Wednesday, March 18, 2009

Rod...antara fakta, mitos dan penipuan...

Share

Untuk episod "Jejak Misteri" kali ini...aku akan mengupas tentang kewujudan suatu makhluk Tuhan yang dipanggil Rod.Anda semua pernah dengar tentang Rod? Huhuhu...kalo xpernah xpe.Untuk post kali nie, aku nak cite apa menatang rod tue?


Rod juga dikenali sebagai 'Sky Fish' atau dalam bahasa Melayu nya Ikan Buntal?.

1st 'time' aku dengar tentang ROD mse baca komik Jojo Bizzarre Adventure: Stone Ocean.Aku ingatkan ianya hanya rekaan pelukis komik tersebut tapi atas sikap inkuiri yang tinggi...aku pun men'Google' dan ternyata benda tersebut memang ada.

Rod, kadangkala dipanggil 'Sky Fish' atau 'Solar Entities' atau 'Fulgure' di Perancis.Ia merupakan satu fokus baru dalam 'pseudoscience of crytozoology'.Video yang menunjukkan objek berbentuk rod yang bergerak dalam kelajuan yang tinggi di udara menyebabkan maraknya spekulasi yang mengatakan dunia ini dipenuhi oleh spesis yang tidak diketahui atau UFO kecil.

Melalui beberapa eksperimen yang dijalankan,Rod muncul dalam filem disebabkan oleh ilusi optik.Walaubagaimanapun, kajian tersebut diragui kesahihannya.

Rod telah didapati di USA,Australia,Canada,Mexico,Europe,Filipina dan China.Rod juga sering didapati di gua atau di bawah dasar laut.Jose Escamilla telah mempromosikan video Rod yang diambil semasa pengambaran 'BASE Jumper' di 'Swallow Cave' kat Mexico.


Rod juga ada di Baghdad

Penyiasat paranormal telah mengemukakan satu teori tentang Rod dimana ia berlaku akibat tindakbalas imej yang dirakam dan dimainkan semula.Sebagai contohnya, kamera yang merakamkan serangga sedang mengibaskan sayap akan menghasilkan efek seperti Rod akibat daripada 'motion blur'.


Gambar Rod yang ditangkap secara tidak sengaja

Pada 8-9 Ogos 2005, China Central Television (CCTV) telah menyiarkan dokumentari mengenai Rod di China.Beberapa insiden telah dilaporkan berlaku dari May hingga Jun dalam tahun yang sama di Tonghua Zhenguo Pharmaceutical Company di Tonghua City,Jilin Province.Kamera pengawasan disitu telah merakamkan beberapa imej Rod terbang yang sama kelihatan seperti dalam video Jose Escamilla.


Video yang diambil Jose Escamilla

Namun begitu, ianya tetap menjadi misteri alam.Sekian saja untuk kali nie...nak info lebih cari sendiri...aku bukan Google.Ok?



6 comments:

myatiqah March 19, 2009 at 1:06 AM  

ohh..asal ko xkaji je mende neh..bt tajuk fyp ko...mesti cemerlang..

shogunn_general March 19, 2009 at 2:39 AM  

hehe..macam tgh baca mastika siot...

WeSellButtonBadge March 19, 2009 at 3:29 PM  

sebenarnye niat die nak rmai pelawat..nak dapat duit nuffnag..mata duitan...hahaha

Jalaks March 19, 2009 at 4:52 PM  

haha..ROD aku tak tau..PEROT aku tau..budak mechi..

PRiNCe$$ KaYaNGaN™ March 21, 2009 at 1:13 PM  

uit2...

td mkn kat hot cafe yew...

kwang3!~

Mohd Fakhrurazi Jamaludin March 21, 2009 at 2:19 PM  

Tiqah:Aiyo...perli ka?

Naqqib:Huhuhu...teringat zaman-zaman dulu

Apek:Bloggers dapat kepuasan bukan dari wang tapi dari...entah

Emir:Hahaha

Sarah:Hmm...ble?

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP