Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Saturday, April 10, 2010

Bagaimana menulis blog mewujudkan keGEMBIRAan?

Share

Meh aku nak tanya kau orang...apa tujuan korang tulis blog ini sebenarnya? Untuk populariti? Kepuasan nafsu serakah? Atau sekadar menguji kemahiran mengarang?

Tujuan aku menulis blog ini sebenarnya adalah untuk menyampaikan sesuatu melalui medium penulisan.Cuba kalau aku sampaikan sesuatu melalui medium lakonan dewasa,agak-agak ada orang nak tonton tak?Bayangkan aku tidak berbaju,berseluar askar sedang berlari di gigi-gigi air....hahaha...cite lucah apa nie...

Ok! aku yakin korang mesti taknak tengok sebab aku tak cukup hensem untuk tandingi Farid Kamil tapi setakat Robert Pattinson tue aku tapau jer...

Jadi tak semua orang boleh berlakon walaupun berbakat (merujuk kepada diri sendiri).

Seterusnya,apakah keseronokan menulis blog?

Bagi aku,keseronokan menulis blog bilamana kau siap satu entri,pastu kau baca balik,kau tergelak sendiri dan tunggu orang komen cakap apa yang kau tulis itu menarik.

Buat orang tersenyum sebenarnya adalah satu tugas yang mulia.Cuba bayangkan kau baru saja dimarah bos sebab pakai seluar tido pegi kerja akibat bangun lewat tadi,lepas itu kau bukak blog aku dan kau baca aku juga terpakai boxer yang butang dah tanggal jer pergi kerja.

Contoh:Hari ini aku pergi kerja pakai boxer jer.Dah la butang dia tercabut.Nasib baik 'Naga' belum bangun tidur.Kalau tak mesti bos gantung diri akibat perasaan rendah diri.

Bagaimana?

Bila kau ada blog maka secara tidak langsung juga kau akan ada kawan blog.Kawan-kawan blog ini juga sebenarnya adalah sumber kekuatan aku dalam penulisan.Komen-komen mereka.Nama aku yang disebut dalam entri mereka.Wajah aku yang disuper-imposekan oleh mereka...ok fine! yang ini aku buat sendiri....semuanya adalah sumber kekuatan dalam penulisan blog aku.

Macam biasa,tak semua orang setuju dengan apa yang kau tulis.Contoh bila aku kutuk Myvi gemuk,confirm-confirm la Suria tak setuju sebab dia pakai Myvi dan dia juga gemuk! Wakakaka...

Maka kesimpulan yang aku boleh berikan di akhir entri ini ialah menulis blog bukan sekadar meluahkan perasaan,tapi memberikan KEGEMBIRAAN kepada yang membaca.


Ok sekarang aku dah hancurkan imaginasi pontianak kacak korang...keh...keh...


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP