Tuesday, September 24, 2013

Berita baik dan berita buruk

Share

Pastinya anda semua pernah menerima berita baik dan buruk serentak.


Contoh macam Hazim dapat friend request dari sorang awek cun nama Erin tapi awek itu sebenarnya lelaki.Nampak tak dimana berita baik dan buruknya?Awek cun yang nama Erin tapi bukan lelaki sebenarnya harap jangan terasa ini hanya contoh.

Perkara ini baru saja berlaku pada aku.Bukan yang friend request itulah.

Tengah aku menonton filem 'After Earth',tiba-tiba cik bini datang buat muka mintak simpati.

"Sayang baca mesej tak?"tanya cik bini.

"Mesej apa?"

"Bacalah!"

Rupanya cik bini dah kasi pijak cermin mata dia sendiri.

Automatik mulut aku membebel...pokpekpokpek.Mana taknya,aku dah selalu tegur sebab cik bini suka letak cermin mata dia merata-rata.Sekali dah terpijak,nak baiki bukan boleh dapat satu ringgit.Masuk tandas pun kena dua ringgit.Padahal Selangor air free kapitalis gila.

"Habis macamana?" tanya aku dalam geram.

"Ada contact lens tak bukak lagi"

Ini pandangan aku jadi mungkin ada yang tak setuju.Pada aku,cik bini lagi comel kalau tak pakai cermin mata.So hati geram tukar bunga-bunga tengok cik bini comel.

Aku kalau tengok cik bini comel nie geram yang berbeza dengan geram yang mula-mula tadi.Kalau sekarang tak faham tak apa nanti dah kahwin mesti faham.

Jadi mana berita buruknya?

Berita buruknya cik bini datang bulan jadi gigit jari sajalah.




Untuk yang baru kahwin,'Selamat Pengantin Baru!'


Yang dah lama kahwin,'Selamat Ulangtahun!'


Yang kahwin dua,'Selamat bini tua tak tahu!'




                                                 
                                      Photobomb gila ada Padaiyappa dekat belakang.


Sunday, September 22, 2013

Kisah terkini lelaki kegemaran ramai

Share

Kemungkinan besar dah takde orang datang sini baca blog lelaki kegemaran ramai dan lelaki pilihan mak mertua untuk tahun 2010 dan 2011 berturut-turut.


Tapi nafsu nak menulis itu tiba-tiba datang bila aku saja-saja bukak Nuffnang cuma ada RM50 dalam situ.Ingatkan bila dah lama tak bukak,sekali bukak balik ada sejuta memang terus aku buat parti buih tak pedihkan mata bersama Aish.

Jadinya mana pengikut-pengikut tegar aku dulu yang sering mendambakan tulisan aku?Dah beralih arah kepada Syiah?

....................................................................

Baiklah,bertemu kembali kita dalam blog picisan malas nak update ini.

Adapun tujuan aku update ini agar korang mula klik iklan Nuffnang aku.Kedengaran jujur sekali niat disebalik tapi sebenarnya itulah kekuatan yang merangkul kejuaraan lelaki pilihan mak mertua 2 tahun berturut-turut yakni 'kejujuran'.

Disebabkan waktu dan ketika ini aku punyai ruang masa dan buah fikiran untuk menulis jadi aku akan update secara pukal perkembangan terkini pemilik blog lelaki kegemaran ramai dan pesaing terdekat Randy Panggalila (betul kot eja...Google tak suggest correct word pun)

Pertama sekali anak aku dah umur 9 bulan.Baru pandai merangkak dan bermain Ipad.Juga aktif bermain kejar-kejar tatkala aku mengejar masa.Kebolehan terkini meng'update' IOS7 untuk Ipad mak dia yang kadang-kadang jadi lapik duduk dia.Binatang kegemaran ialah kucing.Makanan kegemaran ialah remote tv dan handphone bapaknya.

Seterusnya kita pergi kepada topik yang lebih serius yakni isu semasa.

Isu semasa yang berlaku di tempat tinggal aku sekarang ialah tikus-tikus semakin berani keluar waktu aku sidai baju.Jadi bila aku bangkitkan isu ini kepada cik bini,cik bini secara serius mulai mengambil langkah-langkah mencegah kebanjiran tikus-tikus di kawasan sidai baju (padahal ada sekor jer pun).

Itu baru isu tikus,belum isu prestasi sepak takraw Malaysia yang merudum,isu minyak naik,isu Asmara Luna dan berbagai isu lagi.Tak larat aku nak tulis semua,lagi-lagi bila cik bini dah panggil ajak tido.Seronoknya dah halal...hehehe.

Di akhir post ini aku sudahi dengan pantun gaya-gaya Tailong KL Gangster 2

Angin Sumatera bertiup kencang,
Pokok kelapa bergoyang-goyang,
Cerita mesti kencang,
Baru orang goyang.

Assalamualaikum!


Thursday, April 18, 2013

Kisah Muhammad Aish Ziqri dan raksasa yang comel.

Share

Muhammad Aish Ziqri dah menjangkau usia 4 bulan.Paling terkini,dia dah mula geram tengok kucing dan Ipad.Kadang-kadang dia geram tengok makanan melintas atas kepala dia bila aku makan sambil dukung.Tapi geram dia yang aku tak tahan bila dia tarik-tarik bulu kaki dekat peha.

Sehinga kini,aku masih tak dapat formula yang sesuai menidurkan Aish,Dari satu bulan ke satu bulan,perangainya berubah-berubah.Ada kasi susu terus tidur.Ada kena tepuk baru tidur.Ada juga yang aku tidur dulu baru dia tidur.

Sekarang,secara purata aku kena bangun dua kali buat susu.Kadar kepantasan dan agakan sukatan air panas dan sejuk dicampur susu aku dah bertambah baik.Mungkin kalau ada pertandingan,setakat Top 5 itu dah dalam tangan.

Hari itu saja aku bawak Aish lepak sekali dengan Puyat dan Habib.Entah setan apa yang dibawa dek Puyat,terus Aish menangis.Kalau Habib aku tahu setan apa.Setan yang tangan banyak pegang serampang.Habib kan orang kuat MIC.

Aku rasa jadual hidup aku dah lari gila dari dulu.Dulu balik kerja boleh capai Ipad atau pinggang bini.Sekarang balik kerja terus nak melayan si Aish.Kitaorang selalu main raksasa-raksasa.Biasalah yang jadi raksasa mestilah aku.Buat muka raksasa sambil pura-pura nak gigit tangan Aish,nanti dia akan senyum sambil buat muka geli.Tapi sejak dua menjak nie,si Aish pulak yang nak jadi raksasa.Sambil buat muka raksasa,dia nak gigit hidung aku.Yang tak tahan,air liur meleleh dulu kadang-kadang boleh tertelan.Nasib baik comel.Bayangkan muka comel macam itu buat muka garang raksasa.Kan?



Orang kata budak-budak ini kena tunjuk contoh yang baik biar nanti dia ikut.Memang betul pun.Biasa dalam kereta kadang-kadang aku tepuk-tepuk stereng jadi gendang.Memang si Aish selalu tengok jer apa aku buat masa dalam kereta.Ada satu hari,mak nya turun pergi hantar baju nak jahit,tinggallah aku dengan Aish dalam kereta.Aku pun tegakkan dia depan stereng,sekali dia pegi tepuk-tepuk stereng macam aku selalu buat.Ada la bunyi-bunyi gendang cina yang PM Najib main masa iklan Tahun Baru Cina itu hari.Itu pasal kalau ada Azwan Ali keluar dekat tv,cepat-cepat aku tukar.Gila kau nyah tak kenal Azwan Ali?

Ini sekarang Aish dengan cik bini dah tidur atas katil.Aish saja dah ambik 3/4 ruang katil.Cik bini ambik 1/4.Aku?Tidur bawah ler jawabnya.Nak kena beli katil satu lagi.

Oklah,aku nak tidur.Besok dekat ofis bukan boleh tidur.Bos takde semua kerja nak aku setel.Poyo gila padahal aku lah ketua mengulor.







Friday, February 1, 2013

Benda-benda bodoh di ofis

Share

Aku hentikan seketika cerita pengalaman bini saya bersalin pasal aku nak cerita benda-benda bodoh yang berlaku di ofis aku.Aku pun terikut jadi bodoh sekali.

Cerita 1:
Tadi masuk ofis tiba-tiba teringat drama "Setia Hujung Nyawa Bila Tak Dapat Kahwin Dua" yang sedang hangat diperkatakan.Biasalah,mengata orang memang hangat ke neraka.

Lantas tanpa berlengah terus aku login internet company menggunakan password siapa entah yang diberi oleh brader Draughtman untuk download lagu-lagu dari siri tv berkenaan.

Peliknya internet company ini,laman web berkisar pasal kereta habis kena block tapi benda-benda download tak kena block pulak.Nasib baik aku pekerja yang berintegrasi tinggi menggunakan sepenuh masa untuk bekerja.Nanti duit gaji tak berkat jangan tanya kenapa baru 12 haribulan baki dalam bank dah tinggal puluh-puluh.Aku lain.Gaji 3 bulan lepas tak usik lagi nampak beno menipunya kata Usop Wilcha.

Tangan aku lincah menari diatas keyboard sambil mata usha pintu masuk boleh minimize kalau bos masuk.

Tiba-tiba dari kerlingan mata aku macam ternampak susuk tubuh bos menghala ke meja aku.Pantas tangan aku menekan butang minimize.

Tapi entah apa palatnya,boleh pulak dia freeze.Aku dah gabra tak tentu arah.Biasalah budak baik tak pernah buat kerja jahat.

Aku tekan-tekan banyak kali masih tak gerak.Ini celaka! Kelibat bos dah makin hampir.Kalau kantoi,mungkin effect dekat kenaikan gaji aku bermonolog sendirian.

Bila kelibat bos betul-betul dekat belakang aku barulah komputer aku berfungsi seperti sediakala.

Terus saja aku pusing belakang mengucapkan "Morning bos!".

"Kenapa kau ber morning-morning dengan acik nie?" tanya makcik cleaner.

"Babi!" kataku didalam hati.Ingatkan bos,rupanya makcik cleaner.Habis berpeluh ketiak.


Cerita 2:
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang menandakan waktu kerja sudah hampir tamat.Jadi kita solat dulu kasi berkat kerja hari itu.

Brader Draughtman bergerak dulu ke tandas untuk berwudhuk jadi aku lambat sikit bangun.Sambil itu usha-usha bos yang buat muka berkerut padahal baca email berantai jer pun.Rantai kau dekat siling nanti baru tahu suka sangat forward dekat aku.

Bila sampai dekat area tandas,brader Draughtman tengah makan limau.Area tandas bersebelahan dengan area pantri jadi jangan ingat kami makan dalam tandas macam kau orang buat masa bulan puasa macam aku tak tahu wahai Gento (member aku yang kantoi).

Bila nampak aku nak berwudhuk,terus saja brader Draughtman mengelabah masuk tandas sebelah.Tau takut aku herdik hei ini apa ambik wudhuk ker mandi junub lama sangat?.

Tiba-tiba brader Draughtman panggil aku...

"Razi...ada sabun la dalam bilik air"...

Aku pandang muka brader Draughtman.Dia pandang aku balik.Adalah dalam 5 saat kami macam itu.

Terus kami berdua tergelak.Macam boleh baca fikiran masing-masing.

Teringat aku cerita apa entah.Dialog dia berbunyi "Sabun di bilik mandi..."

Yang perempuan kalau tak faham boleh tanya lelaki.Yang lelaki jangan buat-buat tak faham.Sunat lagi sekali baru tahu!

Thursday, January 31, 2013

Lupa dah tajuk entri lepas...

Share

Sambungan dari entri lepas...

Tiba-tiba terdengar suara bayi menangis.Kuat sangat.Dalam hati terdetik "Adakah itu anak aku?".Monolog macam novel cinta "Setia Hujung Nyawa" tapi realitinya dah macam buruh binaan melengas tunggu daripada pagi sampai ke petang.

Walaupun bini aku dah selamat melahirkan tapi masih tak keluar-keluar lagi.Waktu itu bibir basah memohon keampunan Tuhan semoga anak yang dilahirkan cukup sifat.

Menunggu daripada saat kelahiran pukul 4.44 sampai pukul 6.30 baru bini dan anak aku dibawa keluar dari bilik bersalin.Kesian sangat tengok bini aku muka pucat lesi.Bayangkan daripada pagi sampai ke petang meneran nak bersalin.Cuba kau orang meneran dalam bilik air dari pagi sampai petang...ok mungkin lama sangat aku bagi kau masa meneran 3 jam jer,mahu terus kena buasir.Confirm jalan kengkang macam baru kena liwat negro.

Tengok muka anak aku yang baru lahir,benda pertama yang aku perasan ialah hidung dia sama macam hidung aku.Manusia genius macam kami memang dilahirkan dengan lubang hidung sedikit kembang bagi menampung keperluan oksigen dalam otak.Ayat nak sedapkan hati kata syaitan di kiri.Yang kanan baru lepas gagal hasut aku lalu pergi merajuk membawa diri.

Lantas aku mendekatkan muka aku ke katil bayi untuk mengazankan.Sebelum kejadian,banyak kali aku tanya dekat brader Draughtman kalau anak lelaki nak azan ker nak qamat.Takut jadi macam member aku masa kelas Pendidikan Islam.Suruh baca doa Iftitah,jadi takbir raya.

Tiba-tiba adik aku cakap,"Eh! Aish ada lesung pipit".Terus saja aku cakap "Biasalah anak bapak!" sambil menunjukkan lesung pipit aku yang sering disalaherti sebagai bekas jerawat.

Disebabkan waktu melawat dah habis jadi nurse suruh balik la takkan suruh bancuh kopi.Lebih kurang pukul 8 lebih aku datang balik saja nak tengok bini aku.Guard yang jaga interogasi aku macam aku baru letupkan sorang warga Mongolia dengan C4.Bila masuk saja melihat keadaan bini aku,hampir menitik airmata seorang lelaki.Biasalah layanan hospital kerajaan,tak kena maki itu dah cukup baik.Mana nurse-nurse cun yang senyum-senyum dekat aku semalam?

Esoknya doktor check bini aku dan anak aku.Dengan wajah muram bini aku bagitahu,"doktor tak bagi keluar lagi".

Bersambung...

Friday, January 25, 2013

Aku seorang bapa

Share

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada salah seorang kawan di Facebook yang mengingatkan aku kembali yang aku pernah ada blog suatu ketika dahulu.Nama dia Nur Azmiera Aziz.Tengok dari gambar kelihatan uniform jururawat jadi aku tafsirkan dia kerja jururawat bukan ahli bomba.

Untuk mereka yang terlepas berita terkini pasal aku,gossip hangat menolak cinta Neelofa dan sebagainya,maka sukacitanya dimaklumkan aku sudah memegang gelaran bapa sejak sebulan lebih yang lalu.Jadi aku nak cerita sikit pengalaman jadi bapa buat pedoman mereka yang nak berumahtangga,untuk yang asyik bawa masuk tandas gambar Neelofa aku nasihatkan cepat-cepatlah cari jodoh.

30hb Nov 2012,aku dan cik bini pergi hospital sebab cik bini dah terlewat dari jadual bersalin.Maka doktor pun menjatuhkan hukuman tahanan reman duduk wad walaupun bini aku cakap tak sakit lagi boleh kita pegi shopping dulu?

Disebabkan tak sakit jadi aku pun balik rumah baik layan Runningman dari pegi shopping.

Malam itu tatkala unggas mula keluar mencari pasangan hidup,aku mendapat satu khidmat pesanan ringkas dari cik bini memaklumkan yang dah buka 2cm.Buka 2cm bermaksud saluran peranakkan atau kata ganti nama tempat baby keluar dah mula terbuka 2 cm bersamaan juga 20 mm.

Terus saja aku pergi balik ke hospital menemankan cik bini.

Lebih kurang pukul 11 cik bini cakap dah mula keluar darah salah satu tanda nak beranak dah tapi aku dah tido penat bergaduh nak dirogol nyamuk.

Besok paginya aku balik dulu mandi pastu pergi sarapan baru pegi hospital.Cik bini masih boleh keluar ambil air milo yang aku belikan.Oleh kerana bukan waktu melawat,jadi aku pegi bank dulu bayar hutang,siap basuh kereta bagai.

Pukul 12.30 aku masuk wad tengok bini aku dah takde atas katil.Tanya dekat nurse diorang cakap bini aku dah masuk labour room.Tanya nama dengan akaun Facebook,nurse tue tak layan.

Aku pun keluar balik duduk dekat luar.Tak dilupakan jasa baik brader draughtman yang sanggup temankan aku sama-sama tunggu walaupun aku tahu dia nak usha awek nurse dekat situ.

Dari pukul 12 lebih sampai dekat waktu Asar,aku tak putus-putus berdoa.Bagi seorang lelaki,aku rasa inilah penantian paling menyeksakan.Dia punya cuak sampai aku rasa perut aku macam cramp sebab menahan nafas ker apa,aku pun tak pasti.

Azan Asar berkumandang,aku pun minta diri dari keluarga mentua untuk pergi solat dulu.Waktu itu rasanya macam itulah solat kau yang terakhir.Dia punya cuak,takut dan macam-macam kau fikir.Takut bini tak selamat,takut anak tak selamat,takut anak yang keluar cacat dan berbagai lagi.

Tengah sembahyang,handphone aku asyik berbunyi.Dari cuba nak khusyuk,terus jadi cuak.Habis jer solat,terus aku angkat rupanya bapa mentua aku call cakap baby dah keluar.

Dari surau ke wad aku berlari budget hero Korea tapi orang tengok macam bangla.Sampai dekat depan wad,mak mentua aku cakap dah selamat.Tapi bini aku kena vakum jadi tunggu lama sikit nak jahit luka.Vakum disini bukan macam vakum dekat rumah yang korang guna untuk sedut habuk itu tapi ia digumakan bagi membantu proses kelahiran.Macam bini aku,dia dah tak larat jadi kena vakum.

Tiba-tiba terdengar suara baby menangis kuat....

Bersambung.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP