Showing posts with label Percintaan. Show all posts
Showing posts with label Percintaan. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Pengalaman saya memandu Ferrari

Share


Hujung minggu ini memang antara yang terbosan.Semua sebab sakit tekak dan tonsil bengkak.Nak lepak tak dapat,nak dating cancel,nak hisap rokok pun kena catu.

So aktiviti hanya terbatas kepada baring atas katil macam orang lumpuh sambil habiskan episod Boys Over Flower buat kali ke-3 dan sekali-sekala komen orang kat Facebook.Memang gaya hidup nerd masakini.

Bila dah terbaring jer,mata pun mula la nak tertutup jer.Maka haruslah mimpi-mimpi pelik.

Memang ini antara mimpi terbaik sepanjang hidup.Tak sia-sia aku sakit tekak.

..........................................................................................................................................................................

Bapak aku memang sangat kaya macam taknak mati.Dia ada berpuluh-puluh syarikat daripada pengimport kereta,pengeluar cip sampai la ke bisnes nombor ekor.

Dan masa tue bapak aku dah menjelang umur kubur kata mari,rumah kata pergi.

Pastu aku selaku anak sulung lelaki haruslah jadi pewaris yang akan menguruskan segala harta-benda yang nilainya kalo tujuh keturunan makan tak habis siap tapau lagi.

Keta toksah cite la.Semua model yang limited edition jer.Tapi aku pelik,apsal Satria Neo aku ada lagi dikalangan Ferrari,Lamborghini tue.Hahaha.

Suatu hari,aku dalam perjalanan nak kemana ntah...bawak Ferrari Scuderia sambil pakai spek mata hitam.

Pastu masa berenti kat lampu isyarat,tetiba ada satu BMW Z4 takde bumbung berenti sebelah.

Bila aku usha sekali awek daa.

Sebab aku bawak Ferrari maka bolehlah aku senyum kat awek tue,cuba aku bawak Myvi...hahaha...memang pandang lampu isyarat jerla.

Awek tue pun senyum balik...

Entah bodo apa lampu isyarat tue...lama nak mampus maka aku pun cuba mengayat awek tue...

"Hai Kak Long...nak pegi mana tue?" tanya aku (bawak Ferrari tapi ngorat gaya mat rempit...wakaka)

Awek tue senyum jer.Mesti dia pun nak tergelak sebab aku ngorat style mat rempit.

Tidak berputus asa,aku try lagi mengorat...

"Kak Long...mintak nombor telepon boleh?" (aku malu pada diri sendiri dalam mimpi ini)

Awek tue reply "Kalo awak dapat kejar saya,nanti saya bagi".Time tue jugak la lampu isyarat jadi kaler hijau.Awek tue terus pecut tinggalkan aku.

Gila apa aku nak kejar dia.Aku nak U-turn jer.

Dengan bahagianya aku pun buat U-turn dan terus pandu slow-slow.

..........................................................................................................................................................................

Notakakicagu:

  1. Mimpi ini aku nobatkan sebagai antara yang terbaik sebab aku dapat bawak Ferrari
  2. Mimpi ini juga ada pengaruh cite Boys Over Flower sebab aku tertido masa tengok cite tue lalu terus mimpi nie


Tuesday, January 19, 2010

My 1st time...

Share

Pertama sekali aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada yang ingat harijadi aku.

Yang tak ingat tapi ternampak event kat Facebook tue pun aku ucapkan terima kasih jugak sebab wish.

Eh,kan lagi cepat kalo aku ucap terima kasih kat yang wish jer.Hurm takpe.

Hari yang bersejarah ini dimana berlakunya revolusi manusia akhir zaman daripada rosak kepada jahanam disambut oleh aku dan kekasih hati dengan pegi dating.Terima kasih kekasih hati kerana sanggup ambik cuti semata-mata nak sambut kelahiran i.Hahaha.

Jadi penceritaan dimulakan pada pukul 8.48 pagi dimana aku takleh tido bila hp asyik berbunyi cakap ada orang wish kat Facebook.

Baru teringat hari ini ada date dan dah lewat nie maka segera bangun turun bawah bukak Facebook (langsung takde sense of lambat).Balas komen wish berbentuk cerca.Takpe aku tahu aku memang terkutuk.Takde hal punya,kutuk lagi kasi imbang dosa aku kutuk orang.

Malas la nak cerita aku bersiap sebab nanti korang kata aku bersiap lambat maka kita skip plot kepada kereta Neo meluncur laju menuju ke rumah kekasih hati.

Sampai rumah kekasih hati dalam pukul 10 lebih.Kekasih hati mesej cakap "Jap...jap tengah pakai baju".Kuang asam btol,dia lagi lambat.

Destinasi pertama adalah Celcom Centre.Kitaorang berdua nak tukar line jadi tiga line bleh join Pekida takpun 24 Top gangster India yang popular kat Klang.

Masuk jer Celcom Centre tue,ramai gila orang pegang BlackBerry.Oh ada percuma BlackBerry ker?

Tanya kat ada sorang akak nie pastu dia suruh jumpa lagi sorang akak.

Bila aku jumpa akak lagi sorang tue,dia bagi penerangan pasal line yang kitaorang nak tukar tapi sepatah haram kitaorang tak paham buat muka blur-blur.Pastu dia suruh jumpa akak yang mula-mula tadi.

Akak yang mula-mula tadi suruh isi borang apa ntah yang lagi susah dari jawab soalan SPM maka aku tinggalkan kedua-dua akak tue tak jadi tukar line.

Destinasi seterusnya kami berdua ke Sunway Pyramid.

Sampai Sunway Pyramid dalam pukul 1 maka haruslah perut berkeroncong nyanyi "lapar...lapar" macam iklan KFC Zinger Tower.

Nak makan Nando's tapi tak jumpa kedai maka makan jer la kat Kenny Roger.

Aku tak puas hati bila aku order half chicken kekasih hati order quarter chicken tapi dia dapat lebih.Apsal?Maka makanan aku,aku makan sorang,kekasih hati punya makanan kami kongsi.Baru adil.Kan?

Lepas makan pegi sembahyang jap kasi halau setan yang ikut follow tadi.Sibuk jer nak suruh kami terjerumus kedalam lembah maksiat.Wakaka.

Pastu turun tingkat bawah sekali nak main ice skating yang sumpah inilah pertama kali aku main padahal dah lepak Sunway sejak tingkatan 3 tak pernah cuba.

Pertama kali menyarung kasut luncur tue aku dah rasa tak selesa sebab dia keras,berat dan menekan kaki aku tapi mungkin memang camtu.Tambah tak best bila aku ketatkan tali dia.

Macam biasa la,pertama kali bermain mesti pegang-pegang dinding kasi belajar imbang sikit.Oh ini bukan aku,ini kekasih hati.Aku terus meluncur laju macam dah selalu main.

Akibatnya adalah 3 kali aku jatuh terduduk.Satu kali jatuh tersungkur.Kalo jatuh terduduk takpe wei tak sakit sangat tapi jatuh tersungkur memang azab.Dahla cedera fizikal,emosi pun cedera.Tak dapat nak berlagak depan kekasih hati.

Bila ditanya,rupanya kekasih hati pernah main sebelum nie,padan la dia tak jatuh.Malu i~

Macam biasa,manusia nie bila dah pandai sikit,dah ada skill sikit mula la nak berlagak maka aku pun macam tue gak terus tinggalkan kekasih hati biar dia main dinding sorang-sorang.Aku luncur laju-laju pastu kasi brek spin baru cara.

Tengah laju-laju tue tetiba ada amoi nie boleh tukar lorong tak bagi signal maka apalagi,aku terus la tangkap tangan dia supaya kami tak berlanggar.Dia pulak ingat aku nak rogol/ragut terus dia jerit kuat-kuat.Malu la i kan?

Kekasih hati nampak gelak-gelak jer.Kuang asam punya kekasih hati.Padan muka dia ada cina langgar.Hahaha.

Main dalam sejam lebih terus balik sebab kaki dah sakit dan gelanggang luncur dah jadi kecik tak best.

Terima kasih kekasih hati sebab temankan.

Pasni bolela ajak Puyat,Habib,Ajib dan Apek.Mangkuk-mangkuk tue mesti tak pandai main.Hahaha.Lagi-lagi Apek yang berat ke depan.


Kaler glove sape paling buruk?


Ambik gambar style couple-couple pasni boleh upload kat Facebook


Mamat kerek berlagak jap lagi jatuh la tue.


Meluncur laju dengan penuh bergaya.Yeha!


Nampak tak camne lajunya aku meluncur.Huhuhu.Genius memang camni


Kekasih hati yang suka main kat dinding.


Pegi ke tengah sikit pun sebab nak ambik gambar.


Kepenatan dan sakit kaki.Tambah bontot basah sebab jatuh.


Kekasih hati dah bukak kasut taknak main dinding dah.


Thursday, May 14, 2009

Idea-idea romantis

Share


Post kali nie aku tujukan kepada kawan aku (nama terpaksa dirahsiakan) yang sedang dilamun cinta...dah bernanah telinga aku mendengar luahan rasa dye...

Idea-idea romantis untuk pasangan anda:

1.Jika pasangan anda pergi jauh dari anda,cakap kat dye yang anda risaukan keselamatannya dan anda akan hantar 'bodyguard' untuk menjaga keselamatannya.Pastu, bagi dye 'teddy bear' kecik (tidak digalakkan bagi pasangan yang pergi jauh ke Siam untuk kahwin lagi satu)

2.Belikan pasangan anda sejambak bunga dan letakkan satu bunga plastik diantara jambak bunga tersebut...sertakan skali kad yang berbunyi "Sye cintakan awak sehingga bunga yang terakhir layu" (kalo bunga plastik tue pun layu gak...hmm...nampak sangat dye memang xcintakan ko)

3.Belikan pasangan anda cermin muka yang comel-comel...bungkus elok-elok...pastu sertakan sekali kad yang berbunyi "Cermin ini akan tunjukkan perempuan yang paling cantik skali di dunia" (nak lagi best...lekatkan gambar model Playboy kat cermin tue...confirm clash!)

4.Kepada pasangannya yang gemar baca novel boleh try idea nie...gariskan huruf-huruf dalam novel tersebut sehingga membentuk perkataan seperti 'I Love You'. (Jangan conteng terlalu banyak...takut pasangan anda akan conteng plak kat muka anda)

5.Contact family dye macam akak dye ker...adik ker...mak dye ker...tanya diorang,apa pasangan anda nak mse dye kecik-kecik dulu...belikan sebagai hadiah bzdy...(Dulu mse kecik-kecik sye nak keta Ferrari...ada sesapa nak belikan x?...Hahaha)

6.Tulis sekeping nota berbunyi "Sye teringatkan awak hari nie,dan sye tertawa kerananya"....letakkan di tempat yang dye akan jumpa...

7.Kopek bunga ros...ambk kelopak-kelopak dye...pastu letak kat pelindung matahari keta anda.Mse tengah drive nak pegi dating ker...cakap kat dye...ada cili kat gigi dye dan suruh dye tengok...pastu kelopak-kelopak bunga ros tue akan jatuh ble dye bukak pelindung matahari tue...(boleh juga ganti dengan duit kertas jika pasangan anda mata duitan)

8.Fotostat gambar tangan anda...kemudian fax kan kepada pasangan anda dengan mesej yang berbunyi "Nak pegang tangan sye x?"

9.Tutup mata pasangan anda supaya destinasi agak 'suprise'...bawak keta slow-slow...pastu pegi Pejabat Agama...jumpa tok kadi...bukak penutup mata pasangan anda...pasti dye terkejut! Romantik x?

Saturday, December 20, 2008

Cinta

Share

Ble aku nak tido jer...baru la idea tue nak datang untuk update blog nie...tue sebab hampir setiap malam aku tido lewat (alasan...)

Aku tetiba teringat kat perempuan yang mula-mula aku minat.Mse aku kat nurseri (apa ek jadi kat minah tue?...bohsia kot...kehkehkeh).Aku dihantar ke nurseri oleh ibubapa aku sbb aku kecik lg mse tue.Mse tue kteorang duduk Kuantan.

Aku sbnrnya dah xingat sangat pun...benda tue dah sangat lama...kalo simpan dalam komputer pun mesti file tue dah corrupt...so secara tidak langsungnya...cite ini akan ada unsur tokok-tambah (aku dah warning awal-awal...kalo xnk kne tipu jgn bce...ok?).

Aku dah lupa sebab apa aku minat dye...kalo xsilap aku sebab rambut dye yang cute kot.Kulit dye hitam manis (Actually aku xtahu pun manis ker x...kalo negro tue,hitam pahit la ek?).Pastu dye slalu senyum kat aku.


Gambar aku mse kecik-kecik dengan adik aku...

Disebabkan aku kecik lg mse tue...so aku pun xtahu nak watpe untuk express feeling aku kat dye.Tapi naluri sebagai lelaki yang ingin menjadikan wanita yang disukainya sebagai isteri tue dah memang ada dalam diri aku sejak kecik lg...so korang nak tahu x aku wtpe?...hehehe....kalo aku main kahwin-kahwin jer,aku msti nak dye jadi bini aku...(hikhikhik...kecik-kecik dah gatal)

Tak lama lepas tue aku pindah balik Selangor...aku pun xtahu apa jadi kat dye (Agak-agak dye ingat x kat aku lg?).Oppss...lupa plak nak bgtahu...nama budak tue Fatin (disini ada unsur tokok-tambah).

Then,mse aku darjah 3...aku minat kat sorang budak pompuan nie.Sebab aku minat...hmm...mse tue dye la budak pompuan paling pendiam kat dalam klass tue...plus muka dye agak lembut (sesuai dengan perwatakan aku yang ganas...wahahaha...).

Aku ada skali cakap kat member aku...nnt besar aku nak kahwin dengan budak pompuan tue.Punyala mulut tempayan member aku tue...(smpi skrg kebanyakan member aku mulut tempayan)...dye pegi bgtahu budak pompuan tue.Hish...bongok btul (ini pun salah satu kriteria member aku smpi skrg).Pastu korang nak tau x apa pompuan tue cakap?...Hmm...dye cakap...

"Xhingin aku"

...hahaha...untuk pertama kalinya aku kne rejek.Damn! sedih gak.

Hmm...nama dye spe ek...hmmm (berfikir sejenak)...ha! nama dye Nadia Ahmad Zainal (actually Ahmad Zainal tue nama bapak dye...).Kepada Nadia,jika anda sedang bce post nie...sila response...hakhakhak.

Tapi itu semua cite dulu...bak kata orang,'Cinta Monyet' (kalo mse sekolah bercinta dinamakan 'Cinta Monyet'...mse kecik dinamakan cinta apa ek?).

Sekarang nie aku hanya cinta seorang saja...iaitu Nur Ervina Binti Razali...(termasuk la beberapa orang pompuan lain...aku kan pencinta wanita...wakaka...gurau jer...nnt ada orang ugut nak rabakkan teddy bear).


Minah nie sakit pinggang kot...senget-senget padia

Jadi...
Siapa jodoh anda?

~Merebut cinta lebih susah daripada cinta direbut...apa aku merepek nie?~


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP