Monday, January 19, 2009

Tag dari Apek

Share

1. If your love betrayed you, what will your reaction be?
-sukanya sye...huhuhu...(xdpt cara kasar...kte buat cara halus)

2. If you can have a dream come true, what would it be?
-hurmm...aku nak dunia yang aman

3. Whose butt would you like to kick?
-buat mse nie aku nak tendang bontot smua askar Israel

4. What would do with a billion of dollars?
-hurm,bli keta yang aku sgt minat (Nissan GTR)...pastu nak bawak satu family aku pegi haji...shopping...jenjalan...

5. Will you fall in love with your bestfriend?
-hurm...xkisah jer...janji kawan aku tue pompuan la...bukan lelaki atau separa pompuan.

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
-aku rse being loved by someone is better...

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
-smpi aku jumpa yang lebih baik atau sama baik

8. If the person you secretly like is already attached? What will you do?
-hurm...berhenti mengharap

9. If you like to act with someone, who will it be? Your gf/bf or an actor/actress?
-hurm...Nora Danish...pastu aku nak berlakon jadi perogol...hahaha...

10. What takes you down the fastest?
-xdapat apa yang aku nak...

11. How would you yourself in ten years?
-dah kerja,dah kahwin mybe...

12. What is your fear??
-tikus...seriously lebih menakutkan dari hantu...

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
-roomate aku,mangsa kutuk bebudak rumah,suka tido dengan mulut ternganga (eh...mulut dye mne bleh tutup)

14. Would you be single and rich or married but poor?
-single and rich...huhuhu...pastu jadi hot bachelor la aku...

15. What’s the first thing you do when you wake up?
-tgk hp...ada sesapa msg x...

16. Would you give all in a relationship?
-hurm...depends...

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
-yang sanggup mati demi aku...(fuh..gila...hahaha)

18. Would you forgive and forget no matter how terrible a thing the someone has done?
-forgive but not forget...aku akan balas dendam gak...hahaha

19. Do you prefer being single or having a relationship?
-having a relationship is better

20. List 5 people to tag
-Yaya
-Naqqib
-Mozek
-Pjoy
-Puan Bibi

Smile! You're just got older...

Share



Terima kasih sayang untuk hadiah ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang ingat my bzdy dan wish...may god bless you.

aku dah makin TUA...waa...


Sunday, January 18, 2009

Last Vacation Pt.1

Share

Huhuhu...satu lagi minggu yang meletihkan tapi mengembirakan.Kali nie aku,bersama 12 orang lagi rakan-rakan satu course pergi cuti-cuti malaysia.

Hari Rabu itu,lpas klass 'Jurutera dalam masyarakat' (klass yg sgt bosan tp best sbb ramai gle gadis-gadis)...kami segera pulang ke kolej kediaman untuk mem'packing' barang.Dijanjikan akan bertolak pukul 6 tp cam biasa la,pukul 6 tue baru nak mandi (paling aku xtahan,Zul sempat men DoTA lagi sblm pegi tue...hanjing sungguh perangai beliau).

Destinasi percutian kali ini adalah Bukit Merah dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Sebanyak 3 bijik keta telah bertolak dari Kg.Wai dan kteorg berkumpul kat Hentian R'n'R Gurun.

.
On the way nak cari kedai Char Kuew Tiao...mse nie Fly dah kne maki hamun dalam pelbagai bahasa

Daripada Gurun, kami menuju ke Seberang Perai untuk makan-makan Char Kuew Tiao.Fly selaku penunjuk jalan telah menunjukkan kami 3 buah kedai 'top' Char Kuew Tiao tapi dye hanya tunjuk jer la...sbb 3 bijik kedai tue smua tutup.So,kami membuat kesimpulan bahawa persatuan Char Kuew Tiao Sedunia sedang mengadakan mesyuarat dan kerana itulah ketiga-tiga gerai tersebut ditutup.

Kecewa dengan keadaan tersebut,kami terus menuju ke satu gerai Char Kuew Tiao yang tidak terkenal lalu melantak semahunya (xmakan dari tengahari woo...mse tue dah pukul 11).

Lpas makan,kteorg bergerak ke destinasi seterusnya iaitu rumah tumpangan atuk Fly Chow Yat (murah gle...ada Astro,siap makan,dan berbagai lagi kelengkapan macam kat rumah pada harga hanya Rm3 seorang...hahaha...cuma...).


Jalan nak masuk ke rumah tumpangan atuk Fly...cuba korang check kalo-kalo ada sosok ghaib kat tepi-tepi semak tue...


Mse baru smpi umah atuk Fly...aku sje ambk gambar nie kalo-kalo tertangkap 'sesuatu'

Mengikut kata-kata Apek,rumah atuk Fly tue mmg angker.Belakang rumahnya kubur.Tandasnya kat luar.Pastu mse kteorang smpi,Kong tersuluh ke arah belakang rumah atuk Fly tersebut lalu ternampak la batu nisan yang berceracak.Memang angker.Menambahkan keseramannya lagi,Fly kata start dari pukul 12,seorang demi seorang akan hilang dari rumah tersebut setiap jam sehinggalah waktu subuh.


So kteorg pun berlagak macam biasa la...buat-buat bising.Untuk pengetahuan pembaca,rumah atuk Fly tue 2 tingkat.So malam tue aku tido bersme 3 org lagi rakan aku yang penakut dalam sebuah bilik.

Dalam pukul 1 lebih,budak-budak nie dah start lapo balik (diorang nie mmg buruk makan)...so Sarjen,Fly,Cherap, dan Alan pun menunjukkan kepakaran memasak mereka.Oleh kerana bau yang agak menyelerakan,aku ngan Eddy pun turun la meinggalkan Hazim keseorangan sbb kteorg ingatkan dye dah tido.Selang beberapa minit kemudian,Hazim turut turun ke bawah sebab dye takut...hahaha.

Nasi goreng yang xseberapa itu kami balun semahu-mahunya.Lpas makan,budak-budak nie pegi bantai main kad plak.Disebabkan aku malas nak main (sbnrnya aku xreti main...asyik kalah jer)...aku pun tido la...itupun xlena...kejap-kejap terjaga pastu tgk alang rumah (teringat cite Pontianak Harum Sundal Malam yang bertenggek kat alang rumah).


Mse makan...time nie kalo ada hantu pun mau hantu-hantu tue kluar tgk kerakusan bebudak nie.


Nasi goreng Kimie mmg sedap...kepada ibu mentua...inilah calon menantu anda.

To Be Continued....

Monday, January 12, 2009

Padang Besar...here we come!

Share

Destinasi shopping seterusnya...tidak lain dan tidak bukan (drum roll plz!)....Padang Besar!

Untuk pengetahuan pembaca,Padang Besar terletak kira-kira 45 km dari bandar Kangar.Ia menempatkan sebuah bazar yang sarat menjual barangan buatan siam yang terkenal dengan tiruannya dan murahNyyyeee....(sila sebut dengan mulut terbuka luas)

Bagi pelancong yang ingin berkunjung ke Perlis,adalah tidak lengkap kunjungan anda jika tidak singgah ke Padang Besar.

Berkunjung ke Padang Besar memang adalah acara wajib setiap sem bagi kami pelajar Mekanikal...tapi kali ini ianya agak istimewa kerana kami pergi dengan menaiki motorsikal...kereta is not allowed to join this trip...huhuhu (sian BJX aku...kne tinggal).

Sebanyak 7 biji motor bergerak dari Kg.Wai pada pukul 2...agak lewat sedikit berbanding rancangan asalnya pukul 1.

Disini sye selitkan beberapa keping gambar buat tatapan pembaca...(macam biasa la...jurukamera msti xde dalam gmbr...tensen btul aku)


Berkumpul kat stesen minyak...tank mesti di full kan bagi menjamin kelancaran perjalanan ini


Aksi mat rempit dari Gauss & Mae...mereka nie nyaris arwah mse konvoi tue...


LC yang dipandu oleh jurupandu kental dari Bangladesh


Jeri cuba meng'up' kan motornya


Sampai di Padang Besar dengan begitu bergaya


Apek sedang mencuba jersi sambil diperhatikan Topet dan Jehan..."Jaga-jaga pek...koyak jersi tue kang"kata Topet kerana takut jersi tersebut tersangkut kat gigi Apek.


Jeri yang keletihan...xtahu nak bli apa...nyesal ikut..


Kami nak pulang...masing-masing sibuk mengemas barang yang dishopping


Ramai-ramai berhenti isi minyak motor untuk meneruskan perjalanan


Aksi kejar-mengejar bermula


Jeri memintas Jehan dari sudut luar


Disebabkan mse nak pergi diorang nie nyaris arwah...so mse nak blik nie diorang menunggang dengan bersopan ler...


Eddy dengan gaya lepas tangannya


Zul dengan Lagenda Ghost Ridernya...


Aksi paling bodoh yang aku tangkap sepanjang perjalanan...Ijat dgn Nasmeer


Jehan dengan bohsianya,Cherap



Diorang nie ingatkan dah insaf...rupanya sangkaan aku meleset


Berhenti kejap membasahkan tekak...minum air kelapa


Sungguh sedap air kelapa tatkala tekak tengah kering...mse shopping xingat


Satu-satunya gambar yang ada muka aku...isk...isk...cedih

Huhuhu...nie mungkin sem last kami buat cmni...entah lepas nie dapat jumpa korang lagi ker x...huhuhu...sedihnya nak habis dah.Papehal...kita enjoyy!!


Tag dari Apek

Share

1. Do u think u are HOT?
  • Hmm...mcm yer jer...

2. Upload a fav pic of you




3. Why do u like that picture?
  • Sbb aku nmpk cute tapi ganas...huhuhu

4. When was the last time u ate pizza?
  • Xingat...skrg nie aku nak kurangkan makan fastfood...xnk support Israel

5. The last song u listen too?
  • ST12-Puspa

6. What are u doing right now besides doing this?
  • Chatting dengan gadis-gadis...

7. What name do u prefer besides yours?
  • Hmm...entah...nama aku dah cukup sedap bagi aku

8. People to tag

1.
Tentera Israel
2.
Perdana Menteri Israel
3.
Perdana Menteri US
4.
Pemimpin OIC
5.
Naqqib (Peminat barangan buatan Israel)

9. who is no.1
  • Tentera Israel...aku harap diorang semua buat tag nie dan xpegi serang Palestin...(sibuk buat tag masing-masing)

10. no.3 is having relationship with?
  • Dengan yang no.2
11. say something about no. 5
  • Suka kutuk orang,suka barangan buatan Israel,anti-sosial
12. how about no.4?
  • Diorang nie nak jaga kepentingan diorang jer.

13. who is no.2
  • Hmm...kawan dengan yang no. 3


Tuesday, January 6, 2009

Malang tidak berbau...tidak dijangka...tidak diduga.

Share

Haihs~ Aku dah nmpk sarang labah-labah kat blog nie...lme gak la xupdate...nie smua salah tenet yang lembab kat UniMAP nie (hehehe...padahal memang malas nak tulis).

Jadi sebagai cite pembukaan untuk tahun baru nie...aku nak sampaikan kisah malang kawan aku bernama Salleh.

Kisahnya bermula begini...disuatu terik mentari...kelibat bayang-bayang pokok rumbia melambai-lambai...Ijat cakap PTPTN dah masuk (sesiapa yang bukan pengemar sastera...sila ambil ayat yang terakhir sje).

Bagi kebanyakan student IPT...bila PTPTN dah masuk adalah petanda untuk shopping.Pelbagai rancangan diatur...destinasi Alor Setar menjadi pilihan...kasut futsal dan baju menjadi igauan.

Mula-mula skali mse nak pegi dah problem...keta ada 2 jer tp org ada 12.Memang la muat satu keta 6 orang tp patah la pinggang nak smpi Alor Setar.Nasib baik ada Izza yang baik hati (puji skit sbb bg pinjam keta Viva yang comel).

So bertolak la dari Kg. Wai sebanyak 3 keta bersamaan 12 orang.Janji nak gerak pukul 12 tp pukul 1 baru gerak...biasala...janji Melayu (nasib baik aku Jawa).

Kepada mereka yang cetek pengetahuan geografinya,dari Perlis ke Alor Setar ada 2 jalan...1 ikut highway, 1 lg ikut jalan biasa.Kteorg ikut jalan biasa...maka berlakulah aksi potong-memotong ala-ala 'Impak Maksima'.

Irama Etnik Kreatif yang berbunyi dari perut memaksa kami berhenti disebuah kedai makan di tepi jalan yang terkenal dengan ikan bakarnya.Sedap betul menyental ikan duyung...eh...ikan pari bakar tatkala perut tengah lapar...memang menangkap!



Semasa berhenti makan...keta Iswara tue la keta Salleh


Perjalanan diteruskan setelah sesi berasap rokok dan destinasi pertamanya adalah Al-Ikhsan dimana kisah malang Salleh bermula...



Keta Izza yang comel dipandu oleh Mae


Kelihatan di dalam gambar...Hazim di depan Al-Ikhsan...gambar ini diambil sebelum kne saman


Keta aku dan Keta Viva yang dipandu Mae (bukan nama sebenar) parking kat depan kedai Al-Ikhsan tue jer...tp si Salleh nie...disebabkan takut kne saman...dye parking agak jauh tp malang tidak berbau...pihak Bandaraya Alor Setar memang dengki kat dye...keta dye kne saman gak sebanyak Rm50 SAHAJA.

Maka,monyoklah muka si Salleh nie....




dah habis?
....Nanti dulu,ada lagi...






Setelah 'survey' harga beberapa barang kat Al-Ikhsan...kami meneruskan perjalanan ke sebuah pusat beli-belah bernama Pacific.

Disini kami telah berpecah kepada 2 kumpulan...satu kumpulan yang ingin menunaikan solat dan satu lagi kumpulan yang lupa mandi wajib (aku dah tentulah kumpulan yang ingin menunaikan solat).

Mengikut perancangan asal,kami akan meng'ayam'kan budak perempuan course kteorang dalam perlawanan bowling tapi disebabkan ada 'tournament' kat pusat bowling tersebut...perancangan itu terpaksa dibatalkan.

Berbagai aktiviti dilakukan seperti bermain snooker dimana markah didapati apabila pihak lawan membuat kesalahan...memasukkan bola tidak mendapat markah (peraturan baru bermain snooker...).

Setelah penat merayau,mata dah bengkak sbb asyik cuci mata jer...kami semua menuju ke pusat bowling kerana 'tournament' tersebut telah tamat.Disinilah bermulanya kisah malang Salleh ke-2.

Dari 12 orang yang hadir...hanya 10 orang yang ingin bermain bowling.Maka dibahagikan 2 kumpulan untuk bertarung sesama sendiri bagi merebut kejuaraan 'Raja Bowling Mechi'.

Aku bersama Salleh ditempatkan dalam satu kumpulan bersama 3 orang lagi rakan kami yang sememangnya mempunyai bakat bermain bowling sejak kenal bentuk bulat lagi (kan mse kecik-kecik...kita diajar lukis bentuk bulat,empat segi....bla...bla).

Permulaan yang begitu cantik sekali dimana team pihak lawan hampir-hampir mengaku kalah dalam 2 balingan pertama namun bak kata orang tua-tua,hidup ini umpama roda.Sekelip mata balingan kami menjadi sampah lalu masuk ke longkang.

Kesan psikologi ini membuatkan semangat juang Salleh semakin turun...lalu menjadi 'ayam' (Untuk pengetahuan pembaca,istilah ayam digunakan bagi mereka yang tidak mahir sesuatu acara...contoh ayat:Apek 'ayam' bermain DoTA).

Disebabkan badi malang yang menimpa ini menyebabkan kami kalah dengan begitu teruk skali...nasib baik la dari group kitaorang ada 2 driver...kalo team pihak lawan kutuk lebih-lebih memang balik naik bas la jawabnya.



Eddie dengan balingan ala-ala memburu babi hutannya



Salleh hanya mampu memerhatikan bolanya meluncur laju ke dalam longkang


Bagi menambahkan kisah malang Salleh...setelah macam nak patah jari kteorang main bowling...dan pusat beli-belah Pacific hampir tutup,barulah bebudak nie sibuk nak bli barang...tadi diorang survey harga jer...jahanam sungguh mereka itu (tiada tapisan bahasa di dalam blog ini).

Destinasi seterusnya...kteorang pegi makan malam kat sesuatu tempat yang dirahsiakan namanya (sebenarnya penulis blog nie xingat apa nama kedai makan tue...).

Sambil makan kami seronok bergelak ketawa,tanpa menyedari malang datang tanpa dihidu...(malang kan xberbau).

Sebagai pemandu pelancong, Mae (sekali lagi bukan nama sebenar)...mencadangkan agar kami pergi ke stadium dimana terdapatnya pasar bundle selepas makan.Kami pun dengan seronoknya bersetuju tanpa ada sesiapa yang mengemukakan bantahan.

Masing-masing pun masuk la dalam keta...baru jer 8-9 putaran tayar aku bergolek,Salleh mengarahkan agar kami berhenti dulu.

Hatiku yang busuk mula berkata-kata..."Ala,xkan la keta xleh start kot...mana nak cri 'jumper' malam-malam nie...xkan nak tolak kot".

Lalu dengan lagak umpama terer dalam bidang keta nie,aku pun bertanya "Pahal Salleh?"

"Keta aku kne pecah duh"...jawab Salleh diringi muzik background yang sedih (bunyi muzik nie hanyalah bayangan penulis...tidak wujud pun semasa kejadian).

"Apa yang hilang?"

"Radio (sbb tue la muzik tue xwujud),duit-duit aku sikit ngan barang bebudak nie shopping td".

"Abis cmne?"

"Aku nak repot polis la"

Dengan ditemani Mae (nama sebenar dye Zairi), Salleh pun pergilah ke balai polis.Kami dengan suasana riang meneruskan rancangan untuk pergi ke pasar bundle.



Semasa makan di restoren tersebut...sebelum kejadian berlaku



Bebudak nie tengah kerumun keta Salleh sambil berbincang tentang teori kejuruteraan yang digunakan oleh pencuri tersebut.

Begitulah kisah malang Salleh,sudahlah disaman...kalah pula bermain bowling...pastu keta kne rompak lagi...hai~





Peringatan:Sila pakai talipinggang keledar untuk penumpang bahagian belakang...Mesej ini dibawakan oleh JKJR.














  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP