Tuesday, December 8, 2009

Hari-hari gembira aku

Share

Disebabkan hari ini aku ada training,maka aku takde meeting Kaizen.Justeru itu, hari ini aku isytiharkan sebagai hari paling gembira.

Bagi menyambut hari paling gembira tersebut,esok aku isytiharkan cuti umum bagi diri aku...keh keh.

Hari ini juga hari gembira bagi bos aku sebab dapat cahayamata yang kedua diberi nama Jen Wen (sebutan sama dengan Genuine).

Ikut cara orang kafir nak celebrate...mesti la kena minum arak pastu laga-laga gelas.Tapi sebab aku tak minum arak jadi aku buat Nescafe jer pastu bila takleh tido,laga-laga kepala kat dinding.

p/s:Sye sayang awek sye.Psst! jangan bagitahu dye.

Friday, December 4, 2009

Cool ker jadi doktor?

Share

Aku mulai tengok Nobuta Wo Produce semalam.Hari nie sampai episod 8, ingatkan dah habis rupanya Fiza (tokan DVD) tak habis copy. Maka termangu-mangulah mencari punca keseronokan seterusnya.

Lepas satu DVD satu DVD aku usha mencari yang sesuai dengan jiwa dan raga aku sekarang.

Umpama orang mengantuk disorong bantal, penemuan satu DVD cerita bertajuk 'Team Medical Dragon' mengubah keceriaan yang semakin pudar sebentar tadi.

Episod pertama bermula dengan situasi di medan peperangan dimana para doktor bertungkus lumus membedah buah dada pesakit bagi menjalankan pembedahan jantung.

Scene seterusnya dimulakan dengan tepi pantai dimana seorang doktor terkemuka baru lepas romen dan tiba-tiba datang seorang doktor perempuan menawarkan pekerjaan sebagai guard di asrama PTP mengantikan guard Bangladesh yang dihantar balik gara-gara tidak membenarkan seorang penghuni asrama masuk.

Aksi-aksi lucah seterusnya termasuklah bagaimana doktor tersebut berjumpa dengan doktor-doktor lain yang hipokrit,tidak mementingkan nyawa pesakit dan juga waktu menunggu yang lama ala-ala hospital kerajaan di Malaysia sampai pesakit yang dah nak mati naik berang lalu terus mematikan hasrat untuk dapat MC.

Tidak lupa juga aksi-aksi hebat doktor terkemuka bedah jantung yang dipinggirkan bernama Asakura Ryutaro meramas-ramas jantung pesakit yang dah mati sampai pesakit tue hidup balik sebab stim kne ramas.

Aku sangat kagum dan teruja melihat aksi-aksi cool dan bergaya yang dipersembahkan lalu berangan-angan untuk menjadi doktor lagi-lagi aksi Asakura sarung jubah doktor kaler putih itu.Sangat cool sampai rse nak jerit-jerit macam peminat perempuan dapat salam Zac Efron.













Tapi bila bce blog Ika & Najlaa...hmm...xjadi la nak jadi doktor.Lagi-lagi kalo bce blog Naqqib...keh keh...

p/s:Ada sesiapa boleh bagitahu aku apa itu pembedahan Batista?Kalo Gabriel Batistuta aku tahu la...

Camne nak jadi doktor bedah? Masa kelas Biologi suruh potong tikus pun taknak...haihs~


Wednesday, December 2, 2009

Aku benci warga Bangladesh berkuatkuasa hari ini...sila hantar mereka balik sekarang!

Share

Hari itu biasa saja.Takde apa-apa yang istimewa.Bangun pukul 7.40 dan terpaksa men'gajah'kan subuh lalu terus capai tag nama dan kasut untuk pegi keje.

Sampai lewat ke tempat keje walaupun jarak asrama dengan tempat keje tak sampai 2 marhalah lalu segera naik ke kantin untuk sarapan pagi ala-ala orang keje kerajaan.

Pukul 9 masuk ofis lalu terus habiskan keje yang tertangguh semalam.Sambil tue sibuk juga men'forward' email-email bukan berkaitan keje kepada gadis-gadis dengan harapan mereka akan mendambakan email-email dari aku.Kalo satu hari tak dapat email dari aku mereka boleh jadi gila.

Disebabkan scene-scene seterusnya hanya berkaitan keje maka Finas dah potong dengan alasan agak meleret jadi kita terus skip ke pukul 2.30 petang.

Pukul 2.30 petang macam biasa akan ada meeting Kaizen dimana beberapa ahli kumpulan terdiri dari supervisor line,manager dan orang substore akan berbincang bagaimana nak betulkan kesalahan mereka lalu dinamakan 'improvement'.

Aku macam biasa la,akan berdiri ala-ala manager sambil berpeluk tubuh,buat muka serius macam sangat faham akan benda yang mereka bincangkan walhal dalam otak sedang fikir nak makan apa malam karang.

Tapi hari ini perbincangan mereka agak serius sikit sebab engineering director nak tengok apa progress hasil perhimpunan haram mereka esok.

So aku disuruh buat racking template.Benda nie nampak simple jer tapi nak buatnya memang menguji keimanan dan kesabaran apatah lagi iman umat akhir zaman nie senipis kulit bawang jadi aku hilang sabar dan iman.

Hari itu aku terpaksa OT sampai pukul 9 lebih.

Habis jer keje terus pegi Larkin sebab Paan mintak tolong ambik.Dalam perjalanan itu,Yoe plak call mintak tolong ambik kat Senai.Ok,hari itu aku jadi driver teksi sapu bawak Satria Neo.

Kemudian sampai asrama balik dalam pukul 12 lebih.Aku kunci keta trus meluru ke gate asrama sebab aku dah penat gila-gila.Tapi...

Gate asrama kunci.Tak pernah-pernah plak dye kunci.Pastu aku suruh la bangla guard tue bukak...tapi dye buat muka bongok dye jer.

Dye suruh call warden.Aku pun call la tapi serius macam babi perangai mereka.Dah la taknak tolong,pastu membebel plak...habis kredit aku.

Yoe call Hairi seorang engineer yang pernah menetap di asrama itu mntk no. Shukri.Shukri nie warden gak kat asrama tue.Tak lama kemudian Shukri pun datang,dye suruh guard bongok tue bukak tapi apa ke batu yang ada dalam kepala guard tue,dye degil taknak bukak.

Kteorang smua dah hangin trus call Hairi mintak tumpang tido malam tue kat rumah dye.

Dan hasilnya,hari nie aku tak pegi keje.Padan muka team Kaizen aku.

So secara rasminya sekarang nie aku benci smua orang Bangla.

Khai pun aku suruh buat pembedahan plastik sebab muka dye ada iras-iras orang Bangla.

Monday, November 30, 2009

Razi berlakon New Moon?

Share


Semua pompuan nak jadi pontianak dan werewolf gara-gara filem New Moon.Nasib baik tengok Papadom takde plak yang berimpian nak jadi gemuk macam Afdlin Shauki...keh keh.

Sebagai pembuka tirai bicara eloklah aku mulakan dengan satu fakta yang tak semua orang tahu yakni aku bukanlah peminat Twillight.

Maka jatuhlah hukum talak sebagai peminat New Moon.

Tapi agak menakjubkan bilamana aku menonton wayang filem New Moon pada hari pertama ia ditayangkan.

Saat aku menulis ini dah berjuta-juta orang menonton cerita ini,dan berjuta-juta juga duit masuk dalam poket pengarah dye.Maka aku malas la nak mereview cerita ini (alasan malas nak menaip).

Jadi lepas ini Malaysia boleh la pulak buat cerita percintaan antara toyol dengan manusia ker,hantu raya ker atau nak lagi best buat hantu tetek.Aku yakin ramai yang pegi menonton.

Tapi sebenarnya Malaysia dah lama ada cerita pasal percintaan vampire.Cerita Raja Bersiong.Takde sorang kisah pun.Tun Sri Lanang jer sibuk nak riwayat kasi tebal buku sejarah budak tingkatan 3.

p/s:Aku selalu kena gigit pepijat.Agak-agak aku akan bertukar jadi pepijat tak?



Selamat Tahun Baru!

Share

Dah nak masuk tahun 2010.Maka secara automatik umur aku akan meningkat sebanyak setahun walhal rupa dan ketinggian aku macam baru lepas ambik PMR.

Post aku kat blog nie pun dah meningkat ke-seratus lebih tapi aku malas nak celebrate sebab aku rasa aku banyak merepek dari memberi ilmu yang berguna jadinya aku ambik keputusan yang berat untuk tidak sambut apa-apa takut jatuh hukum ikut yahudi.

On job training aku kat JB nie pun dah nak habis dan kontrak aku hendak disambung tapi aku menolak secara baik atas dasar racist kepada bangsa asing terutama Bangladesh akibat kesilapan seorang warga Bangladesh tuduh aku muka macam Bangladesh walhal dye yang Bangladesh tak sedar diri.

Banyak yang berlaku dalam 2009 ini.Tahun ini aku belajar untuk jadi seorang yang setia.Belajar untuk melukakan hati seseorang.Belajar bangun awal.Belajar masak.Belajar memandu melebihi had laju yang ditetapkan.Belajar banyak perkara tentang kehidupan yang mendewasakan aku menjadi seorang......................(tidak lebih 15 patah perkataan...tak tahu ayat yang sesuai jadi kamu-kamu yang baca blog aku ini boleh tulis sesuka hati ikut sedap limpa paru kamu semua).

Terima kasih juga kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog ini,meletakkan komen berbaur kutukan tapi tak kisah kerana kutukan itulah yang menyedarkan aku bahawa aku seorang yang terkutuk,dan juga sudi ikut blog ini dengan jadi pengikut aku...cukup seribu orang aku ajak buat perhimpunan haram.





















Hmm...masih 30hb November lagi ker?Cis! segan aku....













p/s:Sejak bila setahun ada 12 bulan nie?Bukan 11 ker?Mesti dah nak kiamat nie...

Monday, November 23, 2009

Sedap ker daging babi tue?

Share

Aku bukan nak hina Gelang Patah tapi aku rse Kuala Perlis lagi maju kot.

Punya la banyak kedai,pencuci muka Nivea pun xde.

Maka fakta-fakta diatas dijadikan alasan untuk aku pegi Jusco Bukit Indah untuk membeli kelengkapan berhias agar kelihatan macam Aaron Aziz.Keh Keh...

Pukul 8.30 malam,aku bersama Khai membelah lebuhraya menuju ke Jusco Bukit Indah semata-mata nak beli ubat gigi Zact Smokers sebab aku hisap rokok dan taknak gigi jadi karat,pencuci muka Nivea yang akan menyebabkan muka jadi macam Aaron Aziz dan juga wax rambut yang boleh buat rambut jadi macam Super Saiya.

Maka sebab aku malas nak taip perkara-perkara keji yang kami lakukan di Jusco itu jadi aku skip trus ke waktu makan.

Kitaorang makan kat food court jer sebab dah hujung bulan (kalo awal bulan,jangan harap nak makan makanan harga bawah RM10).Aku order nasi goreng ayam goreng bersama nescafe ais manakala Khai order nasi putih daging black pepper bersama milk shake kot.

Dimulai dengan Bismillah,kami pun menjamu juadah.

Tiba-tiba Khai bersuara "Eh,apsal daging nie kaler putih ek?"

"Ko beli kat kedai yang mana?"

"Tue" sambil tunjuk kearah kedai makan masakan ala-ala cina.

Dan kami pun berpandangan......

BABI!!




Khai cuba samak/sertu usus dye dengan makan tanah.Sian dye.

Amacam?Sedap tak?Keh Keh...



Sunday, November 15, 2009

Phobia 2:Review

Share

Ramai sungguh yang nak tengok 'Kiamat' hari nie.Macam la amalan semua dah cukup kan?

Huhuhu...anyway,today aku nak pegi tengok '2012' yang kengkonon gempak tue ah.So lepas tunggu Paan habis OT,kteorang gerak la around pukul 3.30 petang.

Sampai jer kat Jusco Tebrau tue...memang panjang-gle-babi-tonyok-oink-oink la dye punya barisan.Disebabkan takde pilihan lain,aku pun beratur la dengan Khai sambil kerling-kerling mana tahu ada 'ulat tiket' nak jual tiket 2012 tapi hampa.

Bila hampir sampai dekat kaunter,nampak la papan tanda elektronik yang asyik tunjuk tiket 2012 telah habis sold-out.Tinggal pukul 8.50 dan 7 lebih jer.Sambil beratur tue sambil berdoa jangan la waktu-waktu itu juga sold-out.

Lagi 2 pusingan nak sampai ke kaunter tiket,nampak la yang pukul 8.50 punya show dah sold-out.Maka plan B perlu dirancang.

Apabila sampai jer kat kaunter,tetiba mulut cakap sendiri nak tengok 'Phobia 2'.Macam kena pukau plak...(aku syak abang kaunter tue makan chewing-gum Wringleys)

Maka 3 lagi member aku tue terpaksa la tengok jugak sebab aku dah beli tiket...keh keh.

Ok,aku ada taste yang bagus jadi sila percaya pada cakap aku untuk komen tentang movie 'Phobia 2' ini.

Komen aku tentang movie ini...ialah cite dye memang tak seram...tapi seronok ditonton.Sangat sesuai untuk orang yang suka tengok cite hantu tapi ble sampai part hantu nak keluar kelubung muka pakai tudung...bazir jer tengok cite hantu kalo macam tue.

Bagi aku,'Phobia 2' ini kurang seram dari '4bia' tapi lebih menarik untuk ditonton.Bonus untuk anda,cite ini ada tambahan satu movie menjadikannya 5 berbanding 4 sebelum ini.

Cite pertama,tak best.Cite pasal hantu lapar.Kalo orang melayu...kita panggil hantu galah.

Cite kedua,aku tak jerit tapi darah aku tersentap-sentap...tapi tetap cover takut dengan gelak-gelakkan Khai yang menjerit setiap scene...cis,bapok betul.

Cite ketiga,aku rse penat gila.Tahan nafas macam aku plak yang berlakon.Pastu bila scene kena kejar...orang depan aku sound "Jangan la tendang-tendang kerusi".Sori yer bang...tindakan luar sedar.Hmm...for this story...diorang telah beri satu revolusi yang berada diluar kotak.Memang satu idea yang menarik.

Cite keempat,aku ngantuk la.Cite pasal hantu kereta.Aku tak suka cite nie sebab anak dye yang comel tue mati.Ok,move on.

Cite kelima,well...cite nie paling syok ditonton.Masih menampilkan pelakon yang sama dalam '4bia'...plot cerita ini memang sangat lain daripada cerita hantu yang korang pernah tengok...pastu kelakar gle.Dah la aku penat tahan nafas,pastu ble tengok cerita nie...perut aku sakit plak ble gelak kuat sangat.

So overall this movie is fun to watch.Aku sarankan korang tengok.Jangan beli DVD tau...kesan efek bunyi hantu dye tak best.

Nie la iklan Wringleys tue.








Wednesday, November 4, 2009

Cerita parodi:Oh Malunya...~

Share

Minggu yang telah berlalu kuharungi dengan menjalani peperiksaan Memerhatikan Pemeriksaan Klinikal Berstruktur atau nama pendeknya MPKB (bukan Majlis Perbandaran Kota Bharu ek).Peperiksaan ini ada 6 stesen termasuk stesen komuter dan juga stesen bas dimana setiap pelajar diberikan masa 5 minit untuk habiskan masa kat stesen bas atau komuter untuk ambik exam sejarah,nak menyiasat ker atau nak menguruskan stesen bas itu menjadi stesen bas yang paling maju ala-ala Dubai siap air-cond.Cukup stress kalo masa ambik exam sejarah kat stesen komuter ada makcik mintak tunjuk camne nak beli tiket pegi Seremban.

Bagi membuatkan pembaca muak dan mual,maka cerita lucah ini bermula dimana aku kena buat pemeriksaan payudara kat seorang pesakit lelaki yang memiliki payudara saiz C cup.

Aku tak tahu camne nak buat pemeriksaan payudara maka aku suruh pesakit itu berdiri dan pastu aku ramas-ramas payudara dye sambil terangkan dekat pegawas peperiksaan yang kelihatan macam nak suruh aku ramas payudara dye pulak lepas nie.Oh,lupa nak bagitahu...dari pesakit sampai la ke pengawas semuanya adalah lelaki...takde perempuan yang terlibat dalam cerita ini.

"Secara umumnya,payudara ada dua dan sepatutnya kedua-duanya mestila sama aras.Tetapi untuk payudara belah kiri ini pesakit ini lebih meloyot berbanding payudara belah kanan...bla bla bla...takde bukti parut yang pesakit pernah buat breast implent,bengkak-bengkak dan....(malas la nak type...korang bukan faham pun)

"Ok.Bagus.Seterusnya..?"tanya pengawas peperiksaan itu sambil meramas-ramas payudaranya sendiri dan buat muka mengoda kat aku.

"Seterusnya, sye nak mulakan dengan menjilat payudara pesakit" sambil mata aku mengerling bulu-bulu yang tumbuh disekeliling putingnya.

"Kanan (pejadahnya tetiba kanan).Ok so camne kamu nak jilat?"

"Sye akan rasa jika ada rasa masin,masam atau pahit disepanjang payudara membawa sehingga ke ketiak pesakit"...peh,mesti masin kat ketiak pesakit.

"Ok,kamu nak start dari mana?" tanya pegawas pemeriksaan sambil membuka butang bajunya dan membuat muka nakal.

Sambil aku jilat-jilat payudara pesakit itu aku explain la sekali, "...start dari puting dye membawa ke bahu dye ada rasa masin dan pahit bercampur yang mungkin disebabkan oleh pesakit tidak mandi lagi..." aku tengah syok jilat sampai aku langsung tak sedar posisi aku masa tu sampailah examiner tu sendiri bagitahu...

"Kenapa kamu jilat dye punya payudara saja sedangkan kamu boleh jilat payudara sye juga...?"

Err...masa tu baru aku sedar yang aku tengah menjilat sambil berdiri dengan susah-payah sedangkan aku boleh jilat payudara pengawas peperiksaan yang lebih rendah dari aku.Patutlah aku dah rasa macam sesuatu salah (terjemahan dari something wrong) je tadi!

Aku perasan pengawas peperiksaan itu dah mula bukak bajunya after dye tegur aku.Adeh.Gelinya...

"Eheh,pakcik duduk ye..."aku suruh pengawas peperiksaan tu duduk sambil control2 geli lalu meneruskan menjilat payudara pengawas peperiksaan dengan muka selambe...


Ye,setelah habis exams menjilat barulah aku sedar yang...














AKU BUKAN GAY NAK JILAT PAYUDARA LELAKI!!!











...hmm atau, pengawas peperiksaan tu yang gay?








Betol.Betol. Aku rasa pengawas peperiksaan tu yang gay. Huhu...

p/s:Untuk cerita original,klik sini

Monday, October 26, 2009

Aku sedang bahagia Pt.3 & Aku tak bahagia Pt.1

Share

Aku baru saja bahagia bila tengok Malaysia dapat no. 16 dalam MotoGP untuk kelas 125cc.

Tapi malamnya pasukan kesayangan aku pulak kalah.

Aku tak bahagia.

Gambar macam sial yang bebudak nie tag aku kat Facebook.Tue tak campur keji dan hinaan yang aku terima kat kilang lagi.


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP