Tuesday, December 7, 2010

Iman tak dapat diwarisi

Share

Aku sedang duduk di dapur sambil membaca suratkhabar.Tiba-tiba kedengaran bunyi orang buka pintu rupanya mak dan bapak aku baru balik dari kursus haji.

Mak aku terus masuk bilik manakala bapak aku pula lepak sekali kat meja makan sambil habiskan teh tarik sarapan pagi tadi.

"Maghrib karang kita pergi masjid.Sembahyang jemaah nie pahala dia 27 kali ganda dari sembahyang sorang tau!" bapa aku memulakan bicara.

"Tadi masa ceramah,ustaz tue ada cerita pasal hebatnya pahala mereka yang solat jemaah di masjid"

"Ada orang buta nie...dia dalam perjalanan ke masjid tiba-tiba dia terjatuh.Habis baju dia kotor.Dia pun balik la rumah salin baju lepas tue pergi balik nak solat jemaah.Entah camne dia terjatuh lagi.Dia pun terpaksa balik semula untuk salin baju kali kedua"

"Kali ketiga dia nak terjatuh,ada orang sambut dia.Orang itu terus pimpin tangan dia sampai la ke masjid.Lalu orang buta tadi bertanyalah kepada orang yang sambut dia tue "Siapa kamu?". Orang yang pimpin tangan dia tue pun cakap "Aku syaitan!".

"Maka orang buta tadi hairanlah apsal syaitan tolong dia hantar ke masjid pula.Lalu dengan perasaan hairan orang buta tadi bertanyalah kepada syaitan itu "Apsal kau tolong aku?Kau dah insap ek?".

"Syaitan pun menjawab "Celah mana aku insap?Tadi masa mula-mula kau jatuh,Allah ampunkan semua dosa-dosa kau.Kali kedua kau jatuh,Allah ampunkan semua dosa bini kau yang membasuh pakaian kau dan kalau kau jatuh kali ketiga tadi,Allah akan ampunkan dosa semua orang Islam di kampung kau dan aku tidak akan benarkan perkara itu berlaku sebab itu aku tolong kau,ada paham??"

............................................................................................................

"Camtue baba pergilah sembahyang maghrib jemaah dekat masjid lepas tue jatuh sampai 3 kali nanti Allah ampunkan dosa Along sekali" jawab aku sebaik saja bapak aku habis cerita.

12 comments:

si kure kure :) December 7, 2010 at 12:49 AM  

HAHAHA. sempoi jek. tak pulak kene bedebik sebijik ek ? huu

Hanim Mahali December 7, 2010 at 12:52 AM  

chet.... selambaaa...

Miss Shizu December 7, 2010 at 12:55 AM  

sengal kaw razi...agak kuang ajar jek jawapan tuh..kalau aku jad bapak kaw da lame kene sepuk da..hahahha

lea December 7, 2010 at 2:57 AM  

salam maal hijrah

ShAwN December 7, 2010 at 9:32 AM  

hahaha...agak kureng di situ!!kalau aku,,dah lame kene tepuk dahi!!wakakaka

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 7, 2010 at 10:32 PM  

Si kura-kura:Hahaha...saya buat muka comel jadi bapak saya tak jadi debik.Keh Keh

Hanim:Ala gurau anak beranak.

Miss Shizu:Takdela kurang ajar.Cuba kau sertakan dengan muka comel mesti tak jadi gitu.

Lea:Salam Maal Hijrah!

Shawn:Meh sini aku nak tepuk dahi kau.Hahaha.

fYZa December 8, 2010 at 1:38 PM  

NGAHAHAHAHAH sengal ko..
tu kalu aku mjawab camtuh mmg kena pancung da,,haha

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 8, 2010 at 8:45 PM  

Fyza:Bapak kau puak pemisah selatan thailand ke?apsal ganas sgt?keh keh

milah hasan December 9, 2010 at 1:02 PM  

betollah raihan kate, iman tak dapat diwarisi dr seorang ayah yang rajin pergi ke masjid.. hehe

pinkiss December 10, 2010 at 12:32 AM  

hehehe.. apa reaksi ayah awak time tu?

Anonymous December 12, 2010 at 5:10 PM  

hahahahhahah...gyle arrr ayat ta bley bla lansun...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 13, 2010 at 12:35 AM  

Rasis:Ingat lg ek kau tajuk lagu tue.Igtkan dah jauh sesat wakakaka

Pinkiss:Terlalu ganas utk diceritakan.Hahaha

Anon:Kemesraan anak beranak.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP