Monday, April 20, 2009

Teori Kecerdasan Pelbagai

Share



Adakah IQ tinggi bermakna bijak? Sebenarnya terdapat pelbagai kecerdasan lain yang patut diambil kira sebelum menyatakan seseorang itu cerdas ataupun bijak.

Seorang psikologis, Gardner sudah mengenal pasti 8 jenis kecerdasan manusia (Chapman, 1993), iaitu:

Kecerdasan 1: Verbal/ Linguistik

Kecerdasan ini berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas verbal/ linguistik kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara yang berkesan. Contoh filem:Thank You For Smoking



Kecerdasan 2: Logikal/ Matematik


Kecerdasan ini melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logik dan memproses sesuatu maklumat yang diterima. Contoh filem: A Beautiful Mind



Kecerdasan 3: Visual/ Spatial (ruang)


Kecerdasan ini melibatkan keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah. Contoh filem: Slumdog Millionaire



Kecerdasan 4: Pergerakan Badan/ Kinestetik


Kecerdasan ini melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan. Contoh filem:Ong Bak



Kecerdasan 5: Muzikal/ Rima

Kecerdasan ini melibatkan keupayaan mencipta muzik ataupun rentak tertentu, berupaya memahaminya, menterjemahkannya dan menghargainya. Contoh filem:August Rush



Kecerdasan 6: Interpersonal

Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka. Contoh filem:Saw



Kecerdasan 7: Intrapersonal


Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan itu bagi meningkatkan potensi diri sepanjang hayat. Contoh filem:Forrest Gump



Kecerdasan 8: Naturalis


Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar. Contoh filem:Red Cliff 2



Tahukah anda, teori kecerdasan pelbagai adalah kajian yang dijalankan oleh seorang profesor di Harvard University dan pengasas kepada Project Zero, iaitu Howard Gardner. Untuk maklumat lanjut,pegi la layari laman web Wikipedia. Akhir kata, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi, janganlah kita mengeji antara satu sama lain.

p/s:Owh...aku nak exam...semoga aku cepat tangkap apa yang aku baca...amin~



10 comments:

Ajim April 20, 2009 at 2:22 AM  

Red cliff2 menghargai alam? Apasal aku nmpak cam ada benda terbakar je kat poster tu?

Mohd Fakhrurazi Jamaludin April 20, 2009 at 11:52 AM  

Bukan menghargai alam la.Ko msti xtgk lg kan?Cmne Takeshi Kaneshiro tau arah angin akan berubah dan membawa kemenangan kepada pasukan beliau...

zaina April 20, 2009 at 1:51 PM  

cte red clif 2 sgt xbest ajim. bek jgn buang masa melayan filem tersebut. kalo crash ngn twilight ..........jenis ape? huhu

Aza April 20, 2009 at 2:12 PM  

xske slumdog millionaire ngan saw.. jijik!! nyesal tgk..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin April 20, 2009 at 4:33 PM  

Haiya...nie cite ttg jenis-jenis kebijaksanaan la...aku bg movie tue sbg contoh mudah cmne nak knal genius tersebut.

Zaina:Crash lagi xbest.

Aza:Slumdog Millionaire mengambarkan cmne realiti sbnr di India.Seharusnya kte bersyukur lahir kat sini.Lain org lain citarasa.

papot April 23, 2009 at 3:31 AM  

aku adik ismah yang iffah tu lah. adui

myatiqah April 24, 2009 at 9:22 AM  

slumdog rock..!!

weh ko pnye word verification hari ini adelah; Babi11

hahaha

Nadzrah April 24, 2009 at 8:29 PM  

owh... beautiful mind sgt bosan...~
hu

PRiNCe$$ KaYaNGaN™ April 26, 2009 at 7:28 AM  

kalu citer upin & ipin??? =p

Mohd Fakhrurazi Jamaludin April 27, 2009 at 7:19 PM  

Iffah:Hahaha...baru tahu spe

Tiqa:Hahaha...bkn aku yang buat word verification tue

Nadz:Hish...best la Beautiful Mind.Cite dye buat ko berfikir.

Sarah:Contoh filem tue bermaksud ada certain dalam watak tue yang ada kepandaian spt yang aku sebutkan.Bukan bermaksud setiap movie tue ada kepandaian dye.

p/s:Aku xtgk lg Upin & Ipin...hahaha

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP