Wednesday, July 6, 2011

Ilmu hitam seorang brader senior

Share

Dalam seminggu ini dekat kilang akulah raja.

Bos semua pergi outstation mulalah aku naik kepala.Tapi tak naik sangatlah sebab banyak masalah semua nak aku tolong setelkan.Ingat aku abang long ke memanglah aku anak sulung letihlah semua nak tolong.

Tadi aku pun 'round' lah kilang tengok pekerja menjalankan tugas.Sesekali bertegur sapa dengan mereka bertanyakan khabar.Barulah betul pemimpin berjiwa rakyat.Bukan jiwa saja rakyat tapi perangai kekwat.

Tiba-tiba datang sangap.Terus aku keluar kilang sambil menyalakan sebatang rokok.Nampak ada sorang pekerja sedang membersihkan 'bearing housing' yang penuh minyak hitam.

Pekerja nie boleh kira paling senior antara semua tapi perangai mengalahkan aku yang muda.Kepala masuk air jer.

Aku pun slow-slow pegi kat dia.

Tiba-tiba ada awek lalu depan kilang kami.Itu memang satu pemandangan 'rare' dimana-mana kilang besi jadi kami berdua terdiam sebentar sambil usha sekali saja.Sekali usha rezeki.Dua kali usha dosa.

"Masa aku muda,kalau awek gini aku ayat sekali jer dah cair.." tiba-tiba pekerja tadi membuka bicara.

"Ekeleh toksah kencing la bang.Cite nak lebat jer" balas aku sambil tergelak.

"Itu la kalau aku cerita kau tak percaya.Dulu aku ada ilmu..."

"Ilmu apa?" tanya aku ada sedikit serius.

"Ala cite lama.Masa muda-muda dulu aku suka merantau.Adalah dua tiga ilmu hitam aku belajar masa pergi merantau dulu.Tapi aku sekarang dah insaf.Semua ilmu tue aku dah buang" jelas pekerja tadi.

"Kau nak belajar?" tanya pekerja tadi secara tiba-tiba.

"Hish! tak mau la.Syirik tue!" tegas aku.

"Takdelah aku cuma tanya.Kau nak tahu ilmu hitam apa yang aku belajar?" balas pekerja tadi.

"Ilmu apa?" aku mulai cuak-cuak mana tahu ini hasutan syaitan sebenarnya.

"Marilah sini dekat sikit nanti orang dengar"

Aku pun terus duduk mencangkung sebelah pekerja tadi.Pekerja tadi menarik nafas panjang.Tangannya menggosok-gosok 'bearing housing' yang berminyak itu.

Dengan selambanya pekerja tadi ambik secalit minyak hitam dari 'bearing housing' tadi terus calit dekat muka aku."Ha! inilah ilmu hitamnya...hahaha...."




Tensen betul aku kena 'game' camni.

4 comments:

Iris July 7, 2011 at 12:06 AM  

hahaha
terkena sudah!

lala July 7, 2011 at 12:38 AM  

hahaha nasibb!!!

aTiKa aTeRkaH July 7, 2011 at 12:40 AM  

hambek!!!!!!lorat sangat nak ilmu..hahaha

hananishikido July 7, 2011 at 12:21 PM  

tak leh blah label pemimpin jiwa rakyat...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP