Thursday, June 30, 2011

Kerek

Share

Aku tak tahu berada dimana.Tapi keadaannya macam dalam hutan.Macamana aku boleh berada dekat sini pun aku tak ingat.

Pandang keliling tak nampak apa-apa.Semuanya gelap.

Aku macam blur gila.Apa aku buat dalam hutan sorang-sorang begini.

Tak lama lepas itu barulah aku nampak keadaan sekeliling sedikit.Cahaya bulan sedikit sebanyak membantu penglihatan aku.

Aku rasa macam pedih dekat kepala.Bila aku pegang terasa macam cecair hangat.

Rupanya kepala aku berdarah,tapi kenapa?

Dalam keadaan blur tak ingat itu aku ternampak asap dari sebuah kereta.Habis remuk kereta itu langgar sebatang pokok.Kenapa macam kereta aku?

Dalam kereta itu pulak aku nampak 3 mayat tapi aku tak kenal siapa.

Aku baru lepas eksiden ke?

Aku rasa letih sangat lalu aku duduk bersandar tepi kereta itu.Mati akal tak tahu hujung pangkal.

Dalam keadaan blur itu tiba-tiba aku terdengar suara perempuan mengilai makin lama makin jauh.Dan secara tiba-tiba juga aku teringat member aku cakap kalau pontianak mengilai, suaranya makin jauh itu tandanya dia makin dekat kita.Kenapa benda bodoh camtu aku teringat?Dah aku jadi ketakutan sekarang.

Dada aku berdegup kencang.Gila kau tak cuak waktu itu.Cuma aku tak kencing dalam seluar saja.

Dang! ambik kau sekali aku nampak ada hantu perempuan pakai baju putih dekat celah-celah pokok.Makin lama dia makin dekat.Dia punya takut waktu itu toksah cite la biasa kerek saja gelakkan hantu dalam filem.

Dengan jelas aku nampak muka hantu itu.Muka dia takdelah huduh tapi pucat,matanya semua putih.Boleh tahan cun jugaklah kalau dia bukan hantu.

Besar juga tetek hantu itu dari celah kain putih dia.Eh apahal benda itu pulak yang aku tengok.Lupa pulak aku tengah ketakutan.Sambung balik ah!

Tengah hantu itu terbang nak cekik aku tiba-tiba keluar perkataan 'Astro First' dekat atas hantu itu.Lor! ini apa cerita?

.............................................................................................................

Itu sebab aku tak suka tengok cerita sambil baring.Sudahnya aku tertido.Last sekali Kila Fairy mati tak?Dia ada berkemban tak?





p/s:Aku rasa hantu yang aku nampak itu mesti Kila Fairy.

3 comments:

lala June 30, 2011 at 2:37 AM  

x bleh blah..ayat smbung blik rsa takut..mcm 2 pun ada...hehe

faz_e June 30, 2011 at 2:54 AM  

Ceh! Penat baca~ hehe

Aisumi Chan Kawa'i June 30, 2011 at 10:10 AM  

hahahaa~ dah agak dah mmpi.. mesti cite tak best sbb tu tertido kan?

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP