Aku senior!
Share
Hidup di asrama memang adalah satu pengalaman yang berharga.Disinilah kau belajar erti berdikari,belajar camne nak 'fly' tanpa kantoi,belajar camne nak menyorok kalau taknak turun surau baca yasin malam jumaat dan juga membuli tanpa membunuh.
Bagi mereka yang duduk asrama sejak tingkatan satu macam aku mesti tahu asam garam duduk di asrama.
Salah satu rule yang paling penting ialah kau mesti hormat senior.Jadi aku simpulkan disini hidup di asrama tidak best melainkan kau jadi senior.
Peringkat umur senior adalah sekitar 16 membawa ke 17 tahun dimana kau akan berada dalam tingkatan 4 atau 5.Tapi ianya akan jadi berkecuali jika kau masuk sekolah asrama yang bermula dari tingkatan 4.
Jadi senior memang best.
Kalau nak makan tapi malas turun dewan makan,kau boleh suruh mana-mana budak dorm kau untuk bawakkan makanan dari dewan makan.
Untuk bebudak bawah (tingkatan 2 dan 3) yang nak dapat lesen hisap rokok mestilah kena pukul dulu pastu jadi supplier rokok untuk senior.
Ok yang jahat itu semua senior aku.Aku masa jadi senior adalah sangat baik.Tak caya tanya Shamil,budak junior dorm aku.Hahaha.
Masa aku jadi senior.Hmm...aku tak pernah pukul budak.Aku buli diorang guna pendekatan psikologi jer.
Macam biasa,kau mesti nak poyo bila jadi senior kan?.So aku set rule yang takleh sembahyang dalam dorm.Kena turun surau walau lewat camne pun.
So suatu hari adalah sorang budak junior nie kantoi sembahyang dalam dorm.
Malam tue aku pun panggil dia...
"Siang tadi aku nampak kau sembahyang dalam dorm...aku cakap apa?"
"Err...takleh sembahyang dalam dorm"
"Ha tau pun...ok! aku nak kau berdiri kat depan loker aku sekarang".
Budak tue pun pegi dekat loker aku.Kat atas loker aku tue ada gambar buah-buahan.
"Aku nak kau petik buah kat atas tue sampai dapat"
Budak tue pun ambik penyapu pastu jolok jolok gambar buah atas loker aku tue.Wakaka.Sumpah kelakar.
Selang 10 minit kemudian...
"Takleh la bang..."
"Ahh takde!...petik gak sampai dapat"
Maka berjolok-jolok lagi la budak tue.
Last-last aku kasihan bila dia dah sejam menjolok.Aku pun panggil dia balik
"Pasni aku taknak kau sembahyang dalam dorm lagi.Faham?"
"Ok bang.Saya janji tak buat lagi".
Selang beberapa hari kemudian...
Aku pulak sembahyang dalam dorm.
Ceh! apa aku kisah.Aku senior!