Saya bercita-cita menjadi...
Share
Dulu waktu sekolah,pernah tak cikgu anda suruh buat karangan pasal cita-cita anda? Pastinya pernah bukan hatta anda sekolah tamil sekalipun.
Aku juga begitu.Cukup suka kalo buat karangan berbentuk fiksyen.Hasilnya terbawa-bawa sehingga ke hari ini dengan wujudnya medium blog dimana aku boleh mengarut sepuas-puas hati aku.
Bermula seawal umur 6 tahun,waktu itu aku baru saja berjinak-jinak dengan dunia komik.Seingat aku,komik pertama yang aku beli ialah komik Doraemon.
Pengaruhnya terbawa-bawa sehingga ke dunia realiti dimana member aku sanggup menipu aku dengan menyuruh aku sembahyang hajat bagi mendapatkan saku ajaib Doraemon.Aku yang naif waktu itu terus percaya bulat-bulat.Sungguh kurang ajar kan member aku tue?
Lalu aku bertekad untuk menjadikan pelukis komik sebagai cita-cita aku.Aku mulai mengasah bakat melukis watak-watak kartun pada buku-buku sekolah.Bakat dan pensil yang diasah setiap hari akhirnya membuahkan hasil dimana aku berjaya menyiapkan satu komik.
Komik yang dilukis oleh aku itu diterima ramai.Kawan-kawan aku seronok membacanya sehingga buku sekolah yang aku gunakan untuk melukis itu menjadi seperti kain buruk lap keta.
Suatu hari,cikgu memanggil aku ke bilik guru.Perasaan gentar pastinya ada kerana dulu aku seorang yang skema,tali barut,barua dan lain-lain dengan harapan dapat jadi pengawas sekolah,satu jawatan yang menjadi idaman kerana kalo jadi pengawas jer mesti ada pompuan minat.Rupanya cikgu memanggil aku kerana aku dah lukis satu kartun kat buku latihan matematik.Beliau juga 'memuji' bakat aku sambil menyuruh aku memadam balik lukisan itu.
Dan akhirnya bakat aku mati disitu (Sila salahkan cikgu itu kerana mematikan cita-cita aku).
Tahun demi tahun,aku mulai menginjak dewasa menjadi seorang remaja yang masih lagi skema tapi mulai memahami erti persahabatan dimana kalo kawan ko 'fly',ko mesti backup sebab nanti makanan yang ko order tak dapat (aku skool asrama dulu)
Seiring dengan kemajuan teknologi, cd game cetak rompak mulai memenuhi pasaran.Waktu itu,aku juga sudah beralih arah ke pada permainan komputer.Banyak la judul-judul game yang aku beli hasil daripada duit belanja yang diberi ibubapa.
Jadinya aku mula bercita-cita untuk menjadi pereka game.Salah satu judul game yang aku mainkan yang masih popular sehingga kini ialah Counter-Strike atau singkatannya CS.Sanggup tue tak sembahyang jumaat semata-mata nak main CS kalo balik hujung minggu.Tapi bermain CS di cyber-cafe memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Kadang-kadang mouse tak bergerak,huruf pada keyboard dah fade, tapi paling sampah ada satu cc nie,mouse dye dah xde roller.Nak gerakkan cursor pakai keyboard.Memang jahanam cc itu.Aku tak halalkan duit aku...makan la korang duit haram...keh keh.
Setelah berbilion-bilion duit aku habiskan dilaburkan pada cd game, aku mulai bosan.
Seterusnya,aku bercita-cita untuk menjadi saintis.Aku mulai berminat dengan novel-novel sains fiksyen dan juga teori-teori paranormal.Antara perkara yang aku paling minati ialah mesin masa.Ini kerana aku nak balik ke masa lampau untuk tolong aku yang pada masa itu mengambil ujian...keh keh.
Dengan itu, aku mulai cuba untuk berkunjung ke perpustakaan.Di perpustakaan, aku sibuk menelaah novel-novel fiksyen sehinggalah pada suatu hari ini, aku telah terjumpa satu buku yang bertajuk 'Sains Dan Islam'.Kandungannya menerangkan tentang perkara-perkara sains dan penemuan-penemuan hebat yang semuanya bersumberkan dari al-Quran dan hadis.
Tanpa berlengah lagi,aku pun bergegas ke musolla untuk membaca Quran Tafsir bagi mengkaji Al-Quran tapi berakhirnya dengan aku tertido.Setiap kali aku nak start baca jer aku mesti tertido.
Selang beberapa tahun selepas itu, aku mulai minat pada kereta.Hasil daripada minat aku itu,aku bercita-cita untuk menjadi jurutera.
Perkara ini berterusan sehingga sekarang.
Tapi baru-baru ini,aku mulai bercita-cita untuk menjadi penulis novel.Agak-agak, ada tak orang nak baca novel aku nanti?
12 comments:
Banyaknyer cite2 ko??? Abes tu skang ni apa yang ko jadi?????
cite ak nak jd isteri solehah
lalalalalalala
~suria~
huhu..gue beli ok
kalau ko bagi free, aku baca la..
ermm..btol kalu ko bg free aq bace la..
haha...klu ko tluis jwang gle pn, aku blom tentu bli buku ko tuh...
klu ko bg free, buku ko tuh pn cover die lawa, hardcover, aku baca la...
tp..tp...tp kn novel pasal ape ko nk tulis..hoho...
perghh...gilerr bnyk cita2 ko...
xpela...ko truskn bercita2...mne tau stu hari nnti tercapai kn~
ko nk tulis novel...aku rase ok kot.. sbb drpd cara ko meroyan dlm blog ni, ade potensi jdi penulis novel...hehe :)
Echam:Skrg nie aku jadi penganggur.Keh keh
Suria:Aku sokong cita-cita ko.Bagus 2x.Teruskan usaha.
Tengku Fir:Ok...lu mmg style la bro.Keh keh
Naddy:Hahaha...kedekut gle
Syafiq:Nie lg sorang...keh keh
Nisa:Adui Nisa...support la member.Kita sama-sama satu praktikum.Keh keh
Sha:Thanks.Skrg nie aku bercita-cita untuk tidak bercita-cita lagi.Keh keh
err..ak beli je la novel ko..tp bkn utk baca tp kesiankan ko sbb xdpt sambutan..haha..baek kan ak?
kalau dpt percuma handphone aku nak beli
Iyllienaz:Owh,mulianya hatimu...keh keh...aku sedih ar cmni...
Fndrocka:Hmm...hp cina boleh?...
kalo ko tulis novel mcm tulis blog nih,aku bli r...hakhak
Post a Comment