Melaka ker Melakau?
Share
17 Zulhijjah 1429H,satu keajaiban dunia ke-8 telah terjadi pagi tadi.Buat pertama kalinya aku dapat bangun pukul 8 pagi (aku biasa tido lpas solat subuh...Ok!). Ini smua gaara-gaara nak kne bawak keta pegi servis baik punya.Sebenarnya,appointment aku pukul 9.30 (a.m...kalo p.m tue appointment lain...hehe) tapi sje jer bangun awal skit...nak bersenam dulu...hehehe (Razi!...sila jangan tipu pembaca).
Semalam,Puyat & Habib cakap nak temankan aku pegi servis tue tp pagi nie dua-dua bz plak...so aku pun pegi la sensorang...you'll never walk alone (<--nasib baik aku bukan peminat Liverpool :p).
Dipendekkan cite oleh aku yang pendek...mse dalam perjalanan pulang ke rumah tue...kteorang pun discuss la nak pegi mana lpas nie...berbagai idea bernas yang diutarakan.Tetiba aku terkeluar satu idea...
"Jom kte pegi Melaka?"
Tanpa berlengah walau sesaat...Habib menjawab "Jom!".Untuk babak seterusnya sye potong sbb malas nak type jadi sye terus lompat ke babak nie...kami pun singgah ke rumah Puyat sbb nak ambk dye.
Starting dari plaza tol Ebor pada pukul 2.32 petang dan kami tiba di plaza tol Ayer Keroh pada pukul 3.29 petang.
Destinasi pertama kami...Taman Buaya Melaka.Lpas bayar tiket untuk 1 org dewasa (mesti korang tertanya-tanya kan cmne kteorg leh masuk dengan satu tiket jer...hehehe...rahsia)...kteorg pun masuk la untuk tengok buaya (dan juga aweks...hehehe >:)
Nak ambk gmbr aweks sbnrnya tp ada makbapak dye plak
Skali ada rumah hantu daa...huhuhu...bagi menguji daya tahan mental dan fizikal dari sosok-sosok ghaib...kteorg pun mencabar diri untuk masuk ke rumah hantu tue.Berbekalkan semangat yang kental...kami berjaya mengharungi dugaan dan cabaran di dalam rumah hantu itu dengan kacang jerr...
Lpas masuk rumah hantu tue,barulah nak tgk sedara...opss!...buaya...hehehe.Pelbagai spesis yang dipamerkan disini seperti buaya bongkok (bukan bongok ok?)...buaya ekor pendek...buaya muncing tajam...buaya-buaya kota raya...(sebelum lebih melalut...baik kte ke babak seterusnya)
Untuk destinasi pelancongan seterusnya,kami menuju ke bandar.Bandar Melaka telah diisytiharkan sebagai bandar bersejarah kerana menempatkan banyak khazanah-khazanah berharga dari masa silam.
Bagi merasai suasana melancong,kami mengambil keputusan untuk meletakkan keta dan memilih untuk berjalan kaki di sekitar bandar.
Kota A Famosa telah dibina oleh orang Belanda sebagai kubu pada masa dulu.Namun ianya kini menjadi salah satu tarikan pelancong.Kami juga amat tertarik dengan bentuk senibinanya yang buruk dan huduh...taste hanjing btul la orang Belanda nie...(sila dapatkan bimbingan ibubapa semasa membaca blog ini kerana terdapat banyak kata-kata nista yang diluahkan).
Pastu kitaorang pun naik la bukit yang kat atas A Famosa tue.Dapat la tengok pemandangan bandar Melaka,laut,Eyes On Malaysia,Menara Taming Sari dan juga lurah dendam para pelancong yang seksi (skali lagi!...sila dapatkan bimbingan ibubapa kerana unsur seks juga tidak terkecuali dari blog ini).
Sebagai muslimin yang sejati,walau jauh mana kami merantau,solat tetap dijaga.So,kitaorang pun pegi la Masjid Selat.Sebuah masjid yang dibina di tepi laut yang tersergam indah.Tidak banyak yang kami boleh biacarakan kecuali bentuk kubahnya yang meniru struktur kubah masjid di Turki (semua kubah masjid sme jer...hemisfera...huhuhu).
Tidak lengkap rasanya bila berkunjung ke Melaka tapi xsinggah pekena ikan bakar kat Umbai.Fuh! memang menangkap.Jarak perjalanannya lebih kurang 20 minit dari bandar Melaka...bergantung kepada trafik dan gaya pemanduan.Bagi mereka yang tidak tahu jalan untuk ke Umbai dari bandar Melaka...sila ikut signboard ke Muar atau Merlimau.
Untuk pengetahuan umum,Melaka juga terkenal dengan otak-otaknya yang sedap...dan penggunaan perkataan 'kepala otak ko' dalam kehidupan seharian.Harga makanan di situ (Umbai) juga agak berpatutan (nak murah masak sndri la...).
Setelah pelahap ikan senangin bakar...sotong cili...otak-otak...dan nasi lemak,kami pun berangkat pulang ke tanah air kami,Selangor.Begitulah ekspedisi jalan-jalan cari pasal untuk kali ini.
Hanya gambar ini sahaja yang sempat dirakam kerana sebaik saja hidangan tiba,semua krew makan macam kena rasuk
10 comments:
nk g sna skali lg~
nk nek eyes on malaysia~
cepat bwk!
xkire~
jangan naek eyes on mlsia..aku dah naek hari tuh..
Nape plak?...Xbest ker?
wei lahanat..patong yg ko posing tue..patong kristian..jangan wat lg sial..
Olo...dye bukan buat tanda salib ker...apa ker...
rm10 = 10 round..syahmi nak muntah arituh..
Ha?Syahmi?Ooo...ok...ok
to: mr.razi
hmm..so xley naek la ea...?
Boleh jer...
okies..
t jgn lupa bwk ina ea...
Post a Comment