Saturday, November 13, 2010

Entri ini untuk pembaca yang tegur aku tadi masa dekat kolam

Share

Aku tak tahu bagaimana nak jelaskan secara terperinci perasaan aku sekarang.Rasa gembira diadun sempurna dengan teruja bercampur-baur dengan kemaluan (baca : segan)


Sebab minggu ini aku tak kerja dan makbapak aku tiada dirumah jadi aku terpaksa bawa adik-adik aku dari terbiar di rumah pergi ikut mak aku berkursus di Lumut.Baru sampai petang tadi setelah sesat akibat dari kegagalan GPS berfungsi.Ada ker dia suruh aku ikut laut nak pergi Lumut?

Jadi malam ini aku ikut serta majlis BBQ sekolah mak aku.Makan toksah cite la,boleh kena gout dan darah tinggi on the spot.Mana taknya,udang besar,kambing golek,ayam ikan,kerang dan ntah hapa-hapa lagi.

Lepas makan terus melarikan diri dari khalayak guru sebab nak hisap rokok.Umur dah 24 perangai time sekolah masih terbawak-bawak sampai sekarang.

Tiba-tiba ada seorang gadis tegur "Razi?"
 
Aku pun senyum.Dalam hati terdetik,ini mesti member mak aku.Muka macam cikgu BI aku suspek.

Lepas hisap rokok depan hotel,aku balik semula ke majlis BBQ yang diadakan ditepi kolam.Niat dihati nak ratah kambing-kambing yang masih bersisa.Saat aku sampai cikgu-cikgu sekolah mak aku tengah galak berkaraoke.Habis semua lagu Awie dan Amy Search keluar tapi pitching sepah,tarik tak sampai.

Ambik gambar dengan adik-adik aku yang terbiar dekat tepi kolam.Kesian mereka,nasib baik dapat abang penyayang.

Masa nak balik,aku lalu depan gadis tadi.Aku pandang dia,dia pandang aku.Sebuah senyuman aku lemparkan disambut juga.

Tiba-tiba dia cakap "Kenal sebab baca blog awak".Aku terus macam tergamam sebentar.

Ini pertama kali berlaku sepanjang aku menulis blog ini.Serius aku rasa sangat dihargai.Ada juga yang sudi baca rupanya.

Sebagai penggiat seni celah mana,serius aku rasa sangat gembira.

Kepada pembaca tadi,minta maaf kalau kelihatan kurang sopan atau sombong tapi serius aku teruja gila.Kalau sudi boleh komen agar aku tahu nama.Thank you! Thank you! Thank you! sebab sudi baca.


14 comments:

Syazwana November 13, 2010 at 10:53 PM  

wow!! O__o
hotnye...
glamer u..
xD

Mohd Fakhrurazi Jamaludin November 13, 2010 at 10:55 PM  

hot ker hok? (sebut dengan lubang hidung terbuka luas)

sha89 November 13, 2010 at 11:26 PM  

wahh pencapaian terbaekk tu ;p

Miss Fufue November 13, 2010 at 11:50 PM  

wohohoho~ not bad, not bad..

Hanim Mahali November 14, 2010 at 12:13 AM  

wow , glamor U ... Dh macam artis ...

cracked bunny November 14, 2010 at 1:50 AM  

tu belom jumpe aku razi.terkesima ko nanti.haha

Miss Shizu November 14, 2010 at 6:54 PM  

wowwww......razi...nk sainnn....

Aku Beskot™ November 14, 2010 at 8:39 PM  

dan² 1st time..
aku dulu bace blog ko gak..
bkn takat tegur..
maki,kutok,jd pervert,maen futsal etc sume same²..
so time tu xde rase pape ke??haha

warx.hensem November 15, 2010 at 2:16 PM  

razi, perasaan teruja ko tu ade menyamai perasaan melihat gadis2 sekolah terlepas baldi saat terpandang jejaka hensem lalu di hadapan?

faxxi November 15, 2010 at 9:38 PM  

kagum!

ใ‚ถ-sylver-shooter November 15, 2010 at 11:33 PM  

giler barbie..

artis dah ni.Agak2 kalau aku tegur , ko layan sebagai peminat ke camane?

wimie November 16, 2010 at 1:59 AM  

ak folow gak razi.ko xbangga ke?haha.siap promote kat kwn2 aku lg.haha

cik jaa November 18, 2010 at 11:26 PM  

err~ saye yang tegur anda di tepi kolam malam tu =)

Narina Joe "Najo" November 30, 2010 at 11:05 PM  

pehh glemer kau skang eh. apsal aku tak pnah jadi pon macam ni..?? huhu

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP