Showing posts with label Ideologi. Show all posts
Showing posts with label Ideologi. Show all posts

Thursday, May 28, 2009

Agenda tersembunyi Facebook!

Share

Korang ada Facebook x? Ha! Meh nak cite sikit...(yang ada Friendster, Myspace, Tagged ker pun boleh bce)

1st skali tahu x spe yang cipta Facebook nie?Ok,nama dye Mark Zuckerberg.Dye nie student Harvard dengan major dalam computer science...ok 2x...xpenting.Fakta yang penting disini,beliau adalah seorang Yahudi.Hmm...xpelik la...sebab Yahudi nie memang terkenal dengan kebijaksanaan dan tipu-muslihat mereka.

Pernahkah anda dengar tentang 5S?Setelah tewas dalam perang Salib,orang kafir mendapati bahawa orang Islam xdapat ditentang melalui pedang.Jadi mereka pun berbincang dan kesimpulan yang didapati hasil perbincangan mereka ialah 5S iaitu Sex, Sport, Screen, yang lain aku xingat.Benda nie aku dengar mse skool agama dulu.Ada seorang alumni yang menyampaikan ceramah tentangnya.Sebelum pindah dulu, aku dengar ianya dah bertambah menjadi 6S iaitu Study.Mungkin sekarang sudah bertambah menjadi 7s...Social? Percaya?...Xpe...xpe...ini hanya spekulasi aku...

Seterusnya apa yang aku sampaikan ini adalah fakta....

Tahukah anda siapa sebenarnya dalang di sebalik Facebook ini?Mari kita sama-sama selusuri fakta-fakta berikut...

CIA telah menggunakan Facebook sejak Disember 2006 untuk merekrut pekerja ke dalam National Clandestine Service(NCS) untuk diserapkan ke dalam 'human intelligent service' seperti CIA ,FBI dan pelbagai lagi agensi perisikan. Ini juga merupakan kali pertama CIA menggunakan social networking untuk mencari pekerja atau ejen baru.



  • anda tidak boleh komen atau menulis pada 'wall' nya kerana tujuannya diwujudkan adalah untuk merekrut pekerja hanya untuk informasi sahaja tetapi anda boleh jadi 'fan' mereka.
Kedua, tahukah anda siapa yang mengeluarkan dana untuk mempromosikan Facebook ini? Pertama sekali ianya ditaja oleh bekas CEO Pay Pal, Peter Thiel sebanyak USD500,000...kemudiannya, ianya sekali lagi ditaja oleh Accel Partners sebanyak USD12.7 million.Dan siapa pula dibelakang Accel Partners ini? Beliau ialah bekas pengerusi National Venture Capital Association.

Ianya semua ada kaitan dengan In-Q-Tel, dan juga Defence Advanced Research Projects Agency (DARPA) dan salah satu projeknya Information Awareness Office

Petikan dari Wikipedia tentang IAO:"the IAO has the stated mission to gather as much information as possible about everyone, in a centralised location, for easy perusal by the United States government, including (though not limited to) internet activity, credit card purchase histories, airline ticket purchases, car rentals, medical records, educational transcripts, driver's licenses, utility bills, tax returns, and any other available data."

Benarkah Facebook merupakan topeng bagi IOA untuk mengumpulkan data? Hmm...sebelum daftar korang ada baca x Term & Condition Facebook?Ok fine!...aku pun xbaca gak...

Petikan dari Facebook Term Of Use:" by posting Member Content to any part of the Web site, you automatically grant, and you represent and warrant that you have the right to grant, to facebook an irrevocable, perpetual, non-exclusive, transferable, fully paid, worldwide license to use, copy, perform, display, reformat, translate, excerpt and distribute such information and content and to prepare derivative works of, or incorpoate into other works, such information and content, and to grant and authorise sublicenses of the foregoing. "

dan yang perenggan yang paling menarik sekali berada dalam Privacy Policy:
" Facebook may also collect information about you from other sources, such as newspapers, blogs, instant messaging services, and other users of the Facebook service through the operation of the service (eg. photo tags) in order to provide you with more useful information and a more personalised experience. By using Facebook, you are consenting to have your personal data transferred to and processed in the United States. "

Huhuhu...ok,apa maksud ayat yang terakhir tue?Hehehe.Sila lihat laman web ini untuk penerangan tentang risiko perkara ini.

Sebagai penutup kepada post kali ini...aku tunjukkan lambang Information Awareness Office dan juga lambang Illuminati untuk korang fikir sendiri siapakah dalang sebenarnya...hehehe...

Lambang Information Awareness Office


Lambang Illuminati


Monday, April 20, 2009

Teori Kecerdasan Pelbagai

Share



Adakah IQ tinggi bermakna bijak? Sebenarnya terdapat pelbagai kecerdasan lain yang patut diambil kira sebelum menyatakan seseorang itu cerdas ataupun bijak.

Seorang psikologis, Gardner sudah mengenal pasti 8 jenis kecerdasan manusia (Chapman, 1993), iaitu:

Kecerdasan 1: Verbal/ Linguistik

Kecerdasan ini berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas verbal/ linguistik kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara yang berkesan. Contoh filem:Thank You For Smoking



Kecerdasan 2: Logikal/ Matematik


Kecerdasan ini melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logik dan memproses sesuatu maklumat yang diterima. Contoh filem: A Beautiful Mind



Kecerdasan 3: Visual/ Spatial (ruang)


Kecerdasan ini melibatkan keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah. Contoh filem: Slumdog Millionaire



Kecerdasan 4: Pergerakan Badan/ Kinestetik


Kecerdasan ini melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan. Contoh filem:Ong Bak



Kecerdasan 5: Muzikal/ Rima

Kecerdasan ini melibatkan keupayaan mencipta muzik ataupun rentak tertentu, berupaya memahaminya, menterjemahkannya dan menghargainya. Contoh filem:August Rush



Kecerdasan 6: Interpersonal

Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka. Contoh filem:Saw



Kecerdasan 7: Intrapersonal


Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan itu bagi meningkatkan potensi diri sepanjang hayat. Contoh filem:Forrest Gump



Kecerdasan 8: Naturalis


Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar. Contoh filem:Red Cliff 2



Tahukah anda, teori kecerdasan pelbagai adalah kajian yang dijalankan oleh seorang profesor di Harvard University dan pengasas kepada Project Zero, iaitu Howard Gardner. Untuk maklumat lanjut,pegi la layari laman web Wikipedia. Akhir kata, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi, janganlah kita mengeji antara satu sama lain.

p/s:Owh...aku nak exam...semoga aku cepat tangkap apa yang aku baca...amin~



Tuesday, April 14, 2009

Sebab & Akibat

Share



Sebab dan akibat.Itulah tajuk untuk post aku kali nie.Setiap yang berlaku tue msti ada sebabnya,dan akibatnya.Contoh,mengapa keta tue eksiden?sebab tayar dye botak,dan akibatnya,keta itu eksiden.

Setiap yang terjadi kat muka bumi nie adalah kuasa Allah.Allah xbuat sesuatu tue tanpa sebab.Dan penyebab itulah yang akan menjadi akibat.Kita sering marah bila mana benda tersebut xseperti yang kita kehendaki.Contoh,bila kita gagal dalam perebutan kontrak.

Sikap tamak,xpernah puas dengan apa yang ada,belajar dari kesilapan,itulah beberapa sifat yang menjadikan manusia lebih baik dari makhluk yang lain.Binatang xkan ambk sesuatu yang lebih dari keperluan dia.Tapi manusia?Hmm...manusia memang tamak.Cukup tamak!

Mengapa manusia tamak?Pasti ada sebabnya?Sebabnya manusia cukup takut kalo mereka ditimpa kemiskinan.Kemiskinan memanglah hina.Siapa yang nak miskin?Semua orang nak kaya.Tapi kadang-kadang kekayaan boleh membawa kepada kemiskinan iman.Apa gunanya jasad tanpa roh?Begitulah juga dengan apa gunanya kekayaan harta tanpa iman?

Berbalik kepada tajuk asal,sebab dan akibat.Bila iman yang lemah,akan sering menyalahkan takdir.Bukankah Allah telah berjanji,siapa berusaha pasti berjaya.Allah juga berfirman,doa hambanya yang soleh akan dimakbulkan dengan 3 cara,Allah terus bagi,Allah 'hold' dulu tapi bagi pada masa yang sesuai dan Allah xbg tp ganti dengan yang lebih baik.Mengapa kita sering memaki hamun,mencarut dan lain-lain bila xdapat sesuatu yang kita harapkan?Mengapa xpercaya pada janji Allah.

Bila seseorang curik duit ker,hp ker,laptop ker,apa-apa jer la yang milik kita...mesti kita marah kat orang tue.Memangla kita patut marah tapi cuba kita berfikir di luar kotak...sebab dan akibat.Mengapa pencuri itu mencuri.Mungkin sebab anak dye sakit.Akibatnya dye terpaksa mencuri sebab nak beli ubat untuk anak dye.Begitulah juga kalo kne marah dengan lecturer.Mengapa dye marah kita.Sebab dye nak kita buat yang terbaik.Akibatnya,dye marah la kita sebab result kita xseperti yang dye kehendaki.

Post kali nie sebenarnya bukannya untuk mem'back up' mana-mana kesalahan orang dengan sebab dan akibat.Tapi sebenarnya untuk mengajar kita memahami dunia nie dari sudut pandangan lain.Kita sering melihat sesuatu dari sudut pandangan sendri.Apa faedahnya bila kita dapat memahami dunia dari sudut pandangan orang lain?Faedahnya,kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita ada dan sikap-sikap mazmumah,dengki,busuk hati tersebut dapat dikikiskan.Percayalah,dengan memahami sebab dan akibat ini,hidup kita akan lebih tenang kerana kita tahu,setiap yang berlaku...pasti ada sebabnya...dan akibatnya!


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP