Saturday, December 27, 2008

Tag dari Yaya

Share

Apa sebenarnya nie? Aku telah dipaksa oleh Yaya merangkap anak mak aku lagi sorang untuk membuang masa menjawab soalan berupa curahan perasaan.Harus diingatkan,perkara seterusnya yang tertulis dibawah ini boleh bertukar mengikut keadaan semasa dan situasi...sila jangan ambil serius dan enjoy!

1. 7 CIRI PEREMPUAN IDAMAN ANDA :

  • Mempunyai wajah yang 'cute'
  • Kaya harta juga budi bahasa
  • Kurang tinggi dari aku
  • Bijak
  • Baik
  • Pandai menguruskan rumahtangga
  • Sebenarnya...sesiapa pun boleh jadi perempuan idaman sye...sila hntrkan resume anda berserta dengan gmbr ukuran passport untuk dinilai

2. 7 PEREMPUAN YANG TIDAK PERNAH ANDA MINATI SEPANJANG HIDUP:

  • Mendapat kategori 'Obesiti' dalam ukuran BMI
  • Busuk
  • Selekeh
  • Mulut xde insurans
  • Mekap tebal
  • Merokok atau minum arak
  • Lelaki yang telah menukar jantina kepada perempuan (boleh ker?)


3. 7 PERASAAN ANDA SEKIRANYA KELUAR DENGAN ORANG YANG DIMINATI:

  • Gembira
  • Nervous
  • Bangga
  • Bersikap melindungi
  • Kne bersikap kelakar
  • Control ayu...eh...control macho
  • Cuba untuk membuli

4. 7 benda yang ingin anda beri kepada si dia :

  • Cinta
  • Kepercayaan
  • Harta (jika ada)
  • Bimbingan
  • Kasih-sayang
  • Tiket wayang (suruh simpankan)
  • Barang-barang yang telah dishopping (Untuk dipegang...aku malas)
5. Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda:

  • Adam-Benar Benar (wakaka...kantoi layan Adam)

6. Rakan Yang Anda Tag Dan Mahu Mereka Buat 7 PERIHAL Ini
  • Obama
  • Osama
  • Najib (yang bela org liwat)
  • Saiful (yang kne liwat)
  • Anwar (yang meliwat)
  • Naqqib (rakan-rakan peliwat mse kat SASER)
  • Emir (tiada kne mengena dengan liwat)


Thursday, December 25, 2008

Imej baru...azam baru...

Share



Aku dah BOTAK!!...


Tuesday, December 23, 2008

Perkahwinan...dari sudut belakang tabir

Share

Minggu lepas adalah minggu yang sangat memenatkan bagi aku.Wa mau lehat woo...manyak penat.Tentu anda semua tertanya-tanya kan mengapa aku sangat penat? (buat-buat la tertanya-tanya...aiseh,kantoi la plak kat tajuk...dah xsaspen).Ya! tepat sekali pembaca-pembaca sekalian...minggu lepas nenek sedara aku buat kenduri kahwin...(bukan dye yang kahwin ek...anak dye).Jadi aku selaku cucu sedara yang baik lagi beramal soleh,hormat orang tua...bla...bla...(seperti biasa...babak yang terlalu meleret akan dipotong) telah 'rewang' [1] di kenduri kahwin tersebut. [1] Rewang adalah perkataan orang Jawa yang membawa maksud bergotong-royong di kenduri kahwin.

Sebenarnya tugas aku dah bermula sejak minggu kuasa dua lepas lagi...aku kne pasang rail langsir untuk bilik pengantin...bersama consultant oleh bapak aku,pakcik aku dan makcik aku yang kejenya asyik nak meng'komen' jer hasil kerja aku selaku bakal engineer.

So,tugasan untuk minggu lepas,bermula dari hari jumaat...1st skali aku kne ambk atuk aku kat Melaka...pstu blik jer aku kne pegi umah nenek sedara aku tue (aku panggil dye Tok Cu jadi lpas nie aku akan guna nama Tok Cu untuk babak seterusnya)...aku kne angkat barang-barang dapur dari rumah Tok Cu ke balairaya...sbb masaknya kat balairaya.Huish...aku terasa macam badan aku dah tough sikit...hehehe.

Disebabkan aku masih penat jadi aku akan skip cite-cite yang meleret dan aku bagi point-point jer...(mcm jawab exam plak...hahaha)


Hari Sabtu

  • Kne tolong potong daging...sampai sakit tangan aku.Dah la pisau tumpul...
  • Angkat peralatan memasak seperti tong gas,tungku dapur,dll...(disini sekali lagi aku ingin tekankan...aku rse badan aku dah tough)
  • Kne pasang signboard menunjukkan arah rumah pengantin...
  • Dan aku hampir-hampir kne tido kat balairaya malam tue untuk jaga lauk yang dah dimasak dari haiwan seperti anjing,kucing dan juga manusia yang kelaparan...
Hari Ahad
  • Basuh pinggan bersama team Cuci (bukan Afdlin Shauki yer...hanya pakcik-pakcik aku)
  • Angkat pinggan dan cawan yang telah digunakan (Nasib baik ada buruh paksa kanak-kanak yang telah didera menolong)
  • Pastikan pinggan dan cawan yang hendak digunakan sentiasa cukup
Alhamdulillah,majlisnya berjalan dengan lancar.Semua jemputan berpuas hati dengan hasil kerja pasukan kami...(poyo la plak...padahal basuh pinggan jer).

Sebenarnya aku lebih minat kenduri kahwin kat kampung cmni dimana semua penduduk kampung bergotong-royong bersama-sama...sangat happening.Aku dapat kenal ramai orang kampung...dan juga aku dapat naikkan nama baik makbapak aku...("rajin anak Jamal tue"--> aku dgr ada sorang makcik cakap kat member dye cmni...hehehe...jgn jeles).

Sekarang nie kebanyakan kenduri kahwin menggunakan khidmat katering...memang la bagus dari segi masa dan tuan rumah xdela pening sgt nak bli barang tp muafakat antara masyarakat tue semakin kurang.Muakat membawa berkat...yer x?Mungkin sebab tue kebanyakan perkahwinan sekarang xberkekalan...sbb berkat tue dah kurang...just my opinion.

Pendek kata, majlis kahwin memang memenatkan...


Team Cuci yang ditugaskan membasuh apa saja yang perlu dibasuh


Buruh paksa kanak-kanak yang aku dera


Sesiapa yang menerima bunga dihiasi dengan wang ini menandakan beliau adalah orang yang ditugaskan untuk 'rewang'


Aku tgh pantau bapak aku pasang tanda ke rumah pengantin


Suasana semasa rewang...mse nie aku tgh curik tulang


Saturday, December 20, 2008

Cinta

Share

Ble aku nak tido jer...baru la idea tue nak datang untuk update blog nie...tue sebab hampir setiap malam aku tido lewat (alasan...)

Aku tetiba teringat kat perempuan yang mula-mula aku minat.Mse aku kat nurseri (apa ek jadi kat minah tue?...bohsia kot...kehkehkeh).Aku dihantar ke nurseri oleh ibubapa aku sbb aku kecik lg mse tue.Mse tue kteorang duduk Kuantan.

Aku sbnrnya dah xingat sangat pun...benda tue dah sangat lama...kalo simpan dalam komputer pun mesti file tue dah corrupt...so secara tidak langsungnya...cite ini akan ada unsur tokok-tambah (aku dah warning awal-awal...kalo xnk kne tipu jgn bce...ok?).

Aku dah lupa sebab apa aku minat dye...kalo xsilap aku sebab rambut dye yang cute kot.Kulit dye hitam manis (Actually aku xtahu pun manis ker x...kalo negro tue,hitam pahit la ek?).Pastu dye slalu senyum kat aku.


Gambar aku mse kecik-kecik dengan adik aku...

Disebabkan aku kecik lg mse tue...so aku pun xtahu nak watpe untuk express feeling aku kat dye.Tapi naluri sebagai lelaki yang ingin menjadikan wanita yang disukainya sebagai isteri tue dah memang ada dalam diri aku sejak kecik lg...so korang nak tahu x aku wtpe?...hehehe....kalo aku main kahwin-kahwin jer,aku msti nak dye jadi bini aku...(hikhikhik...kecik-kecik dah gatal)

Tak lama lepas tue aku pindah balik Selangor...aku pun xtahu apa jadi kat dye (Agak-agak dye ingat x kat aku lg?).Oppss...lupa plak nak bgtahu...nama budak tue Fatin (disini ada unsur tokok-tambah).

Then,mse aku darjah 3...aku minat kat sorang budak pompuan nie.Sebab aku minat...hmm...mse tue dye la budak pompuan paling pendiam kat dalam klass tue...plus muka dye agak lembut (sesuai dengan perwatakan aku yang ganas...wahahaha...).

Aku ada skali cakap kat member aku...nnt besar aku nak kahwin dengan budak pompuan tue.Punyala mulut tempayan member aku tue...(smpi skrg kebanyakan member aku mulut tempayan)...dye pegi bgtahu budak pompuan tue.Hish...bongok btul (ini pun salah satu kriteria member aku smpi skrg).Pastu korang nak tau x apa pompuan tue cakap?...Hmm...dye cakap...

"Xhingin aku"

...hahaha...untuk pertama kalinya aku kne rejek.Damn! sedih gak.

Hmm...nama dye spe ek...hmmm (berfikir sejenak)...ha! nama dye Nadia Ahmad Zainal (actually Ahmad Zainal tue nama bapak dye...).Kepada Nadia,jika anda sedang bce post nie...sila response...hakhakhak.

Tapi itu semua cite dulu...bak kata orang,'Cinta Monyet' (kalo mse sekolah bercinta dinamakan 'Cinta Monyet'...mse kecik dinamakan cinta apa ek?).

Sekarang nie aku hanya cinta seorang saja...iaitu Nur Ervina Binti Razali...(termasuk la beberapa orang pompuan lain...aku kan pencinta wanita...wakaka...gurau jer...nnt ada orang ugut nak rabakkan teddy bear).


Minah nie sakit pinggang kot...senget-senget padia

Jadi...
Siapa jodoh anda?

~Merebut cinta lebih susah daripada cinta direbut...apa aku merepek nie?~


Wednesday, December 17, 2008

Lafazkan maafmu sebelum terlambat

Share

Kisah yang bakal aku smpikan ini adalah salah satu kenangan pahit yang smpi sekarang aku xdapat lupakan.

Ia berlaku mse aku berumur 9 tahun.Waktu itu aku dalam darjah 3.Aku memang ramai kawan sejak kecik lagi.Tapi mse tue,ada seorang budak nie yang aku betul-betul rapat.Nama dye Khasnan bin Jalil.

Khasnan nie antara kawan aku yang paling baik dengan aku.Aku selalu pegi umah dye lpas blik dari ko-kurikulum hari Sabtu.Rumah dye dekat jer dengan sekolah.

Kteorang xpernah gaduh.Tapi entah kenapa,hari tue kteorang bergaduh.Semuanya bermula begini...

Hari Jumaat

Mse tue lagu Jalil Hamid,tajuk dye 'Ayam' tengah popular.Aku pun nyanyi la lagu tue dalam kelas.Pastu,entah macam mana...si Khasnan nie perasan.Dye ingat aku ejek nama bapak dye.Dulu kteorang suka main ejek-ejek nama makbapak...yerla,xmatang lagi mse tue.So,Khasnan nie pun ejek la balik nama bapak aku.

Aku pun panas la..."Ko pahal plak ejek nama bapak aku nie?"

"Ko ejek dulu" balas Khasnan

"Mana ada aku ejek nama bapak ko...aku nyanyi lagu Ayam jer la"

"Tipu! ko sje jer kan nyanyi lagu tue"

Maka bermulalah episod ejek-mengejek yang semakin panas.Tetiba Khasnan menolak aku.Aku balas la balik.Pastu kteorang pun gaduh la...tolak-menolak...smpi la cikgu datang nak leraikan kteorang.

Aku mmg tgh panas mse tue...trus jer blik sbb dah pukul 12.Aku xmintak maaf pun kat dye.Petang tue mse kat sekolah agama,aku xtegur dye.Aku makan dengan budak-budak lain.Huh! benci aku...

Hari Sabtu & Ahad

Xde apa-apa yang menarik berlaku.Minggu tue aku xpegi Ko-Kurikulum.

Hari Isnin

Aku pegi sekolah macam biasa.Mse tengah naik tangga,ada sorang budak nie tegur aku...

"Susahlah kte Razi,Khasnan dah xde.Cmne nak men bola?"

"Ala,xpe.Kte carik la orang baru" balas aku sambil bergurau.

Mse kat dalam klas,budak-budak nie kecoh berbual tapi aku malas nak campur.Aku sibuk siapkan homework sbb xsempat siap mse cuti.

Tetiba sorang kawan aku tegur, "Ko tahu x Khasnan dah mati...eh...xelok cakap mati...cakap meninggal"...

"Bek ko cakap mampus jer...laa...sudahlah ko,xyah la tipu aku"...aku malas nak layan.

Kringg!!

Loceng dah bunyi menandakan perhimpunan dah nak start.Macam biasa,kne nyanyi lagu sekolah,lagu negeri Selangor,baca ikrar,guru besar membebel,bla...bla...

Tetiba mse pengumuman,cikgu klass aku naik atas pentas...

"Assalamualaikum semua murid-murid...sye ada satu pengumuman.Salah seorang rakan kita iaitu Mohd Khasnan bin Jalil telah ditimpa kemalangan pada hari sabtu minggu lepas.Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah"

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku terdiam.Btul ker apa yang aku dgr td?

Aku toleh belakang...carik-carik Khasnan mana tahu dye ada beratur kat belakang...hmm...xde.Aku tanya blik kat member depan aku...

"Eh,betul ker Khasnan dah meninggal?"

"Lor,tue la ko.Td mse aku cakap kat tangga...ko xpercaya"

Aku terdiam lagi.Ya Allah,aku xmintak maaf lagi kat dye...aku menangis kat situ gak.

Masuk dalam klass,cikgu panggil aku.Dye tnya aku,ada mintak maaf x mse hari jumaat hari tue?Aku cakap tak.

Aku xtahu nak buat apa mse tue...aku nangis lagi.Hari tue berlalu begitu saja...aku xsedar pun apa-apa yang berlaku kat sekeliling aku.

Petang tue,aku bgtahu mak aku.Mak aku pun agak terkejut.

Malam tue,aku,bapak aku dan mak aku pegi umah Khasnan.Mse tue tengah kenduri arwah.Mak dye jemput masuk.

Khasnan meninggal pada hari sabtu.Dye meninggal semasa dalam perjalanan pergi ke kedai.Mse dye nak lintas jalan,sebuah bas langgar dye.Dye mati mse dalam perjalanan ke hospital.Mse sebelum dye nak mati tue,mk dye cakap,dye slalu sebut pasal aku.Dye cakap kat mak dye...antara kata-kata terakhir dye sebelum meningal...

"Razi pandai...dye slalu tolong angah buat matematik.Kalo dalam klass,cikgu slalu puji Razi.Tapi cikgu selalu marah angah sbb xdapat jawab.Angah nak jadi macam Razi la.Tapi angah dah nak pergi...dah xsempat..."

Sejak hari tue,aku sangat menghargai kawan-kawan aku.Bagi aku,andai ada diantara mereka yang pergi dulu sebelumku...aku harap aku xde apa-apa yang terkilan semasa pemergian mereka.Aku rse sangat menyesal dan terkilan sbb aku xsempat mintak maaf kat Khasnan.Kalo la aku mengalah dulu...

Semoga rohnya dicucuri rahmat...al-Fatihah...



Tuesday, December 16, 2008

Melaka ker Melakau?

Share

17 Zulhijjah 1429H,satu keajaiban dunia ke-8 telah terjadi pagi tadi.Buat pertama kalinya aku dapat bangun pukul 8 pagi (aku biasa tido lpas solat subuh...Ok!). Ini smua gaara-gaara nak kne bawak keta pegi servis baik punya.Sebenarnya,appointment aku pukul 9.30 (a.m...kalo p.m tue appointment lain...hehe) tapi sje jer bangun awal skit...nak bersenam dulu...hehehe (Razi!...sila jangan tipu pembaca).

Semalam,Puyat & Habib cakap nak temankan aku pegi servis tue tp pagi nie dua-dua bz plak...so aku pun pegi la sensorang...you'll never walk alone (<--nasib baik aku bukan peminat Liverpool :p).


Dari sudut bawah keta aku

Mse lagi 5 saat keta aku nak siap...Habib baru datang nak temankan aku.(Baik xyh datang...btul x pembaca?)

Dipendekkan cite oleh aku yang pendek...mse dalam perjalanan pulang ke rumah tue...kteorang pun discuss la nak pegi mana lpas nie...berbagai idea bernas yang diutarakan.Tetiba aku terkeluar satu idea...
"Jom kte pegi Melaka?"

Tanpa berlengah walau sesaat...Habib menjawab "Jom!".Untuk babak seterusnya sye potong sbb malas nak type jadi sye terus lompat ke babak nie...kami pun singgah ke rumah Puyat sbb nak ambk dye.

Starting dari plaza tol Ebor pada pukul 2.32 petang dan kami tiba di plaza tol Ayer Keroh pada pukul 3.29 petang.

Destinasi pertama kami...Taman Buaya Melaka.Lpas bayar tiket untuk 1 org dewasa (mesti korang tertanya-tanya kan cmne kteorg leh masuk dengan satu tiket jer...hehehe...rahsia)...kteorg pun masuk la untuk tengok buaya (dan juga aweks...hehehe >:)


Nak ambk gmbr aweks sbnrnya tp ada makbapak dye plak

Skali ada rumah hantu daa...huhuhu...bagi menguji daya tahan mental dan fizikal dari sosok-sosok ghaib...kteorg pun mencabar diri untuk masuk ke rumah hantu tue.Berbekalkan semangat yang kental...kami berjaya mengharungi dugaan dan cabaran di dalam rumah hantu itu dengan kacang jerr...


Uncle Habib dari Seekers bersedia untuk memulakan pencarian sosok ghaib


Peserta yang ketakutan kerana kemunculan sosok ghaib


Uncle Habib hanya tersenyum...semua ini hanya mainan baginya

Lpas masuk rumah hantu tue,barulah nak tgk sedara...opss!...buaya...hehehe.Pelbagai spesis yang dipamerkan disini seperti buaya bongkok (bukan bongok ok?)...buaya ekor pendek...buaya muncing tajam...buaya-buaya kota raya...(sebelum lebih melalut...baik kte ke babak seterusnya)


2 ekor buaya darat sedang melihat buaya

Untuk destinasi pelancongan seterusnya,kami menuju ke bandar.Bandar Melaka telah diisytiharkan sebagai bandar bersejarah kerana menempatkan banyak khazanah-khazanah berharga dari masa silam.

Bagi merasai suasana melancong,kami mengambil keputusan untuk meletakkan keta dan memilih untuk berjalan kaki di sekitar bandar.


Kapal terbang


Kapal Black Pearl dari Pirates of Carribean...wakaka

Kota A Famosa telah dibina oleh orang Belanda sebagai kubu pada masa dulu.Namun ianya kini menjadi salah satu tarikan pelancong.Kami juga amat tertarik dengan bentuk senibinanya yang buruk dan huduh...taste hanjing btul la orang Belanda nie...(sila dapatkan bimbingan ibubapa semasa membaca blog ini kerana terdapat banyak kata-kata nista yang diluahkan).


Kota A Famosa dan 2 sibodoh

Pastu kitaorang pun naik la bukit yang kat atas A Famosa tue.Dapat la tengok pemandangan bandar Melaka,laut,Eyes On Malaysia,Menara Taming Sari dan juga lurah dendam para pelancong yang seksi (skali lagi!...sila dapatkan bimbingan ibubapa kerana unsur seks juga tidak terkecuali dari blog ini).


Saling tolong-menolong nak naik bukit nie...letih gak woo...


Tempat orang kaya nak buang duit syiling


Pintu masuk ke tinggalan sejarah


Ish...nyibuk betul mamat 2 ekor nie...aku nak ambk gmbr pemandangan...bukan korang


Aku cuba meniru gaya patung spe ntah...


Pemandangan dari atas tangga nak naik ke bukit...berhenti jap ambk nafas...fuh!

Sebagai muslimin yang sejati,walau jauh mana kami merantau,solat tetap dijaga.So,kitaorang pun pegi la Masjid Selat.Sebuah masjid yang dibina di tepi laut yang tersergam indah.Tidak banyak yang kami boleh biacarakan kecuali bentuk kubahnya yang meniru struktur kubah masjid di Turki (semua kubah masjid sme jer...hemisfera...huhuhu).


Masjid Selat yang terletak di Selat Melaka


Baru lepas smbhyg setelah byk gle wat dosa mse perjalanan


Masjid ini terletak betul-betul di atas laut

Tidak lengkap rasanya bila berkunjung ke Melaka tapi xsinggah pekena ikan bakar kat Umbai.Fuh! memang menangkap.Jarak perjalanannya lebih kurang 20 minit dari bandar Melaka...bergantung kepada trafik dan gaya pemanduan.Bagi mereka yang tidak tahu jalan untuk ke Umbai dari bandar Melaka...sila ikut signboard ke Muar atau Merlimau.

Untuk pengetahuan umum,Melaka juga terkenal dengan otak-otaknya yang sedap...dan penggunaan perkataan 'kepala otak ko' dalam kehidupan seharian.Harga makanan di situ (Umbai) juga agak berpatutan (nak murah masak sndri la...).

Setelah pelahap ikan senangin bakar...sotong cili...otak-otak...dan nasi lemak,kami pun berangkat pulang ke tanah air kami,Selangor.Begitulah ekspedisi jalan-jalan cari pasal untuk kali ini.


Krew sedang kelaparan...nak makan rokok


Hanya gambar ini sahaja yang sempat dirakam kerana sebaik saja hidangan tiba,semua krew makan macam kena rasuk


Sunday, December 14, 2008

Tajul Muluk berbicara tentang kepantasan...

Share


Berapa laju korang pernah rempit kenderaan korang? 160km/j? 180km/j?

Setakat hari ini,rekod aku paling laju ialah 170 km/j.Mungkin di masa akan datang rekod baru pula akan tercatat (kalo ajal xjemput dulu la...)

Kalo nak bawak laju nie,ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian.

Yang pertama skali,pastikan xde awek disebelah sebab kalo ada awek kat sebelah korang,konsentrasi akan terganggu.Lagipun,xkan la nak bawak laju kalo naik dengan awek.Mesti bawak slow-slow...nak romantik.

Yang kedua,pastikan radio dipasang dengan kuat dan lagu-lagu yang berkumandang adalah lagu yang ganas.Ini adalah untuk meningkatkan adrenalin anda dan menambahkan tumpuan terhadap pemanduan serta boleh la berangan kengkonon macam dalam cite aksi Hollywood.Dilarang sesama sekali mendengar lagu-lagu dendangan Anuar Zain atau Hazami semasa memandu laju...hehehe (marah peminat diorang)

Yang ketiga,jangan sesekali memandu laju dikawasan kampung atau bandar.Kalo korang bawak laju,cmne nak usha awek?Tapi pastikan dulu tiada awek yang naik dengan anda (sila rujuk peraturan pertama).Nanti kena cubit.

Dan yang terakhir,jika berada di lampu isyarat...gunakan peraturan 3 saat.3saat sebelum lampu hijau dah boleh jalan.3 saat lampu merah baru berhenti.Tiada peraturan 3 saat untuk lampu kuning sebab lampu kuning hanya untuk hiasan.

Senang cite xyh la bawak lelaju nie...kecuali korang sedang berlumba F1 (dengan harapan Alonso akan baca blog nie dan mengambil iktibar darinya)

p/s:Bawak laju boleh tapi dengan satu syarat...amalan mesti mau cukup beb!



  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP