Friday, January 29, 2010

Pengumuman penting kepada lelaki pendek!

Share


Anda pendek peha besar macam Suria?

Kajian mendapati orang yang tinggi lebih mudah mendapat gadis dalam percintaan,mendapat keyakinan dalam pekerjaan dan juga meningkatkan penampilan diri.

Jadi jika anda pendek macam Suria, jangan risau!

Tidak perlu pengambilan ubat!

Tidak perlu senaman yang membebankan!

Tidak perlu pemakanan yang tidak sedap!

Melalui teknologi terkini yang menggunakan teknologi nano (pejadahnya yang nano pun aku tak tahu) anda mampu kelihatan lebih tinggi 6-10 cm dari biasa.

Penyelesaiannya Girrafe Shoes!

Terdapat di Berjaya Times Square.

(Tak selesai sangat la.Paling murah pun kasut dia harga RM299.)

Sunday, January 24, 2010

Kalaulah Sejarah dan Biologi diajar begini...

Share

Aku dah lama tak post entri berunsurkan pelajaran kan?

Baiklah,untuk hari ini kita akan mulakan dengan pelajaran Sejarah diselitkan juga dengan Biologi.Bersedia semua murid-murid?

Tahukah anda bahawa sebelum perang dunia kedua bermula, Jepun dan China telah terlebih dahulu berperang walaupun mata sama-sama sepet.Maka apabila Jepun menjajah Tanah Melayu, mereka melepaskan dendam terhadap orang China di Tanah Melayu dengan memengal kepala mereka.Gambar-gambar berikut merupakan bukti dendam orang Jepun terhadap China.









(gambar kredit kepada blog AnakCucuNabiAdam)

Lalu China bertindak membalas dendam dengan...

Mengeluarkan barang-barang tiruan Jepun agar ekonomi negara Jepun runtuh






Pelajaran seterusnya...

Tahukah anda kepala yang bercerai dari badan tidak akan mati selagi adanya sambungan ke jantung?


Seorang ahli sains bernama Sergeri Bruyukhonenko telah menjalankan eksperimen gila keatas seekor anjing dimana kepala anjing itu dipisahkan dari badannya tetapi MASIH HIDUP! menggunakan sejenis mesin yang dinamakan Autojektor.

Berikut merupakan penerangan tentang perkara tersebut.




(Sumber dari Oddee)

Jadinya kewujudan hantu Penanggal dapat dibuktikan secara saintifik! Maka lepas nie perempuan mengandung takyah takut lagi dengan hantu penanggal ini.

Hantu Penanggal yang suka hisap darah perempuan mengandung

Jadi murid-murid semua, sekian saja pelajaran untuk hari ini.Semoga berjumpa di lain masa!


Tuesday, January 19, 2010

My 1st time...

Share

Pertama sekali aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada yang ingat harijadi aku.

Yang tak ingat tapi ternampak event kat Facebook tue pun aku ucapkan terima kasih jugak sebab wish.

Eh,kan lagi cepat kalo aku ucap terima kasih kat yang wish jer.Hurm takpe.

Hari yang bersejarah ini dimana berlakunya revolusi manusia akhir zaman daripada rosak kepada jahanam disambut oleh aku dan kekasih hati dengan pegi dating.Terima kasih kekasih hati kerana sanggup ambik cuti semata-mata nak sambut kelahiran i.Hahaha.

Jadi penceritaan dimulakan pada pukul 8.48 pagi dimana aku takleh tido bila hp asyik berbunyi cakap ada orang wish kat Facebook.

Baru teringat hari ini ada date dan dah lewat nie maka segera bangun turun bawah bukak Facebook (langsung takde sense of lambat).Balas komen wish berbentuk cerca.Takpe aku tahu aku memang terkutuk.Takde hal punya,kutuk lagi kasi imbang dosa aku kutuk orang.

Malas la nak cerita aku bersiap sebab nanti korang kata aku bersiap lambat maka kita skip plot kepada kereta Neo meluncur laju menuju ke rumah kekasih hati.

Sampai rumah kekasih hati dalam pukul 10 lebih.Kekasih hati mesej cakap "Jap...jap tengah pakai baju".Kuang asam btol,dia lagi lambat.

Destinasi pertama adalah Celcom Centre.Kitaorang berdua nak tukar line jadi tiga line bleh join Pekida takpun 24 Top gangster India yang popular kat Klang.

Masuk jer Celcom Centre tue,ramai gila orang pegang BlackBerry.Oh ada percuma BlackBerry ker?

Tanya kat ada sorang akak nie pastu dia suruh jumpa lagi sorang akak.

Bila aku jumpa akak lagi sorang tue,dia bagi penerangan pasal line yang kitaorang nak tukar tapi sepatah haram kitaorang tak paham buat muka blur-blur.Pastu dia suruh jumpa akak yang mula-mula tadi.

Akak yang mula-mula tadi suruh isi borang apa ntah yang lagi susah dari jawab soalan SPM maka aku tinggalkan kedua-dua akak tue tak jadi tukar line.

Destinasi seterusnya kami berdua ke Sunway Pyramid.

Sampai Sunway Pyramid dalam pukul 1 maka haruslah perut berkeroncong nyanyi "lapar...lapar" macam iklan KFC Zinger Tower.

Nak makan Nando's tapi tak jumpa kedai maka makan jer la kat Kenny Roger.

Aku tak puas hati bila aku order half chicken kekasih hati order quarter chicken tapi dia dapat lebih.Apsal?Maka makanan aku,aku makan sorang,kekasih hati punya makanan kami kongsi.Baru adil.Kan?

Lepas makan pegi sembahyang jap kasi halau setan yang ikut follow tadi.Sibuk jer nak suruh kami terjerumus kedalam lembah maksiat.Wakaka.

Pastu turun tingkat bawah sekali nak main ice skating yang sumpah inilah pertama kali aku main padahal dah lepak Sunway sejak tingkatan 3 tak pernah cuba.

Pertama kali menyarung kasut luncur tue aku dah rasa tak selesa sebab dia keras,berat dan menekan kaki aku tapi mungkin memang camtu.Tambah tak best bila aku ketatkan tali dia.

Macam biasa la,pertama kali bermain mesti pegang-pegang dinding kasi belajar imbang sikit.Oh ini bukan aku,ini kekasih hati.Aku terus meluncur laju macam dah selalu main.

Akibatnya adalah 3 kali aku jatuh terduduk.Satu kali jatuh tersungkur.Kalo jatuh terduduk takpe wei tak sakit sangat tapi jatuh tersungkur memang azab.Dahla cedera fizikal,emosi pun cedera.Tak dapat nak berlagak depan kekasih hati.

Bila ditanya,rupanya kekasih hati pernah main sebelum nie,padan la dia tak jatuh.Malu i~

Macam biasa,manusia nie bila dah pandai sikit,dah ada skill sikit mula la nak berlagak maka aku pun macam tue gak terus tinggalkan kekasih hati biar dia main dinding sorang-sorang.Aku luncur laju-laju pastu kasi brek spin baru cara.

Tengah laju-laju tue tetiba ada amoi nie boleh tukar lorong tak bagi signal maka apalagi,aku terus la tangkap tangan dia supaya kami tak berlanggar.Dia pulak ingat aku nak rogol/ragut terus dia jerit kuat-kuat.Malu la i kan?

Kekasih hati nampak gelak-gelak jer.Kuang asam punya kekasih hati.Padan muka dia ada cina langgar.Hahaha.

Main dalam sejam lebih terus balik sebab kaki dah sakit dan gelanggang luncur dah jadi kecik tak best.

Terima kasih kekasih hati sebab temankan.

Pasni bolela ajak Puyat,Habib,Ajib dan Apek.Mangkuk-mangkuk tue mesti tak pandai main.Hahaha.Lagi-lagi Apek yang berat ke depan.


Kaler glove sape paling buruk?


Ambik gambar style couple-couple pasni boleh upload kat Facebook


Mamat kerek berlagak jap lagi jatuh la tue.


Meluncur laju dengan penuh bergaya.Yeha!


Nampak tak camne lajunya aku meluncur.Huhuhu.Genius memang camni


Kekasih hati yang suka main kat dinding.


Pegi ke tengah sikit pun sebab nak ambik gambar.


Kepenatan dan sakit kaki.Tambah bontot basah sebab jatuh.


Kekasih hati dah bukak kasut taknak main dinding dah.


Saturday, January 16, 2010

Jangan tidur bawah alang nanti kena hempap dengan hantu

Share

Bukan Alang yang nie


Alang rumah yang kat bahagian atas tue.Ada papan melintang.

Merujuk kepada entri lepas,aku telah nekad untuk pulang ke kampung di Batu Pahat bertemu atuk dan nenek dalam pertemuan yang penuh dengan emosi (padahal balik-balik jer terus tanya nenek aku masak apa hari tue).

Macam biasa la kalo balik kampung,memang keje makan,tido dan tengok tv jer.

Disebabkan aku dah biasa tido lewat dan atuk nenek aku biasa tido awal memang takde kesefahaman tido antara kami bertiga maka aku layan tv jerla kalo dua orang tua tue dah tido.

Yang bestnya kat rumah atuk aku tue dapat siaran tv Singapura.Lagi-lagi channel 5,memang latest-latest movie dia.Belum kuar wayang dah tayang kat tv...ha! teruja tak?

Tapi malam tue memang takde movie mahupun dokumentari.Yang ada rancangan 'Tanya Ustaz' kat TV9.Memang tak tengok la lagi-lagi topik yang diutarakan tentang mandi jenazah.

Lepas satu-satu aku tukar chanel.

Jam dah pukul 1 pagi masa tue.Tetiba aku terdengar bunyi cawan dan pinggan berlaga kat dapur.Aku cuak tak jadi nak kencing.

Memang bangsat la Tv3 bilamana pukul 1 pagi dia tayang cite 'Kekasihku Seru'.Timing baik punya waktu aku tukar chanel tue waktu itu juga la hantu dia kuar.

Terus tutup tv dan kelubung selimut.Pastu teringat pesan nenek aku

"Jangan tidur bawah alang nanti kena hempap dengan hantu".

Pernah tak korang rasa takut sangat sampai nak bukak mata pun tak berani?Ha! camtu la keadaan aku sekarang.So camne aku nak pastikan yang aku tidak baring dibawah alang sekarang?

Pejam mata serapat mungkin sambil mulut kumat-kamit baca al-Fatihah.Nak baca Yassin tak hafal pulak apatah lagi surah al-Baqarah.

Tiba-tiba bahu aku disentuh orang...

Nenek aku bangun kencing.Dia marah sebab aku kelubung macam mayat.Dia kata tak elok.Cepat-cepat aku bingkas bangun pegi tandas.

Dalam tandas sambil kencing sambil jerit "Nek ada kat luar tak?"

"Ada" jawab nenek aku buat suara nenek kebayan.






Lepas tue terus tido sampai terlajak subuh anjak ke syuruk.

p/s:Disini aku selitkan beberapa link kenapa jangan tidur bawah alang.Link 1,Link 2

Wednesday, January 6, 2010

Jangan buruk sangka!

Share

Friction Welding

Memang ramai yang tak puas hati bila aku update blog dalam bentuk kod Morse.Ini semua terjadi gara-gara keamanan yang dikecapi menyebabkan kita lupa pada salah satu elemen penting semasa perang dunia kedua.

Jadi disebabkan Emir ugut nak cukur bulu dada aku ganti tembakau ganja beliau,maka aku tulislah dalam tulisan rumi berbahasa Melayu.

Hari ini seperti biasa,aku bangun pukul 3 petang.Memang seronok kalah orang keje kerajaan.Pukul 4.30 petang gerak pegi UiTM ajak Apek buat teman sambil tue boleh cuci mata usha awek-awek.Memang banyak tak terhingga sampai aku naik muak lalu terus usha lelaki.

Semasa nak naik lif jumpa supervisor aku,tetiba lalu la kelibat seorang lelaki yang muka dia sangat familiar.Aku pandang lalu terus jerit teruja

"Cik!"

Rupa-rupanya supervisor aku masa degree dulu.Masih gay seperti dulu (fitnah!)

Sekadar bertegur sapa ala kadar sebab aku pun dah lambat.Naik lif tingkat 9 lalu terus masuk pejabat akademik macam aku dekan kat situ.

Dalam bilik supervisor aku ada seorang lelaki yang muka ala-ala orang tabligh.Dalam hati,setan terus berbisik

"Habis la ko,supervisor ko nak ajak keluar dakwah tue".

Tunggu kejap kat luar sementara supervisor aku bentang karpet merah untuk bagi aku jalan.Aku salam sambil senyum kat tetamu supervisor aku tue.

Rupa-rupanya lelaki muka tabligh itu salah seorang orang kuat dalam bidang-bidang welding yang dimana memang aku kena ikut dia keluar berdakwah kalo dia suruh semata-mata nak dapat ilmu yang ada pada beliau.Cuma kalo dia suruh ikut Ayah Pin ker ataupun Rasul melayu memang aku tumbuk sedas dua kat perut dia.

Supervisor aku bagitahu,topik yang aku propose terpaksa ditukar sebab tak selari dengan aliran indie masakini.Dia nak yang lebih kepada ala-ala Alif Satar kau jangan nakal perangai macam setan.

Aku setuju angguk kepala cepat-cepat sebab aku nak balik cepat.

Balik tue singgah Bangi Kopitiam untuk minum kopi putih Ipoh yang sedap sambil sambung usha awek tolong Apek cari jodoh.

p/s:Pelik bila kopi di Bangi Kopitiam Shah Alam lebih sedap dari Bangi Kopitiam di Bangi sendiri.

En.Yusry (baju putih).Supervisor aku masa degree.Ijat cakap dia gay (baju biru).Wakaka.


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP