Thursday, May 10, 2012

Kenapa perempuan mengandung garang?

Share

Masa aku tingkatan 4,matapelajaran Biologi aku diajar oleh seorang guru perempuan yang sedang sarat mengandung.Memang garang gila sampai bab paling seronok dalam Biologi yakni pembiakan menyebabkan aku macam taknak membiak.

Tapi lepas saja dia habis mengandung,terus jadi tak garang.

Disebabkan sekolah semua lelaki jadi kesimpulan dibuat adalah perempuan akan jadi garang bila mengandung.

....................................................

Beberapa tahun kemudian...

Bini aku sedang mengandung tapi baru fasa-fasa pertama lah.Kalau baru 5 bulan kahwin tapi dah mengandung 8 bulan jangan budget Krisdayanti sangatlah.

Aku tengok bini aku takdelah garang macam cikgu aku dulu.

Jadi aku rasa kesimpulan yang betul adalah dulu kelas aku budaknya perangai macam setan.

2 comments:

~ Cik Azz ~ May 10, 2012 at 7:52 PM  

Hahahahaha...


Mungkin betul gak tu.. Budak2 lelaki memang perangai teruk.. Cikgu yang tak mengandungpun boleh muntah darah.. Inikan pulak cikgu yang mengandung.. hehe..

Anonymous May 10, 2012 at 8:24 PM  

eh, baru kawin 5 bulan dah mengandung 8 bulan. Mungkinkah....??

By the way, aku ex-housemate ko yg sentiasa berfikiran positif.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP