Wednesday, January 26, 2011

Oksigen lebih?

Share

Dekat belakang kilang aku ada satu kantin yang kadang-kadang bahan masakan dia boleh campur lipas,puntung rokok ataupun ulat.Ikut pesan orang tua-tua,kalau nampak benda-benda pelik jangan tegur jadi keluarkan saja dari pinggan nasi goreng dan teruskan makan macam biasa.


Adapun disitu aku cuma minum pagi dan petang.Setiap hari aku minum Nescafe sampai makcik tukang buat air dah tuang siap-siap dalam cawan untuk aku.Risau jugak kalau dia ada bubuh sihir pengasih tak pasal-pasal aku nampak makcik tue macam Amy Mastura dari cerita Damping Malam.

Tapi hari ini atas kesedaran terhadap kesihatan maka aku berhasrat untuk minum air mineral saja.

Di depan aku ada dua jenis air mineral sama saiz tapi berlainan harga.Satu berharga RM1 manakala satu lagi berharga RM2.

Menggunakan hak sebagai pengguna aku pun bertanya kepada tukang jual.

"Tokey...apa pasal air mineral ini RM1 yang ini RM2?"

"Ooo...yang RM2 itu dia ada oksigen lebih.Bagus untuk kesihatan" terang tukang jual dalam pelat Cina.

Aku terus ambil air mineral yang harga RM1 sambil meletakkan sekeping not RM1 di kaunter.

.............................................................................................................

Formula molekul untuk air ialah H2O yang membawa maksud 1 molekul Hidrogen 2 molekul Oksigen.Jadi celah mana Oksigen lebihnya?


8 comments:

apek January 26, 2011 at 12:16 AM  

oksigen lebey kat duit..haha..rm2.00..ad 200 'o'..hahah

lea January 26, 2011 at 12:16 AM  

hahaha. rm1 tu air RO..
air yg dirawat....erkkk

NUke_Rude January 26, 2011 at 7:04 AM  

hahahah. oksigen lebih!! bagus utk kesihatan tu bro!

☺[ai][sUmi]☺Chan January 26, 2011 at 9:37 AM  

hahaa~ lain kali bawak bekal air sndri.. FREE~ :P

milah hasan January 26, 2011 at 11:15 AM  

aku setuju dgn komen pertama. haha!

fYZa January 26, 2011 at 12:28 PM  

bagus sbb ko maseh ingat pelajaran sains..menanges cekgu ko klu tau ko mempunyai ingatan yang kuat!

khairul January 26, 2011 at 3:53 PM  

"Formula molekul untuk air ialah H2O yang membawa maksud 1 molekul Hidrogen 2 molekul Oksigen.Jadi celah mana Oksigen lebihnya?"

Ko yg terlebih kut patutnyer 1 atom
oksigen dan 2 atom Hidrogen.. terbalik sudah

Mohd Fakhrurazi Jamaludin January 26, 2011 at 10:32 PM  

Apek:Hahaha...kau fikir kelakar la tue?

Lea:Air mineral la.Air RO baru 20 sen.

Nuke:Bagus pada poket pembekal adala.

Sumi:Itu hari lupa.Biasa memang bawak pun.

Rasis:Dia ada gf.Jgn ngorat dia.Hahaha

Fyza:Bagi genius macam aku,ini benda basic kot.Keh Keh

Khairul:Aiyo...sudah tukar ka?Hahaha.Bila tukarnya nie?

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP