Monday, January 31, 2011

Kenaikan harga petrol Ron 97 dan kesan pada sorang brader tukang mesin.

Share

Hari ini aku pergi minum petang sorang-sorang pasal brader yang selalu minum sekali nak balik awal.Aku tak kisah jer pasal kejap lagi mesti ada yang join sekaki lepak satu meja sekali.

Berbekalkan secawan Nescafe,aku pun duduk minum sambil memerhatikan sekeliling mana tahu murah rezeki ada awek lalu boleh ajak join sekali.

Tiba-tiba datang sorang brader yang juga merupakan tukang mesin di kilang aku bekerja.

"Malam nie Ron 97 naik seposen lagi" kata brader tersebut sebaik saja menyelesaikan hirupan pertama.

"Mana abang tahu?" tanya aku.

"Ala member aku yang kerja Putrajaya tue bagitahu.Kejap lagi kau tengok la,beras,gula semua naik"

"Bla...Bla...Bla..." brader tersebut terus membebel pasal kenaikan harga petrol Ron 97 sampai aku dah setel minum.


Sebelum blah aku tanya brader tue...

"Abang bawak kereta apa?"

"Kancil.Apsal?"

Terus aku tersenyum dan menyalakan sebatang rokok.





Kecoh apa bawak Kancil nak pakai Ron 97?!

Cemburu tanda sayang.Buli tanda ?

Share

Tadi keluar dengan kekasih hati lagi ikut dia pergi kenduri kahwin member dia.Tapi sebelum pergi kena ambik  kawan kekasih hati dan pergi beli hadiah dulu.Sebagai info,kawan kekasih hati itu seorang lelaki.

Jadinya sebab ambik kawan lelaki dia dekat Shah Alam maka lepas itu beli hadiah dekat Jusco Bukit Raja pula sebab tempat itu paling dekat dan tak perlu bayar parking kalau kurang sejam.

Kawan kekasih hati ini bolehlah...ada rupa dan gaya tapi yang betul-betul buat aku rasa kurang bila dia lagi tinggi dari aku.Memang aku tahu aku rendah tak perlu korang semua bagitahu.

Lepas itu masa jalan aku macam biasalah dah terbiasa jalan laju sebab kerja dekat kilang besi semua kena gerak laju nanti kalau lambat kena langgar dengan kren.Bila aku toleh belakang tengok kekasih hati sedang jalan seiringan dengan kawan lelaki dia sambil berborak.Maklumlah dah lama tak jumpa kot tapi nampak macam mesra dan serasi bersama.Yang tak serasi waktu itu tentulah hati aku.Adakah ini yang dinamakan cemburu?

Saat pilih-pilih hadiah aku cuba serapat mungkin dengan kekasih hati sambil memberi beberapa idea yang aku rasakan bernas...kekasih hati rasa tak.Akhirnya kekasih hati pilih satu set pinggan apa ntah dan aku terkhayal pula tengok movie Blu-Ray dekat display.Tengok-tengok kekasih hati dah hilang.

Baru dua tiga tapak berjalan dah nampak kekasih hati dekat kaunter bersama kawan lelaki dia sedang memegang set pinggan tadi.Rasa lain macam lagi.Serius ker ini rasa cemburu?Terus lepas itu aku diam membatu daripada keluar Jusco sampai kenduri kahwin.Kalau ada bersuara pun itu sebenarnya cover jangan nampak ketara sangat cemburunya.

Dah settle semua hantar kawan lelaki kekasih hati balik terus aku bagitahu...

"Baru saya faham perasaan sayang selama hari ini..."
.
.
.
.
.
Itu kalau ending cerita Melayu....





Cerita aku ending dia camni...

"Ooo...tadi ada orang tolong pegangkan barang ya...ha! sekarang dia dah takde meh pegangkan barang saya pulak" kata aku kepada kekasih hati sambil menghulurkan beg berisi pakaian yang baru dibeli.CEMBURU BETUL AKU!

Thursday, January 27, 2011

Kantoi lagi dalam meeting...

Share

Hari ini meeting lagi.Aku dah rasa macam dibayar gaji untuk hadiri meeting.Bukannya aku tak suka masuk meeting tapi kalau dah sampai kerja-kerja aku pending nanti siapa nak jawab kalau bos melenting?


Meetingnya ada 8 perkara saja tapi masanya nak dekat 8 jam.Ok aku tipu saja nak samakan 8 perkara dengan 8 jam biar bunyi sepadan.

Sebab dah bosan sangat-sangat aku pun conteng-conteng pada buku nota yang aku bawa konon-konon nak catit isi penting.Bos aku asyik cong ceng cong ceng bahasa cina celah mana aku nak catit isi penting?

Mula-mula aku lukis bulat.Pastu empat segi.Alih-alih jadi gambar motor.Terasa berbakat pula.

Kali ini aku mulakan dengan empat segi dan disusuli bulat.Tiba-tiba jadi kereta.Kagum aku pada diri sendiri.Rakan sekerja yang duduk sebelah aku pun dah mula menumpukan perhatian pada lukisan aku.Siap puji lagi cakap lukisan aku berseni.

Tiba-tiba bos aku berhenti membebel...

"Razi...can u repeat back what i just share to u just now" pinta bos aku secara tiba-tiba.

"Err...err..."

.............................................................................................................

Sudahnya aku sambung dengar bos membebel dalam bilik dia sambil catit isi-isi penting bukannya melukis.


Wednesday, January 26, 2011

Oksigen lebih?

Share

Dekat belakang kilang aku ada satu kantin yang kadang-kadang bahan masakan dia boleh campur lipas,puntung rokok ataupun ulat.Ikut pesan orang tua-tua,kalau nampak benda-benda pelik jangan tegur jadi keluarkan saja dari pinggan nasi goreng dan teruskan makan macam biasa.


Adapun disitu aku cuma minum pagi dan petang.Setiap hari aku minum Nescafe sampai makcik tukang buat air dah tuang siap-siap dalam cawan untuk aku.Risau jugak kalau dia ada bubuh sihir pengasih tak pasal-pasal aku nampak makcik tue macam Amy Mastura dari cerita Damping Malam.

Tapi hari ini atas kesedaran terhadap kesihatan maka aku berhasrat untuk minum air mineral saja.

Di depan aku ada dua jenis air mineral sama saiz tapi berlainan harga.Satu berharga RM1 manakala satu lagi berharga RM2.

Menggunakan hak sebagai pengguna aku pun bertanya kepada tukang jual.

"Tokey...apa pasal air mineral ini RM1 yang ini RM2?"

"Ooo...yang RM2 itu dia ada oksigen lebih.Bagus untuk kesihatan" terang tukang jual dalam pelat Cina.

Aku terus ambil air mineral yang harga RM1 sambil meletakkan sekeping not RM1 di kaunter.

.............................................................................................................

Formula molekul untuk air ialah H2O yang membawa maksud 1 molekul Hidrogen 2 molekul Oksigen.Jadi celah mana Oksigen lebihnya?


Sunday, January 23, 2011

Bakal pengganti Shalin Zulkifli : Teknik terbaru yang bakal mengegarkan dunia bowling!

Share

Hari ini aku pergi main bowling dengan budak sekolah aku.Sebenarnya dah lama aku tinggalkan dunia bowling ini.Kali terakhir main masa zaman belajar dekat universiti dulu.

Dulu kalau lima kali berturut-turut dapat strike pun buat muka toya saja.Benda basic kot.Tapi tadi nak dapat satu pun dia punya azab sampai terpelecok tangan nak buat bola spin.Nasib baik tak spin masuk lane sebelah.Kalau jadi memang aku terus lari nyorok dalam tandas sampai Habib ajak balik.

Tapi tadi masa main aku secara tak sengaja terbuat satu skill yang kalau Shalin Zulkifli nampak pun dia kata itu sihir.Boleh bayang tak kalau bola dah masuk longkang pastu terkeluar balik terus strike?Dah toksah merayu dekat aku mintak ajar pasal aku pun tengah kaji lagi hukum Fizik apa nak guna.


Yang penting korang semua (yang main tadi) memang best!



Gambar takde pasal Dayah punya internet lembab.Kelembapan internet dia memang berjadual.Asal ada event yang dia sorang bawak kamera waktu itulah internet dia lambat.Keh! Keh!

Friday, January 21, 2011

Mengapa 'best' kalau jadi awek aku?

Share

Pertama sekali aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih pada semua yang sudi ucap 'Selamat Harijadi'.Peristiwa bersejarah begini memang patut dirai bersama 30 juta rakyat Malaysia berbilang bangsa.Bunyi ucapan memang ada iras Dr.Rozmey tapi kalau cakap gaya rambut ada iras-iras juga itu jalan nak cari gaduh.Khurafat siapa percaya Dua Alam cecah 40 juta jangan main tuduh-tuduh.

Disebabkan semalam hari bersejarah 30 juta rakyat Malaysia berbilang bangsa maka hari ini aku dan kekasih hati keluar bersama untuk meraikan.Tiada kelapa yang pecah atau badan yang berdarah dalam proses meraikan harijadi aku.



"Sayang...bibir ayang kering la" kata kekasih hati secara tiba-tiba sambil memegang bibirnya.

"Tak minum air ker?" tanya aku sambil memegang bibir kekasih hati.

"Takde pun...eh tadi bukan sayang baru lepas korek hidung ke?"

"A'ah...kenapa?"

.............................................................................................................



Babak lepas itu takyah tahu la cuma yang penting aku selamat!

Thursday, January 13, 2011

Update

Share

Aku dah lost dengan Family Outing! Siapa nak tolong updatekan blog?


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP