Thursday, November 25, 2010

Akibat aku,meeting jadi setenang air di kali.

Share

Hari ini ada meeting department.Muka masing-masing macam nak kena hukum gantung.Mana taknya,asal meeting bermakna ada masalah.Kalau takde masalah nak meeting buat mende.Bila dah ada masalah bermakna kejap lagi bos akan maki yang ini memang tak sah.

Meeting yang dijadualkan, postpone dari pukul 10 ke pukul 2.30 sampai last sekali pukul 3.30 baru mula.Itupun ramai lagi yang cuba-cuba call supplier ajak jumpa agar dapat lari dari meeting.

Aku jugak yang rilek.Masuk meeting bawak minute meeting,sebatang pen dan sebuah buku nota yang disalahguna untuk mengasah bakat seni canting batik.Prinsip aku senang jer,kalau aku buat kerja betul nak buat apa takut.

Maka meeting pun bermula...

Dalam minit meeting ada 10 perkara.Maka 10 darab 15 minit untuk sesi ceramah bos menjadikan masa meeting sama macam masa tayangan Harry Potter.

30 minit pertama memang aku dapat bertahan.Bos pulak makin sedap maki.Bilik ada air-cond pun rasa berbahang saja.Tak pasti bahang amarah ker bahang api neraka mereka yang mengumpat bos.Mata aku makin kuyu dan layu.Bak kata pepatah,melayu mudah layu.Pepatah Arab kot tak pasti pasal cikgu aku ajar separuh saja lagi separuh aku lari dari kelas.

Tiba-tiba badan aku bergoyang dengan hebatnya.Sedetik itu juga terlintas difikiran aku gunung berapi meletup maka gempa bumi mengakibatkan tsunami dan kemusnahan.Tapi celah mana kawasan aku ada gunung berapi.Kelapa sawit ada la takkan setandan dua jatuh boleh jadi gempa bumi.

Rupanya rakan sekerja aku kejutkan aku dari tertidur.Dalam bilik meeting semua mata pandang arah aku.Semua dah senyum-senyum tahan gelak.Bos pun yang dari tadi tengking-tengking terus tersenyum.

Hari itu meeting berjalan dengan tenang.

.............................................................................................................

"Agak-agak la kalau nak tidur pun takyah la sampai berdengkur,dah la kuat pulak tue!" ujar member ofis aku sambil senyum-senyum.

Malam ini aku tidur awal.Confirm!

Thursday, November 18, 2010

Pengalaman Razi bermain ragbi sebelum bersara selamanya.

Share

Salah satu sukan wajib budak sekolah asrama penuh semua lelaki ialah ragbi.Kalau bola sepak,badminton dan bola keranjang itu semua sekolah biasa pun ada jadinya sukan ragbi memang 'rare' jugak.

Sepanjang aku sekolah dari darjah tadika sampai tingkatan 3 tak pernah langsung aku sentuh bola ragbi sebab pada aku sukan itu ganas dan menyakitkan badan.Tambahan pula dengan struktur fizikal aku yang sedikit lebih kecil dari kawan-kawan lain menyebabkan ianya memang bukan sukan pilihan aku.

Tapi bila masuk Sains Seremban tiba-tiba setiap kali Pendidikan Jasmani mesti kena main ragbi.Kalau tak main ragbi mesti belajar peraturan dia.Kalau takde cikgu jer dapat balik asrama main ragbi atas katil...auuummm!

Aku rasa baru 3 kali kot aku sentuh bola ragbi kemudiannya dianjurkan pertandingan ragbi antara kelas.Sebab kelas aku boleh tahan nerd jugak budaknya (Zack,Shah,Watson,Naqqib,Meor,Azim,Mat JB,Raja...Wow! banyak gila budak nerd dekat kelas aku) maka aku dipaksa join jadi fullback.Posisi fullback ini terletak dibelakang sekali dimana bila ada scrotum eh tak scrum,forward akan passing bola dekat aku suh aku lari pergi ke arah gol pihak lawan.

Salah satu kelebihan yang perlu ada pada fullback ialah kena lari laju dan itu memang kelebihan aku.

Setelah sesi latihan 5 minit sebanyak 5 kali passing-passing bola terus pertandingan bermula.Scrum dimulakan dengan forward membuat susunan peluk-peluk sambil kuis bola pakai kaki.Sorang member aku terus kais bola keluar lalu berlari ke arah pintu gol.Aku dan fullback lain turut lari bagi memberikan back-up kepada yang lari first tadi.

Pang! member aku yang bawak bola tadi kena tekel.Bukannya tekel cam nak ngorat gitu tapi kalau dalam ragbi dia punya tekel begini sila bayangkan : ada seorang dengan keberatan badan 80kg berlari dengan kelajuan 100km/j lalu cuba korang kira daya impaknya.Ok tipu takdela sampai 100km/j tapi rasa dia macam kau lari laju-laju lepas tue langgar tembok.Ha! sakit tak?

Nasib baik saat sebelum dia kena tekel itu dia sempat passing bola dekat member aku lagi sorang.Larian diteruskan.Jarak dengan pintu gol pihak lawan semakin dekat tapi semakin banyak kawan-kawan aku yang rebah dalam perjuangan.

Last sekali tinggal aku dengan sorang member aku.Member aku tue lari laju susah jugak aku nak cucuk rapat dengan dia.Entah sial gila bila dah sikit lagi nak sampai gol pihak lawan boleh pulak dia tersadung batu dekat tengah padang terus jatuh guling-guling.

Lantas tanpa berlengah aku terus kaut bola.Serta-merta aku pecutkan larian selaju Usain Bolt.Jarak dengan pintu gol pihak lawan hanya tinggal lagi 200 meter.Kalau aku berjaya touchdown ini bermakna aku akan jadi pelajar sekolah itu yang pertama buat touchdown dekat padang itu pasal kelas aku lawan first cilaka mana ntah yang cabut undi suwey betul.

Tiba-tiba awan mendung berarak pergi.Hembusan angin begitu kuat dari belakang.Tekanan dari aura dia begitu kuat aku rasakan.Bila aku toleh kebelakang agak terperanjat juga sebab imej bayangan babi hutan sedang mengejar rupanya budak kelas pihak lawan.

Mamat yang sedang kejar aku itu dia punya tinggi dua kali ganda aku.Lebar ukuran dada dia dua kali ganda aku.Saiz badan dia juga dua kali ganda aku pendek kata semua dia punya dua kali ganda aku lah.Jika aku kena tekel dengan dia bermakna maut.Kalau nasib baik mungkin mandul seumur hidup.

Saat genting itu aku terpaksa buat dua pilihan yang akan menentukan hidup mati aku.Maut atau mandul?.Oh tidak!

Lagi beberapa inci jari dia nak cecah kolar baju aku,saat itu juga aku campak bola ragbi ke tepi padang lalu aku teruskan larian ke dorm.Sarung tuala pegi mandi lepastu tido lagi sedap.


Budak kelas aku 5 Delta


Monday, November 15, 2010

London Weight Gain

Share

Lepas makan malam tadi, tiba-tiba hp aku berbunyi.Terus aku angkat...

"Hello" suara kekasih hati.

"Ya?"

"Dah makan?"

"Dah baru lepas"

"Err..."

"Kenapa sayang?" tanya aku kepada kekasih hati.

"Saya dah gemuk ker?" suara kekasih hati macam tersekat-sekat.

"A'ah...sikit la" jawab aku penuh dengan kejujuran.

"Hmm...risau la berat makin naik nie" kekasih hati menyuarakan kebimbangannya.

"Dah tue,jangan la asyik makan jer" aku cuba memberikan cadangan.

"Camtu ayang bawak la pegi London Weight Gain..."

"Apa?London Weight Gain?Kalau itu makin gemuk la....wakakakakaka!" aku dah gelak lupa diri.Tahu-tahu saja hp dah diletakkan.



Sayang,jangan la merajuk lagi...pls! pls!...Ok! Ok! Jom kita pegi London Weight Gain...Hahahaha....

Saturday, November 13, 2010

Entri ini untuk pembaca yang tegur aku tadi masa dekat kolam

Share

Aku tak tahu bagaimana nak jelaskan secara terperinci perasaan aku sekarang.Rasa gembira diadun sempurna dengan teruja bercampur-baur dengan kemaluan (baca : segan)


Sebab minggu ini aku tak kerja dan makbapak aku tiada dirumah jadi aku terpaksa bawa adik-adik aku dari terbiar di rumah pergi ikut mak aku berkursus di Lumut.Baru sampai petang tadi setelah sesat akibat dari kegagalan GPS berfungsi.Ada ker dia suruh aku ikut laut nak pergi Lumut?

Jadi malam ini aku ikut serta majlis BBQ sekolah mak aku.Makan toksah cite la,boleh kena gout dan darah tinggi on the spot.Mana taknya,udang besar,kambing golek,ayam ikan,kerang dan ntah hapa-hapa lagi.

Lepas makan terus melarikan diri dari khalayak guru sebab nak hisap rokok.Umur dah 24 perangai time sekolah masih terbawak-bawak sampai sekarang.

Tiba-tiba ada seorang gadis tegur "Razi?"
 
Aku pun senyum.Dalam hati terdetik,ini mesti member mak aku.Muka macam cikgu BI aku suspek.

Lepas hisap rokok depan hotel,aku balik semula ke majlis BBQ yang diadakan ditepi kolam.Niat dihati nak ratah kambing-kambing yang masih bersisa.Saat aku sampai cikgu-cikgu sekolah mak aku tengah galak berkaraoke.Habis semua lagu Awie dan Amy Search keluar tapi pitching sepah,tarik tak sampai.

Ambik gambar dengan adik-adik aku yang terbiar dekat tepi kolam.Kesian mereka,nasib baik dapat abang penyayang.

Masa nak balik,aku lalu depan gadis tadi.Aku pandang dia,dia pandang aku.Sebuah senyuman aku lemparkan disambut juga.

Tiba-tiba dia cakap "Kenal sebab baca blog awak".Aku terus macam tergamam sebentar.

Ini pertama kali berlaku sepanjang aku menulis blog ini.Serius aku rasa sangat dihargai.Ada juga yang sudi baca rupanya.

Sebagai penggiat seni celah mana,serius aku rasa sangat gembira.

Kepada pembaca tadi,minta maaf kalau kelihatan kurang sopan atau sombong tapi serius aku teruja gila.Kalau sudi boleh komen agar aku tahu nama.Thank you! Thank you! Thank you! sebab sudi baca.


Thursday, November 11, 2010

'The Social Network'

Share

Pengasas kepada Facebook,Mark Zuckerberg merupakan bilionaire termuda dalam sejarah.

Info trivia ini bukan aku baca dekat mana-mana website tapi aku dapat tahu pasal aku baru habis tengok cerita 'The Social Network' mengisahkan Mark Zuckerberg dan sejarah penubuhan Facebook.

Tahukah anda pengasas Napster merupakan salah seorang pemegang saham dalam Facebook?

Tahukah anda Mark Zuckerberg disaman oleh kawan baiknya sendiri disebabkan Facebook?

Tahukah anda Razi sebenarnya 10 kali lebih kacak dari Mark Zuckerberg pada mana-mana sudut pandangan?

Jika anda tak tahu semua soalan trivia berkenaan jadi saya sarankan agar anda menonton filem berkenaan bukan hanya tahu guna Facebook untuk stalk orang.

Lepas menonton filem ini,aku tiba-tiba bersemangat untuk buat satu bisnes menggunakan internet.Ini bukan cerita pecah punggung 40 juta,ini memang benda real.Bisnes apa esok baru aku fikir,sekarang kena tidur.Esok kena kerja.Damn!

Sunday, November 7, 2010

Kisah mainan robot

Share

Masa aku tadika,mainan robot adalah salah satu simbol 'cool' di kalangan budak lelaki.Siapa ada mainan robot automatik akan ada ramai kawan dan pengikut.

Jadinya aku pun turut terpengaruh dengan rakan sebaya mendambakan sebuah mainan robot biar ramai kawan dan pengikut.Waktu itu definisi rakan sejati atau keikhlasan dalam persahabatan memang belum wujud.Siapa banyak mainan automatik banyak kawan.Siapa badan besar suka buli orang automatik ramai pengikut.

Aku pun beritahu mak aku dalam nada tersirat...

"Mama,along tengok kan,kawan Along yang anak kawan mama tue kan,dia ada mainan robot.Cantik robot dia.Boleh keluar lampu..."

".................................." mak aku buat-buat tak dengar sedang menumpukan perhatian pada masakannya.

"Along tengok dekat kedai uncle hari tue ada dia jual robot tue.Murah jer ma.RM10 jer" sambung aku masih cuba memancing bagi mendapatkan robot mainan.

"Takde duit" ringkas saja jawapan mak aku.

Masih tak puas hati dengan jawapan yang diberikan,aku cuba menggunakan pendekatan perbandingan "Ala,anak kawan mama tue boleh jer dapat mainan robot".

"Itu abang dia punya.Dulu dia ada abang tapi dah meninggal.Abang dia ada sakit.Masa dah nak dekat meninggal tue,abang dia mintak mainan robot tue.Lepas abang dia meninggal,mainan tue jadi dia punya la" terang mak aku.

Lalu aku pun terdiam...

Baik aku takde mainan robot dari kehilangan adik-beradik aku.Aku lagi sayang mereka dari mainan robot.

Tapi annoying juga kalau tengah dating dapat mesej begini

"Wei belikan aku sushi...aku dah penat vakum bilik ko-Nana (adik bongsu aku)"


Kalau dapat yang saiz begini,bolehlah pergi kerja naik robot.Cool gila! Sumber : AndroidWorld


Suka-duka alam pekerjaan

Share


Tak pandai eja pun ada company sendiri.Huh!

Friday, November 5, 2010

Tips membasuh kereta Satria Neo secara tepat

Share

Hari ini aku cuti tak bermaksud aku sambut Deepavali.Member aku yang muka macam India pun tak turut sama meraikan inikan pula aku yang iras-iras Iqram Dinzly.

Sebab internet lembab macam siput babi maka terpaksa aku carutkan "Babi!...Babi!..Lembabnya".

Aku pun keluar rumah dan terpandang satu Satria Neo kaler kelabu sedang parking dalam garaj."Ini kereta siapa pulak?" detik di hati tapi 5 saat kemudian baru perasan itu kereta aku yang sangat kotor sampai tukar kaler.

Terus dengan semangatnya ambik shampoo kereta,kain lap dan baldi.Perkakas lain macam waterjet dan wiper terpakai untuk buang lebihan air turut disediakan bagi memastikan proses cuci kereta berjalan lancar.

Mula-mula keluarkan segala karpet yang ada untuk dibuang habuk.Bahaya kalau kereta berhabuk nanti boleh sebabkan pemandu dan penumpang ditimpa asma jadi aspek kebersihan juga perlu dititikberatkan bukan hanya tahu bawak kereta saja.

Biasa sebelum memulakan sesi cuci kereta memang aku akan bukak hood depan untuk check minyak hitam,air dan lain-lain supaya pemanduan kekal pada tahap terbaik.

Lepas dah habis check semua aku pun pasang waterjet lalu sembur pada badan kereta bagi basah-basah agar timbul berahi untuk cuci.

Aku gosok dengan lembut badannya.Celah-celahnya aku usap dengan kuat.Makin lama makin banyak air yang keluar buat aku tambah bernafsu.

Tak cukup dengan itu aku pancutkan air ke badannya pula bagi membuang sabun.

Bila dah siap cuci bahagian badan,maka babak seterusnya adalah bahagian rim.Aku paling benci nak cuci bahagian rim nie sebab bilah dia kecik-kecik jadi kena gosok satu-satu.Kerja leceh begini memang aku cukup tak suka tapi kalau hantar kedai mesti diorang basuh lebih kurang jer bahagian rim nie buat aku dalam situasi terpaksa basuh walaupun tak suka.

Lepas dah bilas maka kenalah lap nanti habuk-habuk akan melekat pada badan dan rim kereta yang basah.Wow! dah berkilat dan kembali kepada kaler asal.Dia punya feeling tue memang rasa lain macam bila lihat sparkling pada badan kereta kesan simbahan cahaya matahari.

Bahagian luar dah selesai seterusnya aku ambik vakum pula untuk bersihkan sisa habuk.

Tiba-tiba...

'Oi Long ko tak pegi sembahyang Jumaat ke?" mak aku menegur.

Baru aku perasan hari ini hari Jumaat dan macam cilaka juga bila tengok jam dah pukul 1.20 petang.Maka hari ini terpaksalah aku pergi sembahyang Jumaat tanpa mandi.

Mungkin penggunaan peribahasa 'kera di hutan disusukan,anak dirumah mati kelaparan' paling tepat digunakan pada aku ketika ini tapi boleh modified sikit jadi 'kereta dirumah dimandikan,tuannya pegi sembahyang Jumaat tak mandi tapi masih wangi kan?kan?'.

Monday, November 1, 2010

Penampakan di Kellie's Castle.

Share

Hujung minggu yang lepas aku dan rakan-rakan telah menuju ke sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan pemimpinnya yang suka melompat parti.

Adapun tujuan utama ekspedisi kali ini ialah untuk mengkaji senibina dan kejuruteraan bangunan lama yang gah dengan cerita misterinya,Kellie's Castle.Tujuan-tujuan lain seperti nak makan mee udang dan mengorat awek Ipoh boleh juga masuk dalam tentatif program.

Perjalanan dimulakan lewat sejam akibat Habib tak balik kerja lagi.Jadinya kami terpaksa melakukan aktiviti lain seperti tunggu dalam kereta sampai berpeluh-peluh.

Perhentian pertama adalah di RnR Rawang dimana seorang penumpang terpaksa ditransitkan ke kereta lagi satu akibat ditakuti jadi mangsa gangguan seksual aku dan Habib.

Lebih kurang pukul 5 lebih sikit,kami tiba di Kellie's Castle.Ketibaan kami disambut dengan suasana suram dan menyeramkan ditambah efek anjing menyalak sengaja nak kena baling batu.

Suasana seram Kellie's Castle dari tepi jalan.

Misteri Kellie's Castle diteruskan lagi dengan penemuan sebatang pokok berbentuk beruang.Kalau cakap saja takde bukti macam juga penipu MLM jadinya aku sertakan gambar sebagai bukti penemuan.

Pokok menyerupai beruang.Itulah siapa suruh durhaka pada ibu beruang!

Waktu dalam Kellie's Castle lagi jangan cerita.Segala bulu nak meremang.Dari bulu roma sampai ke bulu dada semuanya meremang.

Aku lihat muka yang lain ada rasa-rasa cuak juga tapi masih dikawal sebab kena kutuk dengan bebudak ini adalah lebih menakutkan dari nampak hantu takde kepala.Serius!

Koridor yang selalu kelihatan hantu Tuan Kellie's jalan-jalan pakai boxer.

Setelah pulang,kami terus menuju Kuala Sepetang untuk menikmati mee udang yang lazat dengan saiz udangnya besar-besar ibu jari kaki yang menghidap Untut.Dalam perjalanan tiada seorang pun yang membicarakan tentang hal di Kellie's Castle.

Aktiviti diteruskan dengan melawat rakan-rakan binatang di Night Safari Taiping tetapi hampa bila kebanyakan haiwan dah masuk tidur.Pulangkan duit kami!

Malam itu kami tidur di Rumah Tamu D'Kota yang mempunyai 3 bilik tidur tapi semua tidur dekat ruang tamu pasal takut memang membazir sungguh.

.............................................................................................................

Esok paginya,semua bangun awal menunaikan solat subuh berjemaah...ok tipu! subuh gajah saja lalu segera bersiap untuk meneruskan perjalanan.


Semasa sedang bersiap,tiba-tiba Habib membuka topik semasa di Kellie's Castle.


"Korang ada nampak pape tak masa kat Kellie's Castle" tanya Habib serius.


"Takde.Kau nampak apa?" Ekin mulai menunjukkan minat.Yang lain juga turut serta-merta jadi serius.


"Ha! aku ada nampak sesuatu..." jawab Habib.Wajahnya kelihatan sedikit resah.


"Kau nampak apa wei?" soal Nuar pula tidak sabar-sabar menantikan jawapan dari Habib.


"Aku nampak...." Habib menelan air-liur sebelum meneruskan kata-kata.


"............................" Semuanya diam menantikan ayat seterusnya dari Habib.


"Aku nampak hensem!" jawab Habib tenang.


Ekin dengan wajah tensen terus sarung tuala untuk mandi.Yang lain buat-buat macam tak menumpukan perhatian saja.


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP