Tuesday, August 4, 2009

Camne nak tembak raksasa dengan pistol air?

Share

Menjaga kanak-kanak bukanlah perkara mudah.Banyak ragam dan kerenah yang kita perlu turuti.Hingus meleleh,menangis,nakal macam pelesit dan kaki pukul adalah antara beberapa kerenah yang bakal ditempuhi dimana kesabaran pada tahap tertinggi diperlukan.

Mereka ini umpama kain putih dan kita lah yang akan mencorakkannya.Tapi janganlah pula anda ambil cat air lalu melukis yang bukan-bukan pada muka mereka.Mereka bukannya kanvas lukisan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Fadhilah Kamsah, salah satu sifat orang yang lahir pada bulan Januari ialah sukakan kanak-kanak.Aku lahir pada bulan Januari maka dengan itu secara tidak langsungnya aku sukakan kanak-kanak.Tapi aku benci gila kalo dah tua tapi berperangai macam kanak-kanak...rse cam nak terajang jer...hahaha...

Jadi mari kita ikuti kisah Razi menjaga kanak-kanak...

Pertama sekali pastikan mereka ada aktiviti untuk dilakukan.Berilah mereka mainan atau alat-alat lukisan bagi mengasah kreativiti mereka.Pada peringkat ini, otak mereka lebih cepat belajar berbanding anda yang sedang membaca blog sye ini.Dah la tua,pemalas, banyak buat dosa,hati gelap...dan lain-lain. Jadi sye memberikan mereka pistol air yang sangat seronok dimainkan.Ini bagi mengasah bakat mereka untuk menjadi pejuang jihad di masa hadapan kelak atau boleh juga menjadi FRU yang menyembur air kepada demonstrasi di KL.


Setelah pistol air diberi, maka kita sebagai penjaga perlulah memastikan yang pistol air tersebut berfungsi dengan baik.Juga hendaklah memastikan air yang diisi bukanlah air sabun atau air lada.Kadang-kadang terdapat segelintir kanak-kanak yang sangat genius dalam menginovasi kepelbagaian permainan.


Terlebih dahulu gambar mestilah diambil sebagai bukti.Dalam permainan ini,ada 2 orang budak lelaki dan seorang budak perempuan.Yang baju biru adalah penjaga merangkap pengadil.Permainan pistol air ini adalah dikira berdasarkan siapa yang paling basah lencun dikira menang.Oleh itu,jelaslah disini 2 orang budak lelaki berkepala botak itu mempunyai kelebihan dalam permainan ini namun begitu jangan terperanjat jika budak perempuan itu sebenarnya mempunyai aura bunuh dan teknik yang lebih hebat.Hanya masa yang menentukan.


Sebagai permulaan,jurukamera adalah orang pertama yang kena tembak.Kanak-kanak ini tidak menembak antara satu sama lain sebaliknya menembak ke dalam mulut mereka sendiri lalu meminum air yang diisi.Campur tangan penjaga merangkap pengadil terpaksa bagi mengelakkan mereka sakit perut minum air tak masak.Lalu pertarungan pun bermula.Mereka berbalas-balas tembakan air sehingga tempias nya turut terkena penonton.Bila air yang diisi sudah habis, mereka cuba me'refill' air susu pula ke dalam pistol air tersebut.Mujurlah perkara ini disedari awal oleh penonton.


Seperti yang kita sedia maklum,budak perempuan tersebut mempunyai teknik menembak yang lebih tinggi disamping menggunakan kecantikannya untuk menggoda dua budak lelaki tadi.Akhirnya dua budak lelaki tadi terpaksa bersatu-padu untuk menewaskan budak perempuan tersebut.Permainan itu tamat dengan kesemua budak-budak basah lencun,penonton juga turut basah, dan seorang peserta kne pukul kat bontot.

Jadi sebelum sye akhiri rancangan 'Bergembira bersama Abang Razi'...eloklah jika sye berikan satu soalan sebagai balasan anda membaca post kali ini.

Soalan:Camne nak tembak raksasa dengan pistol air?


13 comments:

_nissa_ August 4, 2009 at 6:43 AM  

ko wt simulasi je..haha...
ko kn pndai lukis2 nih..=p

ceksumolek's August 4, 2009 at 9:50 AM  

snang je nk tembak raksaksa ngan pistol air..

tarik picu pistol tu..
hehehe~ :P

Unknown August 4, 2009 at 11:05 AM  

letih melayan karenah budak2 tapi berbaloi2.hehe

tembak je la raksasa tu, pe susahnya..

imHepPie August 4, 2009 at 11:09 AM  

haha cam besh je men camneh...
ade ke tmbak dlm mulut sndirik..
mane blajo ni..ngeh3...

penulis pon ntah2 join tmbak mulut sndrik nih..hehe

Siti Nur Aminah August 4, 2009 at 12:21 PM  

np yg baju biru tuh cam budak gk..rendang je..ala..pnggil je otromen..np nk susa2

Mohd Fakhrurazi Jamaludin August 4, 2009 at 12:52 PM  

Nisa:Hahaha...lukisan aku xsesuai utk kanak-kanak...

Aisumi:Hmm...a'ah ek.Kenapa la xterfikir.Budak 2x tue bkn tahu pun kalo aku tipu kan.

Nad:Gila letih...lagi letih dari lari berganti-ganti 400 meter

Imheppie:Penulis adalah pengadil jadi kne bersikap neutral...keh keh

Ika:Wow! dah lme hidup nie...keh keh

iyllienaz August 4, 2009 at 5:52 PM  

rajen btol melayan anak2 ko razi..

myatiqah August 4, 2009 at 6:28 PM  

bila ina branak ni..alih2 da 3orng..advanced betol..

ko ke rksasa tu?xyah tmbak ngn pistol air, kasi tmbak ngn pistol btol pnya.

Anonymous August 4, 2009 at 8:34 PM  

Ade satu je care nye..Bukak zip seluar..Halakan pistool tu kat reksakse.Pastu asah2 ckit pistol tu,cuci2 kan dalam pistol tu kasi peluru lancar kluar.Cuci kuat2..Readyy..and halakan muncung pistol tu kat reksakse..
*tut**tut**tut*
Ok..selesai da reksakse..mati da die..

Unknown August 5, 2009 at 4:01 AM  

yang baju biru tu sape bro?

Mohd Fakhrurazi Jamaludin August 6, 2009 at 3:02 AM  

Iyllienaz:Ceh...bila plak aku beranak?

Tiqa:Lor...ko bkn tinggal berjiran dgn aku.Mana ko tahu.Ina skali beranak dapat 3.Peh,dah mcm kucing.Aku rse ko lg sesuai jadi raksasa.Xcaya pegi tengok cermin.Keh keh...

Anony:Wakaka...lucah gle.(ker otak aku yang lucah?)

Shah:Ha? Itu la aku...hadui...

pinkiss August 8, 2009 at 3:12 PM  

mmg besh melayan kanak2.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin August 9, 2009 at 12:22 PM  

Pinkiss:Keh keh...kdg 2x geram gak...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP