Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Kisah cinta monyet Razi

Share

"Sayang pernah bercinta tak dulu masa sekolah?" tanya kekasih hati secara tiba-tiba.

"Hmm...pernah! Masa tingkatan 5 dulu" jawab aku.

"Ceritalah...nak dengar kisah cinta sayang dulu-dulu"

"Ok...camni cerita dia"

..............................................................................................................

Masa itu aku berada dalam tingkatan 5.Biasalah bila dah senior,perangai setan makin menjadi-jadi.Pantang nampak awek dahi licin mesti nak mengorat.Yang tak licin dahi ada jerawat pun budak-budak nie kebas.

Waktu itu memang aku paling menyampah dengan budak-budak yang sibuk couple-couple duduk bawah pondok sambil buka buku Biologi walhal sibuk praktikal bab pembiakan.Ada dua tiga orang juga yang kepala otak sama dengan aku.Jadinya kami sepakat membawa berkat.

Waktu itu budak-budak perempuan memang cukup benci dengan aku dan kawan-kawan.Tapi yang peliknya ada juga yang minat aku secara diam-diam.Eh camne pulak aku tahu dia minat aku kalau dia diam?

Pernah ada suatu hari aku dan kawan-kawan pergi ceroboh masuk asrama puteri lalu curi coli ada sorang budak perempuan ini yang saiznya kena darab 3 kali L (XXXL).Lepas itu aku pegi bubuh coli itu dalam meja sorang mamat ini yang perasan dirinya sangat hensem semua perempuan suka sama dia hatta makcik kantin pun dia perasan nak ngorat dia bila tersalah bagi baki.

Serta-merta warden buat pemeriksaan mengejut dan aku gelak saja bila mamat itu kena denda pakai coli di perhimpunan esok harinya.Dengar cerita awek mamat itu terus mintak putus on the spot lepas perhimpunan akibat tak tahan menanggung aib.

Banyak juga couple-couple yang putus sebab kena pedajal dengan kami.Ada yang melekat dekat pondok bahan bacaan sebab kami letak gam dekat bangku.Surat-surat cinta kena lekat dekat papan kenyataan bilik guru dan yang paling best ada satu couple ini kena kurung dalam tandas bila nak buat benda tak elok.Nasib la siapa suruh menghampiri zina.

Tapi semuanya itu berubah dek kerana seseorang...

Hari itu pendaftaran murid baru tingkatan 4.Jadi selaku senior memang wajib sambut siap tolong pikul beg bagai.Lahanat mana pegi bubuh nama aku jadi salah seorang AJK pendaftaran.

Ada sorang budak perempuan nie waktu dia sampai semua AJK lain takde pergi mengulor tinggal aku sorang saja nak tak nak terpaksa la aku melayan.Aku pun beramah mesra walhal dalam hati meluat gila bila aku tanya siapa nama dia pergi jawab mak kita tak bagi cakap dengan orang tak kenal.

Berbekalkan ayat-ayat manis hasil panduan novel jiwang yang aku baca dekat perpustakaan waktu ponteng kelas,dapatlah aku tahu nama dia dan asal mana.Nama dia Nor Azura berasal dari Merlimau,Melaka.Lepas hantar dia sampai gate asrama aku pun blahlah takkan nak ikut naik sekali tolong kemas loker.

Selang seminggu kemudian,aku nampak Nor Azura dengan kawan-kawan dia tengah main bola jaring.Aku pun datang dekat tepi gelanggang dengan sorang kawan aku kengkonon nak cheer untuk mereka walhal nak masukkan katak dalam kasut sukan mereka.

Memang ajal katak itu bila secara selamba Nor Azura terus sarung kasut dia lalu bermain bola jaring.Mungkin badan katak itu dah jadi macam orang-orang eksiden yang aku selalu tengok dalam KariNgeri 6 tahun akan datang.

Lepas habis main,Nor Azura membuka kasut dia lantas menjeritlah beliau macam kena sawan babi.Aku dah gelak-gelak dengan member aku yang hatinya 10 kali ganda lagi busuk dari aku.Ada ke dia suruh masukkan lipan?

Nor Azura menangis tersedu-sedu sebab terkejut sangat mungkin ataupun meratapi nasib katak lenyek.Entah kenapa secara tiba-tiba timbul perasaan ganjil dalam diri aku.Rasa macam kasihan pula.

Esoknya waktu rehat aku pergi berjumpa Nor Azura.Aku minta maaf penuh kekesalan.Hasilnya aku dapat sekeping pelempang percuma saja dari dia.Takpela,dah aku yang salah.

Sejak hari itu aku selalu kacau-kacau dia tapi dah tak keterlaluan setakat bersiul-siul macam kongkang Zoo Taiping saja.

Kami mulai rapat masa mengikuti perkhemahan dekat Kem Janda Baik.Masa itu aku secara beraninya telah menyelamatkan dia dari lemas padahal aku hulur batang kayu saja celah mana aku reti berenang.Tapi dia tetap berterima kasih dengan aku.

Mulainya cuma belanja makan di kantin saja sehingga melanjut belanja makan di KFC pula waktu outing.Kami semakin mesra sehingga pada suatu hari dia cakap cintakan aku.

..............................................................................................................

"Sayang..." kekasih hati mulai bersuara

"Ya saya?"

"Bukan masa tingkatan 5 sayang sekolah semua lelaki ke?"

"Ahaks! kantoi pulak...hehehe"

Sunday, July 11, 2010

Hidup ini perlu kepura-puraan.

Share

Dulu masa aku sekolah rendah,boleh kata aku seorang yang baik dan jarang menimbulkan masalah kepada guru-guru.Kalau ada sessi ibubapa datang ke sekolah mesti guru kelas akan puji aku melambung sampai ibubapa aku pun naik menyampah padahal dekat rumah perangai macam setan.
.............................................................................................................

Hari itu punya cuaca mana aku ingat tapi ada seorang budak dalam kelas aku yang memang terkenal agak nakal sebab suka cari gaduh.

Entah apa punca aku secara tiba-tiba terkutuk nama bapa dia.Tak sengaja,OK?

Dia pun terus mengasari aku.Zaman budak sekolah rendah,mana nak cari helmet bantai ke dagu jadi budak agak nakal suka cari gaduh itu sekadar tolak-tolak aku sampai ke dinding.

Dua tiga kali tolak aku biarkan tapi masuk kali ke-4,aku tolak dia balik.Kesian dia terus jatuh terduduk macam nangka busuk sebab dia pun gemuk.Macam biasa kalau ada gaduh,ramai-ramai kerumun sorak sambil ada dua tiga balaci pegi panggil cikgu.

Budak agak nakal suka cari gaduh itu bangun balik dan terus cekik leher aku sambil sebelah tangan lagi nak tumbuk muka aku.

Tapi aku lagi pantas tumbuk muka dia dulu terus jatuh terduduk lagi budak agak nakal suka cari gaduh itu.Hidung dia berdarah.

Masa itu aku dah rasa kemenangan mutlak milik aku.

Sekali cikgu datang terus leraikan pergaduhan sambil libas rotan dua tiga das dekat budak yang tengah sorak.

Aku dan budak agak nakal suka cari gaduh itu dipanggil ke hadapan kelas untuk dibicarakan.

Aku terus nangis sambil cerita hal sedikit benar lalu budak agak nakal suka cari gaduh itu dijatuhkan hukuman rotan dekat tangan.

Sambil kesat-kesat airmata,aku senyum nipis tanda puas hati.Tak sia-sia kepura-puraan aku selama hari ini.

Saturday, March 13, 2010

Cerita Hantu 1Malaysia.

Share

Malam itu aku,Ah Meng dan juga Raju baru balik dari main badminton di dewan sekolah.Setelah membersihkan diri,kami duduk berkumpul di dorm sambil menunggu aku memanaskan air dan membancuh Nescafe.Memang itulah aktiviti kami setiap hujung minggu jika tidak pulang ke kampung halaman.

Kami bertiga merupakan pelajar tingkatan 5 sebuah sekolah asrama di Kuala Selangor.Walaupun kami bertiga berbeza bangsa,agama dan warna kulit,kami mampu membawa semangat 1Malaysia tanpa perlu mencuri nama tuhan agama lain.

Sambil menghirup Nescafe,Raju bersuara...

"Malam-malam begini kalau kita cerita hantu syok juga kan?"

"Hish kau nie Raju.Takutlah saya" bidas Ah Meng.

"Ala kau nie penakut sangatlah Ah Meng.Jom lah kita cerita hantu.Syok juga sambil minum Nescafe" kata aku.

"Ok! Ok!...kau lah cerita dulu Raju" tambah Ah Meng dengan muka tidak rela.

Cerita 1

Hujan lebat ditambah lagi dengan petir sabung menyabung membuatkan malam itu kebanyakan pelajar tidur awal.

Hussin juga tidak banyak pilihan apabila lampu dormnya telah dimatikan seawal jam 11 malam.
Belum sampai 10 minit lampu dipadamkan,Hussin telah lena diulit mimpi indah.

Masa terus berlalu.Dari jam 12 menganjak ke jam 1 dan seterusnya...

Tepat jam 3 pagi,tiba-tiba Hussin terjaga.Serentak dengan itu juga dia terdengar suara orang bercakap...

"Satu dah bangun~"

Hussin terus mendongak ke arah punca suara itu dan terlihatlah beliau suatu mahkluk yang menyerupai perempuan tua yang menyeramkan duduk bertenggek di atas loker.

Dengan bantuan cahaya bulan,jelaslah kelihatan seorang perempuan tua,memakai baju putih,berambut putih melepasi kaki,mukanya berwarna hitam seperti terbakar dan matanya terjegil keluar seperti orang kemalangan.

Tanpa berlengah lagi,Hussin terus memejamkan matanya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran.

Tiba-tiba nenek itu bersuara lagi...

"Satu pura-pura tidur~"

Hussin yang ketakutan bertambah takut.Segera ditekup mukanya dengan bantal sambil mulutnya tidak berhenti membaca ayat suci Al-Quran kekadang tersasul Alif Ba Ta.

Selang beberapa lama kemudian,keadaan kembali tenang...

Hussin mulai berani mengangkat bantal yang digunakan untuk menutup muka.Perlahan-lahan dia memandang atas loker tempat nenek itu bertenggek.

Tiba-tiba...

"Cu cari nenek ye?" sayup-sayup kedengaran suara dari hujung katil sebelum Hussin jatuh pengsan.

.............................................................................................................

"Dah? Itu jer? Ekeleh tak seram langsung cerita hantu kau Raju.Macam hantu keling.Kejap atas loker,kejap atas katil" kata aku sambil tergelak

"Oh kau kerek ye.Malam kang dia carik kau baru kau tahu" balas Raju.

"Sudah...sudah...kamu semua jangan gaduh.Mari saya bagitahu cerita hantu saya pula" kat Ah Meng dengan muka bersemangat.

Cerita 2

Lan merupakan pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR. Beliau seorang yang rajin.Boleh kata setiap malam beliau akan mengulangkaji.

Suatu malam, sedang beliau membuat ulangkaji matapelajaran Sejarah...tiba-tiba datang seorang makcik di tingkapnya.

"Nak beli karipap?" tanya makcik tersebut.

"Takpela makcik,kenyang lagi nie" balas Lan menolak dengan sopan.

Tanpa mempedulikan makcik tersebut,Lan terus menyambung mengulangkaji.

Seolah-olah baru tersedar dari sesuatu,Lan tersentak lalu terus baring diatas katilnya dan menarik selimut ketakutan

Dorm Lan di tingkat 2!

......................................................................................................

"Huh! cerita kau lagi cam sampah! Langsung tak menakutkan.Apa da hantu jual karipap.Dia nak beli apa jual karipap tue?...hahahaha" kata aku dengan angkuh.

"Betul! Betul!...Cerita hantu kau surupa sampah juga ada.Saya sikit pun takdak takut" tambah Raju.

"Kau ni sudah angkuh benar Jalil.Malas aku layan kau.Cepat cerita hantu kau yang seram sangat itu" kata Ah Meng tak puas hati sebab dua ekor mangkuk tue gelakkan dia.

Cerita 3

Sam dan Mazlan merupakan dua pelajar nakal di sekolah tersebut.Boleh kata hampir setiap guru mengenali mereka.

Kes paling terbaru mereka ialah memecah masuk asrama puteri dan masih dibicarakan.Walaubagaimanapun,kebanyakan kes yang lepas disenyapkan begitu saja kerana bapa Mazlan seorang yang berpengaruh.

Minggu tersebut pelajar dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing tapi mereka hanya dibenarkan pulang selepas solat jumaat.

"Wei...aku malas la nak pegi sembahyang jumaat.Nanti balik tue berpeluh-peluh.Dah la aku nak jumpa awek aku balik karang" kata Mazlan kepada Sam.

"Sukahati kau lah.Aku nak pegi tau! Nanti lagi banyak pula kes aku.Kau boleh la,kau anak Dato'.Ayah kau orang berpengaruh.Ayah aku menoreh getah jer" kata Sam pula.

"Eh jap Sam! kau tolong kunci aku dalam loker nie.Nanti balik kau bukak tau.Kau jangan tak bukak pulak"

Malas melayan rakannya itu,Sam terus menutup pintu loker rakannya itu sebaik saja Mazlan masuk dan terus mengunci dari luar.

Selesai sembahyang,kelihatan pakciknya telah menunggu di depan pintu asrama.Sam mulai hairan.

"Cepat kemas beg kamu.Mak kamu dah nazak" beritahu pakciknya.

Sam segera mengemas begnya.Langsung terlupa beliau kepada rakannya di dalam loker itu.

Seminggu kemudian...

Sam baru pulang dari kampung halamannya.Mujurlah keadaannya maknya kembali stabil setelah melalui saat getir.

Tiba-tiba seorang rakan dormnya bersuara...

"Nie apa yang bau macam bangkai nie...busuknya..."

"Ya Allah! aku lupa bukak pintu loker si Mazlan" terus terlintas difikirannya.Terus saja Sam pergi ke arah pintu loker Mazlan.Serentak dengan itu juga,bau busuk itu semakin menusuk ke dalam hidungnya.

Sambil membuka loker Mazlan,sambil itu jugalah Sam berdoa semoga Mazlan telah dapat keluar sebenarnya.Ada orang lain yang telah membantu membuka lokernya.

Dikuak sedikit pintu loker Mazlan,berterabur ulat jatuh ke lantai mengeletik-letik.Bau busuk itu semakin kuat menusuk-nusuk hidungnya.

Didalam loker itu kelihatan mayat Mazlan yang sudah berulat.Mukanya rompong dimamah ulat.Perutnya kembung dan seluruh tubuhnya habis bengkak.

Yang menghairankan,bagaimana Mazlan tidak dapat keluar sedangkan loker yang digunakan hanyalah loker kayu yang jika ditendang sedikit pun boleh terkopak.Tambah menghairankan bila adanya kesan cakar seolah-olah Mazlan terseksa sebelum matinya.

......................................................................................................

"Cuba kau check loker kau Ah Meng.Entah-entah kat loker kau lah si Mazlan tue mati" usik Raju.

"Entah Meng,try la tengok mana tahu ada kesan cakar ker" tambah aku lagi.

"Kau orang nie kalau tak mengusik aku satu hari memang tak sah kan?" bidas Ah Meng.

Serentak dengan itu mereka bertiga tergelak.

Tiba-tiba...

"Ada sesiapa nak beli karipap?" kedengaran suara dari tingkap.Ada seorang makcik sambil memegang bakul.

"Takpelah makcik,kami kenyang juga ada" balas Raju.

Makcik itu pun berlalu pergi meninggalkan kami.

"Eh jap! dorm kita nie tingkat dua kan?" Ah Meng tiba-tiba bertanya...

"Yerla.Kenapa?"tanya Raju kembali.

"Tadikan..."

Kami semua pun berpandangan terus melompat naik ke atas katil.

Malam itu kami semua membentang tilam dan tidur dilantai bersama-sama kerana ketakutan.Masing-masing berebut untuk tidur ditengah.Akhirnya Ah Meng berjaya tidur ditengah atas alasan dia paling penakut.

Tepat jam 3 pagi, aku terjaga dari tidur kerana terasa nak kencing.Serentak dengan itu juga aku terdengar sayup-sayup suara dari atas loker...

"Satu dah bangun~"

"Cilaka! macam cerita Raju" desis hatiku.Aku pun terus pura-pura tidur kembali.

"Satu pura-pura tidur~"

Ah sial! dia tahu pulak aku menyamar tidur.Dalam pada itu aku terus baca ayat Kursi sambil menahan kencing.

Tiba-tiba...

"Dua dah bangun~"

Eh! ada geng.Hahaha.Walaupun takut tapi aku tahu ada seseorang telah bangun dan juga mengalami nasib sama seperti aku.

"Dua pura-pura tidur~"

Aku tak tahu siapa yang terjaga disebabkan takut yang teramat sangat.Seboleh-boleh aku pejamkan mata taknak melihat persekitaran.

Pap! bahu aku ditepuk oleh seseorang.Terus aku menjerit ketakutan.

"Eh kau nie apahal?Tue la,tidur tak basuh kaki lagi..." tegur Saiful."Dah! dah! pegi sembahyang subuh.Dah nak dekat pukul 7 dah nie".

Raju juga kelihatan terpisat-pisat bangun dari tidur.Terus dia bagitahu...

"Malam tadi hantu yang aku cerita itu ada.Masa aku terjaga,dia cakap dua dah bangun".

"Yang pertama tue aku...aku pun dengar jugak..." balas aku.

"Eh Ah Meng mana?" tanya Raju lupa tentang peristiwa hantu nenek itu.

"Entah,aku bangun tidur jer dia dah takde." balas aku kembali.








Lepas mandi dan menyiapkan diri, kami bersedia untuk pergi keluar outing.Memang hari Sabtu pelajar dibenarkan keluar ke bandar membeli keperluan harian.

"Eh Ah Meng mana ek?" tanya Raju

"Entahlah" balas aku acuh tak acuh.

Ah Meng memang selalu begitu.Biasanya dia akan bangun awal untuk mengulangkaji pelajaran.

"Takpela,aku cuma mahu minta dia punya minyak wangi sikit" kata Raju sambil tersengih.

"Macam tak biasa pulak"

Terus Raju pergi ke loker Ah Meng.Tiba-tiba Raju menjerit seperti orang hilang akal sambil tangannya menunjuk ke arah loker Ah Meng.

Kelihatan di dalam loker,mayat Ah Meng yang mengembang akibat bengkak sambil pintu lokernya ada kesan cakar

Dibawah kesan cakar ada tulisan kecil menggunakan pen marker...

'Mazlan was here'.


Wednesday, February 3, 2010

Mari belajar hisap rokok dari Abang Razi.

Share


Hari nie aku tensen.

Biasa kalo aku tensen,mesti aku hisap rokok.Tapi hari nie aku tak hisap.Aku pegi minum air masak sebab aku sakit tekak.

Tiba-tiba aku teringat zaman aku mula-mula hisap rokok...
..............................................................................................................................................................................

Ketika itu, aku berada didalam tingkatan empat.Aku baru saja berpindah ke sebuah sekolah yang berprestij di Negeri Sembilan.

Suasana pembelajaran yang baru di sekolah itu membuatkan aku tertekan.Mereka budget pandai yang setiap kali cikgu tanya soalan mesti ramai ramai angkat tangan.Gila kau tak psiko.

Pastu dua hari lepas aku masuk ada test addmath.Dah la masa sekolah lama dulu waktu addmath jer aku tido.Basic memang kosong.Ko tanya aku fungsi pun aku tak tahu apa fungsi dia.Aku ingat belajar ABC balik tapi belajar huruf X dengan Y jer.

Memang dah agak,test addmath aku dapat dua.Itu pun sebab tulis balik soalan.Cikgu tue pun tanya "kamu kat sekolah dulu tak belajar lagi ek silibus nie?"

Aku geleng tipu.

Lepas tue tiap-tiap hari kalo ada subjek addmath jer cikgu tue akan tanya aku membuatkan aku tambah tertekan.

Bila waktu prep jer,kelas tue jadi diam.Semua tunduk kepala bukak buku menelaah apa jadahnya ntah.Memang beza gila masa aku sekolah lama,waktu prep tido kat surau.Hahaha.Takpun main alat muzik Bonggo kat bilik budak nasyid.

Masa aku mula-mula masuk tue,salah seorang yang masuk sekali dengan aku ialah Naqqib.Ok! Naqqib salah satu punca aku tertekan jugak.Kalo korang tak kenal dia,mesti ko akan rasa dia nie...macam pelik...kalo cite cite omputih,watak dia nie macam mamat nerd yang kena pinggirkan.Nasib baik la mulut dia longkang gak.Kira leh masuk ngan kepala otak aku.

Pastu aku ingat lagi,dalam kelas tue ada tiga empat orang yang memang mula mula tue aku rasa nak tumbuk laju laju jer kat perut diaorang.KD,Zack,Faiz Hulk ngan Shah.Empat ekor nie memang kuat study pastu kalo study takleh ada bunyi walaupun pen jatuh.Mesti nak sound.Ok,mesti korang dah rasa tertekan kan sekarang?Hahaha...

Kat sekolah nie,ada la dua tiga orang gak yang budget orang putih (Rahman jer budget nigga).Cakap BI memang berabuk abuk serdak bahulu.Aku punya BI plak setakat fuck u bitch muthafucka boleh la.So secara tidak langsung memang ko rasa rendah diri.Ok fine! aku memang rendah.

Atas semua alasan itu,aku jadi sangat tertekan.Sehinggalah pada suatu hari...

Masa itu kelas BI.Teacher bagi kami satu cerita tentang budak sekolah yang merokok.Moral dari cite tue patutnya jangan hisap rokok tapi otak aku proses lain suruh belajar hisap rokok.

So hari jumaat tue aku ngan Azizi pegi masjid nak sembahyang jumaat sama-sama.Masa baru baru masuk sekolah tue memang kalo sampai awal kat masjid wirid dan iktikaf jer la.Tapi sebab dah kenal setan setan tue,Azizi ajak aku pegi Ampangan dulu sebab awal lagi.Tok Imam pun tengah mandi lagi kat rumah kata dia.

Aku pun pegi ikut jalan kemungkaran.

Sampai Ampangan,kitaorang lepak depan 7E (nasib baik SPM aku tak dapat camni).Lepak lepak minum Slurpee pastu tetiba aku tanya Azizi.

"Ko nak hisap rokok tak?"

Azizi pun sengih sengih "Aku ok jer"

Aku terus masuk balik 7E beli Dunhil kotak 7.Pastu kitaorang hisap la.Tapi aku tak tarik pun.Aku hembus hembus bodo jer.

Sehinggalah...

Ada satu malam tue,aku lepak dengan sape ntah.Black kot.Pastu dia tengok aku hisap rokok macam pelik.Dia tanya la

"Ko tarik tak?"

"Tarik apa?"

"Laa....ko tak tarik nie.Cuba ko tarik"

"Camne?"

"Ko sedut asap tue pastu macam ko tarik kedalam"

Aku pun try.Percubaan pertama aku batuk dengan teruknya.Malam tue ada la dua tiga kali aku batuk batuk dengan teruk sampai sakit tekak.

Salah satu sikap aku,aku tak suka kalo benda tue aku tak tahu buat.Aku mesti nak cuba sampai pandai.So secara underground aku berlatih me'narik'.

Dan hasilnya sekarang...aku seorang perokok!

Jadi jika ada mana-mana yang baru nak belajar merokok...bolehlah tuisyen dengan Abang Razi.Hahaha....

Friday, March 13, 2009

SASER namamu teratas.

Share



Sekolah Menengah Sains Seremban@SASER sekali lagi mencipta nama melalui keputusan SPM baru-baru ini dengan tempat pertama seluruh Sekolah Berasrama Penuh.Tahniah diucapkan! Aku selaku bekas pelajar turut berbangga dengan pencapaian junior aku...wakakaka...

1. SASER 1.612
2. KISAS 1.68
3. ASIS 1.754
4. SBPI GOMBAK 1.883
5. SAINS JOHOR 1.906
6. SESERI 1.979
7. SEMASHUR 2.014
8. SEMESTA 2.059
9. MCKK 2.073
10. SAS 2.108
11. SMAPK 2.11
12. STJ 2.171
13. SMAPL 2.198
14. SBPI SABAK BERNAM 2.193
15. STF 2.221
16. SBPI JEMPOL 2.248
17. SEMESRA 2.266
18. SMACH 2.269
19. SMSS 2.289
20. SMESH 2.321
21. SBPI PEKAN 2.355
22. SBPI KUANTAN 2.382
23. SEMSAS 2.406
24. SERATAS 2.409
25. SAINS KUCHING 2.438
26. SHAH PEKAN 2.434
27. SAKTI 2.444
28. SEMESTI 2.447
29. STAR 2.456
30. SOKSEK 2.604
31. SAINS LAHAD DATU 2.621
32. SAINS DUNGUN 2.637
33. SAINS LABUAN 2.822

p/s:Teringat zaman-zaman jahanam aku mse kat SASER...huhuhu...rindunya~

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP