Aku sedang bahagia Pt.2
Share
Dengar lagu ini sambil fikirkan tentang orang yang anda sayang atau pernah sayang.Bagaimana?
Idiot-logi Seorang Genius
Share
Dengar lagu ini sambil fikirkan tentang orang yang anda sayang atau pernah sayang.Bagaimana?
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 1:49 PM 10 comments
Labels: Luahan rasa
Share
Baru beberapa jam yang lepas aku membelah angin pada kelajuan konstan 140 km/j di atas lebuhraya Utara-Selatan.
Dan kini aku berada didalam bilik sempit yang memuatkan 4 orang dengan pengudaraan yang kurang baik dan suhu yang agak panas.
Tapi aku bahagia...
Sebab aku ada internet.Huhuhu.
p/s:Sedang cuba 'hack' sistem kat Flex agar bulan nie gaji aku cecah 4 ribu.
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 1:54 AM 8 comments
Labels: Mengarut
Share
Nie entri emo sye yang kedua selepas kereta sye kena langgar dengan Honda Civic bodo kaler merah plat B*******...sye sedang emo...
Kadang-kadang...kita akan jadi emo.Tak kira lelaki mahupun wanita.Tapi wanita tahap emo dye lebih lagi kerana adanya waktu tertentu yang hormon mereka tidak stabil.Ceh...penerangan panjang lebar...padahal nak cakap aku tengah emo jer.
Aku emo bila ada orang kurang ajar.Atau marah tak tentu pasal.Tapi aku jarang emo kalo mulut dye macam belacan.Aku takde hal beb nak kutuk-kutuk...keji-keji...tapi aku panas plak kalo kurang ajar atau marah tak tentu pasal.Tak kisah la ko datang bulan ker...darah haid ko satu baldi ker...eh...kantoi emo kat pompuan...keh keh (btul ker emo nie?...bleh gelak 2x lagi)
Takpe...diulangi...sye memang sedang emo sekarang ini dengan kaum wanita...bukan semua tapi hanya orang tertentu.Spe terasa pegi mampus! Kan Khai kan? (owh...lupa nak bgtahu...Khai kawan baru sye yang selalu emo padahal xdatang bulan pun).
Sebelum apa-apa terjadi...elokla sye sign-out dan pulangkan broadband kawan sye yang sye curik sewaktu dye tido.Sabo Razi...sabo~
p/s:Kimie...keta lu amacam?...Ble nak ajak race? (buat gaya emo ala-ala Shamsul dalam KL Drift)
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 12:53 AM 7 comments
Labels: Luahan rasa
Share
Aku buntu dalam kegelapan malam.Nun di luar suara-suara sumbang berbual dalam bahasa luar yang aku tidak fahami.Mengapa mesti aku yang jadi mangsa kebosanan ini?
Bukan aku bosan kerana terkurung.Bukan juga aku bosan kerana meyendiri.Aku pun tidak pasti kenapa tapi yang aku yakin bahawa aku rasa kekosongan dalam diri.
Lalu aku cuba lari,mungkin pergi menonton,mungkin pegi bersiar,mungkin...mungkin.
Tapi aku tetap begitu.Pura-pura senyum di waktu begini memang menyakitkan.Aku hipokrit!
Selera aku hilang.Nafsu aku pudar.Semua yang kulakukan serba tidak kena.
Aku rasa ingin lari.Lari jauh dari sini.Pergi ke suatu tempat yang sunyi.Pantai mungkin.
Mungkin aku semakin menjauhiNya dalam tidak kusedari.Kewajipan sebagai hamba tidak kusempurnakan dengan elok walaupun aku turuti.
Sebuah cinta setia menjadi peneman.Bimbang dengan keadaan aku.Tapi ianya tak dapat membantu kerana bukan salahnya aku begini.
Lama aku memikir.Jauh aku termenung.Semakin kusut fikiran walaupun sebenarnya kosong didalam bayangan.
Beginilah hujung minggu aku DISINI!
p/s:Aku pilih tajuk tue sebab mse taip entri nie aku tengah dengar lagu tue.
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 3:14 AM 12 comments
Share
Berhijrah ke negeri orang banyak mengajar aku tentang sesuatu yang baru baik dari segi budaya,masakan dan pemahaman mereka.Baru-baru ini aku telah berhijrah ke Johor.Memang sesuatu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan kerana walaupun baru hampir sebulan,banyak perkara aku telah pelajari.Disini ingin aku senaraikan beberapa perkara yang aku baru tahu yang mungkin anda tidak tahu maka ingin aku kongsikan agar jadi panduan dan pedoman bersama.
Sedang meng'usha' awek-awek baru pulang keje sambil ber'swiit-swiit' macam mat rempit
Suasana di asrama pada waktu malam.Kebanyakan bangla dan indon telah dihalau dari lokasi bagi mendapatkan 'shoot' waktu malam yang menarik.
Tetiba aku ternampak ada muka bangla sebijik macam muka member aku.Komen korang?
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 2:46 AM 11 comments
Labels: Kerja, Luahan rasa, Merantau, Peristiwa
Share
Di hari raya...terkenang daku kepada sidia...lalala~ (sila sambung sendiri...jadahnya nak aku nyanyi sampai habis)
Hai kengkawan.Bertemu kembali kapan kita setelah lama aku pergi membawa diri.Uik,apsl ada kapan-kapan nie...dah mcm indon...pengaruh rakan sebaya
Ok...skrg nie dah dekat sebulan aku training kat JB.Aku dah mula biasa dengan persekitarannya,orang-orangnya dan kawan-kawannya.
Raya pun dah dekat...jadi aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan yang sudi membaca blog ini.
Disini juga ingin diberitahu...aku takkan balik untuk raya kali ini...raya ke-3 aku dah start keje.Bos suruh cuti pun aku xnk.Keh keh...
Tapi aku akan balik pada 1hb.Jadi sila buat tempahan awal yer jika nak ajak dating,lepak or nak jemput aku rumah terbuka.
Ok 2x dah 2x....cina CC nie dah bising...chiow.
p/s:Nanti balik aku citekan sikit pengalaman-pengalaman manis,pahit dan juga 'stim'...hihihi...
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 4:52 PM 12 comments
Labels: Mengarut
Share

Terjaga dek keriuhan kucing aku.Cilanat! memekak jer miow-miow kat telinga aku.Adakah kucing aku nie sedar sekarang nie bulan puasa? Jadi apakejadahnya dye miow-miow kat telinga aku meminta makanan?
Aku bingkas bangkit dari pembaringan.Jap lagi gua nak balik JB.Aku benci.Ecewah...padahal suka nak jumpa kawan-kawan berlainan bangsa.Buka puasa sama-sama.Bergelak tawa sama-sama walhal sepatah haram tak faham.Pastu bangla-bangla tepuk bahu aku sambil cakap "baya...baya".Nak suruh aku bayar apa ntah.Bongok punya bangla.
Pastu nanti pukul 9.30 jer ready kat tepi tingkap untuk skodeng awek-awek sidai baju pakai tuala...pastu doa angin kuat agar tuala itu tanggal.Tapi bahaya kalo waktu siang.Mau batal puasa dalam bilik air.
Owh...sebelum balik mahu jumpa sidia.Mintak nasi kangkang sikit agar tidak curang lalu ikut indon balik negara untuk kahwin lari.Juga nak beli penyangkut baju, megi, dan sabun mandi yang paling mahal agar tidak sama bau dengan mat bangla dan mat indon mahupun nepal.
Harap-harap bila balik nie kad aku dah boleh acces.Tak perlu la jadi ninja lagi menyelinap disebalik orang ramai untuk masuk.Pastu boleh la merayau-rayau kat production line sambil berlagak macam itu company bapak aku yang punya.
Disebabkan bulan puasa ini juga takde la scene-scene kelip mata pukul 4 petang ajak pegi minum kat department orang lain sambil berlakon bawak measuring tape.Juga takde la alasan nak touch card pukul 8 tapi masuk ofis pukul 9.30.Huhuhu.Aku suka budak-budak department aku yang otak gila-gila.
Dah la, aku nak mandi.Sian sidia dah tunggu aku Tesco. Korang jangan rindu aku tau.Nanti bulu mata aku banyak gugur.Ramai orang cakap bulu mata aku lentik macam pakai pelentik bulu mata.Walhal aku pakai taik mata jer genyeh-genyeh untuk dapatkan hasil yang sama.
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 9:54 AM 14 comments
Share
".....lari dari zon keselesaan kalo nak berjaya"
Terngiang kata-kata seorang motivator mse ceramah motivasi sebelum nak ambk SPM.Nampak sangat aku tak lari dari zon keselesaan sebab tue SPM aku tak berjaya.Huhuhu...
Jadi bersamaan 18hb Ogos hari tue,sehari lepas majlis konvo aku,aku bersama 27 rakan-rakan yang lain telah berangkat ke Johor Bahru.Di sana kami ditempatkan di kilang Flextronics dengan masing-masing dipecahkan kepada department.Aku tercalon untuk menjadi ahli department IE.
Meh aku cite kan semua zon keselesaan yang aku lari
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 12:13 PM 15 comments
Labels: Kejuruteraan, Kemanusiaan, Peristiwa, Perjalanan
Share
Sejak zaman Parameswara belum memeluk Islam lagi aku dah kena tag.Tapi malas betul aku nak membuatnya.Apa kejadahnya semua ini?Jadi kepada cik Nisa,ini tag yang anda paksa sye untuk membuatnya.
Peraturan: Letakkan gambar sewaktu kecil anda. Adalah baik sekiranya anda menulis 20 perkara yang orang tidak tahu semasa kecil anda. Pada penghujung entry, anda harus memilih 5 orang untnk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sebab saya ingin tahu lebih lanjut tentang zaman comel anda dulu.
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 5:58 AM 14 comments
Labels: Tag
© Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP