Petua gembira waktu bekerja
Share
Tekanan perasaan betul kerja aku hari ini sampai buat aku rasa nak cabut balik saja tengahari tadi.Telefon tak putus-putus bunyi.Kadang sampai tak tahu nak angkat yang mana satu.Itu belum campur lagi yang datang nak repair barang esok mahu tapi bila aku tanya semua tak tahu.
Nasib baiklah adanya sokongan rakan-rakan sekerja buat aku masih mampu bertahan sampai habis waktu kerja siap lajak lagi lebih masa.
Masa zaman belajar dulu lagi teruk sebenarnya kadang sampai tak tidur malam tapi entah kenapa waktu itu lagi enjoy.Dulu aku ingat cikgu aku tipu bila dia kata zaman belajar lagi best daripada kerja tapi baru aku sedar yang dia betul cuma waktu dia cakap itu aku kena denda cuci tandas memanglah tak best.
Namun begitu usah khuatir wahai adik-adik yang bakal memasuki alam pekerjaan sebab abang Razi ada petua-petua untuk gembira di alam pekerjaan.
Yang pertama tentulah niat.Letakkan niat kita pergi kerja kerana Allah S.W.T sebab pentingnya disini ialah keberkatanNya.Itu pasal ada yang gaji dah RM50 ribu seminggu pun masih rasa tak cukup sebab hasilnya tak berkat wallahualam.
Petua seterusnya kau orang dengar sendirilah dekat Hot.FM setiap pukul 7 malas pulak aku nak menaip panjang-panjang.
p/s : Ada macam blog Kereta Mayat tak? Woha!
0 comments:
Post a Comment