Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Petua gembira waktu bekerja

Share

Tekanan perasaan betul kerja aku hari ini sampai buat aku rasa nak cabut balik saja tengahari tadi.Telefon tak putus-putus bunyi.Kadang sampai tak tahu nak angkat yang mana satu.Itu belum campur lagi yang datang nak repair barang esok mahu tapi bila aku tanya semua tak tahu.


Nasib baiklah adanya sokongan rakan-rakan sekerja buat aku masih mampu bertahan sampai habis waktu kerja siap lajak lagi lebih masa.

Masa zaman belajar dulu lagi teruk sebenarnya kadang sampai tak tidur malam tapi entah kenapa waktu itu lagi enjoy.Dulu aku ingat cikgu aku tipu bila dia kata zaman belajar lagi best daripada kerja tapi baru aku sedar yang dia betul cuma waktu dia cakap itu aku kena denda cuci tandas memanglah tak best.

Namun begitu usah khuatir wahai adik-adik yang bakal memasuki alam pekerjaan sebab abang Razi ada petua-petua untuk gembira di alam pekerjaan.

Yang pertama tentulah niat.Letakkan niat kita pergi kerja kerana Allah S.W.T sebab pentingnya disini ialah keberkatanNya.Itu pasal ada yang gaji dah RM50 ribu seminggu pun masih rasa tak cukup sebab hasilnya tak berkat wallahualam.

Petua seterusnya kau orang dengar sendirilah dekat Hot.FM setiap pukul 7 malas pulak aku nak menaip panjang-panjang.

p/s : Ada macam blog Kereta Mayat tak? Woha!


Sunday, November 7, 2010

Suka-duka alam pekerjaan

Share


Tak pandai eja pun ada company sendiri.Huh!

Friday, December 4, 2009

Cool ker jadi doktor?

Share

Aku mulai tengok Nobuta Wo Produce semalam.Hari nie sampai episod 8, ingatkan dah habis rupanya Fiza (tokan DVD) tak habis copy. Maka termangu-mangulah mencari punca keseronokan seterusnya.

Lepas satu DVD satu DVD aku usha mencari yang sesuai dengan jiwa dan raga aku sekarang.

Umpama orang mengantuk disorong bantal, penemuan satu DVD cerita bertajuk 'Team Medical Dragon' mengubah keceriaan yang semakin pudar sebentar tadi.

Episod pertama bermula dengan situasi di medan peperangan dimana para doktor bertungkus lumus membedah buah dada pesakit bagi menjalankan pembedahan jantung.

Scene seterusnya dimulakan dengan tepi pantai dimana seorang doktor terkemuka baru lepas romen dan tiba-tiba datang seorang doktor perempuan menawarkan pekerjaan sebagai guard di asrama PTP mengantikan guard Bangladesh yang dihantar balik gara-gara tidak membenarkan seorang penghuni asrama masuk.

Aksi-aksi lucah seterusnya termasuklah bagaimana doktor tersebut berjumpa dengan doktor-doktor lain yang hipokrit,tidak mementingkan nyawa pesakit dan juga waktu menunggu yang lama ala-ala hospital kerajaan di Malaysia sampai pesakit yang dah nak mati naik berang lalu terus mematikan hasrat untuk dapat MC.

Tidak lupa juga aksi-aksi hebat doktor terkemuka bedah jantung yang dipinggirkan bernama Asakura Ryutaro meramas-ramas jantung pesakit yang dah mati sampai pesakit tue hidup balik sebab stim kne ramas.

Aku sangat kagum dan teruja melihat aksi-aksi cool dan bergaya yang dipersembahkan lalu berangan-angan untuk menjadi doktor lagi-lagi aksi Asakura sarung jubah doktor kaler putih itu.Sangat cool sampai rse nak jerit-jerit macam peminat perempuan dapat salam Zac Efron.













Tapi bila bce blog Ika & Najlaa...hmm...xjadi la nak jadi doktor.Lagi-lagi kalo bce blog Naqqib...keh keh...

p/s:Ada sesiapa boleh bagitahu aku apa itu pembedahan Batista?Kalo Gabriel Batistuta aku tahu la...

Camne nak jadi doktor bedah? Masa kelas Biologi suruh potong tikus pun taknak...haihs~


Wednesday, December 2, 2009

Aku benci warga Bangladesh berkuatkuasa hari ini...sila hantar mereka balik sekarang!

Share

Hari itu biasa saja.Takde apa-apa yang istimewa.Bangun pukul 7.40 dan terpaksa men'gajah'kan subuh lalu terus capai tag nama dan kasut untuk pegi keje.

Sampai lewat ke tempat keje walaupun jarak asrama dengan tempat keje tak sampai 2 marhalah lalu segera naik ke kantin untuk sarapan pagi ala-ala orang keje kerajaan.

Pukul 9 masuk ofis lalu terus habiskan keje yang tertangguh semalam.Sambil tue sibuk juga men'forward' email-email bukan berkaitan keje kepada gadis-gadis dengan harapan mereka akan mendambakan email-email dari aku.Kalo satu hari tak dapat email dari aku mereka boleh jadi gila.

Disebabkan scene-scene seterusnya hanya berkaitan keje maka Finas dah potong dengan alasan agak meleret jadi kita terus skip ke pukul 2.30 petang.

Pukul 2.30 petang macam biasa akan ada meeting Kaizen dimana beberapa ahli kumpulan terdiri dari supervisor line,manager dan orang substore akan berbincang bagaimana nak betulkan kesalahan mereka lalu dinamakan 'improvement'.

Aku macam biasa la,akan berdiri ala-ala manager sambil berpeluk tubuh,buat muka serius macam sangat faham akan benda yang mereka bincangkan walhal dalam otak sedang fikir nak makan apa malam karang.

Tapi hari ini perbincangan mereka agak serius sikit sebab engineering director nak tengok apa progress hasil perhimpunan haram mereka esok.

So aku disuruh buat racking template.Benda nie nampak simple jer tapi nak buatnya memang menguji keimanan dan kesabaran apatah lagi iman umat akhir zaman nie senipis kulit bawang jadi aku hilang sabar dan iman.

Hari itu aku terpaksa OT sampai pukul 9 lebih.

Habis jer keje terus pegi Larkin sebab Paan mintak tolong ambik.Dalam perjalanan itu,Yoe plak call mintak tolong ambik kat Senai.Ok,hari itu aku jadi driver teksi sapu bawak Satria Neo.

Kemudian sampai asrama balik dalam pukul 12 lebih.Aku kunci keta trus meluru ke gate asrama sebab aku dah penat gila-gila.Tapi...

Gate asrama kunci.Tak pernah-pernah plak dye kunci.Pastu aku suruh la bangla guard tue bukak...tapi dye buat muka bongok dye jer.

Dye suruh call warden.Aku pun call la tapi serius macam babi perangai mereka.Dah la taknak tolong,pastu membebel plak...habis kredit aku.

Yoe call Hairi seorang engineer yang pernah menetap di asrama itu mntk no. Shukri.Shukri nie warden gak kat asrama tue.Tak lama kemudian Shukri pun datang,dye suruh guard bongok tue bukak tapi apa ke batu yang ada dalam kepala guard tue,dye degil taknak bukak.

Kteorang smua dah hangin trus call Hairi mintak tumpang tido malam tue kat rumah dye.

Dan hasilnya,hari nie aku tak pegi keje.Padan muka team Kaizen aku.

So secara rasminya sekarang nie aku benci smua orang Bangla.

Khai pun aku suruh buat pembedahan plastik sebab muka dye ada iras-iras orang Bangla.

Sunday, October 4, 2009

A new things to learn, A new experiences to gain...

Share

Berhijrah ke negeri orang banyak mengajar aku tentang sesuatu yang baru baik dari segi budaya,masakan dan pemahaman mereka.Baru-baru ini aku telah berhijrah ke Johor.Memang sesuatu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan kerana walaupun baru hampir sebulan,banyak perkara aku telah pelajari.Disini ingin aku senaraikan beberapa perkara yang aku baru tahu yang mungkin anda tidak tahu maka ingin aku kongsikan agar jadi panduan dan pedoman bersama.


  • Bangladesh adalah sebuah negara yang paling banyak rakyatnya berhijrah ke Malaysia.Di kilang itu,aku banyak berinteraksi dan bekerjasama dengan orang bangla yang semuanya mempunyai nama yang sama iaitu 'Baaya'.Mse aku mula-mula masuk kilang tue,aku slalu tengok engineer aku marah-marah bangla.Aku agak simpati jugak la sebab bangla tue macam baik jer.Kalo jumpa pun tegur aku dengan mesra.Rupanya orang bangla nie,ada satu jenis perangai yang tersendiri.Kalo aku suruh buat keje,nanti dye mesti nak ikut kepala dye jer.So sejak mengetahui perkara itu,aku terus mempunyai split personaliti sewaktu masa bekerja dan di luar waktu bekerja dimana aku akan mesra dengan mereka di luar waktu kerja tapi akan jadi garang pada waktu kerja.

  • Setiap kali aku balik keje,mesti aku tengok akan ada kereta-kereta yang siap menunggu di pintu masuk asrama.Pastu akan muncul la perempuan-perempuan terutama berbangsa Indon yang memakai pakaian ketat macam sarung cempedak lalu segera menaiki kereta itu.Fikiran naif aku seirng tertanya-tanya, ramai sangat ke yang kahwin dengan Indon?Rupanya perempuan-perempuan di kilang itu adalah sangat senang untuk diajak 'bermain'.Jadi kawan-kawan,sila doakan aku agar tidak kena 'Aids'...keh keh.Takdela, aku masih teruna yang suci...

    Sedang meng'usha' awek-awek baru pulang keje sambil ber'swiit-swiit' macam mat rempit

  • Untuk korang survive dalam environment kilang yang kejam itu,korang kena jadi talam dua muka,selfish dan lain-lain sifat mazmumah.Kilang itu umpama sebuah hutan yang akan membaham yang lemah.Jadi teknik penyamaran diperlukan sebagai salah satu langkah mempertahankan diri.Teknik penyamaran itu ialah korang perlu berpura-pura baik dengan setiap pihak yang korang akan bekerjasama terutama pihak atasan agar tidak dapat Skim Berhenti Sukarela.

  • Selain teknik penyamaran,teknik berpura-pura juga sangat penting kepada mereka yang gemar meng'ulor'.Jadi jangan la segan silu untuk membawa pita ukur,sekeping kertas dan sebatang pen jika ingin pergi minum di kantin.Pastikan juga anda tidak mengajak bos anda sekali.

  • Jangan sesekali tunjukkan yang anda boleh buat keje pada pihak yang tiada kena mengena dengan anda.Ini kerana sekali mereka tahu anda boleh buat keje tersebut,maka selamanya anda akan buat.

  • Siapa yang kata keje engineer hidup mewah?Dah la keje susah,gaji rendah.Jadi kepada adik-adik yang ingin mengambil jurusan kejuruteraan,sila la berubah fikiran.Baik adik-adik jadi cikgu atau pun mat rempit.

  • Suatu petang di bulan Ramadhan,terlihat la aku akan segerombolan wanita tak tahu apa bangsa sedang merayau-rayau di tepi parit depan asrama.Kelihatan seperti mereka memetik sesuatu.Lalu salah seorang rakan aku memberitahu bahawa mereka sedang mengutip kangkung untuk dijadikan masakan.Fakta yang paling menariknya ialah,sebesar-besar parit tue,takde seekor biawak pun.Jadi lauk juga kah? Keh keh...

Suasana di asrama pada waktu malam.Kebanyakan bangla dan indon telah dihalau dari lokasi bagi mendapatkan 'shoot' waktu malam yang menarik.

  • Kos sara hidup di JB sangat tinggi.Ini semua gara-gara kebanjiran rakyat Singapura yang kaya-raya datang ke JB untuk membeli belah menyebabkan inflasi tidak menjadi sifar lalu harga barang naik mendadak sehingga lagi mahal dari KL.Apakejadahnya semua ini?

  • Purata setiap hari aku akan berjalan kaki lebih dari 10 km.Ini termasuklah perjalanan pegi balik dari asrama ke kilang,berjalan-jalan di line production sambil cuci mata,berjalan-jalan nak pegi tempat meng'ulor',dan perjalanan 7-8 kali ke tandas untuk check rambut.

  • Jika anda berkunjung ke JB,sila sentiasa ingat di dalam otak bahawa parking di City Square JB sangat mahal.Hari tue aku kne sampai Rm8.Parking kat OU pun paling mahal aku kne Rm4.

  • Gelang Patah adalah pekan koboi yang dinaiktaraf kerana ada stesen minyak Petronas.

  • Pemandu di JB lagi kurang ajar dari pemandu di Kuala Perlis tapi dalam cara yang lebih berpelajaran.Maaf jika anda orang JB,ini hanya pandangan ikhlas dari sye.Tak suka pegi mampus!

  • Pepijat adalah haiwan eksotik yang mampu bagi korang 'love bite' malah lagi gatal dari nyamuk.

Tetiba aku ternampak ada muka bangla sebijik macam muka member aku.Komen korang?



Sunday, August 23, 2009

Aku ketua klan bangla pasal muka aku macam Rajnikanth

Share


Terjaga dek keriuhan kucing aku.Cilanat! memekak jer miow-miow kat telinga aku.Adakah kucing aku nie sedar sekarang nie bulan puasa? Jadi apakejadahnya dye miow-miow kat telinga aku meminta makanan?

Aku bingkas bangkit dari pembaringan.Jap lagi gua nak balik JB.Aku benci.Ecewah...padahal suka nak jumpa kawan-kawan berlainan bangsa.Buka puasa sama-sama.Bergelak tawa sama-sama walhal sepatah haram tak faham.Pastu bangla-bangla tepuk bahu aku sambil cakap "baya...baya".Nak suruh aku bayar apa ntah.Bongok punya bangla.

Pastu nanti pukul 9.30 jer ready kat tepi tingkap untuk skodeng awek-awek sidai baju pakai tuala...pastu doa angin kuat agar tuala itu tanggal.Tapi bahaya kalo waktu siang.Mau batal puasa dalam bilik air.

Owh...sebelum balik mahu jumpa sidia.Mintak nasi kangkang sikit agar tidak curang lalu ikut indon balik negara untuk kahwin lari.Juga nak beli penyangkut baju, megi, dan sabun mandi yang paling mahal agar tidak sama bau dengan mat bangla dan mat indon mahupun nepal.

Harap-harap bila balik nie kad aku dah boleh acces.Tak perlu la jadi ninja lagi menyelinap disebalik orang ramai untuk masuk.Pastu boleh la merayau-rayau kat production line sambil berlagak macam itu company bapak aku yang punya.

Disebabkan bulan puasa ini juga takde la scene-scene kelip mata pukul 4 petang ajak pegi minum kat department orang lain sambil berlakon bawak measuring tape.Juga takde la alasan nak touch card pukul 8 tapi masuk ofis pukul 9.30.Huhuhu.Aku suka budak-budak department aku yang otak gila-gila.

Dah la, aku nak mandi.Sian sidia dah tunggu aku Tesco. Korang jangan rindu aku tau.Nanti bulu mata aku banyak gugur.Ramai orang cakap bulu mata aku lentik macam pakai pelentik bulu mata.Walhal aku pakai taik mata jer genyeh-genyeh untuk dapatkan hasil yang sama.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP