Tuesday, January 6, 2009

Malang tidak berbau...tidak dijangka...tidak diduga.

Share

Haihs~ Aku dah nmpk sarang labah-labah kat blog nie...lme gak la xupdate...nie smua salah tenet yang lembab kat UniMAP nie (hehehe...padahal memang malas nak tulis).

Jadi sebagai cite pembukaan untuk tahun baru nie...aku nak sampaikan kisah malang kawan aku bernama Salleh.

Kisahnya bermula begini...disuatu terik mentari...kelibat bayang-bayang pokok rumbia melambai-lambai...Ijat cakap PTPTN dah masuk (sesiapa yang bukan pengemar sastera...sila ambil ayat yang terakhir sje).

Bagi kebanyakan student IPT...bila PTPTN dah masuk adalah petanda untuk shopping.Pelbagai rancangan diatur...destinasi Alor Setar menjadi pilihan...kasut futsal dan baju menjadi igauan.

Mula-mula skali mse nak pegi dah problem...keta ada 2 jer tp org ada 12.Memang la muat satu keta 6 orang tp patah la pinggang nak smpi Alor Setar.Nasib baik ada Izza yang baik hati (puji skit sbb bg pinjam keta Viva yang comel).

So bertolak la dari Kg. Wai sebanyak 3 keta bersamaan 12 orang.Janji nak gerak pukul 12 tp pukul 1 baru gerak...biasala...janji Melayu (nasib baik aku Jawa).

Kepada mereka yang cetek pengetahuan geografinya,dari Perlis ke Alor Setar ada 2 jalan...1 ikut highway, 1 lg ikut jalan biasa.Kteorg ikut jalan biasa...maka berlakulah aksi potong-memotong ala-ala 'Impak Maksima'.

Irama Etnik Kreatif yang berbunyi dari perut memaksa kami berhenti disebuah kedai makan di tepi jalan yang terkenal dengan ikan bakarnya.Sedap betul menyental ikan duyung...eh...ikan pari bakar tatkala perut tengah lapar...memang menangkap!



Semasa berhenti makan...keta Iswara tue la keta Salleh


Perjalanan diteruskan setelah sesi berasap rokok dan destinasi pertamanya adalah Al-Ikhsan dimana kisah malang Salleh bermula...



Keta Izza yang comel dipandu oleh Mae


Kelihatan di dalam gambar...Hazim di depan Al-Ikhsan...gambar ini diambil sebelum kne saman


Keta aku dan Keta Viva yang dipandu Mae (bukan nama sebenar) parking kat depan kedai Al-Ikhsan tue jer...tp si Salleh nie...disebabkan takut kne saman...dye parking agak jauh tp malang tidak berbau...pihak Bandaraya Alor Setar memang dengki kat dye...keta dye kne saman gak sebanyak Rm50 SAHAJA.

Maka,monyoklah muka si Salleh nie....




dah habis?
....Nanti dulu,ada lagi...






Setelah 'survey' harga beberapa barang kat Al-Ikhsan...kami meneruskan perjalanan ke sebuah pusat beli-belah bernama Pacific.

Disini kami telah berpecah kepada 2 kumpulan...satu kumpulan yang ingin menunaikan solat dan satu lagi kumpulan yang lupa mandi wajib (aku dah tentulah kumpulan yang ingin menunaikan solat).

Mengikut perancangan asal,kami akan meng'ayam'kan budak perempuan course kteorang dalam perlawanan bowling tapi disebabkan ada 'tournament' kat pusat bowling tersebut...perancangan itu terpaksa dibatalkan.

Berbagai aktiviti dilakukan seperti bermain snooker dimana markah didapati apabila pihak lawan membuat kesalahan...memasukkan bola tidak mendapat markah (peraturan baru bermain snooker...).

Setelah penat merayau,mata dah bengkak sbb asyik cuci mata jer...kami semua menuju ke pusat bowling kerana 'tournament' tersebut telah tamat.Disinilah bermulanya kisah malang Salleh ke-2.

Dari 12 orang yang hadir...hanya 10 orang yang ingin bermain bowling.Maka dibahagikan 2 kumpulan untuk bertarung sesama sendiri bagi merebut kejuaraan 'Raja Bowling Mechi'.

Aku bersama Salleh ditempatkan dalam satu kumpulan bersama 3 orang lagi rakan kami yang sememangnya mempunyai bakat bermain bowling sejak kenal bentuk bulat lagi (kan mse kecik-kecik...kita diajar lukis bentuk bulat,empat segi....bla...bla).

Permulaan yang begitu cantik sekali dimana team pihak lawan hampir-hampir mengaku kalah dalam 2 balingan pertama namun bak kata orang tua-tua,hidup ini umpama roda.Sekelip mata balingan kami menjadi sampah lalu masuk ke longkang.

Kesan psikologi ini membuatkan semangat juang Salleh semakin turun...lalu menjadi 'ayam' (Untuk pengetahuan pembaca,istilah ayam digunakan bagi mereka yang tidak mahir sesuatu acara...contoh ayat:Apek 'ayam' bermain DoTA).

Disebabkan badi malang yang menimpa ini menyebabkan kami kalah dengan begitu teruk skali...nasib baik la dari group kitaorang ada 2 driver...kalo team pihak lawan kutuk lebih-lebih memang balik naik bas la jawabnya.



Eddie dengan balingan ala-ala memburu babi hutannya



Salleh hanya mampu memerhatikan bolanya meluncur laju ke dalam longkang


Bagi menambahkan kisah malang Salleh...setelah macam nak patah jari kteorang main bowling...dan pusat beli-belah Pacific hampir tutup,barulah bebudak nie sibuk nak bli barang...tadi diorang survey harga jer...jahanam sungguh mereka itu (tiada tapisan bahasa di dalam blog ini).

Destinasi seterusnya...kteorang pegi makan malam kat sesuatu tempat yang dirahsiakan namanya (sebenarnya penulis blog nie xingat apa nama kedai makan tue...).

Sambil makan kami seronok bergelak ketawa,tanpa menyedari malang datang tanpa dihidu...(malang kan xberbau).

Sebagai pemandu pelancong, Mae (sekali lagi bukan nama sebenar)...mencadangkan agar kami pergi ke stadium dimana terdapatnya pasar bundle selepas makan.Kami pun dengan seronoknya bersetuju tanpa ada sesiapa yang mengemukakan bantahan.

Masing-masing pun masuk la dalam keta...baru jer 8-9 putaran tayar aku bergolek,Salleh mengarahkan agar kami berhenti dulu.

Hatiku yang busuk mula berkata-kata..."Ala,xkan la keta xleh start kot...mana nak cri 'jumper' malam-malam nie...xkan nak tolak kot".

Lalu dengan lagak umpama terer dalam bidang keta nie,aku pun bertanya "Pahal Salleh?"

"Keta aku kne pecah duh"...jawab Salleh diringi muzik background yang sedih (bunyi muzik nie hanyalah bayangan penulis...tidak wujud pun semasa kejadian).

"Apa yang hilang?"

"Radio (sbb tue la muzik tue xwujud),duit-duit aku sikit ngan barang bebudak nie shopping td".

"Abis cmne?"

"Aku nak repot polis la"

Dengan ditemani Mae (nama sebenar dye Zairi), Salleh pun pergilah ke balai polis.Kami dengan suasana riang meneruskan rancangan untuk pergi ke pasar bundle.



Semasa makan di restoren tersebut...sebelum kejadian berlaku



Bebudak nie tengah kerumun keta Salleh sambil berbincang tentang teori kejuruteraan yang digunakan oleh pencuri tersebut.

Begitulah kisah malang Salleh,sudahlah disaman...kalah pula bermain bowling...pastu keta kne rompak lagi...hai~





Peringatan:Sila pakai talipinggang keledar untuk penumpang bahagian belakang...Mesej ini dibawakan oleh JKJR.














4 comments:

mosaic1809 January 6, 2009 at 9:07 AM  

bengong,kwn ko ada prob pergilah follow skali g balai.ni ble g bundle gak..susah sama susah senang sama senang..hahaha ko ni mmglah bro

WeSellButtonBadge January 6, 2009 at 10:19 PM  

contoh ayat:Apek 'ayam' bermain DoTA

kurang ajar sugguh pengunaan perkataan anda nie..nak kene tampau..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin January 7, 2009 at 5:19 PM  

Mozek:Aku dah tlg la...tp aku xcitekan kebaikan aku...nnt xdpt pahala.

Apek:Hahaha...contoh jer tue...

WeSellButtonBadge January 11, 2009 at 5:11 PM  

gua dah tag lu

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP