Share
Ini kisah seorang kawan.Seorang kawan terhadap kawannya di hari terakhir pemergiannya.Bukanlah niat untuk mengaibkan diri sendiri sekadar renungan bagi pembaca yang masih hidup.Kalau yang dah mati jangan mengada nak komen nanti aku terus tanam blog ini tujuh kaki dalam,tujuh kaki lebar.
.......................................................................................................
Tahun 1995.Senang bergaul dan mudah mesra menjadikan aku seorang yang disenangi.Tentulah ramai kawan jika bersikap begitu.
Namun dalam seribu pastinya ada satu yang benar-benar dianggap terbaik.Ada seorang yang aku betul-betul rapat.Rapat dalam erti kata sanggup beri 50 sen dari satu ringgit duit belanja yang diterima gara-gara kawannya terlupa bawa duit.
Arwah seorang yang baik.Jarang bergaduh dan sangat menghormati rakan.Aku masih ingat waktu lepas kokurikulum aku datang rumah dia pastu dia buatkan air sirap.Tapi paling aku ingat bilik dia macam kedai bundle satu ringgit dekat Alor Setar.Baju penuh membukit.
Sedangkan lidah lagikan tergigit.Inikan pula kawan-kawan.Memang kami rapat tapi takdir menyuratkan kami akan bergaduh.Bergaduh di hari-hari terakhir pemergiannya.Ceritanya bermula pada hari Jumaat...
Waktu itu Jalil Hamid masih muda dan popular dengan lagu hits tajuk 'Ayam'.Irama dan lirik yang kelakar menjadikan lagu itu siulan kanak-kanak diwaktu itu.Termasuk aku.Dalam kelas,bila cikgu takde akulah raja.Bergendang meja dan melalak macam nak rak.Padanlah anak murid aku degil nak mampus.Balasan Tuhan dia beri cash jer.
Entah kenapa,arwah sedikit terasa bila aku menyanyikan lagu itu.Dia marah-marah.Nak kata datang bulan baru 9 tahun.Lelaki pula tue.Darah apakah?
Rupanya arwah terasa sebab aku nyanyi lagu Jalil Hamid itu.Nama bapak dia Jalil.Waktu itu ejek-ejek nama bapak memang trend dalam pergaduhan.Trend pijak kepala bapak dah lapuk waktu itu.
Budak-budak lagi.Mana faham konsep tolak-ansur dan perkauman.Aku tak salah maka aku marah arwah balik.Makin kuat aku nyanyi.Arwah pula guna taktik 'tuduh-dan-tolak'.Dia tuduh aku sengaja.Dia tolak aku ke belakang.Kami pun bergaduh.Syaitan pun bertepuk.
Cikgu dah macam polis cite hindustan.Dah habis hero settle baru nak datang leraikan.Hari itu berlalu tanpa ada sesi bermaaf-maafan.
Hujung minggu berlalu dengan tenang melayan Ultraman...
Sesi persekolahan seterusnya bermula dengan hari Isnin sebab aku duduk Selangor bukan Kelantan mahupun Kedah.Waktu itu masih tidak tahu apa itu 'Monday Blues' tapi memang malas semacam jer tambah-tambah ada perhimpunan.
Sewaktu mendaki anak tangga,datang seorang kawan sekelas menyapa
"Susahlah kita nak main bola lepas nie.Arwah (ganti nama diri simati) dah takde"
"Ala tak apa.Kita import la Drogba" balas aku bergurau.
Dalam kelas aku malas nak campur takut rosak akhlak kalau bergaul dengan budak-budak nie sambil tunggu Nadia,budak pompuan yang aku minat dulu (tapi sekarang dah tak minat pasal dia suka cakap keling...hahahaha...gurau jer Nadia...).
Sok sek sok sek...datang sorang kawan aku muka macam rumah tak siap tegur "Eh kau tahu tak arwah dah mati...eh tak elok cakap mati...cakap meninggal"
"Kau nie gurau kasar..." jawab aku acuh tak acuh.
Kring! (Semua orang kena berhenti macam patung) Kring! (Baru boleh gerak) Kring! (Berlari ke tapak perhimpunan)
Macam biasa,kena nyanyi lagu Negaraku,lagu negeri Selangor pastu ikrar.
Tiba waktu pengumuman,guru kelas aku naik pentas.
"Assalamualaikum semua murid-murid...saya ada satu pengumuman.Salah seorang rakan kita iaitu Mohd Khasnan bin Jalil telah ditimpa kemalangan pada hari sabtu minggu lepas.Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah"
~Suasana Sunyi Sepi Seketika~
Aku masih keliru.Benarkah berita yang baru aku dengar tadi?Terus aku toleh ke depan mana tahu arwah ada beratur tapi hampa.Untuk kepastian,aku tanya member aku muka macam rumah tak siap tadi, "Eh betul ker arwah dah takde?"
"Tue la kau.Tadi aku bagitahu kau taknak percaya" balas member aku yang muka macam rumah tak siap.
Aku terdiam.Ya Allah aku tak minta maaf lagi dekat arwah!
Hari itu kosong bagi aku...yang menyedarkan aku di alam nyata hanyalah titisan air mata yang gugur tanpa aku sedari.
Petang itu lepas pulang dari sekolah agama,aku maklumkan kepada Mama.Berita itu cukup mengejutkan Mama.Beliau kenal arwah sebagai kawan aku.
Malam itu kami pergi ke rumah arwah.Ada kenduri arwah.Kami dijemput masuk ibu arwah sebab dia kenal dengan aku.
[Arwah meninggal pada hari sabtu.Beliau meninggal semasa dalam perjalanan ke kedai.Sebuah bas melanggar beliau semasa hendak melintas jalan.Melalui cerita,arwah telah diseret hampir semeter sebelum bas itu berhenti.Beliau meninggal semasa dikejarkan ke hospital.]
Antara kata-kata terakhir arwah sebelum meningal...
"Razi pandai...dia selalu tolong Angah buat matematik.Kalo dalam kelas,cikgu slalu puji Razi.Tapi cikgu selalu marah Angah sebab tak dapat jawab.Angah nak jadi macam Razi la.Tapi Angah dah nak pergi...dah tak sempat..."
Sejak hari itu,aku sangat menghargai kawan-kawan aku.Bagi aku,andai ada diantara mereka yang pergi dulu sebelumku...aku harap aku takde apa-apa yang terkilan semasa pemergian mereka.Aku rasa sangat menyesal dan terkilan sebab aku tak sempat mintak maaf dekat arwah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah!...
Untuk baca post asal,klik
sini