Saturday, September 17, 2011

DSLR

Share

Kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan terkini aku yang bajet artis ini,mesti ada terbaca pasal aku nak beli DSLR sebiji lepas kahwin nanti.


Sukacita dimaklumkan aku dah beli pun walaupun kahwinnya lagi 2 bulan.Itu yang bila aku cakap nak pergi jumpa jurukamera nak buat tempahan,mak aku cakap tak payah la sendiri ambil gambar jer sudah.Sendiri kahwin,sendiri ambil gambar.

Masa mula-mula guna memang aku sepatah haram tak tahu langsung semua fungsi yang ada.Guna mode Auto saja.Dulu kutuk Apek guna mode Auto tapi sekarang dah kena batang hidung sendiri tapi pergi la mati bukannya Apek ada dekat kampung aku nak kutuk-kutuk.

Sampai minggu 3 beli baru aku tahu guna mode Manual.Itupun bakal adik ipar yang ajar kalau tak memang sampai mati guna mode Auto.

Lepas dah pandai sikit guna mode Manual,rasa bosan pulak balik-balik ambil gambar kucing aku.Takpun gambar bunga kertas mak aku.Nak buat camne,balik kerja pun dah malam.

Tapi kira ok la sebab model yang aku beli ini ada fungsi video.Boleh la nak try rakam macam CST tapi kalau dah tangan parkinson memang tak jadi apa.Dah macam gempa bumi saja.Bergegar.

Okla,korang try la tengok video ini.Pelakon lelaki dia memang aku bukan Aaron Aziz.Korang jangan salah faham pulak.




1 comments:

ใ‚ถ-sylver- S September 18, 2011 at 12:25 PM  

ko nk lens tak? aku nk jual murah2

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP