Sunday, August 23, 2009

Aku ketua klan bangla pasal muka aku macam Rajnikanth

Share


Terjaga dek keriuhan kucing aku.Cilanat! memekak jer miow-miow kat telinga aku.Adakah kucing aku nie sedar sekarang nie bulan puasa? Jadi apakejadahnya dye miow-miow kat telinga aku meminta makanan?

Aku bingkas bangkit dari pembaringan.Jap lagi gua nak balik JB.Aku benci.Ecewah...padahal suka nak jumpa kawan-kawan berlainan bangsa.Buka puasa sama-sama.Bergelak tawa sama-sama walhal sepatah haram tak faham.Pastu bangla-bangla tepuk bahu aku sambil cakap "baya...baya".Nak suruh aku bayar apa ntah.Bongok punya bangla.

Pastu nanti pukul 9.30 jer ready kat tepi tingkap untuk skodeng awek-awek sidai baju pakai tuala...pastu doa angin kuat agar tuala itu tanggal.Tapi bahaya kalo waktu siang.Mau batal puasa dalam bilik air.

Owh...sebelum balik mahu jumpa sidia.Mintak nasi kangkang sikit agar tidak curang lalu ikut indon balik negara untuk kahwin lari.Juga nak beli penyangkut baju, megi, dan sabun mandi yang paling mahal agar tidak sama bau dengan mat bangla dan mat indon mahupun nepal.

Harap-harap bila balik nie kad aku dah boleh acces.Tak perlu la jadi ninja lagi menyelinap disebalik orang ramai untuk masuk.Pastu boleh la merayau-rayau kat production line sambil berlagak macam itu company bapak aku yang punya.

Disebabkan bulan puasa ini juga takde la scene-scene kelip mata pukul 4 petang ajak pegi minum kat department orang lain sambil berlakon bawak measuring tape.Juga takde la alasan nak touch card pukul 8 tapi masuk ofis pukul 9.30.Huhuhu.Aku suka budak-budak department aku yang otak gila-gila.

Dah la, aku nak mandi.Sian sidia dah tunggu aku Tesco. Korang jangan rindu aku tau.Nanti bulu mata aku banyak gugur.Ramai orang cakap bulu mata aku lentik macam pakai pelentik bulu mata.Walhal aku pakai taik mata jer genyeh-genyeh untuk dapatkan hasil yang sama.

Saturday, August 22, 2009

Perjalananku demi mengejar cita-cita.

Share

".....lari dari zon keselesaan kalo nak berjaya"

Terngiang kata-kata seorang motivator mse ceramah motivasi sebelum nak ambk SPM.Nampak sangat aku tak lari dari zon keselesaan sebab tue SPM aku tak berjaya.Huhuhu...

Jadi bersamaan 18hb Ogos hari tue,sehari lepas majlis konvo aku,aku bersama 27 rakan-rakan yang lain telah berangkat ke Johor Bahru.Di sana kami ditempatkan di kilang Flextronics dengan masing-masing dipecahkan kepada department.Aku tercalon untuk menjadi ahli department IE.

Meh aku cite kan semua zon keselesaan yang aku lari

  • Kitaorang ditempatkan di asrama bersama-sama dengan 16 bangsa yang lain seramai 10 ribu orang.Ok,sila bayangkan korang bercampur-gaul dengan bangla,nepal,indon dalam satu rumah.Sedangkan baru jalan-jalan kat supermarket jer dah xleh blah...inikan plak satu kawasan asrama.Hahaha.Gila racist aku.
  • Jarak antara tilam dengan katil ialah setengah inci.Pastu kalo ikut standard biasa...patutnya ada lapik papan dibahagian bawah tapi ini hanya ada jaring-jaring besi sebagai galang ganti.Memang kalo bangun tido tue rse tulang-tulang dan urat korang lari la dan bersimpul-simpul.
  • Takleh kuar dari kawasan asrama lebih dari pukul 9.30 malam.Nie yang aku paling tak suka.Dah rse macam sekolah jer.Aku dah usha-usha gak kat tepi-tepi pagar mana tahu ada lubang untuk 'fly' ker tapi baru aku teringat...kat sini xde hapa hatta satu kedai sekalipun.Kargo ada la.
  • Untuk 10 ribu orang,kafe yang beroperasi hanya ada 2.Gila mampat kan?.Dah la menu dye sikit jer.Balik-balik aku makan benda yang sama jer.Owh lupa nak bagitahu,status halal juga diragui...tapi darurat...apa boleh buat.Keh keh
  • Rumah yang kitaorang duduki tue sebelum nie dihuni oleh pompuan warga apa ntah tapi dye punya bersepah macam rumah Geng Tapau.Lipas dye punya banyak kalo goreng mau boleh kasi makan satu asrama nie.
  • Dah ada 16 bangsa kan?....So aku pun usha-usha gak la awek-awek mana la tahu ada muka macam Upik Abu & Laura....tapi semuanya rupa macam mak Laura.Haish~ letih aku.
  • Hari 1st jer dah ada pompuan indon ngorat aku.Dye tnya aku duduk blok mana,aku cakap aku duduk blok 10 walhal aku duduk blok 8.Gila cuak aku.
  • Kalo aku turun jer dari bilik nak pegi ke tempat keje...mesti semua orang pandang aku dengan perasaan kagum macam aku artis.Nasib baik xde yang terjerit-jerit "Pak Ariel!...Pak Ariel Peterpan!".Eh,ini tak selesa gak ker?...
Walaubagaimanapun,banyak juga benda-benda yang best berlaku.Plak tue bebudak department aku semua baik-baik dan kepala-otak-tak betul-yang-asal-nak-pegi-minum-petang-jer-mesti-bawak-measuring-tape-untuk-lakonan.Aku harap sebab aku dah 'dilarikan' dari zon keselesaan ini,aku akan berjaya.Gambatte~!

Sekian saja update untuk korang yang rindu kat aku.Keh keh...dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam yang sedang membaca blog aku.Kafir-kafir dan orang munafik sila jangan perasan aku ucap selamat berpuasa kat korang yer...Assalamualaikum.

Tuesday, August 11, 2009

Tag dari Nisa

Share

Sejak zaman Parameswara belum memeluk Islam lagi aku dah kena tag.Tapi malas betul aku nak membuatnya.Apa kejadahnya semua ini?Jadi kepada cik Nisa,ini tag yang anda paksa sye untuk membuatnya.

Peraturan: Letakkan gambar sewaktu kecil anda. Adalah baik sekiranya anda menulis 20 perkara yang orang tidak tahu semasa kecil anda. Pada penghujung entry, anda harus memilih 5 orang untnk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sebab saya ingin tahu lebih lanjut tentang zaman comel anda dulu.

Amacam?Seksi tak? Keh keh...

1.Waktu kecik dulu aku selalu menangis.Mak aku ingat aku Ahmad Albab.Mak aku dah seronok nak dapat harta karun Ahmad Albab yang punya.

2.Dulu masa kecik aku takut gila dengan penyedut hampagas (gila skema sebut penyedut hampagas...vacuum cleaner).Aku ingat vacuum tue boleh sedut aku.

3.Juga mse kecik dulu aku ingatkan dunia nie takde kaler sebab tengok cerita lama takde kaler.Sudahnya aku tanya bapak aku,spe yang rajin sangat kalerkan dunia nie.Bapak aku gelak jer.

4.Dulu mse kecik aku ingatkan kalo kahwin jer mesti dapat anak.Tapi akal logik aku fikir gak,camne anak tue tahu orang tue dah kahwin.Rupanya kena buat seks dulu nak dapat anak.Kebenaran ini aku ketahui setelah masuk tingkatan satu.Gila naif aku.

5.Aku pernah bunuh anak kucing mse kecik.Aku jolok-jolok dengan batang besi,pastu dye acah-acah pakai kuku dye.Aku ketuk terus mati dengan niat untuk bergurau.Serius bunuh tanpa niat.

6.Pernah ada suatu hari itu,sepupu perempuan aku cium aku kat pipi.Gila geli masa tue.Ada bau Milo melekat kat pipi aku.Sekarang nie dye nak lagi tak cium aku agak-agak?

7.Seperti yang pernah aku bagitahu sebelum nie,member aku tipu aku suruh sembahyang hajat untuk dapatkan poket Doraemon.Tapi paling bastard yang member aku tipu aku ialah Son Goku tue sepupu dye.Aku pun percaya sebab rambut member aku tue ada cacak-cacak.

8.Masa kecik dulu,jiran aku india.Aku boleh makan sama-sama satu pinggan,tido sama-sama.Cuba sekarang nie.Huh! jijik aku.Gila racist.Sori Habib.

9.Juga berkaitan dengan anak.Dulu aku ingatkan baby keluar ikut mulut sebab tengok Dragonball,Pikor beranak ikut mulut.Pastu aku terbayang adik aku keluar ikut mulut mak aku.Keh keh.Abis kalo pompuan tue jongang camne?

10.Sejak kecik lagi aku dah pandai berpura-pura.Mak aku cakap,aku kalo kat rumah,degilnya masyaallah...tapi kalo kat rumah orang,diam jer tak bercakap sampai kawan mak aku cakap "baiknya anak ko nie".Mak aku bengkek jer.

11.Aku lahir kat Klinik Salina.Mak aku tak berani nak memberanakkan aku kat hospital kerajaan.

12.Kalo kawan-kawan aku dengar aku cakap dengan makbapak aku,mesti diorang ingat aku kurang ajar sebab guna ganti bahasa diri 'aku' dalam perbualan harian.Sebenarnya mse kecik aku pelat,nak sebut Fakhrurazi terlalu panjang jadinya tinggal Akun,so sekarang nie jadi Aku jer.Serius aku bukan anak durhaka.

13.Aku pernah bawak keta mse kecik.Aku duduk atas riba bapak aku pastu aku kawal stering.Nasib baik tak masuk longkang.Aku pun pelik apsal keta tue menyenget sedangkan aku dah pegang stering dengan kemas.Aku syak alignment keta tue lari.

14.Dulu masa kecik aku selalu masuk olahraga.Lumba lari.Gila menganjing aku,sambil lari tue sambil pandang orang sebelah pastu buat muka bosan.Tapi sekarang aku masih lagi laju tapi lajak dah takde.Semua gara-gara rokok.

15.Mse kecik dulu aku pernah hisap rokok.Mse tue pakcik aku hisap rokok pastu dye buang bila dah nak dekat habis tue.Aku ambk puntung rokok dye pastu aku hisap.Terus terbatuk-batuk macam kena kanser.Sejak hari tue aku berazam untuk belajar menghisap rokok.Keh keh...

16.Tom & Jerry adalah kartun yang paling aku minat masa umur aku 2-3 tahun.Aku dah pandai pasang tape (dulu pakai tape...mana ada cd lagi) sendiri sedangkan mak aku pun tak tahu nak tekan mana.Aku memang fast-learner sejak dari kecik lagi.

17.Asal hari sabtu dan ahad jer mesti aku malas nak mengaji.Sampai menangis-nangis sebab taknak ngaji.Ada Doraemon tue pukul 7.

18.Aku pernah main rugbi guna sejadah masa sembahyang jumaat.Masa tue sejadahnya dilipat kemas dan masjid tue pulak ada 3 tingkat.Nasib baik tak kantoi.Dahla bapak aku setiausaha masjid masa tue.

19.Asal hari rabu dan khamis jer mesti aku rse nak ponteng sekolah agama.Ada Flashman,Maskman,Suria Perkasa Hitam,Gaban,Dash Yonkuro....wawawa...nasib baik mse tue aku dah pandai guna tape player untuk record dengan set time.Tapi paling sadis bila salah letak time.

20.Dulu aku power gila main game Pacman.Sampai level berapa.Sekarang nie nak lepas level satu pun susah.Apsal ek?

Jadinya berikut adalah orang yang sye ingin tag:
1.Ervina
2.Ika
3.Emir
4.cik Belle
5.cik Pinkiss

Sekian harap maklum.

Monday, August 10, 2009

Saya bercita-cita menjadi...

Share

Dulu waktu sekolah,pernah tak cikgu anda suruh buat karangan pasal cita-cita anda? Pastinya pernah bukan hatta anda sekolah tamil sekalipun.

Aku juga begitu.Cukup suka kalo buat karangan berbentuk fiksyen.Hasilnya terbawa-bawa sehingga ke hari ini dengan wujudnya medium blog dimana aku boleh mengarut sepuas-puas hati aku.

Bermula seawal umur 6 tahun,waktu itu aku baru saja berjinak-jinak dengan dunia komik.Seingat aku,komik pertama yang aku beli ialah komik Doraemon.

Pengaruhnya terbawa-bawa sehingga ke dunia realiti dimana member aku sanggup menipu aku dengan menyuruh aku sembahyang hajat bagi mendapatkan saku ajaib Doraemon.Aku yang naif waktu itu terus percaya bulat-bulat.Sungguh kurang ajar kan member aku tue?

Lalu aku bertekad untuk menjadikan pelukis komik sebagai cita-cita aku.Aku mulai mengasah bakat melukis watak-watak kartun pada buku-buku sekolah.Bakat dan pensil yang diasah setiap hari akhirnya membuahkan hasil dimana aku berjaya menyiapkan satu komik.

Komik yang dilukis oleh aku itu diterima ramai.Kawan-kawan aku seronok membacanya sehingga buku sekolah yang aku gunakan untuk melukis itu menjadi seperti kain buruk lap keta.

Suatu hari,cikgu memanggil aku ke bilik guru.Perasaan gentar pastinya ada kerana dulu aku seorang yang skema,tali barut,barua dan lain-lain dengan harapan dapat jadi pengawas sekolah,satu jawatan yang menjadi idaman kerana kalo jadi pengawas jer mesti ada pompuan minat.Rupanya cikgu memanggil aku kerana aku dah lukis satu kartun kat buku latihan matematik.Beliau juga 'memuji' bakat aku sambil menyuruh aku memadam balik lukisan itu.

Dan akhirnya bakat aku mati disitu (Sila salahkan cikgu itu kerana mematikan cita-cita aku).

Tahun demi tahun,aku mulai menginjak dewasa menjadi seorang remaja yang masih lagi skema tapi mulai memahami erti persahabatan dimana kalo kawan ko 'fly',ko mesti backup sebab nanti makanan yang ko order tak dapat (aku skool asrama dulu)

Seiring dengan kemajuan teknologi, cd game cetak rompak mulai memenuhi pasaran.Waktu itu,aku juga sudah beralih arah ke pada permainan komputer.Banyak la judul-judul game yang aku beli hasil daripada duit belanja yang diberi ibubapa.

Jadinya aku mula bercita-cita untuk menjadi pereka game.Salah satu judul game yang aku mainkan yang masih popular sehingga kini ialah Counter-Strike atau singkatannya CS.Sanggup tue tak sembahyang jumaat semata-mata nak main CS kalo balik hujung minggu.Tapi bermain CS di cyber-cafe memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Kadang-kadang mouse tak bergerak,huruf pada keyboard dah fade, tapi paling sampah ada satu cc nie,mouse dye dah xde roller.Nak gerakkan cursor pakai keyboard.Memang jahanam cc itu.Aku tak halalkan duit aku...makan la korang duit haram...keh keh.

Setelah berbilion-bilion duit aku habiskan dilaburkan pada cd game, aku mulai bosan.

Seterusnya,aku bercita-cita untuk menjadi saintis.Aku mulai berminat dengan novel-novel sains fiksyen dan juga teori-teori paranormal.Antara perkara yang aku paling minati ialah mesin masa.Ini kerana aku nak balik ke masa lampau untuk tolong aku yang pada masa itu mengambil ujian...keh keh.

Dengan itu, aku mulai cuba untuk berkunjung ke perpustakaan.Di perpustakaan, aku sibuk menelaah novel-novel fiksyen sehinggalah pada suatu hari ini, aku telah terjumpa satu buku yang bertajuk 'Sains Dan Islam'.Kandungannya menerangkan tentang perkara-perkara sains dan penemuan-penemuan hebat yang semuanya bersumberkan dari al-Quran dan hadis.

Tanpa berlengah lagi,aku pun bergegas ke musolla untuk membaca Quran Tafsir bagi mengkaji Al-Quran tapi berakhirnya dengan aku tertido.Setiap kali aku nak start baca jer aku mesti tertido.

Selang beberapa tahun selepas itu, aku mulai minat pada kereta.Hasil daripada minat aku itu,aku bercita-cita untuk menjadi jurutera.

Perkara ini berterusan sehingga sekarang.

Tapi baru-baru ini,aku mulai bercita-cita untuk menjadi penulis novel.Agak-agak, ada tak orang nak baca novel aku nanti?

Tuesday, August 4, 2009

Camne nak tembak raksasa dengan pistol air?

Share

Menjaga kanak-kanak bukanlah perkara mudah.Banyak ragam dan kerenah yang kita perlu turuti.Hingus meleleh,menangis,nakal macam pelesit dan kaki pukul adalah antara beberapa kerenah yang bakal ditempuhi dimana kesabaran pada tahap tertinggi diperlukan.

Mereka ini umpama kain putih dan kita lah yang akan mencorakkannya.Tapi janganlah pula anda ambil cat air lalu melukis yang bukan-bukan pada muka mereka.Mereka bukannya kanvas lukisan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Fadhilah Kamsah, salah satu sifat orang yang lahir pada bulan Januari ialah sukakan kanak-kanak.Aku lahir pada bulan Januari maka dengan itu secara tidak langsungnya aku sukakan kanak-kanak.Tapi aku benci gila kalo dah tua tapi berperangai macam kanak-kanak...rse cam nak terajang jer...hahaha...

Jadi mari kita ikuti kisah Razi menjaga kanak-kanak...

Pertama sekali pastikan mereka ada aktiviti untuk dilakukan.Berilah mereka mainan atau alat-alat lukisan bagi mengasah kreativiti mereka.Pada peringkat ini, otak mereka lebih cepat belajar berbanding anda yang sedang membaca blog sye ini.Dah la tua,pemalas, banyak buat dosa,hati gelap...dan lain-lain. Jadi sye memberikan mereka pistol air yang sangat seronok dimainkan.Ini bagi mengasah bakat mereka untuk menjadi pejuang jihad di masa hadapan kelak atau boleh juga menjadi FRU yang menyembur air kepada demonstrasi di KL.


Setelah pistol air diberi, maka kita sebagai penjaga perlulah memastikan yang pistol air tersebut berfungsi dengan baik.Juga hendaklah memastikan air yang diisi bukanlah air sabun atau air lada.Kadang-kadang terdapat segelintir kanak-kanak yang sangat genius dalam menginovasi kepelbagaian permainan.


Terlebih dahulu gambar mestilah diambil sebagai bukti.Dalam permainan ini,ada 2 orang budak lelaki dan seorang budak perempuan.Yang baju biru adalah penjaga merangkap pengadil.Permainan pistol air ini adalah dikira berdasarkan siapa yang paling basah lencun dikira menang.Oleh itu,jelaslah disini 2 orang budak lelaki berkepala botak itu mempunyai kelebihan dalam permainan ini namun begitu jangan terperanjat jika budak perempuan itu sebenarnya mempunyai aura bunuh dan teknik yang lebih hebat.Hanya masa yang menentukan.


Sebagai permulaan,jurukamera adalah orang pertama yang kena tembak.Kanak-kanak ini tidak menembak antara satu sama lain sebaliknya menembak ke dalam mulut mereka sendiri lalu meminum air yang diisi.Campur tangan penjaga merangkap pengadil terpaksa bagi mengelakkan mereka sakit perut minum air tak masak.Lalu pertarungan pun bermula.Mereka berbalas-balas tembakan air sehingga tempias nya turut terkena penonton.Bila air yang diisi sudah habis, mereka cuba me'refill' air susu pula ke dalam pistol air tersebut.Mujurlah perkara ini disedari awal oleh penonton.


Seperti yang kita sedia maklum,budak perempuan tersebut mempunyai teknik menembak yang lebih tinggi disamping menggunakan kecantikannya untuk menggoda dua budak lelaki tadi.Akhirnya dua budak lelaki tadi terpaksa bersatu-padu untuk menewaskan budak perempuan tersebut.Permainan itu tamat dengan kesemua budak-budak basah lencun,penonton juga turut basah, dan seorang peserta kne pukul kat bontot.

Jadi sebelum sye akhiri rancangan 'Bergembira bersama Abang Razi'...eloklah jika sye berikan satu soalan sebagai balasan anda membaca post kali ini.

Soalan:Camne nak tembak raksasa dengan pistol air?


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP