Monday Blur
Share
Macam biasa hari Isnin memang semangat bekerja itu masih pada tahap minimum.Tapi bagi aku,hari Isnin adalah hari paling sibuk sebab semua customer call tanya barang dah siap ker belum macam dia tak tahu bangla pun Ahad cuti.
Disebabkan masih blur dan panggilan bertalu-talu,aku jadi pening nak jawab mana satu dulu.
Aku pakai dua handphone habis kalau dah sekali dua-dua berbunyi aku nak jawab mana satu?
Tengah kelam-kabut, tiba-tiba bos datang tanya quotation hari itu dah ada jawapan ker belum.
Terus aku abaikan semua panggilan dan buat ikut arahan bos.
Lantas aku capai quotation yang dimaksudkan terus mendail nombor yang tertera pada quotation,nombor ofis.
"Hello, siapa nie?" tanya aku
"Ini Tan,u nak cakap dengan siapa?"
Sekali terdail nombor company sendiri la pulak,lagi best bos aku pulak yang angkat.
Secara spontan terus aku jawab "Sorry wrong number" sambil letak telefon.
Dalam bilik aku tengok bos buat muka berkerut sambil pandang telefon.
"Nasib baik kau tak cam suara aku" kata aku dalam hati sambil dail nombor yang betul.