Sunday, January 18, 2009

Last Vacation Pt.1

Share

Huhuhu...satu lagi minggu yang meletihkan tapi mengembirakan.Kali nie aku,bersama 12 orang lagi rakan-rakan satu course pergi cuti-cuti malaysia.

Hari Rabu itu,lpas klass 'Jurutera dalam masyarakat' (klass yg sgt bosan tp best sbb ramai gle gadis-gadis)...kami segera pulang ke kolej kediaman untuk mem'packing' barang.Dijanjikan akan bertolak pukul 6 tp cam biasa la,pukul 6 tue baru nak mandi (paling aku xtahan,Zul sempat men DoTA lagi sblm pegi tue...hanjing sungguh perangai beliau).

Destinasi percutian kali ini adalah Bukit Merah dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Sebanyak 3 bijik keta telah bertolak dari Kg.Wai dan kteorg berkumpul kat Hentian R'n'R Gurun.

.
On the way nak cari kedai Char Kuew Tiao...mse nie Fly dah kne maki hamun dalam pelbagai bahasa

Daripada Gurun, kami menuju ke Seberang Perai untuk makan-makan Char Kuew Tiao.Fly selaku penunjuk jalan telah menunjukkan kami 3 buah kedai 'top' Char Kuew Tiao tapi dye hanya tunjuk jer la...sbb 3 bijik kedai tue smua tutup.So,kami membuat kesimpulan bahawa persatuan Char Kuew Tiao Sedunia sedang mengadakan mesyuarat dan kerana itulah ketiga-tiga gerai tersebut ditutup.

Kecewa dengan keadaan tersebut,kami terus menuju ke satu gerai Char Kuew Tiao yang tidak terkenal lalu melantak semahunya (xmakan dari tengahari woo...mse tue dah pukul 11).

Lpas makan,kteorg bergerak ke destinasi seterusnya iaitu rumah tumpangan atuk Fly Chow Yat (murah gle...ada Astro,siap makan,dan berbagai lagi kelengkapan macam kat rumah pada harga hanya Rm3 seorang...hahaha...cuma...).


Jalan nak masuk ke rumah tumpangan atuk Fly...cuba korang check kalo-kalo ada sosok ghaib kat tepi-tepi semak tue...


Mse baru smpi umah atuk Fly...aku sje ambk gambar nie kalo-kalo tertangkap 'sesuatu'

Mengikut kata-kata Apek,rumah atuk Fly tue mmg angker.Belakang rumahnya kubur.Tandasnya kat luar.Pastu mse kteorang smpi,Kong tersuluh ke arah belakang rumah atuk Fly tersebut lalu ternampak la batu nisan yang berceracak.Memang angker.Menambahkan keseramannya lagi,Fly kata start dari pukul 12,seorang demi seorang akan hilang dari rumah tersebut setiap jam sehinggalah waktu subuh.


So kteorg pun berlagak macam biasa la...buat-buat bising.Untuk pengetahuan pembaca,rumah atuk Fly tue 2 tingkat.So malam tue aku tido bersme 3 org lagi rakan aku yang penakut dalam sebuah bilik.

Dalam pukul 1 lebih,budak-budak nie dah start lapo balik (diorang nie mmg buruk makan)...so Sarjen,Fly,Cherap, dan Alan pun menunjukkan kepakaran memasak mereka.Oleh kerana bau yang agak menyelerakan,aku ngan Eddy pun turun la meinggalkan Hazim keseorangan sbb kteorg ingatkan dye dah tido.Selang beberapa minit kemudian,Hazim turut turun ke bawah sebab dye takut...hahaha.

Nasi goreng yang xseberapa itu kami balun semahu-mahunya.Lpas makan,budak-budak nie pegi bantai main kad plak.Disebabkan aku malas nak main (sbnrnya aku xreti main...asyik kalah jer)...aku pun tido la...itupun xlena...kejap-kejap terjaga pastu tgk alang rumah (teringat cite Pontianak Harum Sundal Malam yang bertenggek kat alang rumah).


Mse makan...time nie kalo ada hantu pun mau hantu-hantu tue kluar tgk kerakusan bebudak nie.


Nasi goreng Kimie mmg sedap...kepada ibu mentua...inilah calon menantu anda.

To Be Continued....

3 comments:

Nadzrah January 30, 2009 at 5:53 PM  

bnyk betol aktiviti korang ea?
hoho

~miE_kEr~ February 18, 2009 at 2:03 AM  

waa..teharu nye ak dgn pujian ko nie.petame kali sial ko puji org nie..wakakakaka..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin May 13, 2009 at 4:30 AM  

Nadz:Banyak woo

Kimi:Pahal ko?

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP