnabon Rolls, Roti Paling Sedap Di Dunia#
# Keputusan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4, 2011#
# Suntik Tattoo Dalam Mata !! #
# Awek Pakai Magic Cup Kencing Berdiri ? #

theblabber. January 24, 2011 at 1:29 AM  

agreed. we never know orang yg kita benci itu esok yg akan tolong kita bila masa susah.

red_sizzling March 22, 2011 at 12:15 PM  

nice blog!..first time singgah..ak pon sma mcm ko jgk..klu ttba ak rsa bnci kt org tuh..msti asyik trserempak jh ngn org tuh..so,brbuat baik lh kt org..huhuh..lg bnci,lg syg..ahahhaha..so baik xyah bnci kt org..bhya weh..

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP