Showing posts with label jam itu telah berbunyi lagi. Show all posts
Showing posts with label jam itu telah berbunyi lagi. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Selamat Tahun Baru Cina!

Share

Hari ini rakan-rakan cina di kilang aku dah mulai cuti.Yang Melayu dan India pun tumpang sekaki mintak cuti sekali.Ofis pun jadi lengang macam takde orang kerja semua dah jadi zombie.

Maka kerja aku hari ini hanyalah berjalan-jalan sambil makan limau dan mintak angpau.Cuma bawak sekeping drawing dan sebatang pen untuk lakonan.

Akhirnya kerja lakonan untuk hari ini tamat juga bila jam tunjuk pukul 6.Terus kemas-kemas meja dan limau lebih untuk dibawa pulang sebagai bekalan dalam perjalanan.Tinggal esok saja satu hari lagi sebelum cuti tapi yakin esok kerja mesti jadi macam cilaka boleh mengulor sesukahati sebab bos takde tinggal kerani dua tiga orang.

Lepas punch card nampak bos aku dekat depan pintu ofis.Terus pergi dekat dia untuk salam-salam dan ucap 'Selamat Tahun Baru Cina'.

Sekali dia cakap....."Esok I kerja lagi la"

Aku terus down!




Nasib baik esok nak makan Lobster.Best! Best!


Monday, January 31, 2011

Kenaikan harga petrol Ron 97 dan kesan pada sorang brader tukang mesin.

Share

Hari ini aku pergi minum petang sorang-sorang pasal brader yang selalu minum sekali nak balik awal.Aku tak kisah jer pasal kejap lagi mesti ada yang join sekaki lepak satu meja sekali.

Berbekalkan secawan Nescafe,aku pun duduk minum sambil memerhatikan sekeliling mana tahu murah rezeki ada awek lalu boleh ajak join sekali.

Tiba-tiba datang sorang brader yang juga merupakan tukang mesin di kilang aku bekerja.

"Malam nie Ron 97 naik seposen lagi" kata brader tersebut sebaik saja menyelesaikan hirupan pertama.

"Mana abang tahu?" tanya aku.

"Ala member aku yang kerja Putrajaya tue bagitahu.Kejap lagi kau tengok la,beras,gula semua naik"

"Bla...Bla...Bla..." brader tersebut terus membebel pasal kenaikan harga petrol Ron 97 sampai aku dah setel minum.


Sebelum blah aku tanya brader tue...

"Abang bawak kereta apa?"

"Kancil.Apsal?"

Terus aku tersenyum dan menyalakan sebatang rokok.





Kecoh apa bawak Kancil nak pakai Ron 97?!

Sunday, July 11, 2010

Hidup ini perlu kepura-puraan.

Share

Dulu masa aku sekolah rendah,boleh kata aku seorang yang baik dan jarang menimbulkan masalah kepada guru-guru.Kalau ada sessi ibubapa datang ke sekolah mesti guru kelas akan puji aku melambung sampai ibubapa aku pun naik menyampah padahal dekat rumah perangai macam setan.
.............................................................................................................

Hari itu punya cuaca mana aku ingat tapi ada seorang budak dalam kelas aku yang memang terkenal agak nakal sebab suka cari gaduh.

Entah apa punca aku secara tiba-tiba terkutuk nama bapa dia.Tak sengaja,OK?

Dia pun terus mengasari aku.Zaman budak sekolah rendah,mana nak cari helmet bantai ke dagu jadi budak agak nakal suka cari gaduh itu sekadar tolak-tolak aku sampai ke dinding.

Dua tiga kali tolak aku biarkan tapi masuk kali ke-4,aku tolak dia balik.Kesian dia terus jatuh terduduk macam nangka busuk sebab dia pun gemuk.Macam biasa kalau ada gaduh,ramai-ramai kerumun sorak sambil ada dua tiga balaci pegi panggil cikgu.

Budak agak nakal suka cari gaduh itu bangun balik dan terus cekik leher aku sambil sebelah tangan lagi nak tumbuk muka aku.

Tapi aku lagi pantas tumbuk muka dia dulu terus jatuh terduduk lagi budak agak nakal suka cari gaduh itu.Hidung dia berdarah.

Masa itu aku dah rasa kemenangan mutlak milik aku.

Sekali cikgu datang terus leraikan pergaduhan sambil libas rotan dua tiga das dekat budak yang tengah sorak.

Aku dan budak agak nakal suka cari gaduh itu dipanggil ke hadapan kelas untuk dibicarakan.

Aku terus nangis sambil cerita hal sedikit benar lalu budak agak nakal suka cari gaduh itu dijatuhkan hukuman rotan dekat tangan.

Sambil kesat-kesat airmata,aku senyum nipis tanda puas hati.Tak sia-sia kepura-puraan aku selama hari ini.

Friday, July 9, 2010

Perkara pelik yang terjadi pada aku hari ini.

Share

Hari ini aku agak kurang sihat.Muka agak pucat sebab tekanan darah rendah,mungkin.Tapi atas dedikasi terhadap kerja,aku gagahkan juga untuk pergi.

Sedang mengajar,tiba-tiba datang sorang budak perempuan duduk sebelah aku.Mak aih! bau dia macam ayam golek.Meleleh air liur aku tengah mengajar tue.

Balik dari mengajar,aku terus mandi membersihkan diri.Tak lupa juga cuci muka dan gosok gigi.Eh,apsal gigi taring aku makin panjang.Musykil juga bila tumbuhnya.

Lepas habis mandi tue bapak aku panggil.Tak sampai satu saat aku dah terjojol depan bapak aku.Pastu pintu bilik bapak aku ada kesan tapak tangan lepas aku bukak tadi.Serius aku risau apa dah jadi pada diri aku.

Ambik telefon terus call kekasih hati nak mengadu perkara pelik tadi.Nak tahu apa kekasih hati jawab?

















"Toksah berangan la nak jadi Edward Cullen,sayang"





Kelakar jugak trailer parodi Twillight nie.Thanks Khai Bapok.Keh...Keh...




Thursday, June 17, 2010

Piala Dunia 3010

Share


Zainal baru habis solat Isyak.Terus dia duduk depan tv lepas doa lebih kurang mintak murah rezeki.Malam nie Spain lawan Switzerland.Team all-stars lawan team underdog tue,memang sah-sah Spain tapau Switzerland kalau ikut statistik.

Teet! Dipicit remote tv nya.

Terus keluar imej hologram suasana dekat padang.Tahun nie Piala Dunia buat dekat Kutub Utara.Sejak pemanasan global nie makin ramai yang pindah sana buat rumah.

Teet! Dipicitnya lagi remote tv.Select view.Zainal terus klik dekat perkataan 'Widescreen'.

Tahun nie Spain pakai robot dari Samsung.Dengar cite robot Samsung nie memang laju tapi skill kurang.Setakat bawak bola dua tiga meter dah kena tackle.Switzerland pulak pakai robot Honda.Lagi tak boleh harap robot Honda nie.Upgrade sikit-sikit jer dari versi first Asimo dulu.

Pemain simpanan macam Pele,Mokhtar Dahari semua dah simpan jadi reserve.Sejak teknologi pengklonan diperluaskan,makin ramai lagenda yang dihidupkan kembali.Susah betul.DNA ambik dekat Malaysia pastu tukar warganegara.Mentang-mentang Malaysia takde lagi teknologi pengklonan yang betul-betul mantap.Setakat klon kan pokok getah dengan pokok durian boleh la.Sambil menoreh boleh makan durian.

Preet!!! Wisel ditiup.Permainan bermula.Kelihatan robot Spain pantas membawa bola menuju ke gawang gol Switzerland lalu terus merembat kencang tapi ditepis oleh gol keeper Switzerland.

Pang!! bengkok tiang gol Switzerland.Terus permainan dihentikan sebentar.

"Abang meh makan!" tiba-tiba imej hologram bini Zainal keluar menganggu konsentrasi beliau.

"Ha! hari nie makan pil perisa apa?" tanya Zainal sedikit meradang

"Hari nie pil perisa asam pedas dengan kuah lemak" jawab bini dia.

Teet! terus dimatikan hologram bininya.Sambung balik menonton perlawanan bola yang dihentikan tadi.

"Eh bila Switzerland score nie?" pelik Zainal padahal baru beberapa saat bini dia kacau.Terus ditekan butang replay sebab nak tengok balik gol tadi.

......................................................................................................

Permainan terus berlalu dengan Spain ketinggalan satu gol.Bertubi-tubi asakan Spain cuba membolosi gawang Switzerland namun defend Switzerland memang kental.Semua hantaran dan cubaan dimatikan dengan mudah.

Masa tinggal lagi 5 minit.Spain semakin cemas.Malu wei kalau kalah dengan team underdog.Lalu kedua-dua robot penyerang Spain ditukar dengan Pele dan Mokhtar Dahari.

Ini la pertama kali dalam sejarah Spain menurunkan pemain manusia sejak sedekad lalu.

Bila pemain manusia diturunkan,banyak cubaan menarik dilakukan oleh Pele dan Mokhtar Dahari.Mereka berdua nie takde terikat dengan programming macam robot-robot tue jadi pergerakan dan hantaran mereka memang unpredictable.

Pele membawa bola dari tengah.Lalu di passing ke Mokhtar Dahari.Segera dirembat oleh Mokhtar Dahari berdesup peginya.Keeper mulai terbang.Zainal juga terdiam.Nafasnya terhenti seketika.









Paaap!! Tiba-tiba gelap.

"Abang...tenaga solar rumah kita dah habis!" jerit bininya dari dapur.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP