Saturday, April 30, 2011

Sai Baba

Share

Dengar cerita Sai Baba dah mati jadi ramai pengikut dia terumbang-ambing tiada pemimpin.


Korang tahu siapa Sai Baba?

Bukan Baba dan Nyonya la.

Sai Baba dalam agama Hindu dianggap sebagai jelmaan tuhan dalam rupa manusia.Kononnya dia boleh keluarkan susu dari jari-jarinya tapi aku tengok bersepah jer video membongkarkan penipuannya di Youtube.

Jadi berbalik kepada tadi,ramai pengikut dia seperti hilang arah tujuan akibat kematian Sai Baba.

Oleh itu aku mencadangkan agar semua pengikut dia ramai-ramai buka satu akaun Blogspot dan klik 'Follow' dekat blog aku.

Tugas mereka hari-hari cuma klik iklan Nuffnang dekat blog aku saja.

Mudah bukan?Takyah nak melutut-lutut cium kaki jilat ibu jari kaki aku.


Wednesday, April 27, 2011

Chicken Dance

Share

Minggu lepas aku ada kursus cara berfikir di luar kotak.


Dan semalam aku cuti jadi baru hari ini aku dapat tahu yang aku kena bagi briefing pada staf-staf lain esok.

Masalahnya aku nak briefing apa?

Takkan nak ajar mereka menari 'chicken dance' kot.

Dah itu aje yang aku ingat.

Haih! Bala...Bala...


Tuesday, April 26, 2011

Videoklip paling gay 2011

Share




Aku rasa gay gila tengok videoklip dia.Hahaha...

Wednesday, April 20, 2011

Patut kesian ke?

Share

Tadi masa makan mengadu dekat mak aku,pergi kerja tadi cuma bawak RM4 jer.

Mak aku pun tanyalah kenapa.

Aku bagitahu sebenarnya pagi tadi aku memang nak cucuk duit.Tapi penuh orang Bangla dekat mesin ATM.Hati panas jer sebab diorang lama gila dekat depan mesin ATM tue.

Aku pun intai la dekat skrin.

"Baki RM3 pun nak keluarkan ke?" jelas aku pada mak aku.

Sekali mak aku cakap...

"Kesian diorang.Kadang duit nak makan pun takde."

Terus aku insaf 5 minit....

.............................................................................................................

Tapi baru tadi aku teringat dekat orang Bangladesh yang kerja dekat kilang aku.

Mana tak habis duit.

Kerjanya tiap-tiap hari beli 'nombor'.

Tuesday, April 19, 2011

Lupa

Share

Damn! aku lupa password Maybank2u aku.Punyala lama takde duit dalam akaun Maybank sampai lupa.

Friday, April 15, 2011

Update Cepat Siri 1

Share

Salam semua pembaca

Apa khabar semua?Aku harap korang sihat! Kalau tak sihat pegi la berehat baca blog lagi buat apa?!

Adapun aku dah lama tak memperbaharui blog ini adalah kerana aku kesuntukan masa.Bayangkan setiap hari aku balik pukul 9 malam.Baru bukak Facebook dah mengantuk jadi memang celah Rosnah mana aku nak update.

Ini pun aku update cepat-cepat kasi korang tahu apa perkembangan terbaru aku.

Pertama sekali kereta aku yang eksiden hari itu dah elok balik.Malah lagi best bawak dari sebelum aku eksiden buat aku hairan sebab orang kata biasanya lepas eksiden mesti bawak dah tak best.Cuma mental aku masih belum kuat lagi.Racing dengan lori hantu pun masih cuak-cuak nak potong.

Keduanya aku baru saja depositkan cek hasil penulisan blog aku.Takdelah banyak mana pun (sengaja cakap begini agar tak kena cukai pendapatan....zakat takpe!).Jadi aku harap korang akan terus klik iklan Nuffnang tue walaupun korang jantan dan iklan dia pasal pampers wanita (pad).

Ketiganya esok aku ada kursus kahwin jadi jahanam apa tak tido lagi?

Ok bye! Love you all my pembaca especially gadis-gadis sunti.Yang jantan love jugak tapi kita cover XOXO saja lah!


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP