Thursday, August 16, 2012

Kisah brader draughtman dan anjing

Share

Kurang dari seminggu lagi nak raya tapi baju raya pun belum beli kasi lepas orang rumah punya dulu.Kita orang lelaki nie beraya pakai pagoda pun takde hal,bak kata nenek aku,takkan la tak dibagi makan sebab pakai pagoda.Lain la kau pakai pagoda saja tak pakai seluar memang la dibagi makan penampar.

Adapun sebenarnya aku risau nak cuti lama-lama takut kilang huru-hara padahal cuti dah takde.Tapi nampak komited kerja dimata bos jadi umpama bunuh dua ekor burung pakai satu batu dalam bahasa Melayunya.

Tadi tengah aku sibuk buat kerja tiba-tiba datang brader Draughtman sambil bawa baldi.Datang dekat aku terus dibagi tazkirah cerita pelacur yang beri minum anjing lalu masuk syurga.Disuruhnya aku ambil baldi tersebut untuk isi air kolam kasi ikan minum katanya.Endingnya mesti masuk syurga.

Tak lama lepas itu masa meeting ada bincang pasal siling ofis yang dah roboh.Lalu bos suruh brader Draughtman tadi yang pegi pasang.Terus aku gelakkan dekat situ juga sambil cakap dekat dia...

"bagi minum anjing pun masuk syurga apatah lagi tolong manusia,yer tak? keh! keh!"

Member dengar berbulu jer nasib baik puasa tak boleh marah.

Raya kali ini dah berdua.Tahun depan mungkin bertiga,insyaAllah!

Jadi dikesempatan ini aku nak mohon maaf zahir dan batin andai ada yang terasa.Semoga kita semua beroleh rahmatNya.



Thursday, August 9, 2012

Cadangkan nama baby saya!

Share

Salah satu syoknya kahwin ialah boleh peluk bini masa sejuk-sejuk.Tapi time tengahari,sanggup buat benteng pakai bantal taknak kasi cik suami jajah kawasan.Ini yang baru kahwin 8 bulan punya cerita la.Yang 8 tahun kena tunggu tahun 2020 la...hehehe

Adapun bini aku sekarang tengah mengandung 6 bulan dan aku masih belum ada kandungan (belum boroi lagi).

Nak cerita dia punya excitednya bila kau pegang perut bini dan ada rasa tindak balas dari dalam perut.Babynya dah tendang-tendang.Kalau salah pegang,kau yang kena tendang dengan bini.

Belum ada masa lagi nak pergi scan tengok jantina jadi terpaksa pilih nama untuk lelaki dan perempuan kemudian baru pilih bila dah tahu.

Kalau lelaki,nak letak nama Aish Zikry.Kalau perempuan,letak nama Aisy Zafira.

Ada cadangan boleh diusulkan kepada bapaknya.

Mencadangkan diri untuk jadi bini kedua masih belum dibuka permohonannya ya...keh keh.

Tuesday, May 22, 2012

Teknik menjual secara psikologi

Share

Jam dah pukul 12 malam,tiba-tiba handphone aku berbunyi.Risau jugak manalah tahu ada gadis-gadis ajak berkenalan sengaja mesej lewat malam wahaha...

Aku pun bangun dari tempat pembaringan dengan menggunakan hikmat meringankan badan sambil mengelak stokin dan boxer yang sengaja aku campak ke lantai masa tunjuk perasaan tadi mintak cik bini buatkan air Nescafe...mengada!

Sekali bukak rupanya salah seorang customer aku.Aku memang kerja gigolo kena bela mak datin sana sini...Wah! sedapnya mulut kau mengata jaja cerita aku dekat Abang Nara wahaha...budget artis!

Ok berbalik kepada cerita tadi memang customer aku yang mesej.Dia suruh call balik besok sebab ada barang urgent.

Sebagai seorang jurujual,ini adalah petanda yang baik dari segi psikologi.Ini tandanya kita sebagai jurujual dah ada tempat dihati customer dan juga menandakan customer berpuas hati dengan servis yang kita berikan.

Korang ingat senang nak bina hubungan begini?

Aku pernah pergi training sales menggunakan psikologi,memang gerun mendengarnya bagaimana di Barat mereka begitu agresif dalam menggunakan psikologi untuk meningkatkan jualan.

Kau orang pernah dengar teknik 'Mirroring'? Ianya satu teknik dimana kita perlu meniru segala pergerakan,pernafasan,percakapan tanpa obvious kepada customer.Sebenarnya tanpa kita sedar,kita ada kecenderungan untuk suka pada orang yang ada persamaan dengan kita.Jadi teknik ini digunakan untuk merangsang otak bawah sedar customer untuk suka pada kita.

Walaubagaimanapun tak semudah itu untuk seorang jurujual memenangi hati customer kerana setiap dari kita ada 'filter' sendiri.Salah satunya ialah 'Belief' yakni kepercayaan.

Contoh orang Islam tak boleh makan babi jadi adalah mustahil untuk jual babi kepada orang Islam.Tapi jual arak tak mustahil sebab ada sesetengah orang Islam pada nama kata "Tak uptodate la tak minum arak".Memang malaikat uptodate la buku dosa kau!

Tapi persoalannya disini...

Apsal customer aku nie mesej pukul 12 malam?Apa dah takde hari siang ker besok?




Thursday, May 10, 2012

Kenapa perempuan mengandung garang?

Share

Masa aku tingkatan 4,matapelajaran Biologi aku diajar oleh seorang guru perempuan yang sedang sarat mengandung.Memang garang gila sampai bab paling seronok dalam Biologi yakni pembiakan menyebabkan aku macam taknak membiak.

Tapi lepas saja dia habis mengandung,terus jadi tak garang.

Disebabkan sekolah semua lelaki jadi kesimpulan dibuat adalah perempuan akan jadi garang bila mengandung.

....................................................

Beberapa tahun kemudian...

Bini aku sedang mengandung tapi baru fasa-fasa pertama lah.Kalau baru 5 bulan kahwin tapi dah mengandung 8 bulan jangan budget Krisdayanti sangatlah.

Aku tengok bini aku takdelah garang macam cikgu aku dulu.

Jadi aku rasa kesimpulan yang betul adalah dulu kelas aku budaknya perangai macam setan.

Tuesday, April 24, 2012

Monday Blur

Share

Macam biasa hari Isnin memang semangat bekerja itu masih pada tahap minimum.Tapi bagi aku,hari Isnin adalah hari paling sibuk sebab semua customer call tanya barang dah siap ker belum macam dia tak tahu bangla pun Ahad cuti.

Disebabkan masih blur dan panggilan bertalu-talu,aku jadi pening nak jawab mana satu dulu.

Aku pakai dua handphone habis kalau dah sekali dua-dua berbunyi aku nak jawab mana satu?

Tengah kelam-kabut, tiba-tiba bos datang tanya quotation hari itu dah ada jawapan ker belum.

Terus aku abaikan semua panggilan dan buat ikut arahan bos.

Lantas aku capai quotation yang dimaksudkan terus mendail nombor yang tertera pada quotation,nombor ofis.

"Hello, siapa nie?" tanya aku
"Ini Tan,u nak cakap dengan siapa?"

Sekali terdail nombor company sendiri la pulak,lagi best bos aku pulak yang angkat.

Secara spontan terus aku jawab "Sorry wrong number" sambil letak telefon.

Dalam bilik aku tengok bos buat muka berkerut sambil pandang telefon.

"Nasib baik kau tak cam suara aku" kata aku dalam hati sambil dail nombor yang betul.

Wednesday, April 18, 2012

Update Cepat Siri 3

Share

Masalah utama yang dihadapi aku dalam mengemaskini blog bukanlah berpunca dari kesibukan mahupun kemalasan tapi semuanya berpunca dari kurangnya idea dalam mengarang ayat permulaan.


Sebuah novel atau cerita yang bagus perlu mempunyai permulaan yang baik untuk menarik penonton.Tapi kalau kau orang minat cerita arahan Prof Madya Razak Mohaideen, permulaan yang baik itu semua tak perlu janji kau ambik pelakon yang paling meletop waktu itu gabung dengan seorang pelakon baru muda saiz dada C ke atas.

.............................................................................................................

Kau orang rasa kalau aku kemaskini cerita terbaru pasal aku, ada orang baca tak?Ada Zed Zaidi tuduh aku sama dengan pembantu rumah tak?

Sebab ini blog aku jadi peduli apa sukahati aku lah nak tulis apa,kau tak puas hati kenapa?period kau tak keluar darah ke? bla...bla...(ayat biasa kalau ada orang tegur penulisan kita)

Adapun sekarang ini aku masih kerja tempat sama.Tak banyak beza.Tahun depan mungkin dapat anak.InsyaAllah.

Ok sebut pasal nak dapat anak ini,aku sentiasa perhatikan kelakuan bini aku.Segala tindak-tanduknya,perkataannya,semuanya aku perhatikan cuba untuk meneka jantina anak dalam kandungan.Besar kemungkinan jantina anak ialah lelaki tapi itu semua Tuhan punya kuasa,siapalah kita untuk tentukan.

Dan sebab bini aku mengandung segala plan honeymoon terpaksa dibatalkan...isk isk...

Oh! Paling latest aku baru paksa adik aku belikan sebuah beg untuk kamera DSLR.Berbekalkan ayat-ayat manis seorang salesman akhirnya adik aku belikan juga.

Begnya kemas,jenama Crumpler.Banyak sikit partition untuk aku sumbatkan barang-barang lain seperti air mineral,burger Big Mac selain barang wajib kamera DSLR.

Ok dah! dah!, bini aku dah ajak tido.Bye...


Thursday, January 26, 2012

Kehidupan selepas kahwin

Share

Dah masuk tahun 2012 barulah aku ada rasa nak update blog.Menyampah gila menaip guna Ipad nie kalau typing error susah nak betulkan dah la aku jenis yang perfectionist... haktuih!

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir masa kahwin aku tempoh hari.Aku tahu ramai gadis-gadis yang tak hadir sebab kecewa begitu juga dengan sesetengah lelaki tapi apakan daya takkan nak aku nyanyi lagu Aliff Sattar-Lelaki Seperti Aku lagi?

Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas aku nak cerita tentang malam pertama.Malam pertama aku telah berjalan dengan lancar dimana bini aku datang bulan dan aku melihat bulan di kaki langit.

Kehidupan lepas kahwin lebih teratur di mana aku pergi kerja setiap hari dengan baju bergosok tapi sampai ofis sipi-sipi saja nak lambat.Kalau lambat bagi alasan mandi wajib dekat bos...keh keh.

Kalau dulu sebelum kahwin selamba saja pukul 7,8 baru nak balik tapi sekarang tepat pukul 6 saja bini dah ajak balik.Kalau lambat tidur luar peluk nyamuk ugutannya.

Jumlah pegangan saham ke atas katil juga semakin berkurang dimana aku hanya ada 50% daripada luas katil.Kalau nasib tak baik dapatlah dalam 30% cukuplah muat kepala dan badan.

Tapi banyak best sebenarnya bila dah kahwin...

Lagi-lagi kalau malam Jumaat...










Boleh baca Yasin dengan bini sama-sama. :p

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP