Showing posts with label Inception. Show all posts
Showing posts with label Inception. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Ini bukan review filem Inception!

Share


Sebab hari ini cuti,pulak tue baru dapat gaji,rasa macam tak kena pulak bila dalam akaun ada banyak duit jadi mesti keluar jalan-jalan kasi duit kurang supaya lebih zuhud dalam kehidupan.

Terus ajak Puyat tengok wayang cite 'Inception'.Pergi berdua jer pasal kawan-kawan yang lain ada komitmen kerja dan Facebook,rasa macam tengah hangat bercinta pula bila keluar berdua-duaan begini.

Lepas beli tiket wayang,masa terluang ada dekat 2 jam jadi kami isikan dengan bermain game Initial D,makan sushi,dan juga jalan-jalan window shopping tengok bra.Orang ramai yang berselisih memberikan pandangan sinis bila melihat kemesraan kami semasa bergurau-gurau testing bra.

Tentang cite Inception pula,lakonan Leonardo Dicaprio berkisarkan tentang mimpi.Malas nak review atau buat sinopsis sebab dah terlewat cuma yang aku boleh beritahu ceritanya menarik bagi aku.Bagi mereka yang cakap cerita Lagenda Budak Setan adalah filem terbaik yang dia pernah tonton mungkin akan kata,"Tak best la cite nie...Tak faham!".

Habis tengok wayang,terus berlari ke surau bagi menunaikan sembahyang Maghrib.Rasa bersalah pula melewatkan solat jadi saya cadangkan pengusaha panggung wayang agar membina surau dalam premis anda dan kalau boleh kasi 'pause' sekejap bila masuk waktu solat.Amacam?Barulah negara Islam!

Balik tue singgah Shah Alam untuk makan malam.Saat itu kami berdua tak banyak berkomunikasi menggunakan lisan hanya menggunakan bahasa tubuh seperti mengesel,meraba dan mengosok bagi menzahirkan perasaan kami.





Tiba-tiba Puyat tolak kerusi aku...badan aku melayang...aku hampir rebah ke bumi...

..............................................................................................................

Pap! aku terjaga.Rupanya semua benda tadi hanyalah mimpi.

Tok! Tok! ada bunyi ketukan di pintu.Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi bagi membuka pintu.

"Mr.Leonardo Dicaprio...please be ready for interview session with reporter about your new film,'Inception'.You have 30 minutes to get ready!" ujar manager aku.

"Damn! I hate reporters" balas aku sambil sarung t-shirt tulis 'Inception'.


"I must admit Fakhrurazi and i look the same"-Leonardo Dicaprio in Oprah Show,6 August 2010


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP