Luahan hati lelaki kepada lelaki
Share
Dua hari ini aku tak sihat maka segala aktiviti terbantut.Sampai nak keluar beli topup pun tak mampu.Kepala rasa macam pusing-pusing.
Semalam disebabkan terlalu bosan asyik baring jer atas katil maka baring pula atas kerusi depan tv.Kebetulan pula sedang ditayangkan siri Adamaya.Layan jer la.
Tengok dalam 2,3 minit...tiba-tiba terasa persamaan diri dengan Adam.Kekasih hati dalam konteks aku tapi bini dalam cerita itu,kedua-duanya telah diganggu oleh lelaki yang sudah berkahwin.
Baru-baru ini kekasih hati aku diganggu oleh rakan sekerjanya yang sudah berkahwin.Mulanya aku ilek ilek jer.Bak kata pepatah, tak hot tak ngorat.Kan? Tapi makin lama tindak-tanduknya semakin menakutkan aku dan juga kekasih hati.
Kalau setakat panggilan itu boleh di ignore kan,tapi ini dah sampai tahap follow kereta memang sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng.Itu yang nak ajar kekasih hati drift tapi kekasih hati bawak Kenari atau Kancil.Binatang mana boleh drift.
Jadi aku ingat nak berkonfrontasi dengan lelaki itu.Bukan apa,kalau sama-sama bujang boleh guna kaedah best man win tapi ini kalau dah ada anak bini takkan nak guna kaedah yang sama.
Kepada lelaki berkenaan,pandanglah muka anak anda.Apa silapnya mereka dilahirkan berbapakan anda?Pandang pula isteri anda,salahkah dia memilih anda sebagai tempat bergantung?
Pendek cite,kau jangan gatal boleh tak?