Showing posts with label Kereta Wira. Show all posts
Showing posts with label Kereta Wira. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Pengalaman Razi bertembung dengan pembuli jalanraya ataupun dikenali sebagai 'road bully'

Share

Aku macam dah malas nak bukak blog nie.Dah takde mood.Apatah lagi nak bukak blog korang dan tinggalkan komen.Memang kadang-kadang apa yang kau orang tulis itu menarik perhatian aku tapi itu la.Kang kalau salah gurau ada orang marah,ada yang emo.Kecoh ar.Takleh gurau pegi surau la wei.Yang tiba-tiba carik pasal pun ada gak suka nak tarik perhatian sebab sedar diri tak cun.Siapa terasa better tanya dekat aku sendiri takut nanti miss target pulak.

Ok.Tutup cite tak best.

Nie nak cite pasal pembuli jalanan.Pembuli jalanan ialah mereka yang membuli di jalanraya.Biasanya lelaki keturunan India,Cina dan juga Melayu lingkungan umur 20-30an dan biasanya memandu Wira.Jarang sekali aku tengok road bully pakai Viva.Keh...Keh...

Ceritanya bermula begini...

Diketerikan mentari tengahari,aku memandu pulang dari UiTM ke rumah untuk makan tengahari sebab kawan rapat tak dapat temankan gara-gara gadis.Oh ini memang biasa,lupa kawan sebab gadis.Nanti dah kecewa baru cari kawan.Hohoho.(Puyat,sila terasa!)

Taraf pemodenan bandar Klang semakin meningkat.Salah satu ciri bandar moden ialah trafik sesak jadi kata mudahnya ialah jalan jem.

Masa itu line belah kiri agak jem berbanding kanan dan aku berada di line kanan.Tiba-tiba ada sibodoh keluar mengejut ke line aku.Maka haruslah aku mengelak ke line lebih kanan takkan aku nak langkah kereta dia pulak kan?

Oh sebelum aku tukar lorong mengejut itu aku dah tengok side mirror yang memang ada kereta sedang menuju ke line lebih kanan itu tapi berdasarkan kiraan kalkulus dan sudut teorem pitagoras memang takkan eksiden cuma pemandu mungkin mengalami kejutan.

Aku pun tukar demi menyelamatkan diri.Dan sama macam kiraan aku,bunyi hon pun berkumandang.Takpela,aku yang salah maka merelakan diri kena hon.

Tak lama lepas itu,kereta tadi tiba-tiba memecut lalu masuk betul-betul depan aku.Nasib baik tak berlanggar.Ok fine kau nak balas dendam so sabar jerla.

Lepas itu aku perasan dia asyik main brek mengejut.Eh apakebabi kau nie bawak kereta ker bawak babi?Aku dah mula rasa tak syok dan sabar mulai hilang tinggal Sabariah.

Lepas tue bila naik jambatan,ada dua line,aku line kanan dan dia line kiri.Macam biasa,line kanan kan laju sikit maka aku pun laju la.Waktu itu dia dah terkehadapan berbanding aku.Pastu bila aku lalu sebelah dia,dia himpit kereta aku.Eh,cilaka sungguh pemandu Wira ini.Nasib baik aku bawak Neo kalau aku bawak Storm memang aku himpit balik sampai kau masuk Sungai Klang.

Drop gear terus tekan pedal minyak.Malas nak layan pembuli jalanan.





Moral:Kalau bertembung dengan orang begini,jangan layan sebab ada kes bunuh hanya gara-gara kereta gesel-gesel.Kalau diekori,segera kunjungi Balai Polis berdekatan.Kalau tak jumpa Balai Polis,boleh berhenti dekat mana-mana yang ada ramai orang.


Ok ini bukan gambar pembuli jalanan walaupun pakai Wira


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP