Wednesday, March 18, 2009

Rod...antara fakta, mitos dan penipuan...

Share

Untuk episod "Jejak Misteri" kali ini...aku akan mengupas tentang kewujudan suatu makhluk Tuhan yang dipanggil Rod.Anda semua pernah dengar tentang Rod? Huhuhu...kalo xpernah xpe.Untuk post kali nie, aku nak cite apa menatang rod tue?


Rod juga dikenali sebagai 'Sky Fish' atau dalam bahasa Melayu nya Ikan Buntal?.

1st 'time' aku dengar tentang ROD mse baca komik Jojo Bizzarre Adventure: Stone Ocean.Aku ingatkan ianya hanya rekaan pelukis komik tersebut tapi atas sikap inkuiri yang tinggi...aku pun men'Google' dan ternyata benda tersebut memang ada.

Rod, kadangkala dipanggil 'Sky Fish' atau 'Solar Entities' atau 'Fulgure' di Perancis.Ia merupakan satu fokus baru dalam 'pseudoscience of crytozoology'.Video yang menunjukkan objek berbentuk rod yang bergerak dalam kelajuan yang tinggi di udara menyebabkan maraknya spekulasi yang mengatakan dunia ini dipenuhi oleh spesis yang tidak diketahui atau UFO kecil.

Melalui beberapa eksperimen yang dijalankan,Rod muncul dalam filem disebabkan oleh ilusi optik.Walaubagaimanapun, kajian tersebut diragui kesahihannya.

Rod telah didapati di USA,Australia,Canada,Mexico,Europe,Filipina dan China.Rod juga sering didapati di gua atau di bawah dasar laut.Jose Escamilla telah mempromosikan video Rod yang diambil semasa pengambaran 'BASE Jumper' di 'Swallow Cave' kat Mexico.


Rod juga ada di Baghdad

Penyiasat paranormal telah mengemukakan satu teori tentang Rod dimana ia berlaku akibat tindakbalas imej yang dirakam dan dimainkan semula.Sebagai contohnya, kamera yang merakamkan serangga sedang mengibaskan sayap akan menghasilkan efek seperti Rod akibat daripada 'motion blur'.


Gambar Rod yang ditangkap secara tidak sengaja

Pada 8-9 Ogos 2005, China Central Television (CCTV) telah menyiarkan dokumentari mengenai Rod di China.Beberapa insiden telah dilaporkan berlaku dari May hingga Jun dalam tahun yang sama di Tonghua Zhenguo Pharmaceutical Company di Tonghua City,Jilin Province.Kamera pengawasan disitu telah merakamkan beberapa imej Rod terbang yang sama kelihatan seperti dalam video Jose Escamilla.


Video yang diambil Jose Escamilla

Namun begitu, ianya tetap menjadi misteri alam.Sekian saja untuk kali nie...nak info lebih cari sendiri...aku bukan Google.Ok?



Monday, March 16, 2009

Mampukah aku bergelar jurutera glokal?

Share

Masa berlalu begitu pantas membiarkan manusia yang alpa terus dalam kekufuran.Tarikh menghantar draf repot untuk Projek Tahun Akhir juga semakin dekat.Berikut adalah beberapa 'design' yang aku buat:-


Type-E: Direka dengan alur-alur bagi memastikan haba diedarkan dengan lancar.Untuk model ini, 3 biji kipas digunakan dengan setiap satu berputar pada kelajuan 2500 pusingan per minit.


Type-D: Laptop akan diletakkan ditengah-tengah bagi memastikan haba yang keluar diedarkan dengan lancar.


Type C: Dengan menggunakan 4 biji kipas yang masing-masing berputar pada kelajuan 2500 RPM...


Type B: Untuk model ini,tiada kipas yang digunakan.Proses penyejukan laptop dengan menggunakan material yang dapat mengalirkan haba digunakan dalam model ini.


Type A: Model ini hanya menggunakan satu kipas.Aliran angin dari kipas akan menarik haba dari laptop lalu dialurkan ke belakang.



Simulasi menunjukkan aliran haba dari laptop

Nampak macam mudah kan projek aku? Huhuhu...Tuhan saja yang tahu.

Cabaran yang ada dalam menyiapkan projek ini :
  • Perbezaan pendapat penyelia lama dan baru - Sorang suruh buat cmni, sorang suruh buat cmtu...
  • Kemahiran menggunakan 'software' EFD & Solidworks - Ada 'certain' bahagian yang sangat 'tricky'
  • Memastikan 'design' mengikut citarasa pengguna
  • Terlalu banyak 'parameter' yang perlu diketahui e.g: Haba dari komponen, kedudukan kipas yang berbeza mengikut laptop, saiz yang ideal bagi kegunaan laptop secara universal, ergonomik...bla...bla
  • Masa 'run simulation' yang agak lama.
  • Pengunaan lab yang terhad.
  • Komputer yang tetiba 'hang' - Ini lah perkara yang paling menyakitkan...lagi-lagi kalo xsempat 'save'.
  • Kritikan dari rakan-rakan yang menjejaskan semangat - terutama roomate aku.
  • Dan pelbagai lagi masalah yang perlu ditempuhi dalam menyiapkan projek ini.

p/s:Doakan kejayaan aku wahai kawan-kawan...


Saturday, March 14, 2009

Jalan-jalan di Danga Bay, JB

Share

Hai, apa khabar anda semua?...Untuk percutian budget kali ini, kami akan berkunjung ke Danga Bay, Johor Bahru.

Memperkenalkan hos anda:

.
Izza selaku 'tourist guide'...tapi xleh pakai sangat...Danga Bay yang depan rumah dye pun boleh salah jalan...Hahaha...


Habib selaku 'co-pilot'...kemahirannya melayan pemandu berbual dan membantu pemandu menyalakan api rokok memang diiktiraf dunia.

.
Razi selaku '2nd Driver'...seorang pemandu yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam arena pemotoran (umur aku baru 23 tahun..hehehe)


Puyat selaku '1st Driver'...Pemandu muda yang mempunyai kecekapan yang tinggi tapi kurang stamina.

Dengan kelajuan konstan 160 km/j...perjalanan dari Klang ke Danga Bay hanya mengambil masa selama 2 jam 45 minit = Minyak Rm70 (kongsi 3 orang)


Masa dah nak dekat smpi...huhuhu...'excited' gle...


Jalan-jalan tengok pemandangan = Rm0


3 ekor nie nak tengok sedara masing-masing kat Zoo


Nak main 'bumper car' tapi segan-segan...Izza tengah cover perutnya.


Habib tengah tipu Puyat tunjuk arah Singapura


Aku bukan nak ambk gambar mangkuk 3 ekor nie sebenarnya tapi amoi yang kat belakang tue.


Kitaorang keletihan...

Main 'bumper car' = Rm10


Kanak-kanak riang tengah seronok main 'bumper car'


Gambar kurang jelas sebab kteorang bawak terlalu laju sampai cina yang jaga tue sound "Lu orang main kasi elok-elok sikit ha"...

Makan nasi goreng, tauhu bakar, otak-otak + air = Rm10 sorang


Habib & Intan...2 student dari UITM Melaka...


Puyat & Izza...2 ekor Jawa...sorang dari Rantau Panjang sorang dari Bukit Serene

Kegembiraan & kepuasan yang dirasai = Priceless

p/s:Ikuti episod percutian budget yang akan datang dengan lebih banyak destinasi yang menarik dan murah.






Apa yang perempuan fikirkan yang perlu lelaki tahu?

Share



1) Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi kamu kembali.tetapi percayalah,sebenarnya dia masih berada disisi telefon Dan mngharapkan kamu menghubunginya semula sbg bukti kamu belum puas mendengar suaranya..

2) Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu..

3) Dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa utk membelikan hadiah untuknya.tapi jauh disudut hati,dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..

4) Setiap kali dia merajuk,sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..

5) Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..

6) Jangan sesekali melebihkan kawan kamu daripada dirinya!

7) Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya.jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu!

8) Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya.dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dgn mereka.tetapi percayalah,cintanya tak pernah berubah terhadap kamu.dia hanya mahu kamu mengubah sikap buruk kamu kerana sayangkan kamu. namun begitu,itu bukanlah alasan untuk kamu mengambil mudah pada hubungan kamu dgn dia.

9) Sikap ambil beratnya kadang2 merimaskan kamu.percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat ttg dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu!

10) Perempuan lebih suka memikirkan masa depan.oleh itu,kamu harus paham sekiranya dia begitu memilih dan cerewet dalam segala segi.

11) Sekiranya seorang menitiskan air mata kerana kamu,itu bermakna kamu telah benar2 mengguris hatinya!

12) Seorang perempuan mungkin susah menitiskan air mata dihadapan kamu,ini kerana dia tidak mahu kamu tahu betapa hatinya terluka dengan perbuatan kamu..

13) Perempuan paling benci pada janji yg tak ditepati!kalau tidak pasti, tak perlulah memberi pengharapan kepada mereka.

14) Pada hari2 tertentu,dia mungkin akan selalu teringatkan kamu. tambahan lagi di saat2 dia melihat pasangan lain keluar bersama ketika kamu tiada disisinya!

15) Jangan sesekali membiarkan dia dlm masa yg lama.dia mungkin akan berasa tidak diperlukan lagi dalam hidupmu..

Kredit kepada Koleksi Cinta (Love)

Friday, March 13, 2009

SASER namamu teratas.

Share



Sekolah Menengah Sains Seremban@SASER sekali lagi mencipta nama melalui keputusan SPM baru-baru ini dengan tempat pertama seluruh Sekolah Berasrama Penuh.Tahniah diucapkan! Aku selaku bekas pelajar turut berbangga dengan pencapaian junior aku...wakakaka...

1. SASER 1.612
2. KISAS 1.68
3. ASIS 1.754
4. SBPI GOMBAK 1.883
5. SAINS JOHOR 1.906
6. SESERI 1.979
7. SEMASHUR 2.014
8. SEMESTA 2.059
9. MCKK 2.073
10. SAS 2.108
11. SMAPK 2.11
12. STJ 2.171
13. SMAPL 2.198
14. SBPI SABAK BERNAM 2.193
15. STF 2.221
16. SBPI JEMPOL 2.248
17. SEMESRA 2.266
18. SMACH 2.269
19. SMSS 2.289
20. SMESH 2.321
21. SBPI PEKAN 2.355
22. SBPI KUANTAN 2.382
23. SEMSAS 2.406
24. SERATAS 2.409
25. SAINS KUCHING 2.438
26. SHAH PEKAN 2.434
27. SAKTI 2.444
28. SEMESTI 2.447
29. STAR 2.456
30. SOKSEK 2.604
31. SAINS LAHAD DATU 2.621
32. SAINS DUNGUN 2.637
33. SAINS LABUAN 2.822

p/s:Teringat zaman-zaman jahanam aku mse kat SASER...huhuhu...rindunya~

Thursday, March 12, 2009

Aku,Dia & N80

Share


N80 Internet Edition ku yang rosak...owh cepatlah ko kembali~

Hari nie aku terasa kosong.Tiada bunyi mesej atau panggilan dari handphone aku.Sunyi sepi~

Malam tadi, aku betul-betul tertekan...mengapa? Sebab handphone aku rosak.Waa...xsuka-xsuka.

Kronologi kerosakkannya bermula dengan kamera depan yang tidak berfungsi (Owh,xpela...aku xgunakan 3G pun)...pastu disertai dengan xdengar org cakap apa pun kalo call (masih mampu menahan kesabaran lagi...boleh guna loudspeaker atau handsfree) dan yang terakhir...skrin dye xkluar apa-apa (cmne aku nak reply msg?).Owh,aku hilang sabar!

Hari nie...aku bawak pegi kedai untuk btulkan...harap-harapnya lpas nie xdela apa-apa yang berlaku...

Malam tadi juga aku sempat survey handphone...mana tahu bapak aku bermurah hati...hehehe...antara yang menarik perhatian aku:-


Nokia N86...dengan kamera 8 Megapiksel+video DVD kualiti


Sony Ericsson W902...bunyi yang best+kamera 5 megapiksel






p/s:Aku suka kaler hitam...hitam nampak kemas!


Tuesday, March 10, 2009

Kebaikan rokok?

Share



Benarkah rokok hanya membawa keburukan? Disini aku senaraikan beberapa kebaikan rokok:

1)Sentiasa muda (belum sempat tua dah mati)
2)Xkan jadi sombong sebab kaya (Asyik hisap rokok jer...mana nak kaya)
3)Membantu kerajaan (dengan cukai yang tinggi)
4)Sebagai agen penghalau nyamuk
5)Membunuh roomate yang menjengkelkan (dengan hisap rokok dalam bilik)
6)Kelihatan matang (rokok mempercepatkan proses penuaan...fakta atau mitos?)
7)Senang berkawan (dengan perokok yang lain)
8)Mengubat kebosanan (semasa memandu,belajar, dll)
9)Sebagai ubat kurus (rokok menyebabkan selera makan kurang...sekali lagi,fakta atau mitos?)
10)Penghapus dosa (Bila merokok kne penyakit...bukan kah penyakit itu penghapus dosa?)

Memetik ayat Nabil Raja Lawak, "Lu fikirlah sendiri!"

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP