Showing posts with label Teori. Show all posts
Showing posts with label Teori. Show all posts

Sunday, February 28, 2010

Teori Razi berkenaan mimpi seram.

Share

Gambar ada kena mengena tang mayat dan beg plastik hitam jer.

Kalau pun tidak selalu,aku pasti korang mesti pernah mengalami mimpi yang mengerikan semasa tidur.Ceh!Ada plak mimpi masa tengah makan nasi.

Sekarang nie aku baru terjaga dari mimpi yang menakutkan.Tapi takpe,berkat mimpi yang menakutkan itu aku berjaya membuat dua hipotesis berdasarkan keadaan semasa dan sebelum aku tidur.

Pertama sekali biarlah kita selusuri mimpi menakutkan yang aku baru alami.

.......................................................................................................

Keadaannya seperti dirumah kampung.Aku pun tak tahu rumah siapa.

Tiba-tiba datang seorang pakcik bawak mayat dalam beg mayat kaler hitam tue macam bawak seguni kelapa.Eh kurang ajar la pakcik nie.

"Ko tolong aku jap.Nie ko pegi daftarkan mayat sipolan nie." bagitahu pakcik tue sebaik saja dia letakkan mayat tue atas lantai dan bukak beg tue nak tunjuk kat aku mayat siapa.

Gila kau tak cuak kalo ada orang datang rumah kau bawak mayat dalam beg.Bergegas aku pegi hospital untuk daftarkan kematian tersebut.

Lepas balik trus jumpa pakcik seram tue...

"Kau dah daftarkan?" tanya pakcik seram

"Dah...dah" jawab aku yang tengah seram

Lepas itu scene kamera mimpi terus menunjukkan suasana rumah mayat yang sejuk.

Kamera mimpi terus fokus kat satu peti mayat.Nombor tak ingat.Kalo tak dah boleh pegi tbeli hari nie.Menang 1st prize boleh sedekah kat rumah kebajikan anak yatim.

Tetiba peti mayat tue goncang-goncang.

Pintu peti mayat tue macam dah nak terbukak.Macam ada orang tendang-tendang dari dalam.

Dalam hati "Eh cilaka kau mayat nak bangun pulak"

Sebab seram sangat aku pun terus bangunkan diri dari tidur.

......................................................................................................

Lepas bangun dari tidur tue aku perasan yang tangan aku terhimpit bawah bantal sebab aku tidur mengiring.Ikut sunnah gaya tidur tapi waktu tidur ikut gaya masakini.

Jadi untuk hipotesis pertama aku agak 'kita akan mimpi seram jika tangan kita jadi kebas.'

Seterusnya aku juga teringat yang sebelum tidur aku lapar.Niat nak bangun sarapan nasi lemak lauk sotong memang dah diterapkan dalam hati sebelum tidur.

Maka untuk hipotesis kedua pulak dapat aku simpulkan 'semakin lapar kau sebelum tidur maka semakin seramlah kau mimpi'.

Ok aku dah kenyang sekarang.Nak tido balik.Bye!


Sunday, January 24, 2010

Kalaulah Sejarah dan Biologi diajar begini...

Share

Aku dah lama tak post entri berunsurkan pelajaran kan?

Baiklah,untuk hari ini kita akan mulakan dengan pelajaran Sejarah diselitkan juga dengan Biologi.Bersedia semua murid-murid?

Tahukah anda bahawa sebelum perang dunia kedua bermula, Jepun dan China telah terlebih dahulu berperang walaupun mata sama-sama sepet.Maka apabila Jepun menjajah Tanah Melayu, mereka melepaskan dendam terhadap orang China di Tanah Melayu dengan memengal kepala mereka.Gambar-gambar berikut merupakan bukti dendam orang Jepun terhadap China.









(gambar kredit kepada blog AnakCucuNabiAdam)

Lalu China bertindak membalas dendam dengan...

Mengeluarkan barang-barang tiruan Jepun agar ekonomi negara Jepun runtuh






Pelajaran seterusnya...

Tahukah anda kepala yang bercerai dari badan tidak akan mati selagi adanya sambungan ke jantung?


Seorang ahli sains bernama Sergeri Bruyukhonenko telah menjalankan eksperimen gila keatas seekor anjing dimana kepala anjing itu dipisahkan dari badannya tetapi MASIH HIDUP! menggunakan sejenis mesin yang dinamakan Autojektor.

Berikut merupakan penerangan tentang perkara tersebut.




(Sumber dari Oddee)

Jadinya kewujudan hantu Penanggal dapat dibuktikan secara saintifik! Maka lepas nie perempuan mengandung takyah takut lagi dengan hantu penanggal ini.

Hantu Penanggal yang suka hisap darah perempuan mengandung

Jadi murid-murid semua, sekian saja pelajaran untuk hari ini.Semoga berjumpa di lain masa!


Thursday, June 25, 2009

Bahanapi U.F.O?

Share

Sila jangan salah faham...ini bukan gambar sperma dengan ovum. Ini adalah gambar satu atom hidrogen dan satu atom anti-hidrogen. Sila rujuk balik Jadual Berkala.

Ok...soalan pertama...apakah bahan api yang digunakan untuk U.F.O?

Adakah mereka menggunakan Petrol Ron 97 atau bateri Energizer saiz AA?

Jawapannya...aku pun tidak tahu kerana tidak pernah memandu U.F.O apatah lagi singgah dimana-mana stesen minyak mahupun 7-Eleven untuk membeli 2 biji bateri.

Jadi mengapa tiba-tiba aku bangkitkan soalan yang tiada jawapan ini? Begini ceritanya, aku pernah menyaksikan suatu dokumentari yang dibuat tentang U.F.O, menceritakan bagaimana U.F.O berfungsi, apa yang ada di dalam U.F.O dan berbagai-bagai lagi tentang U.F.O.

Salah satunya ialah penggunaan bahanapi untuk U.F.O. Enjin U.F.O menggunakan 3.0 V6 9 silinder dengan tujahan lebih daripada 1000 hp...ok fine! aku bohong.

Mengikut kata-kata saintis yang mengkaji U.F.O tersebut...kuasa yang diperlukan oleh satu U.F.O untuk dioperasikan sangat tinggi dimana Shell dan Petronas boleh bangkrap kalo sponsor minyak kat sebijik U.F.O. Jadi mahkluk asing tersebut mencari altenatif lain dimana mereka menggunakan 'antimatter' sebagai bahanapi.Walaubagaimanapun...antimatter itu sendiri sangat mahal untuk dihasilkan, anggarannya lebih kurang 300 juta rupiah (wtf?) semiligram.

Jadi apa itu 'antimatter'?

Sila carik sendiri!

p/s: Sengaja aku tidak mahu menulis apa itu antimatter kerana hendak kamu mencari sendiri jika berminat.Jika tidak, sia-sialah saja penulisan copy-paste aku panjang-panjang.

Thursday, May 28, 2009

Agenda tersembunyi Facebook!

Share

Korang ada Facebook x? Ha! Meh nak cite sikit...(yang ada Friendster, Myspace, Tagged ker pun boleh bce)

1st skali tahu x spe yang cipta Facebook nie?Ok,nama dye Mark Zuckerberg.Dye nie student Harvard dengan major dalam computer science...ok 2x...xpenting.Fakta yang penting disini,beliau adalah seorang Yahudi.Hmm...xpelik la...sebab Yahudi nie memang terkenal dengan kebijaksanaan dan tipu-muslihat mereka.

Pernahkah anda dengar tentang 5S?Setelah tewas dalam perang Salib,orang kafir mendapati bahawa orang Islam xdapat ditentang melalui pedang.Jadi mereka pun berbincang dan kesimpulan yang didapati hasil perbincangan mereka ialah 5S iaitu Sex, Sport, Screen, yang lain aku xingat.Benda nie aku dengar mse skool agama dulu.Ada seorang alumni yang menyampaikan ceramah tentangnya.Sebelum pindah dulu, aku dengar ianya dah bertambah menjadi 6S iaitu Study.Mungkin sekarang sudah bertambah menjadi 7s...Social? Percaya?...Xpe...xpe...ini hanya spekulasi aku...

Seterusnya apa yang aku sampaikan ini adalah fakta....

Tahukah anda siapa sebenarnya dalang di sebalik Facebook ini?Mari kita sama-sama selusuri fakta-fakta berikut...

CIA telah menggunakan Facebook sejak Disember 2006 untuk merekrut pekerja ke dalam National Clandestine Service(NCS) untuk diserapkan ke dalam 'human intelligent service' seperti CIA ,FBI dan pelbagai lagi agensi perisikan. Ini juga merupakan kali pertama CIA menggunakan social networking untuk mencari pekerja atau ejen baru.



  • anda tidak boleh komen atau menulis pada 'wall' nya kerana tujuannya diwujudkan adalah untuk merekrut pekerja hanya untuk informasi sahaja tetapi anda boleh jadi 'fan' mereka.
Kedua, tahukah anda siapa yang mengeluarkan dana untuk mempromosikan Facebook ini? Pertama sekali ianya ditaja oleh bekas CEO Pay Pal, Peter Thiel sebanyak USD500,000...kemudiannya, ianya sekali lagi ditaja oleh Accel Partners sebanyak USD12.7 million.Dan siapa pula dibelakang Accel Partners ini? Beliau ialah bekas pengerusi National Venture Capital Association.

Ianya semua ada kaitan dengan In-Q-Tel, dan juga Defence Advanced Research Projects Agency (DARPA) dan salah satu projeknya Information Awareness Office

Petikan dari Wikipedia tentang IAO:"the IAO has the stated mission to gather as much information as possible about everyone, in a centralised location, for easy perusal by the United States government, including (though not limited to) internet activity, credit card purchase histories, airline ticket purchases, car rentals, medical records, educational transcripts, driver's licenses, utility bills, tax returns, and any other available data."

Benarkah Facebook merupakan topeng bagi IOA untuk mengumpulkan data? Hmm...sebelum daftar korang ada baca x Term & Condition Facebook?Ok fine!...aku pun xbaca gak...

Petikan dari Facebook Term Of Use:" by posting Member Content to any part of the Web site, you automatically grant, and you represent and warrant that you have the right to grant, to facebook an irrevocable, perpetual, non-exclusive, transferable, fully paid, worldwide license to use, copy, perform, display, reformat, translate, excerpt and distribute such information and content and to prepare derivative works of, or incorpoate into other works, such information and content, and to grant and authorise sublicenses of the foregoing. "

dan yang perenggan yang paling menarik sekali berada dalam Privacy Policy:
" Facebook may also collect information about you from other sources, such as newspapers, blogs, instant messaging services, and other users of the Facebook service through the operation of the service (eg. photo tags) in order to provide you with more useful information and a more personalised experience. By using Facebook, you are consenting to have your personal data transferred to and processed in the United States. "

Huhuhu...ok,apa maksud ayat yang terakhir tue?Hehehe.Sila lihat laman web ini untuk penerangan tentang risiko perkara ini.

Sebagai penutup kepada post kali ini...aku tunjukkan lambang Information Awareness Office dan juga lambang Illuminati untuk korang fikir sendiri siapakah dalang sebenarnya...hehehe...

Lambang Information Awareness Office


Lambang Illuminati


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP