Showing posts with label Mad Hatter. Show all posts
Showing posts with label Mad Hatter. Show all posts

Saturday, March 6, 2010

Review : Alice In Wonderland 3D

Share


Cerita 'Alice In Wonderland' telah ditulis oleh Charles Lutwidge Dodgson pada tahun 1865.

Ianya pertama kali difilemkan pada tahun 1903 dalam versi bisu dan versi Disney pula dihasilkan pada tahun 1951.

Disney sekali lagi menghasilkan cerita 'Alice In Wonderland' pada tahun 2010 tapi dalam versi 3D pula.

Macam buku sejarah tingkatan lima tak penerangan aku?Hahaha.Ok aku nak bagitahu yang aku baru balik menonton 'Alice In Wonderland 3D'.

Bagi siapa yang pernah tengok 3D,aku yakin kau orang mesti teruja gila sampai kepala teleng teleng nak elak padahal benda tue tak keluar skrin pun.Ceh! kantoi aku terbuat benda tue.

......................................................................................................

Untuk sinopsis cerita,ianya mengisahkan Alice yang tiap tiap hari mimpi tentang dunia Wonderland sampai la umur 20-an.

Masa umur 20-an,ada satu majlis tari menari yang bertujuan untuk menjodohkan Alice dengan salah seorang anak kepada kawan bapaknya.Ceh orang putih pun main matching matching kan?

Semasa jejaka huduh tak hensem perangai buruk (jeles!) hendak melamar Alice,datang la arnab yang selalu check jam tue.

Alice pun menangguhkan lamaran lelaki itu lalu mengikut arnab masuk ke dunia Wonderland.

Sebaik saja dia masuk ke dunia Wonderland,penghuni Wonderland meragui identitinya sebagai Alice dalam ramalan.

Lalu bermulalah pengembaraan Alice bertemankan arnab apa nama ntah bawak jam,seekor tikus,dua budak gemuk,Johnny Deep sebagai Mad Hatter dan juga ulat beluncas yang asyik hisap shisha menentang Ratu Kepala Besar Suka Bentuk Love.

Untuk kesudahannya,kau orang pegi tengok sendiri...(Ecece padahal lepas scene nie aku dah tertido...sejuk...syok plak tido)

......................................................................................................

Pertama sekali aku nak sarankan agar kau orang tengok cerita nie dalam 3D.Ini kerana salah satu kekuatan cerita ini terletak pada efek CGI nya.Baru la tengok pun feel. (Amaran:Cerita wayang dalam bentuk 3D takde subtitle...tapi kacuk kacuk mat salleh macam aku memang takde masalah)

Dari segi jalan cerita,ianya masih mudah difahami walaupun kau dah tertido sampai separuh cerita.

Ada penambahan plot aku rasa pada saat klimaks dimana Alice kena lawan naga.Peliknya naga tue keluar elektrik tak keluar api.Moden kot?

Penataan muzik,sinematografi dan lain-lain haram jadah yang aku tak tahu...aku rasa ok.

Lakonan Johnny Deep memang sentiasa superb.Lakonan Alice pulak so-so jer.

Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem nie.Kurang satu bintang pun sebab dah bagi kat Bintang RTM.Pejadah?

.......................................................................................................

Ok benda benda yang aku suka dalam cerita ini.

Pertama sekali aku suka dengar slang British diorang walaupun aku ada bau bau bacang dengan Irish.

Pastu aku suka watak budak gemuk dua orang dalam cerita tue...comel tapi creepy.Standard cite cite Tim Burton.

Cite Alice kali ini juga diterapkan unsur unsur lawak style Paris Hilton....contoh:Eee...yuueee...(Yang biasa pompuan buat kalau geli geli tue)

Dunia Wonderland itu sendiri sangat berwarna-warni macam lukisan aku masa sekolah tadika.Pakai pensil kaler Stabilo yang 36 batang tue.

Ada watak babi yang jadi pengalas kaki,watak monyet yang menyamar meja,pastu ada watak bangsawan tetek dia pelik (Aku bangun tido jer terus ternampak watak nie...terus tanya Apek "Apsal tetek dia pelik hah?")

Oh lupa plak ada watak kucing yang debab macam dekat rumah i...tapi kucing i tak boleh terbang dan hilang hilang.Kalau dia boleh terbang dan boleh hilang hilang,mesti i mintak dia keluarkan mesin masa (Ceh budget kucing kau Doraemon ker?)

Senang cite,cite nie best ah.












p/s:Tapi macam hapa jer kena duduk seat couple dengan Apek...geli geli...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP