Thursday, January 26, 2012

Kehidupan selepas kahwin

Share

Dah masuk tahun 2012 barulah aku ada rasa nak update blog.Menyampah gila menaip guna Ipad nie kalau typing error susah nak betulkan dah la aku jenis yang perfectionist... haktuih!

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir masa kahwin aku tempoh hari.Aku tahu ramai gadis-gadis yang tak hadir sebab kecewa begitu juga dengan sesetengah lelaki tapi apakan daya takkan nak aku nyanyi lagu Aliff Sattar-Lelaki Seperti Aku lagi?

Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas aku nak cerita tentang malam pertama.Malam pertama aku telah berjalan dengan lancar dimana bini aku datang bulan dan aku melihat bulan di kaki langit.

Kehidupan lepas kahwin lebih teratur di mana aku pergi kerja setiap hari dengan baju bergosok tapi sampai ofis sipi-sipi saja nak lambat.Kalau lambat bagi alasan mandi wajib dekat bos...keh keh.

Kalau dulu sebelum kahwin selamba saja pukul 7,8 baru nak balik tapi sekarang tepat pukul 6 saja bini dah ajak balik.Kalau lambat tidur luar peluk nyamuk ugutannya.

Jumlah pegangan saham ke atas katil juga semakin berkurang dimana aku hanya ada 50% daripada luas katil.Kalau nasib tak baik dapatlah dalam 30% cukuplah muat kepala dan badan.

Tapi banyak best sebenarnya bila dah kahwin...

Lagi-lagi kalau malam Jumaat...










Boleh baca Yasin dengan bini sama-sama. :p

9 comments:

Cik Pipi January 26, 2012 at 1:06 AM  

suwitnyaa baca yasin dengan wife .
tak sangka aku kau begitu baik razi . =.='

Cik Azz January 26, 2012 at 1:25 AM  

Hehehehe...

Tak semenggah betul la..

Afir January 26, 2012 at 11:29 AM  

ahhahaa..k terbaek mlm jumaat mu..

Anonymous January 26, 2012 at 1:52 PM  

hehehe xkn malam jumaat jer kot

Ajim February 2, 2012 at 12:01 AM  

bukan mandi wajib la. Itu sebelum kahwin. Lepas kahwin mandi junub. Atau ko masih mandi wajib lagi?

AKU CHUN February 12, 2012 at 12:35 AM  

"Aku tahu ramai gadis-gadis yang tak hadir sebab kecewa" <---- Ayat hot tu!

MrJocko February 15, 2012 at 11:41 AM  

bab baca yaasin tu aku setuju

Nurul Azwa Mazlan April 1, 2012 at 5:18 PM  

Huhuh..tahniah kerana telah memasuki alam yg penuh kebahagiaan..xlama status ko akn bertukr jd ayah..

Anonymous April 16, 2012 at 11:20 AM  

Mana entry lag?i... Akk baca smua entry ko dari mlm td smpi Pagi ni... Cam da Kenal jer ko ni... Anyway thanks bagi akk gelak 2.. 3.. 4.. Pagi baca blog ko... Jgnla malas tulis blog...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP