Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Saturday, March 27, 2010

Review : Evolusi KL Drift 2

Share


Sinopsis:

Sambungan dari Evolusi KL Drift,Zack (Shamsul Yusuf) yang dulunya pelumba haram kini telah pun menjadi pelumba drift profesional.Namun begitu terdapat sedikit konflik gay diantara Zack dan Sham (Farid Kamil).

Sham yang cacat sebab selamatkan Zack merasa rendah diri sebab takde awek nak mengorat dia walaupun muka hensem.Awek awek kata,baik aku ngorat Razi.

Dalam pada masa yang sama,Joe (Aaron Aziz) dan Ery (Sam) telah pun meluaskan bisnes dadah mereka ke peringkat KL...diorang kata tahun depan nak join pameran makanan Halal pulak.

Namun begitu,dendam Joe masih tak habis terhadap Zack.Ery pun dendam gak sebab kawan dia masuk penjara.Ekeleh,kecoh la Ery...bukan kau yang masuk penjara pun.

Joe cuba merogol Zack tapi tak berjaya maka dia cuba perangkap Zack dengan letak dadah dekat bengkel Zack.

Zack pun cuak la.Dah la tak pernah hisap dadah...hisap dada jer...maka dia pun lari.

Kamarul (Remy Ishak) ialah anggota polis yang menyiasat kes liwat Anwar Ibrahim dan bisnes dadah Joe tapi dalam cite nie dia siasat Joe jer la...cuba untuk membantu Zack dengan syarat kasitahu rahsia Joe.

Zack pun repot rahsia Joe yang ada tahi lalat dekat punggung.

Dalam pada masa yang sama juga,Zack jatuh cinta dengan Alya (Scha).Tapi hubungan normal mereka mendapat tentangan dari Sham.Sham mahukan hubungan luar tabii mereka masih berjalan.

So dapatkah Zack kembali ke pangkal jalan?Adakah Joe akan tutup bisnes dadah dan jual burger saja?Jawapannya boleh diketahui dengan menonton cerita ini.

......................................................................................................

Review:

Bagi aku sekuel dia nie lebih baik dari cerita yang sebelumnya.Tapi kelemahan cerita nie masih sama,hero dia.Eh tahu la cerita kau,pengarah kau,hero pun nak letak muka kau...ah benci gila.Dah la poyo,budget best dan tutt...tutt...

Ok sori...emo jap.

Dari segi jalan cerita pun lebih baik dari yang sebelumnya.Tapi cite nie memang cite aksi tulen dimana babak babak percintaan pun akan buat kau orang tergelak.Dah la suara Scha tue besar.Geli pulak aku dengar.Dah macam bapok.Eee...

Sinematografi pun makin elok.Kalau dulu,aku rse pening tengok kamera dia.Tahu la konon laju takyah la kamera pun nak bergegar kaw kaw tapi kali nie dah makin elok.Kalau tak caya pegi tengok.

Yang buat best cite nie ialah orang jahat dia.Eh stylo gila orang jahat dia sampai aku pun rasa nak jadi jahat.Macam biasa,Sam memang pandai berlakon.Aaron Aziz pun.Dah la muka iras-iras aku...cuma aku tak tegap jer.

Aksi kejar mengejar,teknik drift dan kereta yang stylo memang tarikan utama cerita nie.Kalau setakat nak tengok muka Shamsul tue baik aku tengok hindustan part menyanyi dan menari...3 jam pun tak kisah.

Penataan muzik ok.Kena la dengan babak.Takkan babak kejar mengejar nak pasang lagu poco-poco pulak kan?

Tapi aku tak puas hati dengan Sam.Apsal kau pegi belasah Scha?Apsal kau tak rogol?Kau memang gay la.Kalau aku yang jadi jahat mesti aku dah rogol Scha.Hahaha.Boleh ambik aku berlakon tak?

Antara kereta yang ada Nissan Fairlady,Mazda RX7,Nissan Skyline R34,Honda Integra,Toyota Supra,Toyota Celica,Toyota Ke70,BMW E46 dan Kancil.Ok fine,Kancil cuma watak picisan.Sekadar parking tepi jalan masa diorang tengah lumba.

Apapun...tahniah Shamsul atas percubaan berani anda.Next time kau jadi pengarah jer...takyah berlakon.

So aku bagi 3 bintang untuk filem ini dari 5 bintang penuh.

Saturday, March 6, 2010

Review : Alice In Wonderland 3D

Share


Cerita 'Alice In Wonderland' telah ditulis oleh Charles Lutwidge Dodgson pada tahun 1865.

Ianya pertama kali difilemkan pada tahun 1903 dalam versi bisu dan versi Disney pula dihasilkan pada tahun 1951.

Disney sekali lagi menghasilkan cerita 'Alice In Wonderland' pada tahun 2010 tapi dalam versi 3D pula.

Macam buku sejarah tingkatan lima tak penerangan aku?Hahaha.Ok aku nak bagitahu yang aku baru balik menonton 'Alice In Wonderland 3D'.

Bagi siapa yang pernah tengok 3D,aku yakin kau orang mesti teruja gila sampai kepala teleng teleng nak elak padahal benda tue tak keluar skrin pun.Ceh! kantoi aku terbuat benda tue.

......................................................................................................

Untuk sinopsis cerita,ianya mengisahkan Alice yang tiap tiap hari mimpi tentang dunia Wonderland sampai la umur 20-an.

Masa umur 20-an,ada satu majlis tari menari yang bertujuan untuk menjodohkan Alice dengan salah seorang anak kepada kawan bapaknya.Ceh orang putih pun main matching matching kan?

Semasa jejaka huduh tak hensem perangai buruk (jeles!) hendak melamar Alice,datang la arnab yang selalu check jam tue.

Alice pun menangguhkan lamaran lelaki itu lalu mengikut arnab masuk ke dunia Wonderland.

Sebaik saja dia masuk ke dunia Wonderland,penghuni Wonderland meragui identitinya sebagai Alice dalam ramalan.

Lalu bermulalah pengembaraan Alice bertemankan arnab apa nama ntah bawak jam,seekor tikus,dua budak gemuk,Johnny Deep sebagai Mad Hatter dan juga ulat beluncas yang asyik hisap shisha menentang Ratu Kepala Besar Suka Bentuk Love.

Untuk kesudahannya,kau orang pegi tengok sendiri...(Ecece padahal lepas scene nie aku dah tertido...sejuk...syok plak tido)

......................................................................................................

Pertama sekali aku nak sarankan agar kau orang tengok cerita nie dalam 3D.Ini kerana salah satu kekuatan cerita ini terletak pada efek CGI nya.Baru la tengok pun feel. (Amaran:Cerita wayang dalam bentuk 3D takde subtitle...tapi kacuk kacuk mat salleh macam aku memang takde masalah)

Dari segi jalan cerita,ianya masih mudah difahami walaupun kau dah tertido sampai separuh cerita.

Ada penambahan plot aku rasa pada saat klimaks dimana Alice kena lawan naga.Peliknya naga tue keluar elektrik tak keluar api.Moden kot?

Penataan muzik,sinematografi dan lain-lain haram jadah yang aku tak tahu...aku rasa ok.

Lakonan Johnny Deep memang sentiasa superb.Lakonan Alice pulak so-so jer.

Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem nie.Kurang satu bintang pun sebab dah bagi kat Bintang RTM.Pejadah?

.......................................................................................................

Ok benda benda yang aku suka dalam cerita ini.

Pertama sekali aku suka dengar slang British diorang walaupun aku ada bau bau bacang dengan Irish.

Pastu aku suka watak budak gemuk dua orang dalam cerita tue...comel tapi creepy.Standard cite cite Tim Burton.

Cite Alice kali ini juga diterapkan unsur unsur lawak style Paris Hilton....contoh:Eee...yuueee...(Yang biasa pompuan buat kalau geli geli tue)

Dunia Wonderland itu sendiri sangat berwarna-warni macam lukisan aku masa sekolah tadika.Pakai pensil kaler Stabilo yang 36 batang tue.

Ada watak babi yang jadi pengalas kaki,watak monyet yang menyamar meja,pastu ada watak bangsawan tetek dia pelik (Aku bangun tido jer terus ternampak watak nie...terus tanya Apek "Apsal tetek dia pelik hah?")

Oh lupa plak ada watak kucing yang debab macam dekat rumah i...tapi kucing i tak boleh terbang dan hilang hilang.Kalau dia boleh terbang dan boleh hilang hilang,mesti i mintak dia keluarkan mesin masa (Ceh budget kucing kau Doraemon ker?)

Senang cite,cite nie best ah.












p/s:Tapi macam hapa jer kena duduk seat couple dengan Apek...geli geli...

Tuesday, February 16, 2010

Review : Percy Jackson and The Lightning Thief

Share


Dalam cerita tipu Greek kuno,ada 3 dewa paling berkuasa iaitu Zeus,Poseidon dan Hades.Diorang nie nama jer adik-beradik tapi kuat kelahi mengalahkan UMNO dengan PKR.

Satu hari Zeus punya petir hilang.Mengelabah la mamat nie takut nanti tak dapat jadi dewa lagi.Terpaksa kerja Jabatan Kaji Cuaca ramal hujan ker tak.

So dia pun slow-talk dengan Poseidon "Wei...lu ada ambik tak gua punya petir?"

Poseidon reply "Takde pasal gua nak ambik"

Tak puas hati dengan jawapan Poseidon,dia pun serkap jarang "Gua suspek anak lu ambik la"

Nak dijadikan cite,si Percy Jackson nie lah anak kepada Poseidon.Tapi mamat iras iras rupa aku nie tak tahu pun dia anak kepada Poseidon sehinggalah pada suatu hari dia diserang cikgu sejarah sebab gagal ujian pertengahan tahun...wakaka...mengarut jer aku punya review.Ok...Ok serius!...sebenarnya cikgu sejarah dia adalah makhluk nama Fury muka hodoh yang telah diupah Zeus untuk ambik balik petir itu.

Dari situ bermula lah kisah si Percy Jackson nie...ditemani anak kepada Dewi Athena dan seekor kambing negro dalam epik pencarian petir yang dicuri.

Ok baru tamat sipnosis...sekarang baru nak mula review...

Dari segi efek 3G dan CGI,memang tak dinafikan tidak mengecewakan.Nampak banyak juga unsur-unsur dari cite Harry Potter yang diselitkan dalam filem ini.Antara yang paling ketara ialah kasut terbang si Percy Jackson dengan bola emas Quidittich si Harry Potter.

Jalan cite agak mudah difahami.Standard filem-filem Disney.Namun begitu terdapat kelonggaran plot yang kalo diperbaiki boleh jadi sebest Lord of The Ring tapi kena tambah sejam lagi waktu tayangan.

Penalaan muzik memang hancur.Haram jadah apa guna lagu Lady Gaga.Tak style la macam cite Transformers dan Angels & Demons.

Sinematografi pun takde la seni sangat.

Eh sesedap hati aku jer komen benda yang aku tak tahu kan?Hahaha...

Bagi aku,cite nie tak sampai tahap wajib tonton la.Kalo korang minat cite Harry Potter,High School Musical,Camp Rock...pegi la tengok cite nie.

Aku bagi 3 bintang dari 5 itupun sebab heroin dia boleh tahan mata cantik sampai tak sedar tercakap "Wow!"













Nota kaki:Apsal cite nie dapat status U sedangkan boleh merosakkan akidah?

Monday, November 30, 2009

Razi berlakon New Moon?

Share


Semua pompuan nak jadi pontianak dan werewolf gara-gara filem New Moon.Nasib baik tengok Papadom takde plak yang berimpian nak jadi gemuk macam Afdlin Shauki...keh keh.

Sebagai pembuka tirai bicara eloklah aku mulakan dengan satu fakta yang tak semua orang tahu yakni aku bukanlah peminat Twillight.

Maka jatuhlah hukum talak sebagai peminat New Moon.

Tapi agak menakjubkan bilamana aku menonton wayang filem New Moon pada hari pertama ia ditayangkan.

Saat aku menulis ini dah berjuta-juta orang menonton cerita ini,dan berjuta-juta juga duit masuk dalam poket pengarah dye.Maka aku malas la nak mereview cerita ini (alasan malas nak menaip).

Jadi lepas ini Malaysia boleh la pulak buat cerita percintaan antara toyol dengan manusia ker,hantu raya ker atau nak lagi best buat hantu tetek.Aku yakin ramai yang pegi menonton.

Tapi sebenarnya Malaysia dah lama ada cerita pasal percintaan vampire.Cerita Raja Bersiong.Takde sorang kisah pun.Tun Sri Lanang jer sibuk nak riwayat kasi tebal buku sejarah budak tingkatan 3.

p/s:Aku selalu kena gigit pepijat.Agak-agak aku akan bertukar jadi pepijat tak?



Saturday, June 27, 2009

Review : Transformers Revenge of The Fallen

Share


Aku baru saja lepas menonton Transformers:Revenge of The Fallen.

Secara jujurnya, aku rse episod kali ini lebih menarik dari episod yang sebelumnya.

Unsur humor, aksi dan sedih telah digarap dengan baik sekali.

Jadi disini aku ingin mengetengahkan beberapa perkara yang mungkin kelemahan atau mungkin juga memang dijadikan sedemikian.Kepada yang sudah menonton, sila cuba ingat kembali manakala bagi yang masih belum menonton, sila teliti perkara ini.

1.Babak pertarungan antara Optimus Prime dan Megatron. Babak ini kurang jelas dimana aku susah nak perasan yang mana kena cekik, yang mana kena pukul sebab robot-robotnya macam banyak sangat wayar jadi susah nak kenalpasti wayar tersebut milik siapa...ala...payah nak terangkan la...xpela...move on kepada yang nombor 2.

2.Mengapa setiap alat elektrik yang terkena percikan All-Spark akan jadi robot jahat?...Kenapa tak jadi robot baik?Huhuhu

3.Mengapa robot jahat yakni Decepticon lebih banyak dari Autobots dan kebanyakan robot jahat nie sangat besar dan cantik berbanding Autobots?

4.Kenapa hanya Amerika saja yang menghantar tentera sedangkan nak pegi perang kat Afghanistan pun mintak tolong dari Perancis, Britain dan lain-lain.Nie nak lawan robot yang lagi canggih dan lagi kuat pun pakai tentera Amerika jer?

5.Apsal babak Sam Witwicky lari dari kena tembak lagi banyak dari babak Optimus Prime lawan The Fallen?

6.Apsal Megan Fox hot sangat?...*drool*...hahaha...

Hahaha...pape pun...aku rse berbaloi la untuk menontonnya. Jadi jangan tunggu lagi...pegi bakar panggung wayang berhampiran anda jika masih belum menontonnya lagi.

Sunday, June 7, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak : Review

Share


Mata mengantuk tapi masih mahu update.Adakah ini yang dinamakan ketagih?

Hmm...ok...tadi aku pegi tengok wayang.Seperti yang aku war-war kan dalam post sebelum ini,juga pengumuman yang dibuat di Facebook...aku nak tgk 17 Again...tapi malangnya ble usul nie aku bawa kepada ahli majlis lembaga rakan-rakan sekongkol...diorang sebulat suara undi aku gay berkuat-kuasa kalo tiket wayang 17 Again dibeli.

Oleh kerana bimbang nama dan imej soleh yang telah aku terapkan sejak dari bangku sekolah lagi tercemar kerana sekeping tiket...maka aku dengan tidak rela hatinya mengikut diorang menonton 'Jangan Pandang Belakang Congkak'.Komen aku pada cite nie...xbest (malas nak komen lebih-lebih sebab xbest).Bintang yang aku berikan? 2 dari 5 bintang.Ok.Noktah.Tutup kes.

Sunday, May 31, 2009

Syurga Cinta : Review

Share

Aku dah tengok SYURGA CINTA! Owh...apa?...korang dah lama tgk?...ala...sori-sori...aku baru jer sempat tengok td.



Komen:Aku rse enjoy la tgk movie nie.Tgk telatah adik Haziq yang cute...smpi part yang org lain xgelak pun aku gelak jer...kuat lagi (spe pernah tgk wayang dgn aku msti paham).Jalan cerita dye biasa jer bagi aku...cite dye pun xberat sgt...ala...nama pun romantik komedi.

Aku xnk komen lebih-lebih ttg watak Heliza sbb dye pun first time berlakon kan?...Cuma aku rse ayat-ayat dye cam novel sangat la.Mimik muka dan bahasa tubuh dah ok.Awal plak...kira ok la cuma aku sangat pelik dgn pemakaian dye...mmg la stylo tp...argh...xpela...abaikan.Watak adik Haziq yang menghidupkan segala unsur lawak dalam cite tue...kalo xde dye...mmg xbest la cite tue.

Dari segi kamera plak...apa ek orang panggil...sinematografi ek?...Entah...pape la...aku rse biasa jer.Nothing special.Nak tahu cmne yang aku rse special?...Pegi tgk Slumdog Millionaire xpun kalo filem tempatan...tgk cite Sepi.Aku xreti nak terangkan tapi itu la apa yang aku rse.

Cite nie berunsurkan Islamik sikit...tapikan...part ending dye aku rse agak western la.Bukan ker kalo ikut adat ketimuran...kte merisik...pastu masuk meminang.Bukannya dgn cara kte propose kat pompuan tue...pastu said "Will u marry me?" (btulkan aku kalo aku silap)...aku rse cara nie cam omputih punya style jer.

Overall...aku rse movie nie enjoy la kalo tgk.Aku bagi 3 bintang dari 5.Spe nak bangkang ker...nak tambah ker...komen la kalo brani.

p/s:Jodoh ditemukan melalui 3 cara.Yang pertama melalui syaitan,kamu dan dia berkenalan.Membuat maksiat.Si dia mengandung dan kamu terpksa menikahinya.Yang kedua melalui jin.Kamu sihirkan dye lalu menikahinya.Yang terakhir melalui Allah S.W.T,dari mata turun ke hati...lalu kamu menikahinya.InsyaAllah...jodoh dengan cara ini akan berkekalan dan inilah yang dipanggil Syurga Cinta.Anda yang mana?

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP